You are on page 1of 16

PROSA TRADISIONAL: BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA

A. SINOPSIS:

- Negara Siam mendengar Melaka sebuah negara yang kuat dan tidak pernah dikalahkan oleh sesiapa.
Raja Siam iaitu Bubunnya menghantar wakil berjumpa Sultan Muzaffar Syah meminta supaya Melaka
menyembah (membayar ufti) kepada raja Siam. Sultan Muzaffar menolaknya. Raja Siam marah dan
menghantar hulubalangnya iaitu Awi Cakri menyerang Melaka.

- Sultan Muzaffar mengetahui berita itu. Baginda mengumpulkan semua orang lelaki di Melaka. Tun
Perak dari kelang mengumpulkan orang lelaki dari Kelang dengan keluarga mereka dengan tujuan
supaya mereka berperang dengan bersungguh-sungguh demi menyelamatkan keluarga mereka. Tentera
Siam dapat dikalahkan. Kebijaksanaan Tun Perak mendapat perhatian sultan dan diminta tinggal di
Melaka serta dilantik sebagai bentara.

- Ada seorang Kelang iri hati kepada Tun Perak dan memfitnahnya kepada Sultan bahawa Tun Perak
mengainiayainya, Sultan memanggil Tun Perak mengadap untuk ditanya. Tun Perak berkata
dia bertugas untuk negara. Dia meminta sultan memecatnya jika percaya fitnah orang Kelang itu. Sultan
sangat gembira dengan percakapan Tun Perak lalu melantiknya sebagai perdana menteri dengan
gelaran Paduka Raja. Kedudukan Tun Perak setaraf dengan seorang lagi pegawai iaitu Seri Nara Diraja di
balai perjumpaan.

- Orang Melaka berpecah dua. Sebahagian berpihak Paduka Raja dan sebahagian berpihak Seri Nara
Diraja. Mereka berdua saling berselisih faham dan tidak bermaufakat hingga boleh membinasakan
negara. Sultan sedih dan bercadang mendamaikan mereka berdua.

- Baginda telah menceraikan isterinya Tun Kudu iaitu anak bendahara Seri Wak Raja iaitu saudara
Paduka Raja supaya dapat dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Tun Kudu pernah dipelihara oleh
Paduka Raja dengan tanggungan sultan. Sejak dikahwinkan, hubungan Paduka Raja dengan Seri Nara
Diraja menjadi erat. Seri Nara Diraja turut menyokong Paduka Raja menjadi Bendahara.

- Pada waktu itu terdapat tiga pembesar yang bijaksana di wilayah ini iaitu Paduka Raja dan Seri Nara
Diraja di Melaka, Patih Aria Gajah Madja di Majapahit dan Orang Kaya Kanayan di Pasai.

- Siam di bawah Awi Dicu menyerang Melaka lagi. Paduka Raja mengetuai pertahanan Melaka untuk
menentang Siam, Seri Bija Diraja telah mengetuai tentera Melaka untuk menyerang Siam yang sudah
sampai dekat Batu Pahat. Tun Umar pula telah menaiki perahu dan melanggar banyak perahu Siam
hingga mereka kalah. Tentera Siam sangat hairan.

- Pada waktu malam, Paduka Raja memerintahkan supaya pokok kayu bakau, nyirih dan tumpu api-api
dibakar. Cahaya api itu kelihatan seolah-olah terlalu ramai tentera Melaka sedang berkawal di tepi
pantai. Askar Siam ketakutan melihat banyaknya askar Melaka lalu mereka balik ke Siam dan tidak jadi
menyerang Melaka.

- Sultan Muzaffar merayakan kemenangan askar Melaka dengan hadiah persalinan baru. Di
Siam, Paduka Babunnya sangat marah. Dia mengarahkan anaknya Cau Pandan untuk menyerang
Melaka dengan pelbagai kelengkapan dan perahu yang sangat banyak bilangannya.

- Apabila mendengar berita itu, Sultan Muzaffar memerintahkan seorang yang warak (kuat
ugama) iaitu Tuan Sidi Arab menggunakan kesaktiannya. Dia menggunakan panahnya mengarahkan ke
Siam sambil mengatakan Cau Pandan akan mati. Di Siam, Cau Pandan berasa sakit dada kemudian
muntah darah lalu mati. Sultan menghadiahkan Tuan Sidi Arab dengan pelbagai anugerah.

- Selepas 42 tahun memerintah, Sultan Muzaffar mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda
iaitu Sultan Mansur Syah yang berusia 27 tahun. Baginda berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam iaitu
anak Seri Nara Diraja.

B. TEMA:

- Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah dihadapi.

- Contoh: Tun Perak menyuruh orang lelaki dari Kelang membawa isteri dan anak-anak mereka supaya
mereka berperang dengan bermati-matian untuk mengalahkan Siam.

C. PERSOALAN:

1. Kebijaksanaan menggunakan akal dan strategi - Contohnya, Sultan Muzaffar menggunakan strategi
mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu untuk mendamaikan Paduka Raja dengan Seri Nara
Diraja.

2. Perpecahan dalam kalangan pemimpin akan membinasakan negara - Contohnya, perbalahan antara
Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menyebabkan orang Melayu berpecah dua dan Melaka dalam
keadaan bahaya.

