You are on page 1of 11

ADAT RESAM PERKAHWINAN MASYARAKAT MELANAU SARAWAK

Masyarakat Melanau merupakan salah satu daripada etnik pribumi

Sarawak. Seperti masyarakat etnik Sarawak yang lain, masyarakat
Melanau juga mempunyai adat resam perkahwinan yang unik dan
tersendiri. Walau ramai yang menyatakan bahawa adat resam perkahwinan
masyarakat Melanau hampir sama dengan adat perkahwinan masyarakat
Melayu Sarawak namun hakikatnya adat resam masyarakat Melanau
mempunyai kelainan walaupun ianya masih berasaskan kepada adat
merisik, meminang dan majlis perkahwinan. Di dalam memperjelaskan
konsep adat perkahwinan di dalam masyarakat Melanau, beberapa
istiadat perkahwinan hendaklah dititik beratkan. Aspek status sosial
amatlah penting memandangkan ini akan melambangkan pangkat kepada
pasangan tersebut di dalam institusi sosial. Status sosial ini dapat
diperjelaskan di dalam menentukan jenis barangan dan hantaran yang
harus disediakan sewaktu pertunangan dan barangan hantaran yang
dihantar bersama dengan mas kahwin. Status sosial ini digelar
Sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh bertirih dan lima bertirih. Adat
resam pula akan mencakupi adat menuga, adat mebin dan pakan yang
berkait rapat dengan status sosial tersebut.

Segalanya bermula dengan apabila si teruna sudah terpaut dengan si

dara dan adalah perlu untuk si teruna menyampaikan hajat dihati
kepada kedua orangtuanya. Apabila wakil pihak teruna berkunjung ke
rumah keluarga si dara adat ini dipanggil ADAT MERISIK. Di dalam adat
merisik ini, adalah perlu untuk kedua-dua keluarga memperjelaskan
status sosial masing-masing. Sekiranya status sosial mereka adalah
sama maka ianya dikenali dengan sama gara dan sekiranya status sosial
mereka tidak sama maka ianya dikenali sida adat. Penentuan status
sosial ini akan menentukan hantaran dan bentuk mas kahwin yang harus
diberikan apabila kata sepakat telah diambil di dalam adat merisik
ini nanti barulah akan diteruskan dengan ADAT BERTUNANG.

Mengikut kata sepakat di dalam adat merisik, maka satu hari yang baik
akan dipilih untuk kedua-dua keluarga menjalankan ADAT BERTUNANG.
Rombongan pihak teruna biasanya akan bertandang ke rumah keluarga si
dara dengan membawa beberapa hantaran sebagai Tanda Tunang. Hantaran
tersebut adalah sebentuk cincin emas, sebilah senjata, segantang
padi, sebiji kelapa dan satu pikul barang tembaga. Sekiranya hantaran
tersebut diterima oleh pihak keluarga si dara maka dengan rasminya si
dara menjadi tunangan orang yang sah. Terdapat beberapa perkara yang
harus diambilkira sewaktu pertunangan berlangsung iaitu sekiranya
jodoh tidak kesampaian maksudnya pertunangan tidak dapat diteruskan
atas hal-hal tertentu. Sekiranya pihak perempuan yang memutuskan
pertunangan tersebut maka pihak perempuan hendaklah menghantar
kembali kesemua tanda tunang tersebut kepada pihak lelaki dan
sekiranya pihak lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut maka
kesemua tanda tunang tersebut dikira “hangus” iaitu ianya akan
terus menjadi milik perempuan tersebut.
Kebiasaannya MAJLIS PERKAHWINAN yang mengikut adat di dalam
masyarakat melanau akan diadakan secara besar-besaran iaitu mengikut
kemampuan kedua-dua keluarga kecuali perkahwinan dikategorikan
sebagai perkahwinan jenis “Peramas” iaitu berkahwin kerana
ditangkap basah. Perkahwinan jenis ini lebih kepada perkahwinan bidan
terjun dan majlisnya hanya ala kadar sahaja. Bagi perkahwinan yang
mengikut adat, kebiasaannya tempoh penyediaan perkahwinan adalah
beberapa hari sebelum tarikh majlis perkahwinan diadakan. Beberapa
hari sebelum majlis perkahwinan diadakan, pihak lelaki dikehendaki
menyerahkan hadiah mas kahwin iaitu “penyekab” dan “berian”.
Kemudian disusuli dengan sehari sebelum majlis perkahwinan dengan
hadiah lain seperti “adat menuga”, “adat mebin” dan “pakan”.
Selesai penyerahan hadiah ini barulah disusuli dengan acara
pernikahan. Acara pernikahan kebiasaannya adalah satu acara mengikut
perkara wajib di dalam lunas-lunas agama. Selesai hal-hal yang wajib
ini barulah majlis persandingan akan diadakan.

