You are on page 1of 2

SEKAPUR SIREH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan


Salam 1Malaysia.

Terlebih dahulu bersama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah


S.W.T. kerana dapat menerbitkan Buku Panduan Kawad yang lengkap sebagai
panduan dan rujukan kepada seluruh warga PDRM. Semua sedia maklum
peranan kawad amatlah penting kepada PDRM kerana ianya merupakan lambang
pembentukan disiplin, melahirkan keyakinan diri, membina ketahanan mental
dan fizikal setiap anggota PDRM. Kawad juga mengajar seseorang itu patuh
kepada setiap arahan ketuanya tanpa mengira kepentingan diri pada sebarang
masa dan situasi.

Sesungguhnya mematuhi arahan ini amatlah penting demi memastikan


keselamatan diri seseorang dan pasukan keseluruhannya. Hanya melalui kawad
sahaja semangat sebegini dapat dipupuk dan diwujudkan. Di samping itu juga
tinggi atau rendahnya mutu disiplin seseorang dapat diukur melalui kawad.
Selain itu kawad dapat membentuk personaliti segak dan bergaya, ini dapat
dipandang oleh masyarakat dalam perbarisan-perbarisan dan semasa anggota-
anggota polis menjalankan tugas seharian. Kawad juga dapat membantu
seseorang itu berjalan dan berdiri dengan bergaya serta tegap. Justeru itu nama
baik pasukan dapat diperlihara.

Saya mengambil kesempatan untuk mengucap ribuan terima kasih kepada


Bahagian Latihan Bukit Aman dan YDH Komandan, Pusat Latihan Polis, Kuala
Lumpur serta stafnya di Cawangan Latihan Luar yang telah menyumbang masa
dan tenaga untuk menyediakan buku Panduan ini.

Buku Panduan Kawad ini hendaklah disimpan di semua Pusat-Pusat


Latihan Polis, Institusi Latihan, Ibu Pejabat Polis dan Balai-Balai Polis. Semua
Pegawai dan anggota adalah dikehendaki mempelajarinya dengan teliti sebelum
menjalankan sebarang aktiviti kawad. Mereka hendaklah mematuhi peraturan-
peraturan yang tercatit di dalamnya.

Adalah diharapkan dengan terbitnya buku ini akan dapat menyeragamkan


peraturan-peraturan kawad bagi PDRM di seluruh Malaysia.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

( TAN SRI DATO’ SRI KHALID B. ABU BAKAR ) IG


KETUA POLIS NEGARA

SEULAS PINANG
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan
Salam 1Malaysia.

KAWAD tidak dapat dipisahkan dari PDRM. Tanpa kawad, PDRM akan
lemah dan tidak bermaya. Dikatakan bahawa bulat air kerana pemetung, bulat
manusia kerana muafakat. Dalam hal ini, kuatnya PDRM kerana kawad.

Peranan kawad begitu penting kepada PDRM. Paling utama ialah lambang
disiplin. Melalui latihan kawad kita dapat membentuk disiplin, melahirkan
keyakinan diri, memberikan ketahan mental dan fizikal anggota-anggota PDRM.
Ianya mengajar seseorang itu patuh kepada arahan ketuanya tanpa usul periksa
pada sebarang masa dan situasi. Sesungguhnya perkara mematuhi arahan ini
penting demi keselamatan diri seseorang dan pasukan keseluruhannya. Hanya
melalui kawad sahaja semangat begini dapat dipupuk dan diwujudkan. Di
samping itu juga tinggi atau rendahnya mutu disiplin diukur melalui kawad.

Selain itu kawad dapat membentuk personaliti seseorang agar kelihatan


segak dan bergaya. Anggota-anggota polis kelihatan segak dan bergaya dengan
pakaian seragam yang kemas. Malah kawad juga dapat membantu seseorang itu
berjalan dan berdiri dengan bergaya serta tegap. Dengan ini nama baik pasukan
dapat diperlihara.

Dari segi sejarahya pergerakan dan hukuman kawad ini telah mengalami
perubahan. Sejak tahun 1966 PDRM telah menggunakan pergerakan dan
hukuman kawad yang baru sebagaimana yang ada sekarang ini. Kesannya
didapati, anggota-anggota yang dilatih sebelum tarikh tersebut tidak tahu cara-
cara kawad yang baru ini yang mana hanya diajar di Pusat-Pusat Latihan sahaja.
Kita juga belum mempunyai sebuah buku kawad baru yang dapat menjadi
panduan semua pihak di seluruh Malaysia. Jestru itu buku ini diterbitkan oleh
Cawangan Latihan melalui Cawangan Latihan Luar, Pusat Latihan Polis ( PULAPOL
) KL dan stafnya telah menyumbang masa dan tenaga untuk menyediakan buku
Panduan ini.

Saya selaku Komandan, Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur amat berharap
dengan terhasilnya Buku Panduan Kawad ini segala pergerakan dan kata
perintah kawad dapat diselaraskan tanpa ada sebarang pertikaian ataupun
persoalan. Sesungguhnya dengan Buku Panduan Kawad ini segala pergerakan
dapat diseragamkan dan diperkemas demi memertabatkan nama Polis Diraja
Malaysia.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

( DATO’ ZAHARI BIN HJ. MOHD YUSOFF ) SAC


Komandan
Pusat Latihan Polis
Jalan Sultan Yahya Petra
54100 KUALA LUMPUR

You might also like