You are on page 1of 11

ADULT LEARNING(PEMBELAJARAN DEWASA)

1.0 PENGENALAN

Zainuddin Arif (1994) berpendapat bahawa dalam menghadapi era globalisasi dunia,

adalah penting bagi semua pelajar mengambil pendekatan pembelajaran seumur hidup.

Perubahan yang terjadi seperti inovasi teknologi, pertambahanpenduduk,perubahan sistem

ekonomi terlalu cepat. Oleh yang demikian ilmu yang dipelajari ketika berumur 21tahun

perlu ditambah nilai ketika umur 40 tahun berikutan transmisi pengetahuan yang mengikut

era peredaran zaman. Untuk itu, adalah baik seseorang pelajar dewasa itu mendapat

pembelajaran informal ataupun nonformal. Contohnya pembelajaran berbentuk

ketrampilan,kursus-kursus, penataran dan sebagainya. Pelajar dewasa itu juga adalah individu

yang mempunyai kematangan konsep diri secara tersendiri ke arah berdikari dan mampu

mengarah diri sendiri. Kematangan ini iaitu mampu mengarahkan diri sendiri, bukan

diarahkan, dipaksa dan di manipulasi oleh pelajar lain.

Malcolm Knowles (1970) berpendapat bahawa pelajar dewasa adalah pelajar yang

secara sendiri dapat menyelesaikan masalah melalui pengalaman hidupnya sebagai sumber

pembelajaran penting. Pelajar dewasa juga mengambil bahagian dalam pembelajaran dalam

menentukan kurikulum dan menentukan objektif pembelajaran. Norzaini Azman (2009),

pembelajaran dewasa adalah merujuk kepada individu yang ingin mengubah atau

meningkatkan pengetahuan,nilai,kemahiran atau strategi. Pembelajaran dewasa begitu

penting seiring dengan perubahan dunia, Pembelajaran sepanjang hayat mempunyai implikasi

ekonomi, yang dapat memberi sumbangan kepada masyarakat, membantu membawa

perubahan dan meningkatkan kualiti kehidupan. Pembelajaran dewasa adalah tentang

perubahan sikap, pengetahuan, tingkah laku, kemahiran, cara berfikir dan produktiviti.
Malcolm Knowles (1980) menegenalpasti ciri-ciri pelajar dewasa adalah seperti

berikut:

 Pelajar dewasa adalah bebas dan mempunyai hala tuju kendiri. Peranan

mereka mendorong diri sendiri. Penyertaan pensyarah sebagai fasilitator.

Pensyarah memberi tugasan kepada pelajar tentang topik yang akan dipelajari.

Pensyarah memberi ruang kepada pelajar untuk mengambil tanggungjawab

untuk membuat persembahan dan kepimpinan dalam kumpulan.

 Pelajar dewasa telah mengumpul banyak pengalaman hidup dan pengetahuan

meliputi aktiviti berkaitan kerja, tanggungjawab keluarga dan pendidikan

terdahulu. Pensyarah perlu mengaitkan pembelajaran dengan asas pengetahuan

atau pengalaman tersebut. Oleh itu, pensyarah perlu membuat contoh yang

sesuai dengan pengalaman dengan topik yang dibincangkan.

 Pelajar dewasa merupakan individu yang mempunyai matlamat. Apabila

mendaftar kursus, mereka telah mempunyai matlamat yang ingin dicapai.

Tenaga pengajar perlu berperanan membantu pelajar mencapai matlamat.

 Pelajar dewasa berorientasikan kerelevanan. Mereka mesti memahami sejauh

mana rasionalnya sesuatu perkara dipelajari. Pembelajaran mestilah sesuai

dengan pekerjaan dan tanggungjawab. Segala teori dan konsep bersesuaian

dengan kebiasaan pelajar.

 Pelajar dewasa adalah praktikal. Pembelajaran yang dipelajari haruslah boleh

diguna pakai dalam pekerjaan dan kehidupan mereka.