Kebiasaannya majlis persandingan akan diraikan di rumah kedua-dua

belah pihak pengantin lelaki dan perempuan dengan dihadiri keluarga
dan sahabat handai yang telah dijemput. Majlis Persandingan biasanya
dimulai di rumah keluarga pengantin lelaki. Ini bermakna pengantin
perempuan dan rombongannya akan bertandang ke rumah pengantin lelaki
dahulu. Apabila pengantin perempuan tiba di rumah keluarga pengantin
lelaki maka adalah perlu untuk keluarga pengantin lelaki
menghadiahkan “adat pahe” kepada pengantin perempuan. Tanpa “adat
pahe” ini, pengantin perempuan dan rombongannya adalah dilarang
untuk memakan sebarang makanan di rumah pengantin lelaki itu.
Sekiranya semua adat telah dijalani maka barulah persandingan akan
dibenarkan kepada kedua-kedua mempelai untuk duduk di astana pelamin
yang siap dibina bagi tontonan semua jemputan dan keluarga. Selesai
sudah majlis di sebelah pengantin lelaki, kini tibalah pula untuk
majlis persandingan di rumah keluarga pengantin perempuan. Rombongan
pengantin lelaki akan bertandang ke rumah keluarga pengantin
perempuan. Di majlis persandingan di sebelah pengantin perempuan ini
akan diadakan “adat petudui’’ iaitu penyerahan pelbagai barangan
antaranya sebentuk cincin emas dan seutas gelang perak oleh pengantin
lelaki kepada pengantin perempuan.

Pada sebelah petang ataupun malam, kebiasaannya akan diadakan upacara

makan nasi temuan. Upacara makan nasi temuan adalah seisi suap-
menyuap antara kedua-dua pengantin dengan disaksikan oleh keluarga
terdekat. Mengikut ceritanya di dalam upacara makan nasi temuan ini
para hadirin akan boleh mengenal siapakah yang akan mendominasi
bahtera perkahwinan itu nanti berdasarkan siapakah yang paling cepat
menyuapkan makanan ke dalam mulut. Andaikata yang paling cepat adalah
pengantin lelaki maka pengantin lelakilah raja kepada rumahtangga
tersebut tetapi andaikata pengantin perempuan yang paling cepat maka
akan terdapatlah “Queen Control” di dalam bahtera perkahwinan itu
nanti. Walau bagaimanapun ini hanyalah cerita orang-orang tua,
kebenarannya hanya pasangan suami isteri itu yang mengetahuinya.
Pada hari ketujuh selepas majlis persandingan akan diadakan upacara
membebaskan kedua-dua pengantin daripada segala pantang yang
dikenakan. Pantang larang yang dikenakan itu adalah sepanjang tempoh
seminggu itu kedua-dua pengantin adalah tidak dibenarkan untuk tidur
di siang hari kerana sekiranya dilakukan akan membawa bala atau
bencana di dalam perkahwinan mereka. Untuk itu upacara membuang
pantang ini akan diadakan dengan upacara mandi pengantin di laut.
Ianya adalah simbolik kepada membuang segala bala dan bencana itu ke
laut.

