You are on page 1of 25

KESULTANAN JOHOR RIAU

 Pengenalan

Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka.

Kerajaan ini mewarisi sistem pemerintahan dan pentadbiran wilayah jajahan takluk dan

naungan Kesultanan Melayu Melaka. Kesultanan Johor Riau meneruskan tradisi

kegemilangan dan keagungan kerajaan awal di Alam Melayu. Kegemilangan dicapai dari

aspek perdagangan dan persuratan Melayu. Kegemilangan Kesultanan Johor Riau

sebagai sebuah empayar berakhir dengan Perjanjian Inggeris Belanda 1824.

1
PENGASASAN KESULTANAN JOHOR RIAU

 Pengenalan

Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka. Ia meneruskan
tradisi kegemilangan dan keagungan kerajaan awal di Alam Melayu.

1. Pengasasan Kerajaan

 Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh Raja Ali iaitu putera Sultan Mahmud Shah
dan Tun Fatimah.
 Menggunakan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah I ( 1528 – 1564 ).
 Bendahara Seri Nara Diraja dititahkan untuk membuka negeri di pesisir Sungai
Johor.

2. Pusat Pemerintahan Kota Kara, Pekan Tua

 Sultan Alauddin Riayat Shah I membina pusat pemerintahan di Kota Kara, Pekan
Tua ( 1528 ).
 Kedudukan Kota Kara yang terletak berdekatan dengan sungai yang lebar dan
dalam memudahkan kapal untuk keluat masuk.
 Kawasan berbukit bukau di sekitar Kota Kara menjadi benteng pertahanan
daripada ancaman luar.

2
3. Pusat Pemerintahan Kota Sayong, Sayong Pinang

 Kota Kara, Pekan Tua telah diserang dan dimusnahkan oleh Portugis ( 1535 ).
 Sultan Alauddin Riayat Shah I berundur dan membuka pusat pemerintahan di
Kota Sayong.
 Kawasan ini lebih selamat kerana kapal perang musuh sukar melepasi sungai
yang sempit.

4. Pusat Pemerintahan Kota Batu, Johor Lama

 Sultan Alauddin Riayat Shah I memindahkan pusat pemerintahan ke Kota Batu,


Johor Lama ( 1540 ).
 Kawasan ini juga dikenali sebagai Tanjung Batu.
 Kedudukannya yang strategik di Sungai Johor yang lebar dan dalam
memudahkan kemasukan kapal dagang.

Sungai Johor pada masa kini

3
 Cabaran Ke Arah Kegemilangan

Pengenalan

 Kesultanan Johor Riau menghadapi pelbagai cabaran untuk


mempertahankan kedaulatannya.
 Antara cabaran termasuklah persaingan Johor-Acheh-Portugis, Perang
Johor-Jambi, konflik pembesar dan ancaman Raja Kechil.

1. Persaingan Johor-Acheh-Portugis

 Berlaku peperangan antara tiga kuasa untuk menguasai perdagangan di Selat


Melaka.
 Peperangan berakhir apabila Johor memberi bantuan kepada Belanda
mengalahkan Portugis dan menguasai Melaka pada tahun 1641.
 Acheh merosot setelah kemangkatan Sultan Iskandar Thani.

2. Perang Johor-Jambi

 Johor menuntut Tungkal daripada kerajaan Jambi.


 Johor menyerang Jambi pada bulan Jun 1679 dan Jambi tewas di bawah
kuasa Kesultanan Johor Riau yang berpusat di Riau.

4
3. Konflik Pembesar

Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid

 Konflik berlaku antara Bendahara Tun Habib Abdul Majid dengan Laksamana
Tun Abdul Jamil untuk menguasai pemerintahan Kerajaan Johor Riau.
 Persaingan berakhir apabila Laksamana Tun Abdul Jamil mengundurkan diri
ke Terengganu.
 Keturunan Bendahara kembali berpengaruh dalam pemerintahan Kerajaan
Johor Riau.
 Tun Habib meninggal dunia dan digantikan dengan anaknya, Tun Abdul Jalil.

