You are on page 1of 32

Sebahagian dari siri berkaitan Hari Raya Aidilfitri

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar


Hari Raya Aidilfitri
Nama rasmi Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Puasa,
Bahasa Arab: ‫' عيد الفطر‬Ayd al-Fiṭr
Juga
Islam
dinamakan
Hari Raya Fitrah, Eid, Idul Fitri, Lebaran
(Indonesia), Shemai Eid (Bangladesh),
Rukun Iman Ramazan Bayramı (Turki)
Diraikan oleh Umat Islam seluruh dunia, juga bukan
muslim diNabi
Allah · Kitab · Malaikat · negara Muslim
Jenis
Hari Perayaan
Akhirat · Qada agama
dan Qadar
Rukun Islam Menandakan berakhirnya bulan Ramadhan,
Keutamaan
bulan puasa
Syahadah ·
Tarikh Solat ·1 Puasa
Syawal
Zakat · Haji
Tarikh 2009 21 September
Kota Suci2010 10 September
Tarikh
Tarikh 2011 31 Ogos
Makkah · Madinah
Perayaan
Baitulmuqaddis Menghias, menziarahi keluarga dan sahabat
taulan, memasang lampu pelita, balik
Hari Raya kampung
Amalan Solat
Aidilfitri · Aidiladha
Berkaitan Hari Raya Aidiladha, perayaan umat Islam
dengan lain, yang disambut 70 hari kemudian
Hukum
Hari Raya Aidilfitri (bahasa Arab: ‫' ;عيد الفطر‬Ayd al-
Quran · Sunnah · Hadis Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun
Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah,
dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat
Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain
bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan
Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia
merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan)
ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini
menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam.
Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang
hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.

Zakat fitrah dan takbir

Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah
iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat
fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang
Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat
fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan. Oleh itu, pada
kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha.
Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi membenarkan peluang
bagi mereka yang belum membayar zakar menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan
makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan pula, solat sunat Aidiladha digalakkan
diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. [1]

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid
sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah
antara terbenamnya matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari
Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi
hingga malam.

Simbol

Gambar ketupat yang dianyam dari riben.

Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah
juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus
di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama
dengan rendang. Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang, lontong, dodol, dan kuih
raya.

Namun begitu, simbol lain yang berteraskan Islam seperti kalimah Allah dan Nabi
Muhammad, bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri, dan lain-lain yang tiada unsur
haram juga adalah digalakkan untuk digunakan sebagai simbol perayaan Hari Raya
Aidilfitri.
Persiapan

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum


perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-
pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara
besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen.
Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan
premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu
sempena Aidilfitri.

Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat
kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri
bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai
Balik Kampung.

Amalan lazim

Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan
ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya
Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya
Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara
mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian
mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan
bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah
hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di
kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit
raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit
yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan
orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari
Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning.
Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat
perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5.
Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik
keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun
ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan
bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai
simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau
atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana
pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana
pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini.[2]
Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan
dengan membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga
Allah s.w.t. menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid
kami." [3], dan juga riwayat dari Umar (‫ )رضى هللا عنه‬menyebutkan bahawa:

"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka


Allah akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. " [4]

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang
bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga
sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang
ke bandar setelah cuti tamat.Biasanya minggu pertama hari raya,jalan akan dipenuhi
dengan kereta dan menyebabkan jalan sesak.

Pakaian

Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di
Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di
bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju kurung
dan Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan
rekaan baju-baju tradisi ini. Pada tahun 2005, pemakaian batik, songket, dan baju kebaya
nyonya semakin meningkat hasil promosi dan komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin
Seri Endon Mahmood, isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah
Ahmad Badawi.

Aidilfitri dalam Kalendar Masihi

Tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah sentiasa tetap dan sama mengikut kalendar Hijrah.
Namun begitu tarikhnya sentiasa berubah mengikut kalendar Masihi kerana kalendar
Hijrah adalah mengikut peredaran bulan manakala kalendar Masihi pula mengikut
peredaran Bumi mengelilingi Matahari. Oleh itu, tarikh Hari Raya adalah berbeza
daripada tahun ke tahun, dengan beza lebih kurang antara sepuluh hingga 15 hari.