 Pelajar dewasa mempunyai banyak pengalaman. Oleh itu, pensyarah juga

mestilah memperakui pengalaman dengan membenarkan mereka menyuarakan

pendapat secara bebas di dalam kelas.


2.0 KEPENTINGAN/KEPERLUAN KONSEP PEMBELAJARAN DEWASA

Kefahaman tentang konsep pembelajaran dewasa telah tersebar luas dengan

pengenalan pendapat oleh pelbagai tokoh antaranya; Margaret Mead mencadangkan bahawa

proses pembelajaran adalah perkongsian ilmu pelajar-pelajar yang telah belajar kepada

pelajar yang tidak tahu. Lindeman pula membincangkan bahawa nyawa dan kehidupan

adalah pembelajaran. Robert d. Boyd, melihat dari sudut psikologi, kematangan dan

kebebasan belajar. Pelajar dewasa adalah matang dan bebas dari sudut peribadi setelah

mengalami peringkat proses psikologi yang berbeza dengan psikologi kanak-kanak.

Mempunyai piawaian mereka sendiri, mempunyai pengalaman dan sesuai dengan keperluan.

Maka pembelajaran dewasa ditakrifkan sebagai pembelajaran yang bertujuan untuk

pelajar dewasa di dalam masyarakat supaya mereka boleh membangunkan kebolehan masing-

masing, memperkayakan pengetahuan, membangunkan kemahiran, memperbaiki teknik dan

kelayakan profesion yang mempunyai cara-cara baru untuk ditingkatkan. Melalui

pembelajaran dewasa adalah keperluan pembangunan di masa hadapan. Pembelajaran adalah

satu keperluan hidup apabila individu tersebut berinteraksi dengan alam sekitar. Kehidupan

komuniti yang berkembang melalui proses biologi yang berlangsung melalui perantara atau

alat komunikasi daripada yang lebih tua kepada yang lebih muda.

Seterusnya keperluan pembelajaran disebabkan pelajar dewasa yang mempunyai

kecenderungan penyelesaian masalah yang dihadapi. Oleh itu, inilah masa untuk belajar bagi

menangani masalah-masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Masalah yang

dihadapi dapat diekploitasikan melalui pembelajaran bahan yang telah dipelajari.

Pembelajaran yang diberikan untuk dewasa boleh menjadi berkesan, lebih cepat untuk

dipelajari apabila tutor(jurulatih,guru-guru,penatar,pengajar) tidak terlalu menguasai kelas,


tetapi dalam usaha menyampaikan pesanan kepada individu dewasa sehingga berjaya

menemukan alternatif yang mampu mengembangkan keperibadian dan keterampilan. Di

samping itu, pelajar dewasa dapat belajar secara aktif dalam aktiviti yang memberi

sumbangan fikiran dan merasa nilai diri dihadapkan rakan-rakannya. Pelajar dewasa akan

belajar lebih baik apabila pendapat peribadinya dihormati, dan akan lebih senang jikalau ia

diberi kesempatan untuk mengemukakan idea, manakala fasilitator sebagai pembimbing

dalam menjelaskan teori dan pendapat sendiri kepada mereka.

3.0 PERBINCANGAN

3.1 Definisi

Menurut Knowles (1970) terdapat empat definisi pelajar dewasa iaitu; (1) Dari aspek

biologi, individu itu mencapai tahap dewasa apabila mencapai peringkat umur tertentu

dan mampu melahirkan anak. (2) Dari aspek undang-undang: individu, individu itu

dianggap dewasa apabila mencapai syarat untuk terikat dengan undang-undang seperti

memiliki kelayakan mengundi dan menikah. (3) Dari aspek sosial, individu itu dianggap

dewasa apabila dapat memainkan peranan sebagai pelajar dewasa dengan bekerja dan

berumah tangga.(4) Dari aspek psikologi, individu itu dianggap dewasa apabila dia

mencapai tahap kesempurnaan apabila dia mampu mengurus hidupnya sendiri

Menurut Knowles (1986),pelajar dewasa adalah;

I. Konsep peribadi yang dulu banyak bergantung kea rah peribadi berdikari

II. Manusia yang mengumpulkan banyak pengalaman yang diperoleh dan menjadi

sumber yang berkembang.