3. Bersiap siaga dengan ancaman musuh - Contohnya, Paduka Raja sentiasa bersiap sedia dengan
strategi awal yang bijak untuk mengalahkan askar Siam.

4. Kepentingan ilmu dalam kehidupan - Contohnya, Tun Sidi Arab memiliki ilmu yang tinggi hingga boleh
membunuh Cau Pandan di Siam hanya dengan menggunakan panahnya dari Melaka.

5. Keberanian menghadapi cabaran - Contohnya, Tun Perak tidak takut apabila dipanggil sultan setelah
orang Kelang menuduhnya menganiaya sultan sebaliknya beliau berani memberi jawapan yang baik
hingga sultan melantiknya sebagai perdana menteri.

6. Taat setia kepada pemimpin - Contohnya, rakyat Melaka setia dan memberikan daulat kepada sultan
Muzaffar hingga menjadikan Melaka sebuah negeri yang kuat dan maju.
D. WATAK DAN PERWATAKAN:

1. Tun Perak:

- pembesar Melaka yang menjaga daerah Kelang.

- bijaksana - mengarahkan lelaki Kelang membawa anak isteri ketika menentang Siam.

- baik hati - menjaga Tun Kudu yang telah diceraikan sultan sebelum Tun Kudu berkahwin semula.

- berani - memimpin askar Melaka menentang askar Siam yang hendak menyerang Melaka.

- berpengaruh - beliau mempunyai pengikut yang menyokongnya ketika bersengkita dengan Seri Nara
diraja.

2. Sultan Muzaffar Syah:

- mementingkan keharmonian Melaka - berusaha mendamaikan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja
untuk memakmurkan Melaka.

- perihatin - meraikan askarnya yang menang dengan pemberian hadiah pakaian persalinan.

- bijaksana - mendamaikan pembesarnya dengan mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu.

- Tidak terburu-buru - tidak menghukum Tun Perak setelah Tun Perak difitnah sebaliknya memanggil Tun
Perak menceritakan keadaan yang sebenarnya.

- menghargai rakyatnya - memberi anugarah dan pujian kepada Tun Sidi Arab yang telah membunuh Cau
Pandan.

E. LATAR:

1. Latar tempat:

- Melaka - cerita berkisar di negeri Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.

- Muar - askar Siam di bawah pimpinan Awi Dicu berada di Muar selepas menyerang Melaka.

- Batu Pahat - askar Siam berada di Batu Pahat untuk menyerang Melaka di bawah Awi Dicu.

- Kelang - tempat tinggal Tun Perak sebelum dilantik menjadi bendahara Melaka.

- Siam - tempat tinggal Paduka Babunnya.

2. Latar masa:

- Zaman Pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka - semasa Melaka sedang maju dan kuat.

- Zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah - Sultan Muzaffar memerintah Melaka selama 42 tahun dan
Melaka menjadi negeri yang makmur.

- Zaman Tun Perak menjadi bendahara Melaka - Tun Perak dilantik menjadi bendahara dengan gelaran
Paduka Raja. Ketika itu Melaka sangat kuat.
F. NILAI:

1. kebijaksanaan - Tun Perak bijaksana apabila membakar bokok bakau pada waktu malam hingga
cahaya api itu disangka askar Melaka yang ramai dan menakutkan askar Siam.

2. baik hati - Sultan Muzaffar memberikan askarnya yang menang peperangan dengan sepasang
persalinan.

3. bersatu padu - Semua lelaki Kelang berkumpul dan bersatu untuk mengalahkan askar Siam.

4. Keikhlasan - Seri Nara Diraja sepakat menyokong Paduka Raja dengan ikhlas untuk menjadi bendahara
supaya rakyat Melaka bersatu padu dan kuat.

5. keberanian - Tun Perak berani menentang askar Siam yang ramai jumlahnya hingga dua kali
percubaan Siam menyerang Melaka menemui kegagalan.

6. Pengorbanan - Sultan Muzaffar berkorban menceraikan Tun Kudu demi mendamaikan Seri Nara Diraja
dengan Paduka Raja.

G. PENGAJARAN:

1. Kita mestilah berani menghadapi ancaman musuh demi negara. Contohnya ............

2. Kita mestilah bijak menggunakan strategi untuk mendapat kemenangan. Contohnya...........

3. Kita mestilah ikhlas apabila melakukan sesuatu perbuatan. Contohnya ..............

4. Kita mestilah sanggup bekeorab demi mendapatkan kebaikan. Contohnya, Sultan Muzaffar...........

5. Kita mestilah bersatu padu supaya negara menjadi kuat dan maju. Contohnya, ...............

6. Kita mestilah menghargai jasa dan usaha yang telah dilakukan oleh orang lain kepada kita. Contohnya,
Sultan Muzaffar ..................................
KOMSAS :CERPEN CINTA AHAMAD MUTAWAKKIL

A. SINOPSIS

- Ahamad Mutawakkil seorang pejuang nasionalis berjuang membebaskan negara daripada penjajah
Inggeris dan PKM (Parti Komunis Malaya). Ahamad telah ditemui dalam keadaan cedera parah oleh
penduduk kampung semasa mereka selesai sembahyang maghrib di surau. Imam Ngah Deraman dan
Penghulu Ibrahim Sigap memapah Ahamad yang cedera di bahu serta membaringkannya. Ahamad
tercungap-cungap dan akhirnya pengsan.