Hari Raya pada tahun-tahun yang akan datang diramalkan akan jatuh pada tarikh-tarikh
berikut. Tarikh-tarikh tersebut adalah tertakluk kepada perubahan.

 2008: 1 Oktober
 2009: 21 September
 2010: 10 September
 2011: 31 Ogos
 2012: 19 Ogos
 2013: 8 Ogos
 2014: 29 Julai
 2015: 19 Julai
Hari Raya bermula pada malam sebelum tarikh-tarikh tersebut, bermula terbenamnya
matahari.

Hari Deepavali
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar


Diwali/Deepavali
Juga Terjemahan: Deretan pelita; Deepavali, Pesta
dinamakan Cahaya

Diraikan oleh Secara keagamaan oleh penganut agam


Hindu, dan Jain. Orang India lain meraikan
aspek-aspek budayanya.
Jenis Kegamaan, India
Keutamaan Meraikan kemenangan terhadap kejahatan,
dan penanggalan kegelapan rohani
Tarikh Hari anak bulan Kartika, tetapi perayaan
bermula dua hari sebelumnya dan tamat dua
hari selepas hari itu
Perayaan Menghiasi rumah dengan pelita, mercun,
mengagihan gula-gula dan hadiah.
Amalan Upacara sembahyang dan keagamaan (lihat
puja, prasad)

Hari Deepavali (bahasa Hindi: दिपावली, bahasa Tamil: தீபாவளி) juga dikenali
sebagai Diwali dan Divali (bahasa Hindi: दीवाली) merupakan perayaan yang disambut
oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di
Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti
cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut
pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan
November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah
dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta
semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada
yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka
yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu
bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai
perayaan Deepavali.

Tarikh-tarikh dalam pelbagai kalendar

Kanak-kanak menyalakan pelita api dalam bentuk swastika sehari sebelum perayaan
Deepavali disambut.

Perayaan ini disambut selama tempoh yang berbeza oleh komuniti berbeza. Walaupun
hari-hari terasnya adalah sama dan jatuh pada hari-hari yang sama di seluruh Nepal dan
India, namun hari-hari tersebut jatuh pada bulan-bulan Gregorian yang berbeza
bergantung kepada versi kalendar Hindu yang digunakan dalam setempat. Versi Amanta
("tamat pada anak bulan") kalendar Hindu diamalkan sebagai kalendar kebangsaan India.
Mengikut kalendar ini yang luas digunakan di India selatan dan Maharashtra, keraian
enam hari ini dibawa dari empat hari terakhir bulan Ashwayuja (Ashwin dalam bahasa
Marathi) dan dua hari pertama bulan baru Kartika. Menurut versi Purnimanta ("tamat
pada bulan purnama") yang meluas di India utara, Diwali jatuh pada pertengahan bulan
Ashwayuja/Ashvin. Dalam kalendar Gregorian, Deepavali biasanya tiba pada bulan
Oktober atau November.

Kepentingan dalam agama Hindu

Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, serta
penanggalan kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali menandakan kembalinya
semangat muhibah dan kepercayaan setelah lama menyepi, seperti yang diceritakan
dalam Ramayana.
Perkataan Sanskrit "Deepavali" bermaksud satu pameran pelita-pelita yang menandakan
kemenangan cahaya ke atas kegelapan. Oleh sebab pengetahuan bahasa Sanskrit merosot,
nama perayaan ini sering diubah menjadi Divali, terutamanya di India utara.

Pada hari Deepavali, ramai yang memakai pakaian baru, berkongsi gula-gula dan
makanan ringan. Beberapa komuniti niaga India utara memulakan tahun kewangan pada
hari Divali, maka buku akaun baru akan dibuka pada hari ini.

