You are on page 1of 4

KERJA KHUSUS GEOGRAFI TINGKATAN 3

DAPATAN KAJIAN
8.1 Konsep Migrasi Penduduk
Migrasi ialah proses pergerakan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain
dengan tujuan penetapan secara tetap atau buat sementara waktu seperti pergerakan seorang
pekerja dari luar Bandar yang berpindah ke sebuah bandar dan menetap secara tetap.Selain
itu,migrasi dalaman berlaku apabila terdapat faktor-faktor penolakan di sesuatu kawasan seperti
kekurangan peluang pekerjaan,kekurangan tanah,kekurangan sosial dan kekurangan kemudahan
asas.Ini menyebabkan penduduk berpindah ke sesuatu kawasanyang terdapat faktor-faktor
penarik seperti banyak peluang pekerjaan,perkhidmatan sosial yang lebih banyak,banyak
kemudahan awam dan peluang pendidikan yang tinggi.

8.2 Pola Migrasi Penduduk di Taman Setiawangsa,Kuala Lumpur


Disebabkan Taman Setiawangsa ini berada di kawasan bandar,maka pola migrasi
penduduk ialah dari luar bandar ke bandar dan dari bandar ke bandar.Migrasi dari luar bandar ke
bandar berlaku apabila seseorang itu hendak berpindah ke kawasan bandar untuk mencari
pekerjaan yang ada di kawasan bandar.Migrasi bandar ke bandar berlaku apabila seseorang itu
berpindah ada tujuan hendak mencari tempat tinggal yang baru atau mencari pekerjaan lebih baik
daripada pekerjaan yang ada padanya.Selain itu,migrasi ini juga berlaku disebabkan seseorang
itu ingin melanjutkan pelajaran.

8.3 Faktor yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk di Taman


Setiawangsa,Kuala Lumpur
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kawasan
Taman Setiawangsa,Kuala Lumpur.Antaranya ialah mengikut keluarga,terdapat peluang
pekerjaan yang lebih cerah di kawasan migrasi tersebut,terdapat lebih banyak kemudahan asas
dan bagi meningkatkan taraf hidup.

Hubungan kekeluargaan yang ada didapati sering dijadikan sebagai batu loncatan
dikalangan penduduk baru untuk berhijrah ke kawasan Taman Setiawangsa ini. Penghijrahan
kaum keluarga terdahulu seolah-olah membentuk satu rangkaian yang memudahkan kedatangan
penghijrah lain.Tambahan pula terdapat sebilangan penduduk yang telah mempunyai kaum
keluarga mereka menetap di sini.Contoh lain bagi faktor mengikut keluarga ialah seorang anak
yang bermigrasi ke Taman Setiawangsa ini kerana ibu bapanya berpindah ke sini.Selain
itu,terdapat juga ibu bapa yang bermigrasi ke Taman Setiawangsa kerana mengikut anaknya yang
berpindah ke sini.

Faktor ekonomi merupakan faktor utama yang meyumbang kepada berlakunya proses
migrasi ini. Kedudukan ekonomi yang mantap dan kukuh menyebabkan wujudnya banyak
peluang pekerjaan, sekaligus membuka peluang kepada penduduk di kawasan lain termasuk juga
golongan pendatang yang datang khususnya untuk mencari rezeki di kawasan Taman
KERJA KHUSUS GEOGRAFI TINGKATAN 3

Setiawangsa.Peluang pekerjaan juga wujud bagaikan "cendawan selepas hujan" disebabkan


bilangan penduduk Taman Setiawangsa semakin bertambah.Ini membuka peluang bagi
penduduk di sini untuk mencari rezeki seperti membuka kedai makan,kedai runcit,pasar mini dan
lain-lain.Selain itu,terdapat juga penduduk yang bermigrasi ke Taman Setiawangsa disebabkan
terdapat tawaran pekerjaan yang lebih cerah.