- Kampung Ahamad telah diterokai sejak tiga generasi yang berkebun dan bertanam padi. Pada tahun
30-an Tuan Booth datang ke situ dan meneroka hutan dengan mengupah beratus-ratus buruh untuk
menanam getah. Ahamad menjadi yatim piatu apabila bapanya, Wak Sadir meninggal dunia. Ahamad
terpaksa hidup menumpang Tuan Booth selama 3 tahun.

- Pada tahun 1941, Jepun telah menjajah Tanah Melayu. Tuan Booth terpaksa berpindah dan kekejaman
Jepun menjadikan penduduk hidup susah. Ahamad telah dijadikan anak angkat oleh Imam Deraman.
Beliau mengajar Ahamad termasuklah bercakap bahasa Inggeris. Pada tahun 1943, Ahamad bekerja di
bandar.

- Pada tahun 1945 Jepun kalah akibat serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Pada Tahun 1946,
Ahamad menjadi seorang yang berpengaruh dan semua ucapannya dipercayai oleh orang kampung
serta daerahnya. Tuan Booth balik semula ke estetnya dan beliau sungguh mesra dengan orang
kampung di situ serta mengeratkan hubungan antara penduduk di kampung itu.

- Ahamad menjadi seorang pejuang nasionalisme dan semakin terserlah perjuangan serta menentang
perjuangan komunis serta penjajah melalui pidato dan penulisannya di dalam surat khabar. Akhirnya dia
telah mendapat jawatan nombor dua dalam partinya pada tahun 1952. Anak Tuan Booth iaitu Sandra
pula jatuh hati kepada Ahamad dan ini menimbulkan prasangka kepada orang kampungnya.

- Pada tahun 1948, komunis mula mengganas di Perak dan Ahamad semakin tegas menyedarkan rakyat
supaya menentang ideologi komunis. Akibatnya, komunis menyerbu banglo tuan Booth dan membunuh
5 orang penghuni. Mereka mengugut Tuan Booth supaya menasihati Ahamad supaya berhenti mengajak
orang kampung membenci Komunis. Ahamad tidak mendengar nasihat Tuan Booth dan Penghulu Sigap,
sebaliknya dia semakin berani bersuara dengan lantang.

- Pada malam Jumaat yang lepas semasa menyampaikan ceramah, seorang budak lelaki telah datang
berjumpa Ahamad. Ahamad mengikuti budak itu dan sejak itu Ahamad hilang dan tidak ditemui. Tiga
kumpulan penduduk termasuk Tuan Booth telah berusaha mencari Ahmad tetapi Ahamad tidak
dijumpai.

- Akhirnya, selepas solat maghrib itu, segala kerungsingan penduduk kampung tentang kehilangan
Ahamad telah terjawab apabila Ahamad muncul dalam keadaan cedera parah. Ahamad meninggal dunia
di atas riba Imam Ngah Deraman dan Penghulu Sigap akibat ditembak dengan 3 das peluru. Pada malam
31 Ogos 1957, penduduk kampung mengadakan doa tanda kemerdekaan serta tahlil ke atas Ahamad.

- Tuan Booth balik ke England seminggu selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Setahun selepas itu,
Sandra balik semula ke banglo bapanya kerana terkenangkan cintanya kepada Ahamad. Dia telah
mengajar anak-anak penduduk kampung membaca dan menulis.
B. TEMA:

- Kegigihan dan keberanian seorang pemuda berkorban nyawa untuk mendapatkan kemerdekaan tanah
air.

- Contohnya - Ahamad Mutawakkil seorang yang berani menyampaikan maklumat kepada masyarakat
agar berani menuntut kemerdekaan daripada penjajah serta menentang ideologi komunis.

C. PERSOALAN:

1. Kasih--sayang sesama ahli keluarga. Contohnya, Tuan Booth bertindak membawa semua ahli
keluarganya berpindah semasa penjajahan Jepun kerana beliau menyayangi keluarganya.

2. Ketabahan menghadapi kesukaran hidup semasa peperangan. Contohnya, penduduk kampung


sentiasa tabah dan sabar ketika menghadapi kesusahan hidup semasa penjajahan Jepun dan keganasan
komunis.

3. Semangat patriotisme yang tinggi dalam diri seorang pejuang tanah air. Contohnya, Ahamad sentiasa
berjuang untuk menyedarkan rakyat untuk mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah serta
kekejaman komunis.

4. Hubungan cinta yang sangat mendalam. Contohnya, Sandra amat mencintai Ahamad sehingga dia
sanggup kembali semula ke banglo bapanya setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

5. Kerjasama yang erat dalam kalangan masyarakat. Contohnya, penduduk kampung bersatu
membentuk tiga kumpulan untuk mencari Ahamad yang hilang.

6. Kekejaman dan kezaliman pihak penjajah terhadap masyarakat. Contohnya, pengganas menyerang
banglo Tuan Booth dan membunuh lima penghuni di banglo itu.