Cerita berkaitan Deepavali

Orang Hindu memperingati beberapa peristiwa mitos penting yang berkaitan dengan
Deepavali:

 Kembalinya Lord Rama ke Ayodhya: Deepavali juga meraikan kembalinya


Rama, Raja Ayodhya, bersama ratunya Sita dan adindanya Lakshmana ke
Ayodhya setelah 14 tahun hidup dalam buangan, disusuli satu perang yang
menyaksikan Rama membunuh raja syaitan Ravana. Adalah dipercayai bahawa
rakyat Ayodhya menyala pelita sepanjang jalan untuk menerangi laluan mereka
dalam kegelapan. Oleh sebab Rama pergi dari India Selatan ke kerajaannya di
India Utara, maka baginda merentasi bahagian selatan terlebih dahulu. Inilah
sebabnya perayaan ini disambut sehari lebih awal di India Selatan. Di India Utara,
perayaan ini disambut pada hari terakhir kalendar Vikram. Hari berikutnya
menandakan tahun baru India Utara yang bergelar Annakut.
 Pembunuhan Narakasura: Disambut sebagai Naraka Chaturdasi, dua hari
sebelum hari Deepavali, hari ini memperingati pembunuhan Narakasura
(Naragasuri dalam bahasa Tamil), seekor syaitan durjana yang mencetus huru-
hara, oleh Satyabhama, isteri Raja Krishna (Maha Krishnan). ini berlaku di
Dwapar Yuga ketika detik ini dalam avatar (jelmaan) Raja Krishna ini. Sebelum
kematian Narakasura, dia meminta rahmat dari ibunya, Satyabhama (dipercayai
sebagai satu avatar Bhudevi - ibu Narakasura), bahawa semua orang patut
menyambut kematiannya dengan chaaya berwarna-warni.
 Kezahidan Shakti: Menurut Skanda Purana, dewi Shakti mematuhi 21 hari
kezahidan bermula daripada ashtami shukla paksha (hari kelapan tempoh
pencerahan bulan) untuk memperoleh separuh jasad Raja Shiva. Vrata
(kezahidan) ini dikenali sebagai kedhara vrata. Deepavali ialah hari pelengkapan
kezahidan ini. Inilah harinya Raja Shiva menerima Shakti ke dalam separuh kiri
jasadnya lalu menjelma sebagai Ardhanarishvara. Penganut-penganut yang kuat
pegangan agamanya mematuhi vrata 21 hari ini dengan melakukan kalasha
dengan 21 benang dalamnya dan 21 jenis persembahan selama 35 hari. Hari
terakhirnya disambut sebagai kedhara gauri vrata.
 Krishna menewaskan Indra: Govardhan Puja disambut sehari selepas
Deepavali. Inilah harinya Raja Krishna menewaskan Indra, dewa petir dan hujan.
Alkisah, Krishna memantau persediaan besar-besaran untuk persembahan tahunan
kepada Dewa Indra dan menyoal ayahandanya Nanda mengenai ini. Krishna
berbincang dengan para penduduk kampung mengenai apa sebenarnya 'dharma'
mereka. Mereka adalah golongan petani, maka mereka patut menjalankan tugas
mereka dan menumpu perhatian kepada pertanian dan perlindungan lembu-lembu
mereka. Krishna terus mengatakan bahawa semua insan sepatutnya hanya
mengerjakan 'karma' diri, dengan sebaik mana yang boleh dan bukannya berdoa
untuk fenomena alam. Para penduduk kampung mempercayai Krishna, maka
tidak meneruskan puja (prayer) istimewa itu. Maka itu, Indra murka lalu
membanjiri kampung. Krishna kemudiannya mengangkat Gunung Govardhan dan
mengangkatnya sebagai perlindungan kepada rakyatnya dan lembu-lembu mereka
dari hujan. Indra akhirnya mengaku kalah dan memperakui keagungna Krishna.
Aspek riwayat Krishna ini sungguhpun tidak diketahui ramai, namun sebenarnya
menyediakan asas kepada falsafah 'karma' yang diterangkan secara terperinci
dalam Bhagavad Gita.
 Kembalinya Bali ke neraka:Dalam Bhavishyottara dan Brahma Vaivarta
Purana, Deepavali dikaitkan dengan Raja Daitya, Bali, yang dibenarkan kembali
ke bumi setahun sekali. Bagaimanapun, di Kerala inilah sebab 'Onam' disambut.
Perayaan 'Onam' jatuh sekitar Ogos-September.

