You are on page 1of 15

PERANCANGAN AKADEMIK

SEMESTER JULAI SESI 2018/2019

GMGM 3033
KEMAHIRAN PERUNDINGAN DAN TAWAR MENAWAR

PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS (PLK)


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
KURSUS : KEMAHIRAN PERUNDINGAN DAN TAWAR
MENAWAR
KOD KURSUS : GMGM 3033
JAM KREDIT : 3

SINOPSIS KURSUS

Organisasi awam dan swasta memerlukan pakar runding untuk menjayakan


pelbagai transaksi. Keupayaan dan kemahiran pakar runding di ukur melalui
keberkesanan mereka sewaktu berunding dan tawar menawar sehingga
membawa kepada keuntungan dan perjanjian bersama. Bidang perundingan
dan tawar menawar merupakan suatu bidang yang semakin berkembang maju di
Malaysia. Kursus kemahiran perundingan dan tawar menawar akan memberi
pengetahuan, pendedahan dan kemahiran kepada para pelajar tentang prinsip-
prinsip perundingan dan tawar menawar serta menyediakan pelajar untuk
menjadi perunding yang berwibawa. Antara topik-topik perbincangan ialah asas-
asas perundingan dan tawar menawar, perancangan perundingan, strategi
perundingan, pembuatan keputusan kos faedah, penggunaan informasi dalam
perundingan, pemilihan taktik dan analisis gaya perundingan.

OBJEKTIF KURSUS

Setelah mengikuti kursus ini pelajar akan dapat;

1. memahami prinsip, konsep dan perkembangan perundingan dan tawar


menawar.

2. mengenalpasti dan mempelajari tentang taktik dan teknik perundingan


yang menghasilkan pulangan keuntungan kepada organisasi.

3. menyelidik fungsi dan tanggungjawab pegawai perunding.

4. menjelaskan cara dan keperluan untuk menjadi pegawai perunding yang


berkaliber.

5. menjelaskan perundingan dan tawar menawar dalam sektor awam dan


swasta.

2
KAEDAH PENGENDALIAN KURSUS

Kursus ini dijalankan secara pembelajaran kendiri. Setiap pelajar menerima satu
modul kursus yang mesti dijadikan rujukan utama kepada kursus ini. Modul yang
dilengkapi senarai rujukan sebagai bahan tambahan pelajar dan soalan-soalan
latihan mestilah digunakan sepenuhnya oleh pelajar. Membuat bacaan tambahan
adalah sangat digalakkan supaya pelajar lebih bersedia untuk berbincang
dengan rakan-rakan dan pensyarah semasa pertemuan dibuat. Pelajar juga
disarankan supaya peka dengan isu-isu berkaitan hubngan manusia untuk tujuan
perbincangan dalam kelas.

Di samping pembelajaran kendiri melalui modul khusus yang dibekalkan, empat


sesi pertemuan antara pelajar dengan tenaga pengajar telah diatur dan jadual
pertemuan telah ditetapkan. Dalam setiap sesi pertemuan yang telah
dijadualkan, tumpuan akan diberikan kepada sesi perbincangan dan soal jawab
bagi meningkatkan pemahaman kandungan kursus ini. Oleh yang demikian,
pelajar dinasihatkan membuat beberapa persediaan berikut sebelum hadir di
setiap sesi pertemuan:

i. Membaca terlebih dahulu topik-topik yang telah ditetapkan untuk


setiap sesi pertemuan,
ii. Membuat rujukan tambahan tentang isu-isu semasa yang berkaitan
dengan pembelajaran untuk dibincangkan dalam kuliah, dan
iii. Memberi kerjasama dan bersedia untuk melibatkan diri dalam sesi
perbincangan yang dikendalikan.

Jadual sesi pertemuan disertakan dalam bahagian seterusnya. Walau


bagaimanapun, adalah diingatkan bahawa jadual tersebut tertakluk kepada
pindaan. Oleh sebab itu, relajar diminta sentiasa berhubung dengan PACE-UUM
dan penyelia pusat untuk mendapatkan maklumat terkini.

