You are on page 1of 39

j-QAF

KELAS PEMULIHAN JAWI

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral


Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
Kementerian Pelajaran Malaysia
TAKRIF
„ Kelas Pemulihan Jawi ialah pengajaran
yang dilaksanakan oleh guru
pemulihan untuk memulihkan murid
yang keciciran dalam jawi. Kelas ini
dijalankan serentak dengan jadual
waktu persekolahan sedia ada.
OBJEKTIF
„ Murid yang keciciran dalam jawi akan
dipulihkan dengan sekurang-kurangnya
dapat mengenal, menyebut, dan
menulis huruf-huruf tunggal, suku kata
terbuka, suku kata tertutup dan
perkataan-perkatan mudah yang dibina
daripada suku kata terbuka dan suku
kata tertutup.
KUMPULAN SASAR
„ Kumpulan sasar kelas ini ialah murid-
murid yang tidak dapat melepasi ujian khas
iaitu tidak mengenal huruf tunggal atau
suku kata terbuka.
STRATEGI PELAKSANAAN
„ Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana
peringkat sekolah yang dipengerusikan
oleh Guru Besar.
TUGAS J/K PELAKSANA
„ Kenalpasti murid-murid yang keciciran
melalui ujian khas atau maklumat
daripada guru yang mengajar. Jumlah
murid bagi satu kelas pemulihan
hendaklah di antara 6 hingga 10 orang.
„ Sedia tempat bagi pelaksanaan kelas
pemulihan.
„ Sedia bahan bantu mengajar.
STRATEGI PELAKSANAN
„ Laksana Kelas Pemulihan Jawi ikut
agihan kemahiran dan kaedah P & P
yang telah ditentukan.
„ P & P guna kaedah permainan dan
nyanyian yang menyeronokkan.
„ Buat penilaian dan rekod pencapaian
murid setiap kali kelas dilaksanakan.
AGIHAN TUGAS
Guru Besar
„ Tubuh Jawatankuasa Pelaksana
„ Adakan mesyuarat penyelarasan
„ Pastikan Kelas Pemulihan Jawi ini
dapat dilaksanakan dengan sempurna.
„ Pantau perlaksanaan Kelas Pemulihan
Jawi.
Ketua Panitia Pendidikan Islam
„ Setiausaha jawatankuasa pelaksana
peringkat sekolah.
„ Bekerjasama dengan guru pemulihan
dan guru-guru Pendidikan Islam
menyediakan keperluan pelaksanaan
Kelas Pemulihan Jawi.
„ Semak laporan yang dibuat oleh guru
mata pelajaran dan guru pemulihan.
Guru Mata Pelajaran
„ Buat ujian khas untuk memilih pelajar
yang akan mengikuti Kelas Pemulihan
Jawi.
„ Teruskan pengajaran mengikut jadual
persekolahan biasa.
Guru Pemulihan Jawi
„ Laksana Kelas Pemulihan Jawi mengikut
agihan kemahiran dan kaedah P&P yang
telah ditetapkan.
„ Rekod hasil penilaian yang dilakukan
selepas proses pengajaran dan
pembelajaran.
„ Laporkan perjalanan kelas dan hasil
penilaian kepada Ketua Panitia dan Guru
Besar.
Waktu Kemahiran

Waktu 1
Memperkenalkan huruf tunggal @x@t@p@l@a
Waktu 2
Memperkenalkan huruf tunggal ‹@‰@‡@…@„@‫ﺥ‬
Waktu 3
Memperkenalkan huruf tunggal Ã@Â@‫@”@˜@ﺽ‬
Waktu 4
Memperkenalkan huruf tunggal Ö
@ @Ò@‫@ﻑ‬Î@‫@ﻍ‬Ê
Waktu 5
Memperkenalkan huruf tunggal ë
@ @æ@â@Þ@‫@ض‬Ú
Waktu 6
Memperkenalkan huruf tunggal @t@ð@õ@ü@ê@ú