D. WATAK DAN PERWATAKAN:

1. Ahmad Mutawakkil:

a. berusia 25 tahun ketika meninggal dunia kerana ditembak komunis.

b. anak tunggal Wak Sadir dan menjadi yatim piatu apabila bapanya meninggal dunia.

c. pintar - boleh membaca dan menulis bahasa Inggeris yang diajar Imam Ngah Deraman.

d. patriotisme - berjuang menyedarkan rakyat untuk menentang komunis dan penjajah.

e. bijak merancang masa depan - belajar membaca dan menulis bahasa Inggeris daripada Sandra ketika
tinggal di rumah Tuan Booth selama 3 tahun.

f. petah berpidato - selalu berpidato kepada penduduk kampung untuk menyedarkan mereka supaya
menentang komunis dan penjajah.
g. berani - berani bersuara menyatakan pendapatnya kepada rakyat supaya menentang komunis dan
penjajah walaupun dinasihati oleh Tuan Booth supaya menghentikannya.

h. Sanggup berkorban - sanggup berkorban nyawa untuk mendapatkan kemerdekaan tanah air daripada
penjajah serta menentang keganasan komunis.

i. sangat berpengaruh - beliau dihormati dan dipilih sebagai pemimpin nombor dua partinya.

j. menghargai jasa - beliau menghargai jasa Tuan Booth yang telah memeliharanya dengan menghadiri
majlis yang dibuat oleh Tuan Booth di banglonya.

2. Tuan Booth:

a. pengurus ladang dan majikan kepada beratus-ratus orang buruh di ladang getahnya.

b. mesra - mudah tersenyum apabila bertemu dengan penduduk kampung.

c. baik hati - menjemput pasangan pengantin di kampung itu datang ke banglonya untuk diraikan serta
sanggup memelihara Ahmad di banglonya.

d. peramah - suka bersembang dan bergaul dengan penduduk di surau pada waktu petang.

e. penyayang - membawa keluarganya yang disayangi berpindah ketika Jepun menyerang.

3. Sandra:

a. anak Tuan Booth yang fasih berbahasa Inggeris.

b. baik hati - mengajarkan Ahamad menulis dan membaca Inggeris.

c. penyayang - amat menyayangi Ahamad dan beliau menangis apabila Ahamad dilaoprkan hilang.

d. setia - balik semula ke banglo bapanya selepas merdeka serta mengajar anak-anak kampung itu
menulis dan membaca kerana terkenang cintanya kepada Ahamad.

E. LATAR:

1. Latar Tempat:
- surau kampung - Ahmad balik dalam keadaan cedera parah di surau itu pada waktu selepas maghrib. Di
surau itu dia meninggal dunia kerana ditembak oleh komunis.
- Banglo Tuan Booth - Tuan Booth tinggal di banglo estet itu bersama keluarganya. Di situ juga 5 orang
dibunuh oleh komunis.
- Estet Ephill dan Estet Sungai Siput - komunis membunuh 3 orang pengurus estet berbangsa Inggeris.
- bandar - Ahamad bekerja di bandar sebagai pembaca dan penulis surat Inggeris kepada penentang
Jepun.
- Tanah Estet Tuan Booth - tempat 15 keluarga buruh dari India tinggal dan bekerja di estet itu.
- Laman estet Tuan Booth - Komunis melepaskan tembakan ke udara untuk menakut-nakutkan orang
kampung daripada menentang mereka.
- England - Tuan Booth dan keluarganya pulang ke England selepas seminggu Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan.

2. Latar Masa:
- pertengahan tahun 30-an - Tuan Booth datang ke kampung itu dan membuka estet getah serta
menggaji ratusan buruh.

- waktu pagi - 5 orang komunis memasuki banglo tuan Booth dan mendesaknya supaya menasihati
Ahamad agar tidak menghasut rakyat menentang komunis.

- waktu petang - tuan Booth selalu pergi ke surau untuk bersembang dengan penduduk kampung.

- waktu malam - Ahamad selalu menyampaikan pidato untuk menyedarkan rakyat supaya menuntut
kemerdekaan.

- tahun 1941 - tentera Jepun menjajah Tanah Melayu dan Tuan Booth keluar dari banglonya untuk
menyelamatkan diri.

- Malam Jumaat - Ahmad melangkah lemah kerana kecederaan ke surau kampungnya. Dia meninggal
dunia pada malam itu kerana ditembak komunis.

- 31 ogos 1957 - penduduk kampung mengadakan majlis doa kesyukuran kerana kemerdekaan negara
dan mengadakan tahlil untuk Ahmad.

- seminggu selepas merdeka - tuan Booth balik ke England.

- 31 Ogos 1958 - Sandra balik semula ke banglo bapanya kerana dia terkenang akan cintanya kepada
Ahamad.

3. Latar Masyarakat:
- masyarakat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi - Ahamad memberi pidato kepada
penduduk kampung supaya bangun menentang penjajah dan komunis.

- masyarakat Melayu - tinggal di kawasan pedalaman sejak 3 generasi yang lalu dengan berkebun dan
bersawah padi.

- masyarakat yang bersatu padu - orang kampung membentuk 3 kumpulan untuk bersama-sama
mencari Ahamad yang hilang.