Kepentingan esoterik

Bunga merupakan hiasan yang tidak dapat dipisahkan dari Divali seperti juga hiasan yang
lain.

Walaupun Deepavali dikenali ramai sebagai "perayaan cahaya", namun erti esoteriknya
yang terpenting ialah "kesedaran akan cahaya dalaman".

Yang penting dalam falsafah Hindu ialah penegasan bahawa terdapat sesuatu yang
menjangkaui jasad dan minda jasmani yang tulen, abadi dan tak terhingga, iaitu Atman.
Seperti mana kita menyambut kelahiran jasmani kita, Deepavali ialah sambutan Cahaya
Dalaman, khususnya kesedaran akan cahaya ini yang mengatasi segala kegelapan
(menanggalkan segala halangan dan melenyapkan segala kejahilan), menyedarkan
individu akan sifat sejati dirinya, bukan dalam bentuk jasmani, sebaliknya dalm
kenyataan yang abadi, tidak terhingga dan unggul. Dengan realisasi Atman, datangnya
belas kasihan, kasih sayang sejagat, dad kesedaran seseorang akan segalanya
(peningkatan pengetahuan), lalu membawa kepada Ananda (Kebahagiaan atau Keamanan
Kedalaman).

Deepavali meraikannya melalui mercun, pelita, bunga, perkongsian gula-gula, dan


sembahyang. Walaupun cerita di sebalik Deepavali berbeza dari tempat ke setempat,
namun intipatinya tetap sama - untuk bergembira dalam Cahaya Dalaman (Atman) atau
the realiti yang mendasari segalanya (Brahman).

Lima hari Diwali

Sambutan Deepavali diadakan selama lima hari di kebanyakan India Utara. Semua hari
kecuali Deepavali dinamakan bersempena gelaran masing-masing dalam kalendar Hindu.

1. Dhanatrayodashi atau Dhan teras: Dhan bermaksud "kekayaan" dan Trayodashi


bermaksud "hari ke-13". Maka, seperti yang ditandakan dalam nama, hari ini
jatuh pada hari ke-13 separuh kedua bulan qamari. Hari ini adalah bertuah untuk
membeli-belah perkakas dan emas. Hari ini juga dianggap sebagai Jayanti Dewa
Dhanvantri yang muncul ketika dewa-dewi dan iblis-iblis menggodak lautan
besar.[1]
2. Naraka Chaturdashi: Chaturdashi ialah hari ke-14 yang menandakan Narakasura
dibunuh, maka kebaikan menewaskan kejahatan dan cahaya mengatasi kegelapan
(bahasa Gujarat: Kali Chaudas).
Di India selatan, inilah hari perayaan yang sebenarnya. Orang Hindu bangun jauh
lebih awal sebelum subuh seperti 2:00 pagi, bermandi minyak wangi dan
memakai pakaian baru. Mereka menyala pelita kecil di keliling rumah dan
melukis kolam/rangoli di luar kolam mereka. Mereka menjalankan puja istimewa
dengan persembahan kepada Dewa Sri Krishna atau Dewa Sri Vishnu yang
menyelamatkan dunia dari iblis Narakasura pada hari ini. Adalah dipercayai
bahawa bermandi sebelum matahari terbit, apabila bintang masih berkelipan di
langit, bersamaan dengan bermandi di Sungai Ganges yang suci. Maka, apabila
orang bertegur sapa pada waktu pagi, mereka bertanya "Sudahkah kamu
menjalankan Ganga Snaanam?".
Selepas puja, kanak-kanak menyalakan bunga api menandakan kekalahan iblis
itu. Oleh sebab inilah hari kegembiraan, ramai akan bersarapan dan bermakan
tengah hari secara besar-besaran dan menziarahi saudara mara. Pada waktu
petang, pelita dinyalakan lagi dan Dewi Lakshmi dipuja dan disembah hidangan
istimewa. Pada hari ketiadaan bulan ini, ramai akan menyembah tarpana
(penyembahan air dan biji bijan) istimewa kepada nenek moyang. Hari ini juga
dipanggil Roop Chaturdashi
3. Lakshmi Puja: Lakshmi Puja, menandakan hari terpenting dalam sambutan
Deepavali, apabila Lakshmi, dewi kekayaan dan Ganesha, dewa permulaan
bertuah, dipuja oleh semua rumahtangga Hindu, disusuli penyalaan lampu di
sepanjang jalan dan keliling rumah, untuk mengundang kemakmuran dan
kesejahteraan.
4. Govardhan Puja: Juga dipanggil Annakut, hari ini disambut sebagai hari Krishna
menewaskan Indra. Untuk Annakut setimbunan makanan dihiasi melambangkan
gunung Govardhan diangkat Dewa Krishna. Di negeri Maharashtra hari ini
disambut sebagai Padva atau BaliPratipada — iaitu memperingati Raja Bali.
Kaum lelaki memberikan hadiah kepada isteri mereka pada hari ini.
5. Bhaiduj (juga Bhayyaduj, Bhaubeej atau Bhayitika): pada hari ini, adik-beradik
bertemu untuk meluahkan rasa kasih sayang antara satu sama lain (Bahasa
Gujarati: Bhai Bij; Bahasa Bengali: Bhai Phota). Kebanyakan perayaan India
menyatukan keluarga, maka Bhaiduj menyatukan adik-beradik yang sudah
berkahwin, maka hari ini amat penting bagi mereka selaku adik-beradik. Perayaan
ini amat lama, dan mendahului 'Raksha Bandhan', iaitu satu lagi perayaan adik-
beradik yang disambut kini.