4. Ancaman Raja Kechil

 Raja Kechil menyerang Johor pada tahun 1718 kerana menuntut takhta
kerajaan Johor. (mendakwa dirinya putera Sultan Mahmud Shah I)
 Raja Sulaiman, putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV meminta bantuan
Opu Bugis Lima Bersaudara untuk mengusir Raja kechil.

5
 Raja Kechil dikalahkan pada 4 Oktober 1722. Raja Sulaiman ditabal sebagai
Sultan Johor dan Daeng Merewah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Muda
yang pertama di Johor.

6
 Strategi Menghadapi Cabaran

1. Pemindahan Pusat Pemerintahan

 Pusat pemerintahan Kesultanan Johor Riau terletak di sepanjang pesisir


Sungai Johor.
 Semasa pemerintahan Sultan Ibrahim (1677-1685), Kepulauan Riau Lingga
menjadi pusat pemerintahan yang baharu.
 Pusat pemerintahan sering berpindah disebabkan oleh keperluan strategi
ketenteraan dan pertahanan serta muslihat mempertahankan diri daripada
ancaman Portugis dan Acheh.

Ilustrasi Kota Batu Sawar

7
2. Membina Kota Pertahanan

 Kota pertahanan sering berubah mengikut lokasi pusat pemerintahan dan


mempunyai bentuk serta ciri yang tersendiri.
 Kota Kara
o Dibina semasa pengasasan kerajaan oleh Sultan Alauddin Riayat
Shah I.
o Terletak di Kuala Sungai Telor.
o Pagar dibuat menggunakan pancang kayu besar setinggi 40 kaki (12
meter).
o Diperkuat dengan bedil dan meriam.

3. Menjalinkan Hubungan dengan Belanda

 Kepimpinan Kesultanan Johor Riau mengekalkan kedaulatan kerajaan


dengan menjalinkan hubungan persahabatan dengan pihak Belanda sebagai
strategi menghadapi ancaman daripada Portugis dan Acheh.
 Hubungan Johor-Belanda bermula pada tahun 1602 apabila Belanda
menawarkan bantuan kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II untuk
melindungi serangan Portugis dan Acheh.
 Perjanjian Johor-Belanda ditandatangani pada 17 mei 1606 antara Admiral
Belanda, Cornelis Matelief de Jonge dan Sultan Alauddin Riayat Shah II di
atas kapal Belanda bernama Oranje.
 Belanda meminta bantuan Johor menyerang Melaka.
 Johor menyertai perang Belanda-Portugis dengan memberikan bantuan
seperti membantu mengangkut peralatan perang, membuat tapak meriam,
menggali parit kubu, menyekat musuh lari ke hutan dan menaikkan semangat
tentera Belanda.

8
 Johor bantu Beland mengepung dan menyerang Portugis di Melaka sejak 2
Ogos 1640 dan Portugis ditewaskan pada januari 1641.

9
KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAU

 Pengenalan

Kesultanan Johor Riau muncul sebagai sebuah kerajaan yang kuat dan unggul di
Alam Melayu. Ia mencapai kegemilangannya dalam aspek perdagangan dan persuratan
Melayu. Ia juga menghidupkan kembali tradisi perdagangan kerajaan di Alam Melayu dengan
Arab, India dan China.

 Pusat Perdagangan yang Unggul

 Muncul sebagai pusat perdagangan yang menjadi tumpuan pedagang pada


kurun ke-16 dan ke-17.
 Terdapat beberapa keistimewaan yang menyebabkan Johor muncul sebagai
pusat perdagangan yang unggul.

1. Kedudukan Strategik

 Pelabuhan Johor Lama, Batu Sawar dan Panchor mudah dimudiki oleh kapal
besar kerana Sungai Johor yang lebar dan dalam.
 Lokasi pelabuhan di kawasan selatan Selat Melaka membolehkannya
mengawal lalu lintas kapal dagang dari Timur dan Barat.
 Pelabuhan Riau yang terletak di persimpangan lalu lintas maritim yang
strategik menjadi tumpuan para pedagang luar untuk berurus niaga.

