You are on page 1of 5

APTVM BRUSELOSIS – PIAWAIAN VETERINAR, PENGURUSAN INDEKS DAN PROGRAM KAWALAN

5.0 PIAWAIAN VETERINAR

5.1 Definisi Kes Bruselosis

Ternakan yang menunjukkan tanda klinikal seperti kemandulan, keguguran, stillbirth, osteoarthritis dan
orkitis dengan pengesahan positif ujian c-ELISA atau CFT atau RBPT atau MRT atau Brucellin test atau
pemencilan bakteria atau mana-mana gabungan ujian tersebut oleh PBV.

5.2 DIAGNOSIS DAN PENGESAHAN PENYAKIT

Diagnosis penyakit Bruselosis boleh dijalankan berdasarkan kombinasi pemerhatian tanda-tanda klinikal,
kaedah bakteriologi, serologi dan ujian susu.

5.2.1 Tanda klinikal

Ternakan yang dijangkiti akan menunjukkan tanda-tanda klinikal seperti kemandulan, keguguran,
berkurangan pengeluaran susu dan orkitis.

5.2.2 Bakteriologi

i. Kehadiran bakteria Brucella sp. dalam ternakan disahkan dengan cara pengasingan bakteria
daripada;

 Fetus yang gugur; cecair abomasum, peparu, limpa; plasenta,

 Induk betina yang keguguran ; calitan vaginal, plasenta, cecair amnion dan susu

 Pejantan; semen

ii. Sampel diatas hendaklah dilabel dan disimpan di dalam bekas yang kalis air. Sampel mesti di
simpan dalam suhu sejuk (2-4oC) dan mesti di hantar ke makmal dengan segera, tidak melebihi 24
jam

5.2.3 Serologi

i. Ujian serologi yang dijalankan adalah RBPT di lapangan dan ujian pengesahan i-ELISA atau CFT.

ii. Sampel serum diperoleh dengan mengumpul sampel darah menggunakan plain tube (tutup
merah). Serum yang diambil untuk pengesahan hendaklah dilabel dan disimpan di dalam bekas
yang kalis air dan di bawa dalam suhu sejuk (2-4oC) dan di hantar ke makmal dengan segera.

5.2.4 Brucellin Skin Test

Ujian intradermal yang dilaksanakan pada kumpulan haiwan yang tidak divaksin dan sangat
sensitif dan sesuai bagi pengesahan positif pada ternakan babi.

5.2.5 Ujian susu

i. Ujian saringan susu ialah MRT dilapangan dan pengesahan dimakmal menggunakan ujian ELISA
atau PCR atau pengasingan dan pewarnaan khas MZN atau Macchievello

ii. Sampel susu yang diambil hendaklah disimpan di dalam bekas yang kalis air dan di bawa dalam
suhu sejuk (2-4oC). Sampel susu mesti di hantar ke makmal dengan segera (24Jam)
5.3 PENGURUSAN INDEKS PENYAKIT

5.3.1 Indeks disyaki (IP Kelabu)

i. Aduan kejadian penyakit di ladang di terima atau keputusan survelan dan kawalan. Pihak ladang
ternakan hendaklah melaporkan sebarang kejadian Bruselosis kepada PPVD atau DVSN.

ii. PBV membuat penyiasatan di ladang terlibat dan mengenalpasti ternakan yang menunjukkan
tanda-tanda klinikal disyaki Bruselosis.

iii. Tindakan bedahsiasat dijalankan sekiranya perlu dan sampel fetus atau organ (5.2.2) diambil dari
ternakan yang disyaki berpenyakit untuk ujian pengesahan di makmal. Sampel serum dari induk
yang keguguran hendaklah diambil untuk ujian serologi.

iv. Pegawai Kes dilantik dan Fail Kes dibuka untuk memantau pengurusan indeks penyakit dan
menghantar borang Epis 01 untuk pelaporan penyakit disyaki dihantar ke ADIC untuk menetapkan
Indeks Kelabu.

vi. Ternakan yang disyaki hendaklah diasingkan dan pergerakan keluar masuk gerompok yang
terlibat tidak dibenarkan sehingga mendapat keputusan pengesahan dari makmal.

5.3.2 Indeks Aktif (IP Merah)

i. Diagnosis IP disahkan secara ujian makmal.

Ii Pegawai Kes perlu menghantar salinan laporan ujian makmal kepada KBK dan ADIC

iii. Penyelaras ADIC akan mengaktifkan fail IP tersebut dan menetapkan indeks Merah.

iii. Gerompok yang didapati positif akan didaftarkan sebagai indeks penyakit Bruselosis.

5.3.3 Indeks Kawalan (IP Kuning)

ii. Pegawai Kes perlu menyelaras dan menjalankan langkah-langkah kawalan dan pembasmian
penyakit sebagaimana yang dinyatakan di Perkara 6.0.

iii. Pegawai Kes perlu menghantar Borang Epis06 (Kawalan) kepada KBK dan ADIC.

iv. Penyelaras ADIC akan menukarkan warna indeks ke kuning.