PENILAIAN KURSUS

Tugasan 25%
Kuiz 5%
Peperiksaan pertengahan semester 30%
Peperiksaan akhir 40%

Jumlah 100%

3
TUGASAN

Semua pelajar mesti membuat tugasan sama ada secara individu atau kumpulan
bergantung jumlah pelajar. Tajuk-tajuk akan disediakan dan diberikan kepada
pelajar oleh pensyarah yang mengajar. Tugasan ini bertujuan untuk melatih
pelajar dalam menganalisa isu-isu atau permasalahan pentadbiran kewangan,
khususnya di Malaysia. Pelajar mestilah berusaha untuk merujuk sumber lain
daripada modul bagi mendapat markah yang baik.

Tugasan hendaklah diserahkan kepada pensyarah pada hari pertemuan yang


ditetapkan. Penyerahan tugasan adalah pada pertemuan ketiga.

Peringatan:
Kelewatan menghantar tugasan pada masa yang telah ditetapkan akan
menyebabkan anda kehilangan 25% markah. Pensyarah tidak akan melayan
sebarang tambahan masa akibat daripada kecuaian pelajar atau lain-lain
perkara.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

Peperiksaan pertengahan semester akan diadakan pada PERTEMUAN


KETIGA. Tajuk-tajuk yang akan termasuk dalam peperiksaan ini ialah Bab 1, 2,
3, 4 dan 5.

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

Peperiksaan akhir akan diadakan pada pertemuan kelima. Tarikh, masa dan
tempat peperiksaan akan dimaklumkan kemudian. Kandungan peperiksaan
adalah komprehensif, meliputi semua silibus kursus yang terdapat di dalam
modul. Pelajar dikehendaki memahami kandungan modul dengan baik dan juga
membuat bacaan tambahan.

SENARAI RUJUKAN KURSUS

Roy Lewicki, R., Saunders D. & Barry, B (2016). Essentials of negotiation


(6 th Ed.). New York: McGraw-Hill Education

Larson, C. U. (2001). Persuasion: Reception and responsibility. Australia:


Wadsworth.

4
Sadler, P. (ed). (1993). Management consultancy: A handbook of best practice.
London: Kogan Page.

Slovic, P. (2000). Perception of Risk. London: Earthscam.

TENAGA PENGAJAR

Pensyarah Rundingan Telefon E-mel

Dr. Sakinah Muslim Temujanji 049287985 sakinah@uum.edu.my

JADUAL SESI PERTEMUAN, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER,


DAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JULAI SESI 2013/2014 (UUM)

Bil. Bab Pertemuan Jam


1.  Pengenalan kursus dan 1 4 jam
Bab 1 dan 2
 Penerangan tugasan
2.  Pengajaran Bab 3, 4 dan 2 4 jam
5
3.  Pengajaran Bab 6 dan 7 3 4 jam
 Peperiksaan
pertengahan semester
 Penyerahan Tugasan
4.  Pengajaran Bab 8, 9 dan 4 4 jam
10
5  Peperiksaan akhir 5 2 jam 30 minit
semester

5
PANDUAN BELAJAR

Kursus GMGM3033 Kemahiran Perundingan dan Tawar Menawar merupakan


satu cabang ilmu yang menjelaskan perkara-perkara asas berhubung hubungan
manusia dalam organisasi

Kepada pelajar yang sedang mengikuti program BPM (Hons) secara pendidikan
jarak jauh, anda tidak seharusnya melihat kursus ini sebagai sesuatu yang
membebankan. Sebagai pelajar pengurusan awam dan pentadbir, anda perlu
memahami dengan jelas peranan sektor awam dalam sesebuah negara khasnya
dalam konteks hubungan manusia

Untuk memudahkan pemahaman, modul Kemahiran Perundingan da Tawar


Menawar telah diolah menggunakan ayat-ayat mudah bagi membantu para
pelajar mendapat penjelasan mengenai setiap konsep yang dibincangkan.
Bagaimanapun, adalah diingatkan bahawa pelajar-pelajar perlu membuat
rujukan kepada modul bagi membantu pelajar mengingat semula beberapa
konsep asas yang digunakan pakai dalam perbincangan dalam modul ini.

Objektif pembelajaran yang diletakkan di awal setiap bab dalam modul


seharusnya dijadikan panduan bagi mengikut kandungan perbincangan sesuatu
bab. Jika pelajar kurang jelas atau tidak dapat mencapai objektif-objektif
tersebut, cuba ulangi pembacaan dan tandakan ayat atau bahagian yang tidak
difahami itu. Sebarang pertanyaan atau masalah yang berkaitan dengan
pelajaran boleh dirujuk kepada pensyarah dalam sesi pertemuan yang diaturkan
setiap bulan oleh pihak PACE-UUM.