- masyarakat yang menjadi mangsa keganasan - Ahmad, 5 orang penghuni bunglo dan 3 orang pengurus
estet berbangsa Inggeris menjadi mangsa keganasan komunis.
- Masyarakat penjajah yang bertindak mengaut keuntungan - Tuan Booth membuka ladang getah di
Tanah Melayu untuk mengaut keuntungan.

- Kumpulan komunis - kumpulan ini bertindak ganas dan kejam membunuh ramai mangsa termasuk
Ahamad.

F. BAHASA:
1. bahasa Arab - solat maghrib/ Alhamdulillah/ syahadah
2. bahasa slanga/ bahasa pasar - "Gua tau...lu... Kasi tau sama ....."
3. Repitasi/ pengulangan - Hati Melayu tak reti bermusuh, hati Melayu penuh dengan persahabatan.
4. Personafikasi - ...ketenangan merayap ke seluruh negara...../ diratah atau dirobek peluru.
5. Simile - Sawah pula, laksana lautan emas.....
6. Metafora - garisan perang/ bola matanya/ sayap parti
7. Sinkope - tak, tu, dulu, tau
8. peribahasa - anak angkatnya, minta diri, tangan kosong

G. NILAI:
1. kasih sayang - Tuan Booth membawa semua keluarganya keluar dari bunglonya seminggu sebelum
Jepun menjajah.

2. patriotisme - Ahamad berjuang meniupkan semangat mendapatkan kemerdekaan kepada penduduk


kampungnya dan menentang kekejaman komunis.

3. keberanian - Ahamad berani bersuara dengan lantang dalam pidatonya mengajak penduduk kampung
memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajah.

4. ketabahan - Ahamad tabah berdepan dengan pelbagai cabaran dalam perjuangannya menuntuk
kemerdekaan negara.

5. kebijaksanaan - Ahmad bijak mengambil peluang belajar dan menulis bahasa Inggeris daripada Sandra
ketika tinggal di banglo Tuan Booth.

6. tanggungjawab - Imam Ngah Deraman bertanggungjawab menjadikan Ahamad sebagai anak angkat
setelah Ahamad menjadi yatim piatu.

7. kerjasama - penduduk kampung dan tuan Booth membentuk 3 kumpulan untuk bekerjasama mencari
Ahamad yang hilang ditangkap komunis.

8. hormat-menghormati - Tuan Booth amat menghormati penduduk kampung dan selalu ke surau untuk
berbual-bual dengan penduduk.

9. mengenang jasa - Ahamad mengenang jasa tuan Booth yang pernah memeliharanya dengan
menghadiri majlis yang dibuat oleh tuan Booth di banglonya.
H. PENGAJARAN:

1. kita hendaklah berani dalam melakukan sesuatu tindakan yang baik - Ahamad berani bersuara lantang
mengajak penduduk supaya berjuang mendapatkan kemerdekaan.

2. Kita mestilah mempunyai semangat patriotisme - Ahamad mengajak penduduk kampungnya supaya
berusaha mendapatkan kemerdekaan tanah air daripada penjajah.

3. kita mestilah bekerjasama dan saling membantu - penduduk kampung dan tuan Booth bekerjasama
untuk mencari Ahamad yang hilang kerana ditangkap komunis.

4. Kita mestilah mengenang budi - Ahamad mengenang budi tuan Booth yang pernah memeliharanya
dengan menghadiri majlis tuan Booth di banglonya.

5. Kita mestilah menyayangi keluarga kita - tuan Booth membawa keluarganya berpindah sebelun Jepun
menjajah kampung itu.

6. Kita mestilah mengambil peluang untuk membaiki diri - Ahamad mengambil peluang untuk belajar
menulis dan bercakap Inggeris daripada Sandra ketika tinggal di banglo tuan Booth.
SAJAK: SEJADAH RINDU
A. MAKSUD SAJAK:

SAJAK MAKSUD
Terkedu aku Penyajak termenung di atas sejadah sewaktu
di sejadah rindu mengungkapkan kalimah syahdu/ sedih hingga
mengungkap kalimah syahdu menyentuh hatinya dan menjadikan dia
bait bicara tersentuh kalbu menginsafi akan dosa-dosanya yang lalu.
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang dahulu

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan Dengan rasa rendah diri, penyajak memohon
kupohon kembali nafas kehidupan kepada Tuhan agar diberi keampunan sebelum
dalam keterhadan dan keterbatasan insan beliau meninggal dunia seperti yang telah
moga terbuka ruang keampunan ditetapkan oleh Tuhan.
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang Kautetapkan

Air mata menjadi saksi Dengan iringan air mata dan hati yang ikhlas
keikhlasan menjadi bukti sebagai bukti, penyajad sujud dan melafazkan
akhirnya taubat dalam keadaan yang sebak/ sedih dan
aku sujud menghadap Ilahi dalam keadaan yang hening/ sunyi dan sepi.
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti

Hati ini luluh Hati penyajak sedih/ luluh dan jiwanya tersentuh
jiwa yang kaku tersentuh dengan ayat-ayat cinta kepada Tuhan yang
ayat-ayat cinta disusun kukuh disusun dengan rapi sewaktu memohon
di sejadah rindu yang lusuh keampunan kepada Tuhan serta berasa amat
kemaafan yang kupohon sungguh gemuruh.
dari Pencipta dalam gemuruh

Ungkapan doa pada yang Esa Penyajak berdoa kepada Tuhan agar menerima
izinkan aku menjadi manusia dan mengizinkan dirinya menjadi manusia yang
yang taat sentiasa sentiasa taat akan perintah Tuhan. Dia juga
pada perintah Maha Kuasa sedar bahawa dunia ini hanyalah sementara.
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara.

