You are on page 1of 2

PENGENALAN PERNIAGAAN

Saya, En. Tan Boon Hann dan dua rakan kongsi En. Justin Bieber dan Pn. Siti Nurhaliza telah
menjalankan perniagaan perkhdimatan dobi dan dobi layan diri di Bandar Teluk Intan, Perak.
Perniagaan perkongsian kami didaftarkan sebagai GREEN TEA & FRIENDS LAUNDRY
SERVICES.

Kami bertiga berkongsi menceburi cabang perniagaan ini dengan membawa masuk
wang masing-masing sebagai modal awal seperti berikut:

Nama Pekongsi Sumbangan Modal (RM)


En. Tan Boon Hann 60 000
En. Justin Bieber 60 000
Pn. Siti Nurhaliza 60 000

GREEN TEA & FRIENDS LAUNDRY SERVICES adalah perniagaan perkongsian


yang menyediakan perkhidmatan dobi dan dobi layan diri serta menjual produk berkaitan dobi.
Perkongsian kami dibantu oleh dua orang pekerja yang dibayar gaji RM1000 seorang, yang
dibayar dua kali sebulan.

Perniagaan menerima tawaran kontrak penyediaan perkhidmatan dobi daripada


HOTEL GRAND SKALI dan ASRAMA RUMAH SRI KENANGAN dengan bayaran
secara kredit untuk selama setahun.

Perniagaan akan menerima komisen daripada pembekal PANTAI SABUN


SUPPLIERS SDN. BHD. bagi belian sabun mini dan pelembut mini.

Saya memilih untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan dobi bersama rakan-rakan


niaga atas sebab berikut:

a) Kami bertiga amat berminat di dalam bidang perniagaan perkhidmatan dobi;


b) Kami mempunyai latar belakang Pendidikan di peringkat kolej vokasional dan pusat
latihan industri perkhidmatan; dan
c) Perkhidmatan dobi mempunyai permintaan yang tinggi di kalangan penduduk
setempat.
Saya percaya dengan menjalankan perniagaan berbentuk perkongsian, kami bertiga
dapat mengumpul jumlah modal yang lebih tinggi dan mampu membeli lebih banyak inventori
dan menampung kos perkhidmatan daripada permintaan yang tinggi. Kami percaya usaha
berterusan dan pemasaran yang agresif dan dinamik, kami akan dapat menyediakan
perkhidmatan dobi yang secukupnya kepada penduduk setempat untuk memperoleh
keuntungan yang tinggi di samping dapat memudahkan keperluan perkhidmatan hidup
penduduk setempat.

Saya faham dengan melibatkan diri di dalam perniagaan perkongsian, saya berdepan
dengan risiko-risiko seperti aset peribadi terikat dengan liabiliti perniagaan, persaingan dengan
peniaga lain, serta terpaksa menanggung sendiri segala kos dan kerugian. Namun begitu,
diharapkan dengan usaha tiga orang berkebolehan berbanding hanya seorang dapat
mengurangkan risiko tersebut dan jika berlaku kerugian, ia dapat dikongsi bersama dengan
rakan kongsi lain.

You might also like