Sambutan Deepavali ini berbeza di rantau-rantau tertentu:

 Di India Selatan, naraka chaturdashi ialah hari utama, dengan penyalaan mercun
pada subuh.
 Pesta utama di India Utara adalah pada petang Amavasya (tiada bulan) dengan
Lakshmi Puja, disusuli penyalaan pelita di rumah.

Sambutan Deepavali di Malaysia

Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan
dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia. Pada pagi Deepavali, penganut
Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan
semangat. Selepas upucara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru,
penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan
dengan kalungan bunga.

Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang
dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna akan
diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi
Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai
hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.

"Kolam" merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah
dilarang mengikutnya.

Tahun Baru Cina


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar


Tahun Baru Cina
Malam Tahun Baru Cina di Meizhou , China

Juga Tahun Baru Qamari, Perayaan Musim


dinamakan Bunga
Diraikan oleh terutamanya tamadun Asia Timur
Jenis China, kebudayaan, agama Buddha
Keutamaan Hari pertama kalendar Cina (qamari)
Tarikh 2009 26 Januari
Tarikh 2010 14 Februari
Tarikh 2011 3 Februari
Perayaan sambutan Tahun Baru, perhimpunan
keluarga, jamuan sekeluarga.
Berkaitan Perayaan Tanglung yang mengakhiri
dengan perayaan ini
Rencana ini mengandungi teks bahasa Cina.
Anda hanya dapat melihat jika anda mempunyai
sokongan perisian tertentu.

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun
baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12
tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.
Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul.
Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak
sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah
malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib
malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga
dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan
makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut,
dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima
wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh
orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga
atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas
hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan
perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut
dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang
dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai
kalendar qamari Cina.

Tarikh perayaan
Rencana utama: Astrologi Cina

Sambutan Tahun Baru Cina di Chinatown, London.

Tarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah
disenaraikan seperti berikut, besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan lambang
dahan buminya. Nama-nama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi
haiwan-haiwan tersebut.

Haiwan Dahan bumi Tarikh

Tikus 子 zǐ 19 Februari 1996 7 Februari 2008

Lembu 丑 chǒu 7 Februari 1997 26 Januari 2009

Harimau 寅 yín 28 Januari 1998 14 Februari 2010

Arnab 卯 mǎo 16 Februari 1999 3 Februari 2011


Naga 辰 chén 5 Februari 2000 23 Januari 2012

Ular 巳 sì 24 Januari 2001 10 Februari 2013

Kuda 午 wǔ 12 Februari 2002 31 Januari 2014

Kambing 未 wèi 1 Februari 2003 19 Februari 2015

Monyet 申 shēn 22 Januari 2004 8 Februari 2016

Ayam 酉 yǒu 9 Februari 2005 28 Januari 2017

Anjing 戌 xū 29 Januari 2006 16 Februari 2018

Khinzir 亥 hài 18 Februari 2007 5 Februari 2019

Sejarah

Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas.
Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12
ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah
diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari
dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut
catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja
pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada
221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-
duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu
Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.