5.3.4 Indeks Pulih (IP Hijau)

i. Pegawai Kes perlu menjalankan aktiviti survelan.

ii. Semua ternakan yang berumur lebih dari 6 bulan hendaklah di kuarantin dan diuji dengan ujian
RBPT atau ELISA atau CFT, 3 bulan selepas penakaian terakhir dan 6 bulan kemudiannya.

iii. Jika keputusan negatif, arahan kuarantin ditarik balik dan ternakan dari gerompok tersebut
dibenarkan untuk pemindahan.

iv. Pegawai kes perlu menghantar Borang Epis06 (Pulih) kepada KBK dan penyelaras ADIC selepas
melaksanakan aktiviti survelan.

v. Penyelaras ADIC akan menukar warna indeks ke hijau.


5.3.5 Indeks Bebas (IP Putih)

i. Bagi mendapatkan status gerompok bebas, ujian serologi perlu dijalankan 6 bulan selepas
mendapat IP Hijau. Sekiranya keputusan ujian negatif 2 kali berturut-turut, maka gerompok
tersebut boleh memohon untuk diisytihar bebas.

ii. KBK perlu membuat permohonan pengisytiharan bebas kepada JBP melalui EpiS bagi
mengesyorkan IP Bebas.

iii. Setelah mendapat pengiktirafan pengisytiharan bebas, penyelaras ADIC akan menukar status IP
kepada warna putih. Fail kes ditutup.

6.0 PROGRAM KAWALAN DAN PEMBASMIAN PENYAKIT BRUSELOSIS

Pengenalan

Bagi membasmi penyakit Brucellosis, DVS telah merangka program pembasmian penyakit dan saringan
tahunan yang bertujuan untuk menurunkan peratus prevalen Bruselosis dan mencapai negara bebas.

6.1 Asing Singkir ternakan positif

6.1.1 Ternakan positif hendaklah segera ditanda, direkod dan diasingkan dari gerompok asalnya.

6.1.2 Bagi gerompok yang positif Brucella abortus, semua ternakan yang positif hendaklah diasing
singkir diikuti dengan pemvaksinan RB51 terhadap gerompok tersebut.

6.2 Saringan

6.2.1 Bagi gerompok yang telah dikenalpasti sebagai gerompok positif, dalam masa 14 hari selepas
kes disahkan, semua ternakan yang berumur 6 bulan ke atas (100% sampling) mesti menjalani
ujian saringan RBPT dan pengesahan dengan i- ELISA/CFT/ Brucellin test bagi mengetahui
peratusan reaktor gerompok positif tersebut.

6.2.2 Tiga bulan selepas penakaian terakhir, ternakan yang negatif di dalam gerompok terjangkit yang
berumur lebih dari 6 bulan masih dikuarantin dan diuji (ujian saringan kedua) dengan ujian
serologi RBPT.

6.2.3 Ujian saringan ketiga hendaklah dijalankan 6 bulan selepas ujian saringan kedua jika tiada kes
positif diperolehi.

6.2.4 Jika keputusan negatif untuk kesemua ternakan dalam gerompok untuk 2 kali berturut-turut
maka gerompok tersebut telah berjaya dipulihkan dan dibenarkan untuk pemindahan.

6.3 Penghapusan dan Pelupusan

6.3.1 Bagi kes Brucella melitensis, ternakan yang positif mesti dihapuskan (total condem). Rujuk APTVM
Penghapusan.

6.3.2 Bagi kes Brucella abortus, ternakan yang positif hendaklah ditanda dan direkod dan seterusnya
disembelih. Penyembelihan hendaklah dilakukan di bawah pengawasan PBV di rumah sembelih
jabatan atau yang berlesen. Daging boleh dimakan manakala organ pembiakan (termasuk testes
dan kelenjar susu/udder), hati, ginjal, dan spleen hendaklah dilupuskan

6.3.3 Bagi kes Brucella suis, babi yang positif hendaklah disembelih dibawah pengawasan PBV dirumah
sembelih jabatan dan yang berlesen. Daging boleh dimakan manakala organ pembiakan
(termasuk testes dan kelenjar susu/udder), hati, ginjal, dan spleen hendaklah dilupuskan.
6.3.2 Permit perjalanan perlu dikeluarkan kepada lembu, kerbau dan babi positif yang akan ke rumah
sembelih.

6.4 Kawalan Hasil Ternakan

6.4.1 Susu

i. Susu dari ternakan yang positif tidak boleh dijual dan mesti dilupuskan.

ii. Susu yang diperah dari ternakan yang negatif dari gerompok positif wajib dipastur sebelum
dibenarkan untuk dijual atau diminum.
6.4.2 Daging

i. Daging dari ternakan yang dijangkiti B.abortus dan B.suis boleh dimakan.

ii. Daging dari ternakan yang B.melitensis tidak boleh dimakan dan wajib dilupuskan.