B. TEMA:

- bertemakan ketuhanan dan ketaatan kepada perintah agama. Contohnya, penyajak insaf akan dosa-
dosanya dan memohon keampunan kepada Tuhan. Beliau bertaubat untuk tidak mengulangi dosanya
dan memohon agar Tuhan menunjukkan jalan yang benar kepadanya.
C. PERSOALAN:

i. keinsafan atas dosa-dosa lalu yang menghantui kehidupannya. Contohnya, penyajak berasa sedih
dan bertaubat atas dosa yang telah dilakukannya dahulu.

ii. pengharapan keampunan manusia kepada Tuhannya sebelum dia meninggal dunia. Contohnya,
penyajak memohon keampunan kepada Tuhan atas segala dosanya sebelum dia meninggal dunia nanti.

iii. keikhlasan dalam memohon keampunan kepada Tuhan. Contohnya, penyajak memohon
keampunan atas dosanya kepada Tuhan dengan linangan air mata dan penuh keikhlasan.

iv. taubat yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Contohnya, Penyajak bertaubat memohon
keampunan hingga menitiskan air mata.

v. berserah dan memohon keampunan hanyalah kepada Tuhan yang Esa. Contohnya, penyajak
memohon keampunan dan berdoa kepada Tuhan agar kesalahannya diampunkan.

vi. dunia hanya bersifat sementara. Contohnya, penyajak menyedari bahawa dunia ini hanya sementara
dan tidak kekal untuk selama-lamanya.

D. GAYA BAHASA:

i. Inversi - susunan ayat terbalik : Contohnya, "Terkedu aku, moga terbuka ruang keampunan"

ii. Personafikasi - unsur perorangan: Contohnya, "air mata menjadi saksi"

iii. Metafora - perbandingan: Contohnya, "sejadah rindu, nafas kehidupan"

iv. Bahasa Arab: Contohnya, "kalimah, Ilahi, taubat"

E. NILAI:

i. keinsafan - penyajak menginsafi segala dosa-dosanya yang lalu.

ii. kegigihan - penyajak bersungguh-sungguh dan gigih memohon keampunan kepada Tuhan.

iii. keikhlasan - penyajak bertaubat dengan penuh ikhlas hingga menitiskan air mata.

iv. ketaatan - penyajak taat kepada Pencipta dan hanya memohon keampunan daripada-Nya.

v. Kesedaran - penyajak sedar akan dosa-dosanya yang lalu serta menyedari bahawa dunia ini hanya
sementara.

F. PENGAJARAN:

Kita hendaklah/ haruslah/ mestilah......


i. segera insaf akan dosa dan kesalahan yang lalu supaya kita tidak menjadi manusia yang rugi di
akhirat kelak.

ii. berusaha dengan gigih serta tidak berputus asa untuk mendapatkan keampunan daripada Tuhan.

iii. memohon keampunan dengan penuh keikhlasan agar dosa-dosa yang lalu akan diampunkan oleh
Tuhan.

iv. taat kepada pencipta supaya kita sentiasa sedar diri dan berusaha mendapatkan keampunan
daripada Allah.

v. sedar bahawa dunia ini hanya sementara supaya kita sedar dan tidak melakukan dosa semasa hidup
kita.

vi. menyedari kesalahan kita dan kembali semula ke jalan yang diredai Tuhan.
Teknik Plot Novel “Tirani”
Catatan : Bagi sesetengah soalan, nama watak TIDAK BOLEH
diletakkan dalam ayat isi.
Nama watak hanya dimasukkan dalam ayat-ayat
huraian.
(Namun tetap bergantung pada kehendak dan bentuk
soalan)

Pemerian
Pengarang memerihalkan upacara menyarungkan cincin perkahwinan pengantin lelaki di jari pengantin
perempuan. Contohnya, Waheeda tersenyum mengalu-alukan Mak Cik Hazimah, ibu saudara Zahid, lalu
menghulurkan tangan kanannya. Haziamah menyarungkan cincin pemberian Zahid di jari
manis untuk memantapkan ikatan perkahwinan mereka. Waheeeda berengsot dan mencium tangan
suaminya. Zahid merapatkan wajahnya ke hadapan lalu mencium dahi isterinya. Mesra dan kejap.
Pengarang memerihalkan keadaan wajah Waheeda selepas dia menjalani pembedahan plastik.
Contohnya, mata Waheeda berbalut dan hidungnya pula berbebat selama dua hari berada di wad selepas
pembedahan. Seterusnya, wajah Waheeda dipuji oleh kawannya, Bazilah kerana wajahnya sememang
manis ditambah pula kelopak mata cantik berlapis. Hidungnya mancung macam heroin Hindustan, sampai
Bazilah hilang kata-kata untuk memujinya.