III. Kesediaan belajar meningkat mengikut perkembangan peranan sosial yang

dibawanya.
IV. Perspektif waktu berubah dari kurang pengetahuan menjadi pengetahuan lebih

bermakna. Orientasi pada pelajaran beralih menjadi terpusat pada masalah.

Malcolm Knowles(1986) menyebutkan ada empat prinsip pembelajaran pelajar dewasa

antaranya;

I. Pelajar dewasa perlu melibatkan diri dalam merancang dan membuat tujuan

pembelajaran. Mereka memahami hasil pencapaiannya.

II. Pengalaman adalah aktiviti pembelajaran. Adalah tanggungjawab peserta didik

menerima pengalaman sebagai sesuatu yang bermakna.

III. Pelajar dewasa lebih berminat mempelajari perkara-perkara yang berkaitan secara

langsung dengan kerja dan kehidupan mereka.

IV. Pembelajaran lebih tertumpu pada masalah (problem-cantered) dan keperluan kepada

dorongan dan motivasi.

Sedangkan Miller(1904) menyebutkan prinsip pembelajaran bagi pelajar dewasa adalah

seperti berikut:

1. Pelajar dewasa perlu diberikan motivasi bagi mengubah tingkah laku. Pelajar dewasa

sedar tingkah laku yang tidak diingini dan mempunyai gambaran jelas berkenaan

dengan tingkah laku yang diingini.

2. Pelajar dewasa mempunyai peluang mencuba tingkah laku yang baru.

3. Pelajar dewasa memerlukan bahan-bahan pembelajaran yang dapat membantu

keperluannya.

Pembelajaran dewasa memerlukan kehadiran pelajar lain yang berperanan sebagai

pembimbing, bukan sebagai guru. Pelajar dewasa mempunyai peribadi dan kematangan

konsep diri dan mengalami perubahan psikologi.


3.2 Teori/Model

3.2.1 Pada tahun 1986, Malcolm Shepherd Knowles mengemukakan teori atau andaian

yang membezakan teori pembelajaran atau pembelajaran dewasa. Beliau menerangkan

idea-ideanya tentang pembelajaran dewasa iatu;Manusia terus membesar dari kanak-

kanak menjadi dewasa, pertumbuhan bukan semata fizikal tetapi berkait psikologi juga.

Pertumbuhan berpengaruh terhadap cara belajar..Proses belajar efektif berbeza apabila

dibandingkan pelajar dewasa dan anak-anak. Oleh itu, beliau merumuskan 6 andaian yang

perlu digunakan untuk memudahkan pembelajaran pelajar dewasa antaranya:

1. The Need to Know

Pelajar dewasa mesti tahu kenapa perlu mempelajari sesuatu sebelum memulakannya.

Pelajar dewasa juga mudah untuk memahami keuntungan ketika menjalani proses belajar

dan bukan sebagai alasan yang penting bagi organisasi atau majikannya.

2. Self Concept

Konsep diri pelajar dewasa adalah bertanggungjawab terhadap kehidupannya.

Pembelajaran perlu bergerak menuju self direction(mengarahkan diri sendiri)

3. Experience

Pengalaman hidup dan pelbagai rintangan menjadikan pelajar dewasa memiliki banyak

pengalaman masa lalu sebagai bahan belajar. Pelajar dewasa lebih tepat diperlakukan

sebagai “pelajar berpengalaman”. Pembelajaran lebih berkesan melalui teknik-teknik

berasaskan pengalaman seperti perbincangan dan penyelesaian masalah. Sewajarnya,

teknik-teknik penting dalam pendidikan adalah melibatkan pengalaman seperti


eksperimen makmal, perbincangan kes-kes penyelesaian masalah, pengalaman lapangan

dan sebagainya.

