You are on page 1of 5

1.

0 Pengenalan

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan satu organisasi yang bertanggungjawab

dalam memastikan kebersihan dan keharmonian sesuatu kawasan tersebut. PBT berperanan

dalam penjagaan kebersihan dan pemberian lesen perniagaan kepada para peniaga. Hal ini

diwujudkan dalam memberi kemudahan kepada pihak pentadbiran bagi setiap negeri.

Tambahan lagi, PBT ini merupakan organisasi yang berada dibawah Kementerian Perumahan

dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Oleh yang demikian, dengan peningkatan taraf hidup dan

anggota dalam sesebuah masyarakat itu, PBT turut berusaha dalam memastikan kewujudan

PBT ini terus diterima oleh masyarakat setempat. Oleh yang demikian, pada 23 Februari 2016,

Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan Ke-70 telah bersetuju dengan perlaksanaan

Pelan Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan yang telah dipengurusikan oleh Datuk Seri Dr.

Ahmad Zahid Hamidi [1].

Perlaksanaan tersebut telah memilih tema “PBT di Hati Rakyat” bagi memastikan PBT

terus berada bersama rakyat dalam apa jua keadaan sekalipun. Pelan tersebut telah

menggariskan 6 teras utama yang perlu diberikan tumpuan. Dalam majlis tersebut, Datuk

Abdul Rahman Dahlan telah menegaskan bahawa pihak PBT perlu mengadakan pertemuan

bersama masyarakat bagi berkongsi sebarang maklumat berkaitan masalah atau penambah

baik. Tujuan utama pertemuan ini disarankan adalah bagi memastikan kedua-dua pihak antara

PBT dan masyarakat dapat memahami dan mendalami sebarang masalah yang dihadapi oleh

mereka. Oleh yang demikian, tindakan memburukkan mana-mana pihak dapat dibanteras. 6

tetras utama yang dalam pelan transformasi itu ialah Pembangunan Modal Insan, Kecekapan

Perkhidmatan, Pengukuhan Kewangan, Kesejahteraan Rakyat, Penglibatan Rakyat dan

Komunikasi Berkesan. Namun begitu, dalam memastikan perlaksanaan ini dijalankan dengan

baik, terdapat cabaran yang turut dihadapi oleh kedua-dua belah pihak. Justeru itu, terdapat

beberapa isu berkenaan PBT dan masyarakat akan diulas.


2.0 Masalah Kebersihan Oleh Masyarakat Setempat

Isu kebersihan merupakan isu yang sentiasa berbangkit dari dahulu lagi. Namun begitu,

peningkatan rakyat di Malaysia ini telah menyebabkan isu ini menjadi semakin berleluasa.

Dalam hal ini, terdapat beberapa faktor utama yang menyumbang terus kepada isu kebersihan

ini seperti pembuangan sampah atau sisa domestik di kawasan yang salah, sistem perparitan

yang tidak efisyen dan sifat penduduk yang kurang prihatin terhadap kebersihan setempat.

Masalah ini telah dikenal pasti sejak dahulu lagi, namun tiada sebarang pendekatan dalam

melakukan perubahan. Perkara ini merupakan salah satu punca dalam pembiakan

mikroorganisma yang mendatangkan pelbagai penyakit. Oleh yang demikian, pihak PBT Pulau

Pinang, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah melakukan satu pelan transformasi

dalam menanggani masalah ini. Menurut hasil kajian, 35.95% masalah ini berpunca dari

kutipan sampah yang tidak teratur, 29.23% daripada masalah perparitan, 19.83% datang dari

masalah kebersihan di gerai dan pasar manakala 14.98% dari perbersihan jalan [2]. Oleh yang

tersebut, MPSP telah merangka satu dasar bagi meningkatkan masalah ini kea rah yang lebih

baik.

2.1 Menerapkan pendidikan kebersihan

Masalah yang berlaku seperti masalah kebersihan ini secara amnya dapat diubah

dengan didikan yang bermula dari peringkat awal. Perkara ini dilihat merupakan satu tindakan

dalam memastikan penduduk atau masyarakat setempat khususnya remaja dapat mengenalpasti

kesan atau akibat daripada masalah kebersihan ini. Program yang akan dijalankan adalah

seperti ceramah mengenai kepentingan kawasan yang bersih, pengedaran risalah dan media

cetak serta penyebaran info positif melalui media elektronik. Dewasa ini, rakyat Malaysia lebih

terkesan dengan penyebaran berita mengenai kesan buruk sesuatu hal itu melalui media sosial.

