You are on page 1of 15

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T. dapatlah saya menyiapkan laporan kajian
tindakan ini. Walaupun sibuk dengan urusan disekolah dan urusan harian saya
amat berterima kasih pada suami dan keluarga yang banyak membantu dan
memberi sokongan pada saya. Tidak lupa juga pada Guru Besar , rakan-rakan di
sekolah serta anak-anak murid-muridku sekalian, kalian juga telah banyak
membantu saya menyiapkan kajian tindakan ini. Pengalaman pahit manis
menyiapkan kajian tindakan ini sungguh bermakna buat diri saya, saya dapat
meningkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran saya didalam kelas dengan
sesuatu yang luar biasa yang saya sendiri tidak sangka dapat
melakukannya.Tidak lupa juga terima kasih saya pada AJK kajian tindakan
peringkat Daerah Kuantan yang banyak memberi tunjuk ajar pada saya untuk
menghasilkan kajian tindakan.
Akhir kata, saya menyusun sepuluh jari memohon keampunan jikalau terdapat
kesilapan sepanjang menyiapkan tugasan ini. Semoga tugasan ini mencapai
objektif yang dikehendaki.

Sekian, terima kasih.

(SUHAILA BINTI MOHD)

1
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu. 2

2.0 Fokus Kajian 2

3.0 Objektif 3

4.0 Kumpulan sasaran 3

5.0 Perlaksanaan Kajian 4-7


5.1 Langkah-langkah perlaksanaan
5.2 Dapatan Kajian

6.0 Rumusan
8
7.0 Bibliografi 9
10 - 16
8.0 Lampiran

2
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR SEBARANG NOMBOR BAGI
MURID-MURID 6TAKWA MENGGUNAKAN KAEDAH BOLA SEPAK LIGAT

Oleh

Puan Suhaila binti Mohd


Sekolah Kebangsaan Pelabuhan
26100 Kuantan
Pahang

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang


dihadapi oleh murid-murid tahun 6 Takwa semasa membundarkan sebarang
nombor 7 digit kepada puluh ribu yang terdekat. Seramai 32 orang murid tahun 6
Takwa dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Perancangan tindakan
difokuskan kepada meningkatkan kemahiran membundar sebarang nombor
tujuh digit kepada puluh ribu yang terdekat. Tinjauan awal telah dilaksanakan
melalui semakan kerja rumah murid, ujian bulanan, peperiksaan penggal dan
ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak mahir dalam membundar
sebarang nombor tujuh digit kepada puluh ribu yang terdekat. Tiga sesi
pengajaran dan pembelajarant (30-90 minit setiap sesi) telah dijalankan dalam
tempoh 8 minggu iaitu murid belajar kemahiran yang tersebut di atas melalui
kaedah Kata Kunci BOLA SEPAK LIGAT dan modul latihan berpandu secara
kumpulan. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid.
Murid lebih berminat belajar kemahiran membundar dengan menggunakan

3
kaedah BOLA SEPAK LIGAT. Modul latihan berpandu telah membantu murid
untuk mengatasi masalah mereka. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran
asas untuk membundar sebarang nombor pada nilai tempat yang terdekat perlu
diperkukuh semasa mereka berada di tahun empat lagi. Penggunaan kata kunci
BOLA SEPAK LIGAT ini boleh membantu pelajar memahami konsep matematik
ini.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Murid- murid kelas saya terdiri daripada murid- murid sederhana dan juga
lemah.
Daripada pemerhatian yang dijalankan melalui ujian bulanan, PKSR 1 dan PKSR
2 serta latihan-latihan yang saya beri dan cara mereka menjawab secara lisan
saya dapati mereka mengalami masalah dalam matapelajaran matematik iaitu
membundar sebarang nombor tujuh digit kepada
puluh ribu yang terdekat. Kegagalan ini disebabkan mereka tidak dapat
mengenalpasti digit dibundar serta konsep sebenar membundar. Apabila di beri
soalan tajuk bundar pasti pelbagai pertanyaan pasti dajukan oleh murid-murid
saya walaupun setelah penerangan di buat beberapa kali, antara pertanyaan
yang sering ditanya “cikgu digit dibundar ni nak kekal atau tambah satu “. Bukan
setakat seorang dua murid malah separuh daripada murid-murid 6 Takwa masih
tidak boleh membundar dengan baik walaupun kemahiran ini, telah diajar
sewaktu mereka di tahun 4 dan 5. Bagi membantu murid-murid saya menguasai
kemahiran ini saya mesti mencari satu alternatif lain yang lebih mudah untuk
membundar.
Daripada refleksi diatas saya membuat kesimpulan bahawa kelemahan
murid-murid saya dalam membundar adalah disebabkan mereka tidak dapat
menyimpan lama isi-isi pelajaran yang telah diajar terutama berkaitan dengan
formula matematik. Kaedah pengajaran yang dijalankan juga kurang menarik