4. Readiness to learn

Pelajar dewasa bermotivasi sendiri untuk belajar berbagai hal yang patut mereka ketahui

untuk menghadapi pelbagai hal dalam kehidupan. Namun, kurang bermotivasi kepada

sesuatu yang masih terlalu jauh di masa depan. Pelajar dewasa belajar dengan lebih

berkesan apabila topik atau perkara itu ada nilai. Pembelajaran pelajar dewasa berpusat

pada target dan pencapaian. Program pembelajaran sepatutnya diatur berdasarkan

aplikasi kehidupan sebenar dan disusun mengikut kesediaan pelajar.

5. Orientation to learning

Pelajar dewasa bermotivasi sendiri untuk belajar apabila pembelajaran membantu mereka

meningkatkan kerjaya dan dapat menyelesaikan masalah di tempat kerja secara langsung.

Oleh kerana itu, program-program pembelajaran dewasa sepatutnya dirancang sesuai

dengan keperluan hidup dan disusun dengan melibatkan pelajar dewasa. Mereka

memerlukan kemahiran untuk mengaplikasikan apa jua pengetahuan dan kemahiran yang

diperoleh dapat diguna pakai masa akan datang.

6. Motivation

Motivasi yang terbaik bagi pelajar dewasa adalah dorongan motivasi dari dalam diri.

Contoh dorongan motivasi dari dalam diri adalah peningkatan kepuasan kerja,

meningkatkan harga diri peribadi, perasaan bahagia kerana dapat menyelesaikan tugas

dengan optima. Pelajar dewasa mempunyai kemampuan dalam menilai diri sendiri,

menentukan keputusan dan menentukan arah hidup mereka sendiri. Pelajar dewasa

mampu membangunkan psikologi untuk mendapatkan perhatian dan penghargaan pelajar

lain.
Berdasarkan prinsip-prinsip yang dikenalkan oleh Knowles tersebut bahawa

pembelajaran dewasa adalah pembelajaran yang berbeza dengan pembelajaran kanak-

kanak. Perbincangan kumpulan, penyelesaian masalah dan bertukar pengalaman. Pelajar

dewasa belajar dengan lebih baik apabila melibatkan diri secara aktif dalam merancang,

menilai dan melaksanakan proses pembelajaran yang mereka sertai. Pelajar dewasa akan

belajar secara berkesan apabila topik itu bernilai, mampu membantu permasalahan yang

dihadapi dalam kehidupan dan pekerjaan mereka. Pelajar dewasa juga dapat belajar

dengan baik apabila mereka mempunyai motivasi untuk berubah dan pengurusan

psikologi yang baik.

3.2.2 Peranan fasilitator dalam pembelajaran dewasa

Nurani Azman(2009), berpendapat peranan pensyarah kepada pelajar dewasa berubah

daripada seorang pembekal maklumat dan penilai menjadi fasilitator. Pelajar dewasa

masih memerlukan bantuan untuk merancang, mengatur dan menilai pembelajaran

mereka. Oleh itu, seorang fasilitator mestilah mahir dalam sesuatu subjek dan

menunjukkan sokongan ikhlas serta responsive terhadap keperluan pelajar. Fasilitator

yang efektif juga tidak terhad kepada pemudah cara di samping mempunyai kemahiran

komunikasi dan dapat membantu pelajar menghuraikan persoalan dan kekeliruan dalam

pembelajaran. Fasilitator juga memerlukan kemahiran interpersonal yang dapat

membantu pelajar dewasa meningkatkan tanggungjawab terhadap pembelajaran.