Mitos
Puisi Tahun Baru Cina tulisan tangan ditampal pada pintu ke rumah orang, di Lijiang,
Yunnan, China.

Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián (年) ialah seekor raksasa pemakan manusia
dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 11 tahun,
sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya
bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka
mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas.
Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Guò nián
(Cina Tradisional: 過年, Cina Ringkas: 过年), yang bermaksud "menyambut tahun baru",
membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".[1][2]

Sambutan perayaan

Sambutan Tahun Baru Cina ditandakan oleh penziarahan ahli keluarga saudara-mara dan
sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberi kepada orang
muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin.

Sebelum Tahun Baru

Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah


mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau
nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan
rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan
pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu
keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah.
Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan
kemakmuran dalam bahasa Cina.

Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan
yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena
jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan
ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang
pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan
semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang
mencerminkan tuah dan kehormatan.[3]

Hari pertama

Perayaan Tahun Baru Cina, pada hari kelapan, di pinggir kota Vancouver, Kanada.
Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi.
Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha,
menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai
bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia.[4]

Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga
Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga
mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.

Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk
menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Hari ke-2

Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" (Cina Tradisional: 開年, Cina
Ringkas: 开年, kāi nián) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk
menziarahi ibu bapa kandung mereka.[5] Menurut tradisi, anak perempuan yang telah
kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.

Hari ke-3

Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi
saudara mara atas kepercayaan berikut:

Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" (赤口 chì kǒu), yang bermaksud bahawa adalah
amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-
menziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja[5] Keluarga yang mengalami kematian
ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa
sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari
menziarahi kubur.[6]

Hari ke-5

Di bahagian utara China, ladu (Cina Tradisional: 餃子, Cina Ringkas: 饺子, jiǎozi)
dijadikan sarapan pada pagi "pecah lima" (破五, pò wǔ). Ini juga merupakan ulang tahun
hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan biasanya dibuka semula
pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api.

Hari ke-7

Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (人日, pinyin: rén rì, Kantonis: yan
yat), iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan
kalendar qamari Cina.[7]

Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga
berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi
menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya
diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura,
tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau tersebut.[7][8]

Hari ke-9

Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja
Jed di Kayangan (天公 tiān gōng) di tokong agama Tao.

Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila
tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa
syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah
digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi
lalu.

Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.

Hari ke-15

Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yuánxiāo jié
(Cina Tradisional: 元宵節, Cina Ringkas: 元宵节), atau Chap Goh Mei (十五暝) dalam
bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine. Tāngyuán (Cina Tradisional: 湯圓, Cina
Ringkas: 汤圆), bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada hari ini.Tāngyuán ialah
sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur
dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam
air yang mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. Bergantung kepada
amalan setempat, hari yang sama ini juga dikenali sebagai Perayaan Tanglung.

Hidangan Tahun Baru

Jamuan pertemuan semula

Jamuan pertemuan semula (Cina Tradisional: 團圓飯, Cina Ringkas: 团圆饭 tuányuán
fàn) diadakan pada malam sebelum Tahun Baru, ketika semua ahli keluarga, sama ada
tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman, bertemu untuk perayaan. Jamuan ini
biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua. Jamuan ini amat
kaya dengan makanan yang lazimnya merangkumi daging ayam dan ikan. Ikan (Cina
Tradisional: 魚, Cina Ringkas: 鱼, pinyin: yú) sebagai makanan penting, tidak dimakan
sampai habis (sebaliknya, bakinya disimpan semalaman), bak pepatah Cina nián nián yǒu
yú (Cina Tradisional: 年年有餘, Cina Ringkas: 年年有余), yang bermakna "semoga ada
lebihnya setiap tahun", yang sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap tahun."[3][9]

Intisari makanan
Bahasa
Nama Huraian
Cina [*]

Luohan zhai ialah hidangan vegetarian yang biasanya merangkumi


18 bahan, sering disaji pada hari pertama Tahun Baru. Sejenis
羅漢齋 (罗 lumut berbentuk rambut manusia, disebut "fat choy" dalam bahasa
Luohan
汉斋) Kantonis sering menjadi ciri-ciri utama hidangan Buddha dan
zhai
luóhàn zhāi sajian lain, kerana namanya sama bunyinya dengan
"kemakmuran". Suku kaum Hakka biasanya menyaji kiu nyuk (扣
肉) dan yong tau fu.