Berbalik kepada penjelasan kepada status sosial di dalam masyarakat

Melanau yang akan menentukan adat perkahwinan adalah seperti berikut:

Status Sosial: Bangsa Sembilan Pikul

Apabila hari perkahwinan akan dilangsungkan mas kahwin diberikan.
Terdapat dua bahagian yang penting iaitu penyekab dan berian.
Penyekab terdiri daripada sembilan amas emas, sebilah pedang, sehelai
persarakap betabor (sapu tangan berebang emas dengan corak tertentu)
dan sebuah tumo' (bekas diperbuat daripada kayu dalam bentuk
tertentu). Berian pula terdiri daripada barang-barang tembaga kuning
sebanyak sembilan pikul (133 paun x 9) atau harta lain yang senilai
dengan harga barangan tersebut.

Keperluan-keperluan lain ialah Adat Menuga sebanyak satu pikul

barangan tembaga kuning atau harta senilai sebagai syarat
pengangkutan pengantin perempuan ke rumah lelaki pada hari
perkahwinan. Adat Mebin adalah satu pikul barangan tembaga sebagai
syarat untuk pengantin perempuan naik ke rumah pengantin lelaki
apabila rombongan sudah sampai di rumah itu. Pakan pula hanya berupa
duit mengikut kehendak pihak perempuan. Semua barangan hantaran akan
disampaikan kepada pihak perempuan sehari sebelum tarikh perkahwinan.

Pada keesokkan paginya pengantin perempuan akan berangkat ke rumah

pengantin lelaki. Pada masa yang sama rumah pengantin lelaki akan
dihias dengan menarik dan kemudian pangkat pihak lelaki dipamerkan.
Pada masa yang sama sembilan helai bendera akan dikibarkan, lima di
hadapan rumah dan empat di sebelah jalan raya. Sebaik sahaja
rombongan pengantin perempuan sampai, seorang wakil lelaki akan
menghadiahkan sebuhuong pranakan siantan betabor (kain tenun
berbenang emas dengan corak tertentu). Kemudian pengantin perempuan
akan berdiri di atas batu asah yang disediakan sambil menyentuh kanan
seni (tempayan). Wakil lelaki merenjis kedua-dua belah kakinya ke
kiri. Setelah itu barulah wakil tersebut memberi hadiah kepada
pengantin perempuan sebagai syarat Adat pahe'.

Terdapat tiga bentuk adat pahe' yang perlu disediakan oleh wakil
pengantin lelaki iaitu pahe' Mukad yang merangkumi satu amas emas,
sepasang gelang perak (batuong) dan sembilan biji manik (kehet).
Pahe' Atap pula adalah terdiri daripada lima biji manik pasin. Pahe'
Id adalah lima biji manik tebalan dan Pahe' Keman adalah lima biji
manik pingeh yuong. Selepas itu upacara persandingan akan dilakukan
di rumah pengantin lelaki.

Setelah beberapa lama pasangan pengantin akan pergi ke rumah

pengantin perempuan untuk melangsungkan adat pedudui yang berkaitan
dengan acara malam pertama sehingga hari ketiga. Antara barangan adat
pedudui adalah seperti berikut:

• Satu amas emas

• Tujuh biji manik kehet
• Lima manik tilak
• Sepasang gelang perak
• Empat bilah lembing
• Dua belas belan
• Sehelai kain lugi
• Tiga ketul damar
• Bagou tulei (bekas damar yang diperbuat daripada tembaga)
• Bulang anyaman
• Sebilah lembing untuk mengikis damar
• Satu terusuong (seperti bentuk kon untuk ceduk air)

Barang-barang yang disediakan ini dimasukkan ke dalam bilik khas

pengantin. Setelah itu pasangan pengantin akan masuk ke dalam bilik.
Pengantin lelaki memberi cincin emas kepada pengantin perempuan.
Kemudian pengantin lelaki memberi seutas gelang perak yang diikat
dengan manik-manik dalam kain hitam kepada isterinya lagi. Mengikut
tradisi masyarakat Melanau, pasangan pengantin yang baru berkahwin
tidak dibolehkan keluar dari rumah selama sehari. Tempoh ini
dinamakan sebagai adat pedudui yang mensyaratkan mereka tidak boleh
mandi di sungai atau tidur pada waktu siang. Sungguhpun demikian
pasangan tersebut bebas melawat rumah kedua-dua ibu bapa mereka.