10
2. Tumpuan Para Pedagang

 Tumpuan pedagang dari China Gujerat,Belanda dan Ingeris.


 Pedagang jawa jadikan johor pelabuhan pilihan sebab tidak berminat
berdagang dengan Portugis di Melaka
 Pedagang Siam memasarkan beras
 Menjadi tumpuan pedagang dari tanah jajahan dan naungan serta kerajaan
lain di alam Melayu.

3. Pusat Pengumpulan dan Pengedaran pelbagai Barang Dagangan

 Pelabuhan Johor Riau berperanan sebagai pusat pertukaran barangan


dengan barangan dari China India dan Arab.
 Bijih timah dibawa masuk dari Klang, Sungai Ujong, Bernam dan Pulau
Bangka, Sumatera.
 Lada hitam dibawa dari Jambi dan emas dari Inderagiri.
 Barangan tempatan lain ialah kelapa kering, kayu gaharu, damar, kelembak,
sagu, pinang, ikan masin, periuk belanga, lilin dan garam didatangkan dari
Pahang, timur Sumatera, kepulauan Riau, Sungai Ujong, Klang, Naning dan
Rembau.
 Pelabuhan Batu Sawar menjadi pusat perdagangan barangan dari China
seperti benang emas, kain sutera putih, barang tembikar, seramik, kuali besi,
teh dan tembaga.
 Pedagang Jawa bawa beras dan pedagang Gujerat bawa kain, wangian dan
manik.
 Johor dapat bekalan beras dari pedagang Siam.

11
4. Kesibukan Pelabuhan Johor Riau

 Terdapat 500 hingga 600 buah kapal dagang pelbagai bangsa berlabuh di
pelabuhan Riau.
 Antara kapal yang berlabuh termasuklah kapal Siam, Portugis, Inggeris dan
pulau-pulau di Alam Melayu.

 Pengurusan Pelabuhan

1. Kemudahan Pelabuhan

 Sediakan gudang bawah tanah simpan barangan bagi elakkan kebakaran.


 Sediakan pegawai terlatih untuk kendalikan urusan perdagangan.
 Bekalkan barangan yang diperlukan oleh pedagang seperti lada hitam dan
rempah-ratus.

2. Urusan Jual Beli

 Perdagang dijalankan secara tukar barang dan guna mata wang.


 Sultan Alauddin Riayat Shah I memperkenalkan mata wang emas dikenali
sebagai mas, wang perak sebagai kupang dan wang timah sebagai katun.
 Akhir abad ke-18, mata wang asing seperti Dolar Sepanyol, Dolar Mexico
dan duit Belanda digunakan.

12
 Syahbandar adalah pembesar bertanggungjawab urus sistem jual beli dan
kutipan cukai pelabuhan. Cukai pelabuhan dikenakan adalah berpatutan
dan Syahbandar tentukan ukuran dan berat timbangan degangan.

3. Sistem Naungan

 Pedagang luar dan tempatan dapat naungan daripada Bendahara,


Temenggung , Laksamana dan Raja Indera Bongsu.

 Sebahagian hasil keuntungan diberi kepada pihak yang beri naungan


dalam bentuk cukai perdagangan.
 Pedagang mudah dapat surat kebenaran dari Belanda dan belayar tanpa
gangguan di Selat Melaka.

4. Peranan Orang Laut

 Orang Laut tugas sebagai pengawal pelabuhan, penunda kapal dagang,


penunjuk arah kepada pedagang dan pengawal di perairan Johor dan
Selat Melaka.
 Terlibat mengawal keselamatan Kesultanan Johor Riau sebagai tentera
angkatan laut.

13
5. Kemudahan Membaiki dan Membina Kapal

 Pelabuhan di Johor mempunyai kemudahan baiki dan bina kapal bersaiz


kecil.
 Orang Laut mahir bina kapal pesisir pantai seperti kolek, banteng,
penjajap, balok dan pencalang yang membantu memajukan Kesultanan
Johor Riau.