Terdapat pelbagai kemudahan asas yang disediakan di Taman Setiawangsa,Kuala


Lumpur.Terdapat hypermarket seperti pasaraya Giant,Medan Selera Taman Setiawangsa,Taman
Setiawangsa Sport Complex,dan lain-lain.Selain itu terdapat juga perkhidmatan dobi,kedai menggunting
rambut,klink kesihatan,klinik pergigian,bank,sekolah,kedai membaiki kenderaan,dan perkhidmatan lain
yang semestinya menjadi antara faktor utama migrasi penduduk di Taman Setiawangsa.Kemudahan asas
lain yang terdapat di Taman Setiawangsa juga termasuk jalan raya dan lebuh raya yang dapat
menghubungkan kawasan Taman Setiawangsa dengan kawasan lain seperti
Ampang,Gombak,Kuala Lumpur,Kepong,dan Subang Jaya melalui lebuh raya DUKE,Lebuh
Raya Bertingkat AKLEH,dan Lebuh Raya MRR2.Pengangkutan awam yang terdapat pula ialah
bas,sistem transit aliran ringan(LRT) dan teksi.Terdapat juga masjid dan surau untuk kegunaan
penduduk muslim di sini seperti Masjid Mu’adz bin Jabal dan surau As-Syakirin.Di samping
itu,turut tersedia di kawasan Taman Setiawangsa ialah sebuah dewan serbaguna untuk kegunaan
penduduk di Taman Setiawangsa,Dewan Komuniti Taman Setiawangsa dan beberapa buah
taman permainan untuk penduduk Taman Setiawangsa beriadah.

Bagi negara Malaysia khususnya, kemakmuran ekonomi seringkali dijadikan alasan


untuk menjelaskan mengapa negara ini menarik perhatian ramai rakyat Indonesia dan
Bangladesh malah termasuk juga negara-negara yang mengalami taraf ekonomi yang
gawat.Sejak berlakunya kegawatan ekonomi di rantau Asia ini yang menyebabkan jatuhnya nilai
mata wang negara-negara dunia ketiga, dengan secara tidak langsung harga-harga barangan di
pasaran meningkat dengan mendadak, maka ini juga merupakan salah satu faktor migrasi
berlaku. Taraf kehidupan semakin tinggi jadi sebagai alternatifnya penduduk di kawasan lain
terpaksa mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan keluarga masing-masing,
memandangkan taraf ekonomi di kawasan mereka yang rendah maka wujudlah migrasi ke
kawasan-kawasan yang menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada mereka. Contahnya
di Taman Setiawangsa,Kuala Lumpur yang dapat meningkatkat taraf hidup mereka.Bilangan
penduduk yang ramai dengan pertumbuhan ekonomi yang tidak seimbang di kawasan asal
mereka, menyebabkan golongan ini terpaksa mencari alternatif lain untuk meneruskan
kehidupan. Oleh itu jalan yang paling mudah ialah merebut kesempatan yang ada di kawasan
Taman Setiawangsa yang menjanjikan pendapatan yang lumayan.

Saya sangat bersyukur kerana di kawasan tempat saya tinggal mempunyai


penduduk yang hidup dalam keadaan aman, damai dan sentosa walau pun bilangan penduduk
sering berubah disebabkan oleh faktor migrasi dalaman ini.
KERJA KHUSUS GEOGRAFI TINGKATAN 3

8.4 Kesan Migrasi Dalaman Penduduk di Taman Setiawangsa,Kuala


Lumpur
Kegiatan migrasi yang berlaku di kawasan kampung saya  sebenarnya telah memberi yang positif
dan negatif di kawasan kampung saya. Antara kesan yang dapat dilihat ialah :

8.4.1 Kesan Positif

Migrasi dalaman penduduk di Taman Setiawangsa,Kuala Lumpur sedikit sebanyak


member kesan kepada kawasan tersebut.Kesan positifnya adalah pertambahan penduduk di
kawasan Taman Setiawangsa dan terdapat golongan masyarakat majmuk di kawasan tersebut

Migrasi dalaman yang berlaku  ini telah menyebabkan bilangan penduduk di kawasan
Taman Setiawangsa telah meningkat walau pun terdapat penduduk yang telah berhijrah ke luar.
Ini diseimbangkan oleh kemasukan penduduk disebabkan oleh faktor governan, ikut keluarga dan
perkahwinan. Walau bagaimana pun penduduk di Taman Setiawangsa masih stabil dan masih lagi
ada kawasan yang belum dihuni  oleh penduduk.

Selain itu,migrasi dalaman penduduk di Taman Setiawangsa juga menjadi punca mengapa
Taman Setiawangsa mempunyai golongan masyarakat majmuk yang ramai.Penduduk di Taman
Setiawangsa terdiri daripada bangsa Melayu,Cina dan India.Ini dapat meningkatkan lagi semangat
patriotisme dan bersatu-padu di kalangan penduduk.

8.4.2 Kesan Negatif

Walaubagaimanapun,terdapat juga kesan negatif yang berlaku akibat migrasi penduduk di


Taman Setiawangsa.Masalah sosial, persaingan pekerjaan dengan peduduk tempatan dan masalah
perumahan ataupun setinggan adalah antara kesan negatif akibat migrasi dalaman penduduk.