Pelajar juga dinasihatkan supaya berusaha menjawab setiap Soalan Teks (SDT)
dan Soalan Penilaian Kendiri (SPK) yang disedikan dalam modul. Tugasan yang
diberikan di awal semester juga perlu diberi perhatian serius oleh pelajar. Hasil
kerja tugasan yang memuaskan dapat membantu pelajar mendapat markah
yang baik dan memudahkan proses persediaan untuk menghadapi peperiksaan
akhir.

Pelajar adalah diingatkan bahawa modul yang disediakan adalah sebagai


panduan dan bukan bersifat lengkap bagi menggantikan buku-buku teks dalam
bidang ini. Ia dapat membantu pemahaman awal bagi membolehkan pelajar
berbincang dalam sesi pertemuan dengan pensyarah. Akhir sekali, usaha dan
komitmen pelajar akan membantunya mengikuti kursus ini dengan jaya dan
mendapat keputusan yang cemerlang.

Selamat Belajar.

6
PANDUAN DAN ARAHAN PENYEDIAAN TUGASAN

1. Setiap kumpulan dikehendaki mencari isu-isu atau


konflik/permasalahan yang membabitkan pertubuhan-pertubuhan
tertentu seperti kesatuan sekerja, organisasi, kerajaan, atau negara.
Pastikan ia melibatkan proses perundingan untuk menyelesaikan
isu/konflik tersebut. Isu atau konflik yang menjadi tajuk perbincangan
perlulah yang terkini iaitu yang berlaku pada tahun 2017 atau 2018.

2. Anda dikehendaki mendapatkan maklumat yang lengkap dan jelas


tentang isu tersebut dan seterusnya memahami serta menganalisis
kes tersebut.

3. Berdasarkan analisis tersebut tulis semula laporan tentang isu tersebut


dengan membincangkan perkara-perkara berikut:

a) Punca atau pencetus kepada isu atau konflik tersebut


b) Pihak yang terlibat di dalam isu atau konflik
c) Jangka masa isu atau konflik
d) Proses perundingan termasuk :

- Pihak yang terlibat dalam perundingan


- Peringkat perundingan
- Cara pengurusan perundingan termasuk strategi, taktik,
komunikasi dan lain-lain
- Jangka masa perundingan
- Fakta/maklumat yang berkaitan
- Kredibiliti dan kuasa perunding
- Hasil perundingan

4. Di dalam penulisan laporan tersebut setiap kumpulan dikehendaki


membuat perbincangan dengan mencari fakta-fakta tambahan tentang isu
atau konflik tersebut, memasukkan contoh di mana yang sesuai dan
memberi ulasan dengan mengemukakan pendapat atau idea-idea yang
bernas berdasarkan perspektif bidang perundingan dan tawar-menawar.
Justeru itu, semasa membuat perbincangan para pelajar MESTI
memasukkan teori, konsep dan prinsip yang berkaitan dengan kursus
perundingan dan tawar menawar supaya ia menjadi satu hasil tugasan
yang lebih ilmiah.

FORMAT PENULISAN

1. Setiap tugasan perlu bertaip double-spacing, antara 20 – 25 muka


surat
2. Rujukan mengikut format APA

7
3. Menggunakan Font Times New Roman saiz 12
4. Mengemukakan sekurang-kurangnya 10 bahan rujukan
5. Tugasan perlu dihantar pada pertemuan ketiga
6. Masukkan nama ahli kumpulan dan nombor matrik yang betul

8
Lampiran A

Contoh Format Kulit Hadapan Tugasan

PROGRAM PENGAJIAN JARAK JAUH (PJJ))


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GMGM 3033
KEMAHIRAN PERUNDINGAN DAN TAWAR MENAWAR

DISEDIAKAN UNTUK
DR. SAKINAH MUSLIM

DISEDIAKAN OLEH
xxxxxxxxxxxxx (00000)

