You are on page 1of 1

Sektor Pengurusan Sekolah,

Jabatan Pelajaran Negeri Sabah,

Tingkat 1 Blok C,

Bangunan KWSP,

Jalan Karamunsing,

88604 Kota Kinabalu,

Sabah.

________________________________________________________________________

Melalui

Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu,

Bangunan Majlis Daerah Lahad Datu (Aras Bawah)

Peti Surat 60028, 91112

Lahad Datu 19 NOVEMBER 2010

Tuan,

PERMOHONAN RAYUAN PERTUKARAN ANTARA DAERAH

Merujuk kepada perkara di atas saya memohon rayuan dari pihak Tuan untuk meluluskan
pertukaran saya ke Kota Kinabalu.

2. Saya merayu kerana saya mempunyai alasan-alasan yang sangat kukuh untuk bertukar ke
Kota Kinabalu iaitu mengikut suami saya yang bekerja di Kota Kinabalu.

3. Selain itu, saya juga sedang sarat mengandung anak sulung dan dijangka bersalin pada 3
Februari 2011. Oleh itu saya ingin berada dekat dengan ibubapa yang berada di Kota Kinabalu kerana
saya tidak mempunyai saudara mara di Lahad Datu.

4. Untuk makluman tuan, saya telah berkhidmat selama 5 tahun di Lahad Datu dan telah layak
untuk memohon perpindahan.

5. Sehubungan dengan itu juga saya sangat berharap dari pihak Tuan mempertimbangkan
permohonan rayuan saya ini dan disini saya ada lampirkan salinan sijil nikah dan salinan borang
permohonan pertukaran untuk sesi Januari 2011 ke PPD Kota Kinabalu.

4. Perhatian dan tindakan tuan selanjutnya sangat diharapkan dan dihargai.

Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(ANISAH BINTI ABAS)

You might also like