6.4.3 Organ dalaman

i. Organ reproduktif yang dijangkiti oleh Brucella abortus dan Brucella suis wajib dilupus dan
tidak boleh dimakan. Organ dalaman lain boleh dimakan bergantung keputusan pemeriksaan
daging yang dijalankan oleh pemeriksa daging di rumah sembelih.

ii. Semua organ dalaman yang dijangkiti Brucella melitensis wajib dilupuskan.

6.5 Disinfeksi

6.5.1 APTVM Disinfeksi boleh dirujuk sebagai panduan.

6.6 Kuarantin Gerompok Berpenyakit

6.6.1 Pergerakan keluar masuk ternakan gerompok positif tidak dibenarkan sehingga semua ternakan
positif ditakai DAN

6.6.2 Tiga bulan selepas penakaian, ternakan yang negatif di dalam gerompok terjangkit yang berumur
lebih dari 6 bulan masih dikuarantin dan diuji (ujian saringan kedua) dengan ujian serologi RBPT
dan jika positif RBPT, ujian pengesahan CFT/ELISA/Brucellin test perlu dibuat DAN

6.6.3 Jika keputusan negatif untuk kesemua ternakan ujian saringan kedua maka gerompok tersebut
telah berjaya dipulihkan dan dibenarkan untuk pemindahan.

6.6.4 Ujian saringan ketiga hendaklah dijalankan 6 bulan selepas ujian saringan kedua jika tiada kes
positif diperolehi

6.7 Vaksinasi

6.7.1. Bagi gerompok yang positif , ternakan yang negatif dalam gerompok terjangkit tersebut
perlu diberi satu dos suntikan vaksin Brucella strain RB51 atau vaksin yang diluluskan
penggunaannya oleh DVS dengan secepat mungkin kepada;

i. Lembu dan kerbau betina dewasa

ii. Anak lembu dan kerbau berusia 6 bulan ke atas

6.7.2 Lembu dan kerbau yang telah divaksin perlu diulang uji dengan ujian RBPT selepas 3
bulan vaksinasi.

6.7.3 Bagi gerompok yang tidak mengamalkan biosekuriti seperti ternakan lepas bebas dan
dipelihara di kawasan yang berisiko tinggi terjangkit dengan penyakit Bruselosis bovin,
vaksinasi hendaklah diberi kepada gerompok positif tanpa mengira gerompok itu
mempunyai reaktor lebih atau kurang dari 3%.

6.8 Pampasan

6.8.1 Bagi tujuan pemberian pampasan ternakan perlu diuji RBPT (saringan) dan disahkan
melalui uijan CFT atau ELISA atau Brucellin test.

6.8.2 Borang asing singkir dan pampasan hendaklah diisi dan disertakan bersama untuk
proses penyembelihan ternakan

6.8.3 Borang asing singkir perlu disahkan oleh pengurus rumah sembelih atau wakilnya dan
dikembalikan kepada KBK untuk urusan pembayaran pampasan.

6.9 Kawalan pengimportan dan pemindahan ternakan

6.9.1 Bagi tujuan pemindahan ternakan dari gerompok yang mendapat persijilan bebas
Bruselosis, ujian makmal tidak perlu dijalankan, dengan syarat gerompok tersebut
sentiasa dibawah pengawasan DVS dan disertakan SKV dan salinan sijil bebas yang sah.

6.9.2 Bagi pemindahan ternakan bagi tujuan pembiakan dan fidlot dari kumpulan terjangkit
atau tidak diketahui status kesihatannya, ujian saringan serologi (RBPT) terhadap
ternakan tersebut mesti dilakukan tidak lebih dari 30 hari sebelum pemindahan.

6.9.3 Permit pemindahan dan perakuan kesihatan yang dikeluarkan oleh DVS Negeri yang
mengeluarkan ternakan mestilah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti
diatas.

6.9.4 APTVM Import dan Eksport dan APTVM Stesen Kuarantin Haiwan boleh dirujuk untuk
urusan lembu import.

6.10 Rekod

6.10.1 DVSN hendaklah menyimpan rekod penyakit, gerompok bebas, gerompok terjangkit, singkiran
dan ujian yang dijalankan.

6.10.2 Pemilik ternakan hendaklah menunjukkan sijil Bebas Bruselosis bila diperlukan bagi tujuan
pemindahan.

6.10.3 DVSN hendaklah memastikan penternak menyimpan rekod kesihatan ternakan termasuk,
kejadian penyakit, kematian, keguguran, program rawatan dan vaksinasi.

6.10.4 Fail Kes mesti dikemaskini oleh Pegawai Kes dengan helaian-helaian kes agar aktiviti kawalan
penyakit di premis tersebut mudah dirujuk untuk tindakan susulan.

6.11 Kempen Kesedaran Awam

6.11.1 DVSN hendaklah memberi pendedahan secukupnya kepada semua penternak terlibat
mengenai Bruselosis.

6.11.2 Rujuk APTVM Kempen Kesedaran Awam

You might also like