You are on page 1of 5

GMGA 2053 Kerajaan Tempatan

1. Wajar atau tidak pilihanraya dalam PBT perlu dibuat semula selepas dimansuhkan
pada tahun 1978. Bincangkan isu berkenaan secara keseluruhannya berserta contoh-contoh
yang bersesuaian. (10 markah)

Pada pandangan saya, pilihanraya dalam PBT tidak wajar dibuat semula selepas
dimansuhkan pada tahun 1978. Ini kerana, saya berpendapat bahawa rancangan untuk
pilihan raya dalam PBT tersebut atas alasan bahawa terdapat banyak salah guna kuasa di
peringkat PBT itu tersebut. Jika di wujudkan semula, kemungkinan akan ada risiko wujud
perpecahan rakyat berasaskan kaum akibat pelaksanaan pilihan raya PBT. Sebagai
contohnya iaitu kita iktiraf bahawa dalam sesebuah bandar itu, kebanyakan penduduknya
orang Cina. Jadi kalau kita ada wujudkan pilihan raya bagi bandar dan luar bandar, maka kita
pecahkan negara kita pada dua pihak iaitu satu bandar dan satu lagi luar bandar. Kita nak
supaya ada yang main peranan antara bandar dan luar bandar. Masa sebelum piliharaya tiba
yang mana penduduk kita bercampuran dengan cara terbaik. Selepas pilihanraya, kita
terasing antara satu sama lain. Bandar satu bangsa, dan luar bandar lain bangsa. Oleh itu,
pilihanraya PBT ini memberi kesan tidak sihat bagi negara kita pada pandangan saya.
Kewujudan Sistem Kerajaan Tempatan ini asalnya meniru sistem telah dilaksanakan
di luar Negara iaitu di Britain. Setelah Malaysia mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957,
amalan ini masih diteruskan. Kemudiannya dibatalkan selepas mengalami gejala sosial yang
negatif dan peristiwa hitam yang mencetuskan permusuhan kerana isu perkauman, dikatakan
juga berlakunya jurang yang tidak saksama khususnya dalam aspek ekonomi di antara bandar
dan luar bandar yang melibatkan kaum yang berbeza. Jika diadakan semula Pilihan Raya
dalam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan pelbagai hujah atau dalil. Ada daripada
kalangan yang mahu menghidupkannya semula, alasannya untuk menghidupkan demokrasi,
memperbaiki pengurusan lebih bersih dan bijak. Paling penting bagi mereka adalah untuk
menjana ekonomi, kerana itu ia dijadikan akidah dan kiblat seperti agama.
Keseluruhan ideologi ciptaan manusia yang berpayungkan politik dan pentadbirannya
tanpa menyentuh soal roh dan akhlak, serta tidak mempedulikan hubungan antara kaum,
maka persoalan akhlak berpisah daripada agama, jauh sekali mengambil kira soal dosa dan
pahala. Kebanyakan mereka lebih bertuhankan akal semata-mata, tanpa melihat kepada
segala aspek yang ada kaitan dengan kejadian manusia, khususnya aspek negatif yang boleh
mengundang dengan mudah beberapa bencana, akhirnya kepayahan dihadapi dan sukar
untuk menyelesaikan masalah yang bertalu-talu datang selepasnya. Di negara kita, pilihan
raya PBT tidak pernah diadakan sejak Kerajaan Persekutuan menggantungkan