 Pusat Persuratan

 Penghasilan karya persuratan membuktikan Kesultanan Johor Riau tidak


ketandusan karya agung dan tokoh persuratan berkaliber.
 Batu Sawar dan Pulau Penyengat mainkan peranan penting dalam
perkembangan penulisan karya persuratan kerajaan Melayu.

o Karya Agung

 Kesultanan Johor Riau banyak hasilkan karya agung. Karya Agung


bermaksud karya yang tertulis dalam bahasa Melayu yang
mencetuskan unsur pemikiran, sistem nilai dan kepercayaan,
falsafah hidup bangsa Melayu.
 Sulalatus Salatin

14
o Salasilah Raja-Raja atau Peraturan Segala Raja-Raja.
o Nashkah asal bernama Hikayat Melayu disusun dan ditulis
semula olen Tun Seri Lanang pada 1612.
o Menceritakan asal usul keturunan raja-raja Melaka, adat
istiadat kerajaan dan sejarah Kesultanan Melayu Melaka.
 Hikayat Hang Tuah
o Naskhah ini dihasilkan oleh pengarang dari Johor selepas
kekalahan Portugis di Melaka pada 1641.
o Sebuah epik kepahlawanan yang merentas sepanjang
zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
o Kandungannya berkaitan dengan ketaatan Hang Tuah
kepada raja dan Kesultanan Melayu Melaka.

o Tokoh Persuratan

 Tun Seri Lanang

15
o Nama sebenar ialah Tun Muhammad bin Tun Ahmad
Paduka Raja.
o Dilahirkan di Bukit Seluyut, Kota Tinggi pada 1565.
o Menjadi Bendahara Johor semasa pemerintahan Sultan
Alauddin Riayat Shah II.
o Susun dan tulis semula Sulalatus Salatin atas titah Raja
Abdullah.
o Dilantik sebagai penasihat Sultan Iskandar Muda, Acheh
dan jadi Raja Uleebalang di Samarlanga.

o Karya Lain

 Tajul Salatin atau Mahkota Raja-Raja ditulis oleh Bukhari al-


Jauhari.
 Merupakan karya persuratan yang tersohor dihasilkan pada zaman
Kesultanan Johor Riau.
 Tuhfat al-Nafis, Salasilah Melayu dan Bugis dan Gurindam Dua
Belas dikarang oleh Raja Ali Haji.
 Hikayat Anak Panah Sedasa dikarang oleh Tun Hisap Misai.
 Syair Ungku Puteri dikarang oleh Raja Ahmad.

16
WARISAN KESULTANAN JOHOR

MAKANAN

Masakan dan hidangan di Johor kebanyakkannya dipengaruhi dari Arab dan


kepulauan-kepulauan Melayu. Terdapat sesetengah makanan ini, yang ramuannya
begitu unik dan begitu sukar di dapati di negeri-negeri lain di Malaysia. Hanya di keraian-
keraian tertentu sahaja makanan yang unik biasanya boleh didapati.

Burasak adalah sejenis makanan orang-orang bugis. Beras yang di bungkus


dengan menggunakan daun pusang muda dan di masak besama santan. Boleh di dapati
pada hari perayaan samada hari raya puasa atau hari raya korban. Pengaruh masakan
Jawa banyak menyumbang kepada masakan Johor. Antaranya nasi ambeng, lontong
dan ungkep. Nasi ambeng adalah nasi yang dihidangkan ketika majlis yasin ataupun
tahlil. Hidangan ini biasanya di sediakan untuk empat orang yang akan makan di dalam
satu hidangan yang sama di mana terdapat campuran lauk termasuk serunding kelapa,
mi, iakan kering dan sebagainya.

Tidak ketinggalan juga, bontrot/berkat yang datangnya dari bahasa Jawa yang
membawa maksud nasi yang dibungkus atau di sediakan bagi tetamu untuk di bawa
pulang apabila menghadiri majlis (perkahwinan, yasin atau tahlil).