Masalah sosial ini sebenarnya disebabkan oleh masalah yang ditimbulkan oleh pekerja
asing yang di bawa oleh para pemaju di Taman Setiawangsa untuk bekerja dalam sektor
pembuatan bangunan. Keadaan ini telah menyebabkan penduduk asing semakin bertambah di
kawasan Taman Setiawangsa. Mereka ini kadang kala telah menimbulkan masalah sosial seperti
kes pecah rumah dan mengganggu anak gadis di kawasan Taman Setiawangsa.

Kemasukan terlalu ramai penduduk di kalangan penduduk kawasan sekitar dan warga
asing telah telah menyebabkan berlaku persaingan mendapatkan pekerjaan di kalangan penduduk
Taman Setiawangsa. Apabila berlakunya persaingan ini akan menyebabkan berlakunya masalah
pengangguran.

Disamping itu,bilangan migrasi penduduk di Taman Setiawangsa yang semakin


bertambah juga mengakibatkan masalah perumahan.Jumlah penduduk yang semakin bertambah
mengakibatkan munculnya kawasan setinggan bagi menampung jumlah penduduk.Kawasan
setinggan ini bukan sahaja akan mencacatkan pandangan dan menyakitkan mata,ia juga
mengakibatkan pertambahan pendatang asing tanpa izin ke kawasan Taman Setiawangsa.Ini
kerana kos hidup di kawasan setinggan yang rendah amatlah sesuai bagi para pendatang asing
yang mahu menetap di Taman Setiawangsa.
KERJA KHUSUS GEOGRAFI TINGKATAN 3

Saya berharap walau pun penduduk di taman Setiawangsa berusaha untuk meningkatkan
taraf hidup, kemakmuran kawasan juga perlu dipelihara. Penduduk Taman Setiawangsa perlulah
saling bekerjasama untuk memastikan keadaan kawasan sentiasa selamat untuk dihuni. Perlu
wujudkan rukun tetangga untuk menjaga keselamatan taman Setiawangsa daripada sebarang
masalah sosial daripada terus berlaku.Walau bagai mana pun saya bersyukur kerana Taman
Setiawangsa masih lagi aman dan selamat untuk dihuni.

8.5 Cadangan Mengatasi Kesan Migrasi Dalaman Penduduk

Bagi memastikan keadaan Taman Setiawangsa ini selamat daripada sebarang masalah
beberapa tindakan boleh diambil. Antaranya ialah dengan memujudkan rukun
tetangga,menambahkan lagi peluang pekerjaan dan memperbanyakkan kawasan perumahan baru
di Taman Setiawangsa.

Rukun tetangga ini perlu diwujudkan di Taman Setiawangsa untuk memastikan kawasan
perumahan sentiasa selamat daripada masalah sosial seperti pecah rumah. Giliran bertugas dan
jaga malam perlu di lakukan oleh penduduk Taman Setiawangsa bagi memastikan keadaan
persekitaran sentiasa terkawal terutamanya pada waktu malam.

Bagi mengatasi masalah pengangguran pihak kerajaan perlu menyediakan lebih banyak
peluang pekerjaan kepada penduduk. Keadaan ini penting bagi mengatasi masalah sosial yang
diwujudkan oleh mereka yang tidak mempunyai pekerjaan dan juga bagi mengelakkan persaingan
antara penduduk baru dan penduduk tempatan dalam merebut peluang pekerjaan.

Masalah perumahan dan setinggan dapat dikurangkan sekiranya kerajaan dan para pemaju
di Taman Setiawangsa membina rumah kos rendah ataupun rumah percuma seperti Projek
Perumahan Rakyat Tempatan.Selain itu,bagi menghapuskan masalah yang ditimbulkan oleh
pendatang asing tanpa izin apabila mereka menetap di kawasan setinggan adalah dengan
mengadakan lebih banyak pemeriksaan di kawasan-kawasan setinggan di Taman
Setiawangsa.Pihak Imigresen seharusnya melakukan pemeriksaan yang lebih kerap di kawasan-
kawasan setinggan tersebut.

Saya sebagai penduduk berasa amat bangga kerana melalui langkah-langkah yang
dilakukan , masalah  dan kesan negatif lain dapat dikurangkan. Kita perlu sedar bahawa Taman
Setiawangsa ini merupakan tempat tinggal bagi kita.Justeru, saya amat mengharapkan agar
semua individu mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menjaga kawasan ini daripada sebarang
masalah yang dihadapi. Semangat kerjasama dan tolong menolong perlu ada dalam setiap diri
penduduk Taman Setiawangsa.

You might also like