Kejutan
Antara contoh teknik kejutan yang terdapat dalam novel ini ialah perisitiwa serangan monyet Belanda di
Chalet Tajau Emas. Monyet Belanda yang menceroboh chalet tersebut menyebabkan suasana menjadi
kelam kabut. Penghuni dan pekerja-pekerja lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri daripada digigit
monyet Belanda. Peristiwa ini menimbulkan kejutan kepada pembaca kerana pembaca tidak menyangka
bahawa monyet Belanda bertindak agresif sehingga mencederakan Waheeda. Muka Waheeda telah
dicalar oleh monyet dan segera dikejarkan ke hospital untuk rawatan.
Selain itu, contoh teknik kejutan yang terdapat dalam novel ini termasuklah peristiwa Waheeda diceraikan
oleh Zahid. Suami Waheeda Zahid merupakan seseorang yang panas baran dan kuat cemburu. Oleh itu,
Zahid telah menuduh Waheeda bahawa dia telah berlaku curang dengan lelaki yang lain. Ini menyebabkan
Zahid mengesyaki bahawa Izzati bukan anak kandungnya dan menceraikan Waheeda. Peristiwa ini tidak
disangka oleh pembaca kerana Zahid sangat cinta akan Waheeda sebelumnya.

Saspens
Salah satu peristiwa yang mengandungi teknik saspens termasuklah peristiwa Waheeda digigit oleh
monyet Belanda. Pembaca berasa tertanya-tanya dan ingin mengetahui keadaan Waheeda apabila
berlaku kejadian tersebut. Contohnya, adakah wajah Waheeda menjadi cacat selepas mukanya digigit?
Selain itu, teknik saspens juga digunakan oleh penulis apabila Zahid berasa insaf akan kesalahannya serta
meminta maaf daripada Waheeda. Pada masa ini, pembaca akan mewujudkan perasaan ingin tahu
bahawa Zahid akan diampunkan oleh Waheeda atau tidak. Secara langsung, pembaca akan membaca
cerita seterusnya untuk mencari jawapan.

Imbas Kembali
Zahid mengimbas kembali tindakannya yang menceraikan Waheeda dua puluh tahun yang lalu. Dia
menceraikan Waheeda kerana menganggap bahawa Waheeda tidaksetia akannya. Dia juga tidak
mengakui Izzati sebagai anak kandungnya walaupun Waheeda telah menjalani ujian DNA yang
membuktikan bahawa Izzati ialah anak daging mereka. Zahid menyesal akan perbuatannya kerana dia
telah mengabaikan keluarganya.
Waheeda mengingati dia diejek oleh kawan-kawannya kerana dia bermata sepet dan berhidung pesek.
Pada zaman persekolahannya, dia menghidapi penyakit alergi yang sukar untuk dirawati. Hal ini
menyebabkan Waheeda menerima gelaran ‘ Eda Keropok’. Oleh itu, Waheeda tetap hendak
pergi menjalani pembedahan plastik pada mukanya walaupun sudah mengetahui risiko pembedahan
plastik.

Monolog Dalaman
Raidah berfikir bahawa ada sesuatu yang kurang dalam perbincangan Waheeda dengan Datin Hazirah.
Raidah beranggapan bahawa seorang yang penting tidak disebut dalam perbincangan mereka. Raidah
juga dapat memerhatikan bahawa sesuatu yang sangat mencengkam rasa dalam sanubari masing-masing
telah berlaku. Walau bagaimanapun, Raidah hanya senyum angguk pada ketika itu. Waheeda berfikir
bahawa tiada ada sesiapa ingin dilahirkan tidak sempurna. Mat Gusi tidak ingin menghidap penyakit
jantung berlubang, waheeda juga tidak ingin menghidap penyakit alergi yang sukar dirawat. Hal ini telah
menyebabkan Mat Gusi telah meninggal dunia manakala Waheeda mempunyai gelaran 'Eda Keropok' .
Dengan ini, keinginan menjalani pembedahan plastik dalam hati Waheeda telah wujud

Monolog Luaran
1. Bapa Waheeda, Fadihil berbisik pada dirinya dengan berharap agar majlis tidak melepasi waktu zuhur.
- Fadhil berasa gembira kerana banyak tetamu yang menghadiri majilis akadnikah antara Waheeda dengan
Zahid yang diadakan pada hari Sabtu dan majilis persandingan antara Waheeda dengan Zahid yang
diadakan pada hari Ahad.
- Fadhil risau bahawa majilis persidangan yang diadakan ini akan melewatiwaktu zuhur.
- Namun begitu, Datuk Yasser memujuk Fadhil bahawa majlis ini biasanya akan tamat dalam masa satu jam.