17
Burasak Nasi Ambeng

Lontong

Ungkep

18
TARIAN

Kuda Kepang

Kuda kepang merupakan permainan tradisi yang digemari oleh Johor,


terutamanya Jawa. Ia berupa patung anyaman yang berbentuk kuda tanpa kaki. Ia
diperbuat daripada buluh anyaman atau kulit yang dicorakwarnakan supaya lebih
menarik. Lazimnya 1 kumpulan mempunyai 10~15 penari. Salah seorang bertindak
sebagai ketua (dayang). Pada awal, gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang
menggunakan tali untuk mengawal. Tarian ini biasanya ditunjukkan di majlis keramaian
untuk memeriahkan lagi suasana sewaktu menyambut orang kenamaan, meraikan majlis
perkahwinan dan di hari-hari perayaan.

Menurut kepercayaan, ia dikuasai oleh kuasa ghaib. Lantaran itu, satu upacara
perlu dilakukan sebelum bermain. Jika gagal, sesuatu yang tidak diingini akan menimpa.
Upacara ini bermula dengan istiadat memuja roh. Setelah itu, bomoh akan menjampi
untuk membuka gelanggang yang biasanya berukuran 40inci dengan 60 inci.

19
Zapin Johor

Salah satu tarian pergaulan yang utuh ialah tarian Zapin. Dari perspektif sejarah
perkembangan, zapin yang menular luas mengalami pengubahsuaian dari segi
ragamnya yang nyata tradisional sifatnya. Namun banyak genre zapin tradisional hanya
tersebar ke daerah tentu dan satu genre zapin yang dinamik dikatakan masih terdapat di
Johor.

Di Johor, zapin yang dikenali dalam 2 bentuk (Zapin Melayu & Zapin Arab)
melihatkan bezanya dari unsur peradap tariannya. Pada realiti dua genre zapin itu
berasal dari 1 kesenian Arab di bawah Hadramaut.

Satu hal menarik mengenai Zapin Johor ialah keupayaan mewujudkan


persaudaraan penari dan pemuzik serta sifat esprik decorps yang dimunculkan di
kalangan mereka sekali gus mematahkan rasa malu penari-penari apabila menari di
khalayak ramai.

20
PAKAIAN TRADISIONAL

Baju Belah Kebaya Panjang

Walaupun wanita Johor terkenal dengan baju kurung, tetapi dalam acara majlis,
mereka muncul juga dengan memakai kebaya, sebagai warisan daripada Kerajaan
Johor-Riau.

Pola baju belah panjang ini masih bersifat ‘mengurungkan’ anggota badan.
Secara tradisi potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma bezanya ia berbelah dan
berpesak di hadapan baju ini, umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau
upacara rasmi. Baju kurung belah ini kemudiannya dikenali sebagai ‘baju panjang’ dan
‘kebaya panjang’. Tradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan panjang
berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang ditutup dengan kancing
atau kerongsang tiga.

21
Baju Teluk Belanga

Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas
sebagai ciri khas Johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian
lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk
meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru.
Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga
disebut selengkapnya ‘Baju Melayu’.

22
PERMAINAN TRADISIONAL

Permainan Sepak Raga

Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga
menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja
Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena
bola raga tendangan Tun Besar. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan
yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

23
Permainan Konda Kondi

Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan
kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan
mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan
kawasan lapang.
Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil
berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan
berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang
dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang.
Undian secara ‘wan to som’ dijalankan bagi membentuk pasukan dan
menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu

24
KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, Kesultanan Johor Riau telah melalui proses


perkembangan yang sangat panjang dan rumit. Walau bagaimanapun, ia tetap mencapai
perkembangan sehinggalah pada awal abad ke – 18 yang merupakan zaman kegemilangan
Johor Riau. Secara keseluruhannya, transformasi yang berlaku telah membawa anjakan
perubahan perkembangan politik, ekonomi dan sosial kerajaan Johor Riau. Namun, corak
transformasi yang berlaku adalah bersifat pelbagai kerana ada turun dan naiknya dan keadaan
ini dapat dilihat dalam setiap fasa. Justeru itu, kerajaan Johor Riau telah melalui transformasi
yang amat getir dan hanya dapat diselamatkan dengan adanya kekuatan dalaman dan
perubahan – perubahan yang berlaku di Eropah dan Asia serta perimbangan kuasa baru di
dunia Melayu.

25

You might also like