4
minat murid yang suka pada sesuatu yang luar biasa . Latihan-latihan diberi juga
jarang disiapkan kerana mereka tidak memahami konsep matematik itu sendiri.

2.0 ISU/ KEPRIHATINAN/ FOKUS KAJIAN

Walaupun banyak masalah yang dihadapi oleh murid-murid saya dalam


membundar nombor , saya akan hanya fokus pada kemahiran membundar
sebarang nombor tujuh digit kepada puluh ribu yang tedekat. Dengan ini dapat
membantu menarik minat mereka pada matapelajaran matematik serta lulus
dengan baik dalam UPSR pada tahun 2010 ini.

3.0 OBJEKTIF

Objektif umum

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid membundar


sebarang nombor tujuh digit kepada puluh ribu yang terdekat.

Objektif khusus

- meningkatkan kemahiran membundar sebarang nombor dengan


konsep yang betul.

5
- Meningkatkan peratus markah matematik.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 32 orang murid tahun 6 Takwa yang terdiri daripada 21
orang
murid lelaki dan 11 orang murid perempuan.

5.0 PERLAKSANAAN KAJIAN

Langkah-langkah perlaksanaan kajian

1) Tinjauan masalah

Saya telah mengedarkan borang soal selidik untuk mengetahui punca


kelemahan murid untuk membundar sebarang nombor 7 digit. (55%) Murid-murid

6
tersebut tidak dapat membundar dengan baik kerana tidak tahu satu kaedah
yang mudah untuk mengenalpasti digit yang perlu dibundar .(45%) Murid-murid
ini tidak pasti digit yang dibundar menghasilkan jawapan yang paling tepat.

2) Analisis tinjauan masalah

Setelah pulang dari sekolah kebanyakan murid (75%) memberi respon


bahawa menonton TV atau bermain dan mereka jarang sekali menyiapkan kerja
rumah yang diberikan oleh guru matematik. Sebilangan besar( 80%)juga
melaporkan mereka tidak mendapat bimbingan daripada ibubapa kerana majoriti
(80%) ibubapa murid-murid ini mempunyai tahap pendidikan yang rendah.

3) Rancangan tindakan

i) Tinjau masalah

a) Ujian khas membundar sebarang nombor tujuh digit kepada puluh


ribu yang terdekat.
b) Latihtubi dalam kumpulan kelas

ii) Kaedah KEY WORD “ BOLA SEPAK LIGAT” ( Ingat bundar ingat bola
sepak ligat)

BOLA ------ bulat digit dibundar

7
SE ------- satu

PA ------ empat

K ------ kekal digit dibundar

LI ------- lima

GA ------- keatas

T -------- tambah satu digit dibundar


CONTOH

1) 2 8 7 6 4 5 6 ------ 2 8 8 0 0 0 0

Digit kanan lebih daripada lima tambah satu digit dibundar. (keyword LIGAT)

2) 9 6 5 4 7 6 5 ---------- 9 6 5 0 0 0 0

Digit kanan kurang daripada lima kekal digit dibundar. (keyword SEPAK)

▫ Guru menerangkan pada murid maksud BOLA SEPAK LIGAT dan cara
membundar yang betul.