Waktu 7
Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf p@l@a
Waktu 8
Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf …@„@x
Waktu 9
Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf Î
@ @@‰
Waktu 10
Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf @‫ ك ض‬Ò
Waktu 11
Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf@ æ@ @â Þ
Waktu 12
Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf @t@ê
KAEDAH P&P
Permainan bagi kemahiran huruf tunggal:
„ Boling
„ Tenteng
„ Main kad
„ Keretapi
KAEDAH P&P
Permainan bagi kemahiran suku kata :
„ Sahibba
„ Pancing Ikan
KAEDAH P&P
Nyanyian:
„ Rasa Sayang Jawi
„ Eja dan Baca
„ Vokal dan Suku kata.
PENILAIAN
„ Guru hendaklah melaksanakan penilaian
setiap kali kelas dijalankan. Penilaian
hendaklah menguji kemahiran membaca
dan menulis huruf-huruf dan suku kata-
suku kata yang dipelajari. Hasil penilaian
hendaklah direkod ke dalam Borang
Penilaian Kelas Pemulihan Jawi.
MODUL P&P
Waktu 1 : Memperkenalkan huruf tunggal ‫ا ب ت ث ج ح‬
„ Objektif :
Murid boleh mengenal dan menulis huruf tunggal ‫ا ب ت ث ج ح‬
„ Cadangan aktiviti :
„ Memperkenalkan huruf dan bentuk-bentuk huruf:
„ Menggunakan kad (kad imbasan / kad tebuk)
Melakar huruf di udara.
MODUL P&P
Menyebut huruf secara latih tubi:
„ Kelas
„ Individu
Bermain permainan boling.
Penilaian dibuat secara individu dalam bentuk :
„ Lisan
„ - Guru menayangkan kad huruf-huruf yang telah dipelajari.
- Murid dikehendaki menyebut huruf tersebut
„ Tulisan
„ Guru menyebut huruf-huruf yang dipelajari dan murid dikehendaki
menulis huruf tersebut di atas kertas.
KERJA RUMAH
„ Guru hendaklah menyediakan lembaran
kerja yang mengandungi huruf yang telah
dipelajari. Ruangan untuk tandatangan ibu
bapa hendaklah disediakan.
„ Murid diminta menulis semula huruf-huruf
tersebut di rumah. Murid diminta mengambil
tandatangan ibu bapa mereka setelah
menyempurnakan tugasan tersebut.
„ Guru hendaklah menyemak tugasan tersebut
pada keesokan hari.
BOLING
ALATAN
„ Tin susu sebanyak 6 biji diwarna dan
ditulis dengan huruf Jawi tunggal yang
hendak diajar.
„ Bola kecil.
„ Lembaran kerja
CARA PERMAINAN
„ Susun tin mengikut bentuk piramid atau tiga
segi.
„ Setiap murid dikehendaki membuat lontaran
ke arah tin tersebut.
„ Murid dikehendaki menyebut huruf-huruf
yang terdapat pada tin yang jatuh.
„ Tepukan diberi kepada murid yang
menyebut dengan betul.
„ Sebagai pengukuhan murid diberi lembaran
kerja untuk menulis
TENTENG
ALATAN
„ Tapak permainan
„ Ceper
„ 7 keping sampul surat dilabelkan
nombor 1 hingga 7. Setiap keping
mengandungi 3 huruf.
„ Hadiah
„ Kad undian huruf a@ hingga (huruf
mengikut jumlah murid).
CARA PERMAINAN
„ Murid diundi dan bersedia di tepi tapak permainan.
„ Murid yang mendapat huruf alif memulakan permainan dengan
melontar ceper ke dalam kotak tenteng yang tersedia.
„ Murid dikehendaki mengambil sampul yang sama nombornya
dengan nombor di mana cepernya jatuh.
„ Sampul dibuka – murid dikehendaki menyebut semua atau dua
daripada huruf yang terdapat dalam sampul tersebut.
„ Murid yang berjaya menyebut huruf tersebut boleh
meneruskan permainan tenteng.
„ Murid yang berjaya menyudahkan lompatan mengikut urutan
akan diberi hadiah.
SAHIBBA
ALATAN
„ Kad huruf
„ Tapak Sahibba
„ Kad suku kata
„ Lembaran kerja
CARA PERMAINAN
„ Permainan secara individu.
„ Setiap suku kata rumi yang dapat dijawikan diberi
mata.
„ Murid menyusun huruf menjadi suku kata jawi
mengikut arahan yang diberi di atas tapak sahibba.
„ Murid menyebut bunyi suku kata yang telah
disusun.
„ Setelah dapat menyebut suku kata murid menulis
pada lembaran kerja yang disediakan.
MAIN KAD HURUF
ALATAN
„ Set kad huruf Jawi dari Alif hingga Nya
CARA PERMAINAN
„ Huruf-huruf Jawi disusun tanpa mengikut susunan atau urutan.
„ Setiap murid diberi empat keping huruf.
„ Kad huruf selebihnya diletakkan di tengah.
„ Murid mengambil satu daripada lebihan kad huruf kemudian
mengeluarkan satu kad hurufnya dan diletakkan di tengah.
„ Sambil mengeluarkan kad, murid menyebut huruf tersebut sebanyak
tiga kali.
„ Kad yang telah dikeluarkan oleh mana-mana pemain boleh diambil
oleh pemain lain.
„ Permainan dijalankan mengikut giliran.
„ Murid yang dapat mengumpul empat huruf jawi yang berurutan diberi
kemenangan dan ganjaran.
„ Murid yang lain meneruskan permainan untuk menentukan tempat
kedua dan seterusnya.
PANCING IKAN
ALATAN
„ Objek ikan dikerat dua
„ Batang pancing
„ Kad suku kata
„ Lembaran kerja
„ Gambar
CARA PERMAINAN
„ Permainan dijalankan secara berkumpulan
„ Tampalkan gambar di papan hitam
„ Murid dikehendaki memancing gambar bersuku kata
yang boleh membentuk perkataan bergambar.
„ Kumpulan yang berjaya memancing dan menyusun
suku kata menjadi perkataan berdasarkan gambar
dengan pantas dikira sebagai pemenang.
KERETAPI
ALATAN
„ Kad huruf bertali (besar) – boleh digantung di leher murid.