Ramuan yang penting sepanjang sambutan tahun baru. Sebutan


Ikan 魚 (鱼) yú perkataan Cina bagi ikan serupa dengan "lebihan" (bahasa Cina:
餘; pinyin: yú). Ramuan utama bagi yee sang.

魚生 (鱼
Salad ikan yang dilambung cebisan ramuannya apabila disambung
Yee sang 生)
untuk menyambut tuah.[8]
yúshēng

Ladu 餃子 (饺 Ladu ini dimakan di China utara kerana bentuknya serupa dengan
jiaozi 子) jiǎozi tongkol emas Cina kuno, seolah-olah berisi tuah.

Limau ini merupakan buah-buahan paling kerap ditemui semasa


金橘 jīnjú; perayaan tahun baru. Fungsi buah limau mandarin bagi
Limau
atau masyarakat Cina ialah untuk dipuja di Tokong dan daunnya untuk
mandarin
柑 gān buang sial, buah limau mandarin pula melambangkan
kesejahteraan dan kemewahan.

Kuih ini paling laris didapati di China timur (Jiangsu, Zhejiang


Kuih 年糕
dan Shanghai) kerana namanya serupa sebutan dengan "kian tahun
bakul niángāo
kian tinggi".[2]

Mi dihidangkan tanpa dipotong, melambangkan panjang hayat,


Mi
namun amalan ini tidak terhad kepada sambutan tahun baru.
Gula- Gula-gula dan buah-buahan kering disimpan dalam kotak gula-
gula gula Cina berwarna merah atau hitam.

Puding yang diperbuat daripada tepung pulut, kanji gandum,


Tikoy garam, air, dan gula. Warna gula yang digunakan menentukan
warna puding ini (putih atau perang).

[*]
: Tulisan Cina diberi (tulisan Cina ringkas disediakan dalam kurungan jika berlainan dari bentuk
tradisionalnya) diikuti pinyin.

Amalan Tahun Baru

Ang pau

Secara tradisi, ang pau atau sampul merah (Cina Tradisional: 紅包, Cina Ringkas: 红包,
pinyin: hóng bāo, bahasa Hokkien (POJ): âng-pau; bahasa Hakka: hung bao; 利是, 利市
atau 利事, bahasa Kantonis: lai shi atau lai see) diedarkan sepanjang sambutan Tahun
Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum
berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada
kanak-kanak.[2]

Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit.
Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap,
kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara
pengebumian (帛金, bó jīn). Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana
perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati, maka wang dalam angpau tidak
boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama
bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau. Kadang-kala
syiling coklat dimasukkan dalam angpau.[10]

Pasar Tahun Baru

Membeli-belah di Pasar Tahun Baru Kreta Ayer, Singapura

Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. Pasar
ini biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga, mainan, pakaian
dan sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun baru
atau sebagai hiasan rumah.
Bunga api

Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk
menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada
zaman moden pula, kaedah ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim
perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang digantung. Setiap
batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana warna merah itu bertuah, dan
berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila dibakar, mercun melepaskan bunyi
meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan ratusan,
mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir roh-roh
jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek
penting dalam sambutan Tahun Baru Cina.[11]

Larangan mercun

Meskipun penggunaan mercun adalah sebahagian amalan tradisi dalam sambutan tahun
baru, namun selama ini telah menyaksikan kejadian yang memilukan. Setiap tahun
adanya laporan mengenai pengguna mercun hilang penglihatan, anggota badan, atau
menderita akibat kecederaan serius yang lain, terutamanya pada musim perayaan. Maka,
kerajaan-kerajaan dan pihak-pihak berkuasa akhirnya menguatkuasakan undang-undang
yang mengharamkan sepenuhnya penggunaan mercun untuk tujuan peribadi, terutamanya
atas sebab-sebab keselamatan.