9
Lampiran B

NAMA NO. MATRIK

SEMESTER PUSAT

GMGM 3033 KEMAHIRAN PERUNDINGAN DAN


TUGASAN
TAWAR MENAWAR

ARAHAN: Tajuk Tugasan


i. Kertas soalan  Pilih seorang tokoh pemimpin masyarakat
tugasan ini tanpa mengira bidang (politik, sukan,
mengandungi badan sukarela dsb.)
SATU (1) soalan.  Jalankan temuduga untuk mengenalpasti
Markah bagi ciri-ciri kepimpinan dan strategi yang
tugasan ini ialah digunakan oleh beliau dalam mencapai
25 markah. wawasan strategiknya.
ii. Panjang tugasan
adalah
maksimum 20-25
muka surat.
iii. Pembentangan
dibuat pada
pertemuan ke-4
(Jika berkaitan)
iv. Transkrip
bersama foto
temuduga
hendaklah
dilampirkan (Jika
berkaitan)

TARIKH AKHIR PENYERAHAN TUGASAN PERTEMUAN 3

TARIKH PENERIMAAN TUGASAN

NAMA PENSYARAH

SOALAN MARKAH ASAS MARKAH DIPEROLEHI

Kumpulan 25

Lampiran C

10
PANDUAN SISTEM RUJUKAN
BUKU

Pengarang Tunggal

Brown, R. (1980). Topology: a geometric account of general topology,


homotopy types and the fundamental groupoid. New York: The Free
Press.

Nik Rahimah Nik Yacob (1991). Perancangan dan pengurusan keluaran.


Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Pengarang Bersama

Corcoran, K., Cooper, F.L. & Fischer, J. (1987). Measures for clinical practice:
a source book. London: McMillan.

Cohen, J. & Fischer, K. (1980). Statistical power analysis for the behavioral
sciences. New York: Academic Press.

Cetak Ulang, Edisi Baru & Jilid

Buckley, C.B. (1965). An anecdotal history of old times in Singapore. Cetak


ulang. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

Dahlan Mohamad Zin. (2000). Pengenalan pelaburan korporat. Ed. ke-2.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saravananthan, K. (1988). Matematik pertama. Jil. 1 & 2. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Karya Mengikut Judul

Kamus Dewan. (2002). Ed. Ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Malaysia Kita: Panduan dan rujukan untuk peperiksaan am kerajaan. (2001).


Ed. Ke-2. Selangor: International Law Book Service.
Terjemahan

Lazim Mat Haron. (1987). Gagasan ilmu baru. Terj. Jakarta: Penerbit Mutiara.

11
Bab/Artikel dalam Buku

Mikesell, J. L. (1999). Government as an economic unit. Dlm. Buchanan, J.M.


& Flowers, M.R. (pnyt.). The public finances: an introductory textbook,
hlm. 356-374. Illinois: Richard D.Irwin Inc.

Mohd Salleh Abas. (1987). Federalisme di Malaysia: Perubahan dalam dua


puluh tahun yang pertama. Dlm. Tun Mohamed Suffian et al. (pngr.).
Perlembagaan Malaysia. Perkembangannya: 1957-1977. hlm. 189-
222. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Nota:
(pnys. = penyusun), (pnyt.= penyunting), (pngr. = penyelenggara)

JURNAL

Bahl, R. (1986). The design of Intergovernmental Transfers in Industrial


Countries. Public Budgeting and Finance. 6(4), 3-22.

Noraini Jidin, Shamsul Sani & Kamariah Majid. (1989). Aspek ekonomi
masyarakat Cina. Jurnal Ekonomi Malaysia 18: 3-25.

Omar Kamarudin & Kaniappan, P. (1986). Duality in a convex vector


optimization problem. Sains Malaysiana 17(4): 431-451.

DOKUMEN AWAM

Akta

Akta Acara Kewangan. (2004). Ed. Ke-24. Kuala Lumpur: MDC Publishers
Sdn. Bhd.

Laporan

Kementerian Kewangan Malaysia. (1990). Laporan Ekonomi 1990-2001.

12
Laporan Unit Perancangan Ekonomi Negeri. (1999). Mesyuarat
Pembangunan Ekonomi Negeri Kali Kedua. Pejabat Setiausaha Negeri
Johor, 15 - 16 Ogos.

Malaysia. (1996). Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000.

Malaysia. (1991). Rancangan Malaysia Keenam 1991-1995.

Malaysia. (1990). Buku Maklumat Perangkaan 1990-2001. Kuala Lumpur:


Jabatan Perangkaan Malaysia.

Malaysia. (1989). Akaun Awam Lengkap. Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan


Negara.