Oleh yang tersebut, pemilihan media sosial sebagai medium bagi penyebaran berita mengenai

kepentingan kebersihan merupakan satu pilihan yang bijak. Selain itu, institusi persekolahan
juga turut memainkan peranan yang penting dalam mendidik para pelajar bagi menghargai

kebersihan alam sekitar. Sehubungan itu, modul kempen kebersihan telah disediakan oleh

MPSP bagi meningkatkan tahap kesedaran para pelajar terhadap kepentingan kebersihan

kawasan setempat itu. Antara perkara yang mencuri perhatian dalam modul tersebut adalah

pengenalan program “Street Not For Rubbish” yang diperkenalkan melalui penyebaran risalah,

pameran di majlis-majlis tertentu, pertandingan dan gotong-royong.

Selain itu, penduduk setempat turut memainkan peranan penting dalam memastikan

kebersihan kawasan setempat terus terjaga. Pengenalan terhadap program Sahabat MPSP

merupakan tindakan bijak dalam memastikan masyarakat setempat sentiasa berhubung baik

dengan MPSP dalam menyampaikan sebarang masalah atau cadangan bagi menambah baik

kawasan setempat. Selain itu, pengetahuan mengenai tanggungjawab MPSP juga dapat

ditingkatkan melalui ceramah dan sesi sua muka yang akan diadakan.

2.2 Memelihara dan penjagaan sistem perparitan

Dalam memastikan penjagaan sistem perparitan ini, setiap individu bertanggungjawab

secara terus tanpa ada yang terkecuali. Hal ini kerana sistem perparitan merupakan satu

mekanisma yang paling penting dalam memastikan kebersihan dan suasana sesuatu tempat itu

terus terjaga. Sekiranya diteliti, pelbagai punca penyakit itu hadir daripada sistem perparitan

yang tidak dijaga. Oleh yang tersebut, penjagaan sistem perparitan ini dapat mengurangkan

punca kehadiran pelbagai penyakit yang membawa masalah kepada masyarakat setempat.

Menurut kajian yang telah dijalankan, didapati air buangan daripada singki, bilik air dan mesin

basuh telah disalurkan terus ke dalam parit atau longkang berdekatan. Hal ini menyebabkan

parit atau longkang tersebut tercemar dengan bahan buangan yang seharusnya melalui sistem

perparitan yang dikhususkan. Tambahan lagi, beberapa kes banjir kilat turut dinyatakan

berpunca daripada sistem perparitan yang tersumbat. Oleh yang demikian, satu cara tata urus

telah diperkenalkan oleh MPSP dalam memastikan penguatkuasaan terhadap mana-mana


premis bagi mengikut sistem perparitan yang betul. Sekiranya terdapat premis yang gagal

dalam mematuhi arahan tersebut, tindakan tegas akan diambil kerana hal ini menyebabkan satu

masalah yang besar terhadap rakyat.

Selain itu, satu pelan telah diperkenalkan dalam memastikan sebarang pengubahsuaian

rumah atau premis perlu mendapat persetujuan atau mengikut panduan yang disediakan oleh

MPSP. Sebagai contoh, pengubahsuaian rumah yang melibatkan penutup longkang boleh

menyebabkan berlaku masalah yang tidak diingini. Hal ini kerana, sekiranya penutup longkang

yang digunakan tidak mengikuti panduan yang telah ditetapkan MPSP, ia akan menyukarkan

kaki tangan MPSP bagi menjalankan proses pembersihan longkang mengikut jadual yang telah

ditetapkan. Tambahan lagi, pengubahsuaian longkang turut menyebabkan kesusahan kepada

pekerja MPSP kerana kesukaran bagi mencari punca berlakunya masalah seperti longkang

tersumbat. Oleh yang demikian, masyarakat itu sendiri mempunyai tanggungjawab yang besar

dalam penjagaan sistem perparitan ini. Sikap berdegil atau keras kepala oleh masyarakat

mahupun pihak PBT itu sendiri perlulah diketepikan bagi memastikan keharmonian kawasan

setempat itu dapat dijaga.

2.3 Meningkatkan penggunaan bahan kitar semula dan pengurangan tapak perlupusan

Rujukan

[1] Kamil Maslih., “Pelan Transformasi PBT dipersetujui dilaksana”, Nasional, Utusan

Online (2016).

[2] Ee, Christina Oon Khar, and Khoo Suet Leng. "Issues and challenges of a liveable and

creative city: The case of Penang, Malaysia." Geografia-Malaysian Journal of Society

and Space 10.3 (2017).


[3] Wee, Seow Ta, Jamaluddin Md Jahi, and Indera Syahrul Mat Radzuan. "Tingkah Laku

Masyarakat Terhadap Program Kitar Semula: Kajian Kes Di Daerah Batu Pahat."

Journal of Techno-Social (2010).

You might also like