1 236944
GMGA 2053 Kerajaan Tempatan

pelaksanaannya melalui Undang-undang Darurat pada 1965. Usaha untuk menghidupkan


pilihan raya PBT banyak digerakkan oleh DAP sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 lagi.
Kerajaan Pulau Pinang sejak dahulu menegaskan untuk melaksanakan pilihan raya ini.
Namun begitu, tidak wajar pada pandangan saya terhadap pilihan raya PBT dijalankan
semula di negara kita.
Tujuan pilihan raya dibuat adalah untuk memberikan hak kepada orang ramai
menentukan pihak yang menguruskan urusan mereka. Dengan mengadakan pilihan raya PBT,
hasrat ini kelihatan dapat dicapai dengan mudah dan jelas di peringkat kerajaan tempatan.
Namun, dalam sistem yang ada hari ini, sesetengah pihak yang bertanggungjawab dalam
pentadbiran PBT tidak datang daripada suara rakyat. Menurut Akta Kerajaan Tempatan 1976
(Akta 171), ahli PBT dilantik oleh pihak berkuasa negeri. Pihak berkuasa negeri adalah
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar. Kerajaan negeri
dipilih melalui pilihan raya Dewan Negeri. Daripada perspektif ini, kita boleh simpulkan
pihak yang mengendali PBT, tetap mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan yang dipilih
melalui pilihan raya. Oleh itu, hasrat rakyat untuk menentukan pihak yang menguruskan PBT
sebenarnya sudah boleh dicapai melalui pilihan raya yang memilih kerajaan negeri. Cuma
bezanya, ia tidak berlaku secara langsung.
Tidak dapat dinafikan, memang ada yang mengaitkan ketiadaan pilihan raya PBT
dengan salah guna kuasa. Pemilihan yang dilaksanakan melalui lantikan kerajaan itu didakwa
mengurangkan tahap akauntabiliti. Dakwaan ini ada asasnya juga, Namun demikian, masalah
ini boleh diatasi dengan melantik wakil-wakil parti politik yang memerintah kerajaan negeri
menjadi anggota majlis PBT. Mereka boleh tampil secara jelas sebagai anggota majlis yang
mewakili parti yang dipilih melalui pilihan raya. Selain itu, tahap akauntabiliti juga boleh
dipertingkatkan dengan mengeratkan hubungan antara Ahli Dewan Negeri yang mewakili
Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terlibat dengan PBT dengan majlis-majlis dialog yang
turut melibatkan PBT. Pendekatan ini bukan satu masalah memandangkan PBT adalah badan
yang perlu melaksanakan kehendak-kehendak kerajaan yang memerintah.
Seterusnya dari sudut pembaziran, sesuatu pilihan raya tentunya memerlukan belanja
wang yang besar. Belanja ini hakikatnya datang daripada wang rakyat itu sendiri.
Perbelanjaan yang besar bukan sahaja perlu ditanggung oleh pengendali pilihan raya, bahkan
juga parti-parti politik yang ikut bertanding. Sebagaimana, pilihan raya lain di Malaysia,
kerancakan kempen dan persaingan sengit sering kali mendorong parti-parti
menyalahgunakan aset-aset yang ada, kemudahan, media sosial dan jentera kerajaan untuk

2 236944
GMGA 2053 Kerajaan Tempatan

tujuan meraih undi. Semua senario ini akan membawa kerugian kepada rakyat juga negara
kita sendiri.
Tentu ramai rakyat di luar sana ingin mengatakan bahawa “Kalau takut habis wang,
tak perlulah ada pilihan raya” Kata-kata ini kelihatan betul, tapi sebenarnya ada kaedah
tertentu untuk mengukur tahap keperluan pilihan raya dalam negara kita. Antara kaedah
yang digunakan adalah dengan melihat kepada level of representation atau tahap kadar
perwakilan. Setakat ini tiada piawaian tetap yang ditentukan oleh badan-badan antarabangsa.
Namun begitu berdasarkan amalan di negara-negara demokrasi yang telah mantap, kadar
60,000 orang pengundi untuk seorang wakil rakyat sudah dianggap memadai dalam satu-satu
pilihan raya.
Di Malaysia, kadar untuk wakil parlimen sahaja, secara puratanya adalah di sekitar
55,000 orang. Bagi perwakilan di peringkat Dewan Negeri pula kadarnya ialah sekitar 25,000
hingga 40,000 pengundi untuk setiap wakil rakyat. Jika dicampur jumlah semua wakil rakyat
peringkat Parlimen dan Dewan Negeri, dan dinisbahkan dengan jumlah pengundi, maka
jumlah purata nisbah ialah sekitar hanya 22,000 untuk setiap pengundi. Realitinya,
kebanyakan rakyat di Malaysia sudah diwakili oleh dua orang wakil rakyat. Penambahan
seorang lagi wakil rakyat melalui pilihan raya PBT kelihatan tidak perlu jika diambil kira
jumlah wakil rakyat sedia ada dan juga tahap kadar perwakilan yang sebenarnya sudah tinggi
di Malaysia.
Ramai juga yang tidak menyedari satu realiti bahawa bandar raya dan bandar bukan
milik penduduk yang tinggal di bandar sahaja, bahkan ia juga milik penduduk luar bandar
atau pinggir bandar yang setiap hari datang bekerja di bandar raya atau bandar. Sebagai
contoh, Bandar Raya Kuching merupakan satu bandar raya yang besar dan luas juga
merupakan lubuk pencarian peluang pekerjaan anak-anak muda dari luar bandar raya seperti
dari Daerah Ulu Padawan, Daerah Tebedu, Daerah Bau dan lain-lain dalam negeri Sarawak.
Dengan kata lain, bandar mempunyai dua kategori iaitu ‘penduduk siang’ dan ‘penduduk
malam’. Penduduk siang ialah mereka yang datang ke bandar setiap hari untuk bekerja, dan
jumlah mereka boleh mencecah tiga kali ganda ramainya berbanding penduduk yang benar-
benar menetap di bandar atau ‘penduduk malam’. ‘Penduduk siang’ meluangkan masa yang
lama dan membelanjakan wang yang banyak di bandar. Oleh itu, mereka menerima kesan
langsung atas apa sahaja polisi yang dilaksanakan di bandar. Penduduk yang benar-benar
menetap di bandar, atau ‘penduduk malam’ perlu menyedari bandar adalah milik semua. Oleh
itu, bukan mereka tidak mempunyai hak eksklusif untuk menentukan siapakah yang layak
menguruskan bandar.