Arahan:
„ Guru menerangkan cara permainan kereta api.
„ Setiap murid diberi kad huruf dan digantung di leher mereka.
„ Kad huruf digantung di bahagian depan dan belakang.
„ Huruf yang digantung di leher murid adalah huruf yang sama.
CARA PERMAINAN
„ Guru memilih seorang murid memainkan peranan
sebagai kepala kereta api. Murid ini tidak diberi
huruf. Murid-murid lain diberi huruf.
„ Mereka akan menyusun huruf-huruf tersebut
mengikut urutan di stesen yang ditentukan.
„ Kepala kereta api berbunyi ‘tut, tut, tut, huruf apa
sekarang?’
„ Murid yang mempunyai huruf pertama, contohnya
huruf (a), akan meletakkan kedua tangan di bahu
kepala kereta api dan menyebut huruf (a) 3 kali.
CARA PERMAINAN (SAMB.)
„ Setelah 3 kali menyebut, kereta api akan mula bergerak satu
pusingan sambil berbunyi ‘tut, tut’ tut’
„ Setelah satu pusingan, kereta api akan berhenti semula di
stesen dan kepala kereta api akan berbunyi tut, tut, tut, huruf
apa sekarang.
„ Murid kedua yang mempunyai huruf (l) akan meletakkan
tangan di bahu murid (@a) dan menyebut huruf (l) 3 kali.
„ Permainan akan diteruskan sehingga semua murid selesai
bermain.
„ Setelah kereta api dilengkapkan murid-murid menyebut semula
huruf masing-masing mengikut urutan.
‫اﻟﺴﻼم ﻋﻠﻴﻜﻢ ورﺣﻤﺔ اﷲ وﺑﺮآﺎﺗﻪ‬

You might also like