BAHAN TIDAK DITERBIT

Tesis/Latihan Ilmiah/Laporan Teknik

Yusnaidi Yusof. (2003). Peranan Pusat Zakat di Negeri Kedah. Tesis Ph.D.
Universiti Utara Malaysia.

Zuriana Zahrin. (2003). Federalisme Fiskal: Pemberian Kerajaan Pusat


kepada Kerajaan Negeri Johor & Kedah. Tesis Sarjana. Universiti
Malaya: Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran

Zuriana Zahrin. (2000). Pelacuran Gadis Bawah Umur: Kajian di Taman Sri
Puteri. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zuryani Zohari. (2006) Gaya kepimpinan dan pencapaian prestasi Koperasi


Pekebun Kecil Daerah Gerik Bhd. Laporan Praktikum. Fakulti
Pengurusan Awam dan Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia.

Kertas Kerja/Prosiding/Seminar

Chan Siew Hon. (2006). Private Finance Initiative (PFI): Privatization


Revisited? Kertas Kerja Simposium Pelaburan Negara, Pusat
Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. 14 Disember.

Zuriana Zahrin & Nor Azizah Zainal Abidin. (2006). Amalan Federalisme
Fiskal di Malaysia: Analisis Perbandingan Negeri Johor dan Kedah.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Pengurusan Awam 2006, hlm. 55-
65.

Temu Bual

13
Zarif Hanafi. (2005). Pusat Zakat Alor Star, Kedah. Temu bual, 12 Februari.

MAJALAH

Artikel dengan Pengarang

Ismail Hamid. (1990). Sastera kitab. Dewan Sastera, Mei: 79-83.

Mohd Yusman Awang, Muhd Izhar Abu Samah & Zamri Ramli. (2004).
Dadah: Merenung kembali erti sebuah kegagalan. Massa, 10 April:
27-33.

Artikel tanpa Pengarang

Ternama, terkenal dan dadah. (2004). Massa, 10 April. 37.

Drummer: The talk of the town. (2003). New Yorker, Oktober: 45.

AKHBAR

Artikel dengan Pengarang

Faisal Othman. (1992). Jaga kepentingan umum asas pemerintahan Islam.


Utusan Malaysia, 30 Oktober: 6.

Siti Zainon Ismail. (1990). Wanita, puisi dan peribadi. Berita Minggu, 4
Februari: 7.

Artikel tanpa Pengarang

Peningkatan kes belia tidak membayar pinjaman. (1992). Utusan Malaysia,


30 Oktober: 10.

Masjid di Algeria jadi medan latihan golongan pelampau. (1989). Mingguan


Malaysia, 23 Februari: 10.

Berita/rencana dengan nama penulis

14
Kandau Sidi. (2000). Kutu rayau cemar Kuala Lumpur. Berita Harian, 5 Julai:
17.

Berita/rencana tanpa nama penulis

Telefon bimbit bukan sekadar penghubung. (2000). Berita Harian, 5 Julai: 24.

Surat kepada editor

Fizani. (1992). Jangan salahkan imam, bilal sahaja. Forum. Berita Harian,
30 Oktober: 13.

Izhab, Z. (1992). Effective reading is the way to ensure success of science


students. Surat kepada editor. New Straits Times, 25 Januari: 9.

Rujukan umum akhbar

Berita Harian. (1985). 28 Disember.

The Star. (1991). 2 Jun.

RUJUKAN ELEKTRONIK

Ackrill, R. (1998). EMU and stabilization: a reconsideration of the fiscal


federalism paradigm. Centre for European Economic Studies,
Department of Economics, University of Leicester. (atas talian)
http://www.le.ac.uk/economics/research/RePEc/lec/lecees/ceesrev.pdf
(28 Jun 2003).

Follesdal, A. (2003). Federalism. Standford Encyclopedia of Philosophy


(atas talian) http://folk.uio.no/andreasf.pdf (5 Jun 2003).

Majlis Perbandaran Kluang. (2007). Profil: Objektif & Misi Majlis Perbandaran
Kluang (atas talian) http://www.johordt.gov.my/mpk/ (3 Mac 2007).

Pritzer, T.J. (tanpa tarikh). An early fragment from central Nepal (atas talian)
http://www.ingress.com/astanart/pritzker.html (5 Jun 2000).

15

You might also like