3 236944
GMGA 2053 Kerajaan Tempatan

Isu ini juga berkait rapat dengan apa yang disentuh oleh Perdana Menteri kita iaitu
dari perspektif penempatan mengikut kaum. Memang benar sebahagian besar ‘penduduk
malam’ di bandar raya dan bandar adalah kaum Cina. Jika dilaksanakan pilihan raya PBT di
Kuala Lumpur misalnya, calon berbangsa Melayu dan India lebih sukar mendapat sokongan
berbanding calon berbangsa Cina. Sedangkan dari sudut realiti, ramai orang Melayu dan
India juga menjadi ‘penduduk’ setia Kuala Lumpur khususnya pada waktu bekerja. Mereka
datang dari luar bandar raya Kuala Lumpur dan menghabiskan sebahagian masa dan wang
mereka di kota raya ini. Oleh itu, adalah lebih wajar jika kepimpinan PBT ditentukan oleh
kerajaan bagi memastikan keseimbangan dalam ketetapan dasar dan keadilan untuk semua.
Dari sudut pentadbiran kerajaan pula, sebahagian bandar raya dan bandar besar dalam negara
kita adalah ibu negara dan ibu negeri. Ia adalah simbol kebanggaan dan ikon kepada negara
dan setiap negeri.
Oleh itu, sewajarnya, pihak kerajaanlah menentukan siapa yang sesuai untuk
memberikan wajah kepada bandaraya dan bandar berkenaan. Tentunya jika wujud
percanggahan dan perbezaan politik antara pemimpin kerajaan negeri atau Kerajaan
Persekutuan dengan pemimpin PBT, pembangunan dan pengurusan mungkin akan terjejas.
Jangan sekadar mentadbir bandar dengan bangunannya tanpa pembangunan manusia
yang bersopan dan bersaudara. Jangan sekadar membangun bandar yang banyak duit
daripada sumber apa sahaja, termasuk duit haram, seperti cukai rumah urut, pelacuran dan
bayaran untuk gengster dan kongsi gelap. Semuanya akan menempah kehidupan yang cerah
untuk sementara waktu dan selepasnya bergelap sepanjang waktu.
Kesimpulannya, sekiranya diluluskan, Pilihan Raya PBT diadakan di seluruh
Malaysia, sama ada secara serentak atau berperingkat. Beberapa pindaan akta perlu dibuat.
Selain itu juga, mungkin lebih meriah berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) sedia ada,
tetapi dalam kemeriahan itu banyak berlaku perkara sebaliknya. Mengikut perhitungan
kasarnya, kaum Melayu atau Bumiputera sekadar menguasai bandar seperti Baling di Kedah,
Gua Musang di Kelantan, Kuala Berang di Terengganu, Tembeling di Pahang, Lubuk Antu di
Sarawak dan sebagainya. Keputusannya sekadar untung seguni ubi, ruginya pula berhutang
dengan bank yang tidak mampu dibayar dengan nilai seguni ubi dan boleh berundur daripada
tapak rumah dan tapak ubinya sehingga melarikan diri ke hutan rimba dan sebagainya.

4 236944
GMGA 2053 Kerajaan Tempatan

5 236944

You might also like