Status Sosial: Bangsa Tujuh Pikul

Perkahwinan untuk golongan berpangkat bawah dari Sembilan Pikul
hampir sama. Cuma yang membezakan adalah dari segi jumlah mas kahwin
sahaja. Penyekab terdiri daripada tujuh amas emas, sebilah keris,
sehelai persarakab, sapu tangan berbenang emas dan sebuah tumo'.
Berian pula terdiri daripada barangan tembaga kuning sebanyak tujuh
pikul atau pelbagai jenis barangan lain yang senilai.

Adat Menuga' adalah sebanyak sepikul barangan tembaga kuning atau

wang tunai. Pakan yang diberi dalam bentuk wang tunai mengikut jumlah
yang ditetapkan oleh pihak perempuan. Semasa pengantin perempuan
menaiki rumah lelaki, dia diberi sebuhuong pranakan bercura' (kain
tenun berbenang emas dengan corak khas). Pahe' makad juga akan
dihadiahkan kepada pengantin perempuan dengan mengandungi satu amas
emas, tujuh biji manik kehet dan sepikul juga diberi bersama manik-
manik dan diikat dalam kain hitam. Dalam adat petudui katil akan
disediakan empat bilah lembing. Kemudian tiga ketul damar disediakan
bersama perkakas seperti bagou tulei, kila, sebilah mata lembing dan
terusung. Minyak kelapa akan dimasukkan ke dalam tembikar kecil.
Selain itu pengantin lelaki juga akan menghadiahkan isterinya dengan
beberapa bentuk hadiah sebanyak satu amas emas, lima biji manik
tilak, sepasang gelang perak dan bibe' kuali.

Status Sosial: Bangsa Tujuh Beritih

Bagi golongan Tujuh Beritih adat pemberian mas kahwin adalah seperti
sebentuk cincin yang diletakkan dalam bekas anak selapak, segantang
padi diletakkan di dalam segamut yang tidak bertutup dan sebiji
kelapa yang diletakan di dalam bukor dan ditudung. Penyekab pula
terdiri daripada lima amas emas, sebilah keris, sebuah sipir, pinggan
tembaga bergigi di sisi dan sehelai kain perasa. Berian pula terdiri
daripada barang-barang tembaga kuning sebanyak tiga pikul sembilan
puluh kati atau harta yang lain senilai dengan tembaga tersebut. Adat
Menuga pula adalah sebanyak sepikul barang tembaga kuning atau wang
tunai yang sama nilai. Manakala pakan yang diberikan dalam bentuk
wang tunai bergantung pada pihak perempuan. Semasa pengantin
perempuan menaiki rumah pengantin lelaki, wakil pengantin lelaki akan
diberi kain sebuhuong tanjing sarek. Pahe' mukad yang mengandungi
satu amas emas, lima biji manik tilak yang diikat bersama bibe' kuali
dan sepikul barang tembaga kuning (menuga).

Bagi adat petudui Tujuh Beritih, tiga ketul damar akan disediakan
dengan bagou tulei, kila' (sebilah mata lembing) dan terusung.
Barang-barang lain pula digunakan kecuali minyak kelapa yang
diletakkan di dalam selepak sahaja. Adat lima beritih tidak wujud
lagi di kalangan yang berkedudukan paling rendah. Ini disebabkan
golongan seperti ini tidak wujud lagi dalam masyarakat Melanau.

Inilah paparan Borneo Oracle untuk memperjelaskan Adat Resam

Perkahwinan Masyarakat Melanau di Sarawak. Sesungguhnya sumber
kekayaan adat resam dan budaya di dalam masyarakat berbilang kaum di
Sarawak adalah sesuatu yang unik dan harus kita pertahankan sampai
bila-bila. Pihak Borneo Oracle mengalu-alukan sebarang nilai tambah
informasi untuk paparan kali ini. Sayangilah adat kita agar ianya
tidak ditelan dek zaman.

You might also like