1.0 RUJUKAN LAIN YANG BERKAITAN

Miller(1904)pelajar perlu diberikan motivasi untuk mengubah tingkah laku yang

diinginkan dan tingkah laku yang tidak diinginkan, pelajar diberikan kesempatan untuk
mencuba tingkah laku yang baru dan memperoleh bahan-bahan yang sesuai untuk

membantu pembelajaran.

Townsend (1997) dalam Suprijanto(2007) menyatakan UNESCO mendefinisikan

pembelajaran dewasa adalah keseluruhan proses pendidikan yang ditubuhkan, isi

pembelajarannya dan kaedah samad formal atau tidak formal adalah untuk meningkatkan

kemampuan, menambahkan pengetahuan serta meningkatkan kelayakan teknik dan

professional. Ini akan menyebabkan peningkatan perubahan pada sikap yang akan lebih

utuh dan menyertai dalam aktiviti sosial, ekonomi dan budaya.

Teori Rogers (1969) dan Knowles (1970) dalam Nurani Azman (2009) membanding beza

lima asas penting dalam pendidikan antaranya;

i. Konsep kendiri, peningkatan pembelajaran kendiri keduanya adalah berpusatkan

potensi semulajadi, keazaman, responsif kendiri dan pembelajaran holistik.

ii. Pengalaman pelajar merupakan sumber terbesar dalam pembelajaran yang

diperoleh dari semula jadi. Knowles berpendapat tentang pengalaman pelajar dan

Rogers pula, semua pelajar mempunyai peluang yang sama dalam pembelajaran.

iii. Kesediaan iaitu pembinaan tanggungjawab, disebabkan oleh desakan perubahan

kendiri. Ini sama disokong oleh Knowles dan Rogers,

iv. Perspektif masa adalah sepatutnya aktif dan praktikal. Knowles lebih menekankan

hubungan pelajar dengan masa berbanding Rogers.

v. Orientasi pembelajaran adalah berasaskan masalah, kedua-dua teori Knowles dan

Rogers memberi keutamaan aktif dalam pembelajaran.


5.0 KESIMPULAN

Proses pembelajaran dewasa bertujuan mengembangkan kemampuan, memperkaya

pengetahuan, meningkatkan kelayakan teknikal dan jiwa profesionalisme. Proses

pembelajaran pelajar dewasa adalah perubahan sikap dan perilaku yang dikategorikan sebagai

perkembangan peribadi dan peningkatan penglibatan sosial. Pembelajaran pelajar dewasa

adalah bertujuan untuk mengubah perilaku ke arah yang lebih baik dan menguntungkan

kepada perubahan dan peningkatan pengetahuan, keterampilan dan sekali gus sikap.

Pembelajaran dewasa lebih menekankan hubungan secara langsung antara peserta dan proses

pembelajaran dan bukan tertumpu hanya kepada bahan. Keberhasilan pembelajaran dewasa

juga dikaitkan dengan faktor internal dan juga faktor external. Faktor internal berkaitan

dengan fisiologi dan faktor psikologi seperti kecerdasan, motivasi dan ingatan. Faktor

external pula yang berkaitan persekitaran, kurikulum, bahan belajar dan kaedah

pembelajaran.
Rujukan

Amanda Hayes,2006,Teaching Adults, Continuum International Publishing Group

Blythe Camenson,1999,Opportunities In Adult Education Careers, GM Career Horizons.

Https://Www.Enotes.Com/Research-Starters/Andragogy

Https://Www.Simplypsychology.Org/Learning-Kolb.Html

Https://Www.Slideshare.Net/Mobile/Ooqway/Andragogi

Knowles 1970

Masamah Muhamad,2001,Adult And Continuing Education In Malaysia, Universiti Putra

Malaysia

Nurani Azman,,2009,Pembelajaran Dewasa, Ukm

Reece &Walker.2003.Teaching, Training And Learning. Sunderland: Business Education

Publishers Limited,

You might also like