DAPATAN KAJIAN

8
Ujian Pra dan Pos membundar sebarang nombor 7 digit pada puluhribu yang
terdekat.

GRED UJIAN PRA UJIAN 1 UJIAN 2


BIL % BIL % BIL %
A 0 0 0 0 8
28
B 0 0 10 31 20
62
C 16 50 20 62 4
20
D 16 50 2 7 0
0
JUMLAH 16 50 30 93 32
100

Analisis ujian Pra, ujian 1 dan Ujian 2

1) Ujian PRA – 16 lulus 16 gagal

2) Ujian 1- 2 gagal 30 lulus

3) Ujian 2 – 8 dapat A, 20 dapat B dan 2 dapat C

9
ANALISIS SOAL SELIDIK

▪ Ingatan masih lemah


• Gangguan persekitaran
• Tiada bantuan di rumah
• Mengatakan soalan susah
• Kemahiran yang diperlukan tiada
• Kurang bertanya pada guru

PENDAPAT MURID TENTANG KAEDAH BOLA SEPAK LIGAT

- Bersemangat terhadap pembelajaran matematik


- Memberi keyakinan kepada murid
- Tegas dalam memberikan jawapan setiap persoalan
- Memberikan panduan yang jelas kepada murid

PENILAIAN DAN REFLEKSI KENDIRI

10
- Murid berminat menggunakan sesuatu yang berlainan untuk
rujukan.
- Kaedah BOLA SEPAK LIGAT memudahkan murid membundar
nombor.
- Menambahkan ingatan murid
- Memberi peluang murid yang lemah mengingati kekunci dengan
berkesan.

RUMUSAN

- Kurang pendedahan dalam masalah membundar digit pada nilai tempat


tertentu

- Kurang bahan rujukan

- Tiada bimbingan di rumah

- KAEDAH BOLA SEPAK LIGAT meningkatkan kemahiran menjawab soalan


Membundar

- Perlukan sesuatu bahan yang baru untuk panduan

- Tiada kerjasama semasa sesi P&P

-Lebih suka menghafal dari berfikir

11
6.0 CADANGAN TINDAKAN SETERUSNYA

Memandangkan kaedah ini amat berkesan saya bercadang untuk menggunakan


kaedah ini untuk tahun depan bagi murid-murid yang lemah dalam tajuk
membundar . Seterusnya kaedah ini akan dapat mepertingkatkan peratus
matematik UPSR sekolah saya.

BIBLIOGRAFI

Albrecht, RR. Dan Feltz, D.L., 1987. Generality and specificity of


attention related to competitive anxiety and sport performance.
Journal of Sport Psychology, 9,hlm.241-248.

Hairunnaja Najmuddin. 2003. Psikologi Ketenangan Hati Edisi


Kedua. Kuala Lumpur: Pts Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Hairunnaja Najmuddin. 2002. Psikologi Ketenangan Hati. Kuala


Lumpur: Pts Publications & Distributors Sdn. Bhd.

12
L
A
M
P
I
R
A
N

Borang soal selidik

13
Nama : ______________ Kelas : ( ) Tarikh: ____________

Arahan: Tandakan ( √ ) pada tempat yang berkenaan.

Soalan-soalan Ya Tidak

1. Adakah anda suka Matematik?

2. Adakah Matematik penting bagi anda?

3. Adakah anda sudah pandai membundar sa, puluh, ratus,


ribu yang hampir?

4. Adakah anda rasa seronok semasa belajar Matematik?

5. Adakah anda menggunakan kemahiran Matematik dalam


aktiviti harian anda?

6. Adakah ibu bapa/adik-beradik anda mengajar anda


Matematik di rumah?

7. Adakah anda faham semasa guru Matematik mengajar?

8. Adakah anda membuat kerja Matematik di rumah?

9. Apakah yang harus anda buat bila tidak tahu membuat soalan Matematik?

( ) berputus asa dan tidak mahu buat lagi.


( ) salin jawapan kawan yang pandai.
( ) meminta bantuan daripada orang lain.

10. Di rumah, anda biasa membuat latihan yang mana satu?

( ) Bahasa Arab ( ) Matematik


( ) Bahasa Melayu ( ) Bahasa Inggeris

14
11. Anda lebih suka aktiviti yang mana satu?

( ) membuat latihan Matematik


( ) menonton televisyen
( ) membaca buku teks

12. Anda biasanya

( ) menonton televisyen dahulu, kemudian barulah membuat kerja rumah.


( ) membuat kerja rumah dahulu, kemudian barulah menonton televisyen.

15

You might also like