2. Waheeda berbisik kepada dirinya tentang keinginan untuk mencuba pembedahan plastik pada masa itu.
- Waheeda melayari laman sesawang “ALL YAHOO! HEALTH” dan dia terpikat oleh laman sesawang yang
berkaitan dengan kecantikan.
- Perkataan-perkataan magis yang terdapat dalam laman sesawang tersebut telah menimbulkan keinginan
Waheeda untuk mencuba pembedahan plastik.
- Walaupun Waheeda dinasihati oleh Raidah bahawa kecantikan asli perlu dipilihara kerana merupakan
ciptaan Tuhan, tetapi Waheeda tetap dengan pandangan sendiri, iaitu kecantikan ialah ruang dan peluang
membina keterampilan diri.

3. Waheeda berdoa sebelum menjalani pembedahan plastik di Silicon Medical Centre (SMC).
- Waheeda cuba menenangkan diri dengan memberitahu diri bahawa jiwa yang tenang boleh menguasai
keadaan sekarang.
- Waheeda juga mengumat-ngamitkan membaca doa untuk menaikkan semangat diri sebelum menjalani
penbedahan.
- Waheeda memeluk ibunya sebelum masuk ke bilik persediaan pembedahan.

Imbas Muka
Peristiwa teknik imbas muka ialah Waheeda membayangkan tempat pembedahan. Contohnya, Bazilah
berasa gerun tatkala membayangkan keadaan meja bedah dan alat perkakas yang lazim digunakan
semasa sesi pembedahan dijalankan sewaktu mendengar penerangan tentang prosedur pembedahan
daripada Dr. Zahari.
Selain itu, peristiwa teknik imbas muka ialah Waheeda membayangkan keadaan diri menjalani proses
pembedahan. Contohnya, ketika menantikan kedatangan doktor yang akan menjalankan pembedahan ke
atas dirinya, Waheeda membayangkan keadaan dirinya yang seumpama disembelih hidup-hidup semasa
proses pembedahan itu nanti.

Teknik Dialog
Antara teknik dialog yan terdapat dalam novel tersebut ialah perbualan antara Dr Zahari dengan Waheeda.
Contohnya, Dr Zahari menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastik yang akan dilalui oleh
Waheeda. Dr Zahari juga menjelaskan risiko yang dihadapi olehnya dalam pembedahan tersebut.
Selain itu, teknik dialog yang terdapat dalam novel tersebut ialah perbualan antara Waheeda dengan
ibunya, Raidah. Contohnya,Waheeda telah menyatakan hasratnya untuk menjalani pembedahan plastik
kepada ibunya. Namun, bapa Waheeda tidak bersetuju dengan hasrat Waheeda kerana beliau
mengangap perbuatan itu bercanggah dengan hukum agama.

Konflik
Novel yang saya kaji ialah novel “Tirani”, karya Beb Sabariah. Watak utama dalam novel “Tirani” ialah
Waheeda dan pelbagai konflik dihadapi oleh Waheeda.

Salah satu konflik yang dihadapi oleh watak utama ialah konflik memikirkan hasratnya dihalang.
Contohnya, keinginan Waheeda menjalani pembedahan plastik tetapi dilarang oleh ibu bapanya, Fadhil
dan Raidah. Mereka melarang Waheeda menjalani pembedahan plastik kerana perbuatan
tersebut melanggar ajaran agama Islam. Namun, Waheeda berasa wajahnya hodoh kerana hidung dia
pesek dan diaselalu diejek oleh rakannya. Akhirnya Waheeda tetap menjalani pembedahan plastik hidung
dan mata dengan alasan utnuki mengubati kecederaannya akibat digigit oleh monyet belanda. Ibu bapa
Waheeda tidak membantah hasrat Waheeda itu lagi. Setelah pembedahan, wajah Waheeda menjadi
cantik dan sering dipuji oleh kawan-kawannya.

Selain itu, watak utama menghadapi konflik memikirkan kerenah suami. Contohnya, konflik berlaku
kerana sikap Zahid yang kuat cemburu dan cepat naik baran. Zahid sering cemburu akan Waheeda yang
bergaul mesra dengan lelaki lain seperti Doktor Rushdi. Zahid juga tidak mempercayai bahawa Izzati ialah
anak dia dengan Waheeda dan enggan melihat laporan DNA Izzati. Sikap Zahid itu menyebabkan
Waheeda mengalami masalah kemurungan. Akhirnya, Waheeda menerima penceraian yang dibuat oleh
Zahid terhadap dirinya. Waheeda terus berusaha memajukan perniagaaan pelancongan dan
membesarkan anaknya, Izzati selama 20 tahun tanpa suami di sisinya.

Seterusnya, watak utama menghadapi konflik memikirkan hubungan dengan kawan karib. Contohnya,
Waheeda telah menumpang di rumah Bazilah semasa menunggu untuk menjalani pembedahan plastik di
Singapura. Namun, semasa berada di rumah Bazilah, Waheeda telah bergaul mesra dengan tunang
Bazilah, iaitu Doktor Zahari. Hal ini telah menyebabkan Bazilah berasa cemburu akan Waheeda dan
hubungan antaranya dengan Doktor Zahari tidak begitu rapat. Untuk mengelakkan hubungan Bazilah dan
Doktor Zahari menjadi renggang, Waheeda telah berpindah keluar darirumah Bazilah dan menginap
di Flamingo Resort. Tindakan Waheeda ini juga berjaya mengelakkan terjejasnya hubungan Waheeda
dengan Bazilah.

You might also like