 Tanah Besar China: Mercun diharamkan di kebanyakan kawasan bandar, namun


Beijing menarik balik larangannya pada tahun 2006 setelah sedekad, dan undang-
undangnya tidak selalu dikuatukasakan.[12] Di kawasan luar bandar pula, mercun
masih digemari ramai dan lorong-lorong selalu diliputi warna merah bangkai
mercun.

 Hong Kong: Bunga api diharamkan atas sebab-sebab keselamatan. Namun begitu,
kerajaan kolonial sebelum tahun 1997 dan kerajaan SAR selepas itu juga
mengadakan pertunjukan bunga apa di Pelabuhan Victoria pada hari kedua Tahun
Baru Cina. Pertunjukan seumpamanya juga diadakan di bandaraya-bandaraya
dalam dan luar China.

 Singapura: Pengharaman separa dikenakan terhadap mercun pada Mac 1970


setelah berlakunya kebakaran yang meragut enam nyawa dan mencederakan 68
orang lain.[13] Ini dilanjutkan menjadi larangan penuh pada tahun 1972, selepas
berlakunya letupan yang mengorbankan nyawa dua orang[14] serta satu serangan
terhadap dua orang polis yang cuba menghalang sekumpulan orang daripada
membakar mercun pada Februari 1972.[15] Bagaimanapun, pada tahun 2003,
kerajaan membenarkan mercun dilepaskan pada musim perayaan. Ketika kegiatan
menyala mercun di Kreta Ayer, tepat pada waktu malam hari pertama Tahun Baru
Cina, mercun dilepaskan dalam keadaan terkawal oleh Lembaga Pelancongan
Singapura. Peristiwa-peristiwa lain yang membenarkan mercun ditentukan oleh
lembaga pelancongan atau pertubuhan kerajaan lain. Namun begitu, mercun tidak
boleh dijual secara komersial.

 Malaysia: Mercun juga dilarang atas sebab-sebab yang sama dengan Singapura.
Bagaimanapun, kebanyakan orang Malaysia berupaya menyeludup mercun dari
Thailand untuk memenuhi kehendak diri mereka.

 Indonesia: Mercun dan bunga api dilarang penggunaanya di khalayak awam


ketika Tahun Baru Cina[16], terutamanya di kawasan-kawasan yang kebanyakan
penduduknya bukan kaum Cina agar menghindari apa-apa pertelingkahan antara
kaum, kecuali di beberapa kawasan metropolitan seperti Jakarta and Medan, di
mana tahap toleransi sosial antara kaum cukup memuaskan.

 Amerika Syarikat: Pada tahun 2007, Bandaraya New York menarik balik larangan
mercun setelah sedekad, agar membenarkan pertunjukan 300,000 batang mercun
dibakar di Chatham Square, Chinatown.[17]

Pakaian

Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina
kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan,
orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan
baru pada tahun baru.

Shou Sui

Shou Sui (Cina Tradisional: 守歲, Cina Ringkas: 守岁) berlangsung apabila ahli keluarga
berkumpul bersama pada malam selepas makan malam bersama dan mengenangkan
tahun yang telah berlalu sementara menyambut tahun yang akan tiba. Sesetengahnya
percaya bahawa anak-anak yang Shou Sui akan memanjangkan usia ibu bapa.[18]

Simbol

Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, orang akan mula melihat pantang larang atau
kepercayaan budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang
tidak menyambutnya. terdapat sebab yang menerangkan semuanya, bukan sekadar
hiasan, yang berputarkan warna merah. Pada satu-satu masa, emas merupakan warna
pendamping bagi sebab yang sangat jelas. Satu sebab baik dan biasa bagi poster merah
berbentuk berlian dengan aksara 福 (fú), atau "tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan
pintu. Tanda ini sering kelihatan tergantung terbalik, memandangkan perkataan Cina 倒
(dǎo), atau "terbalik", berbunyi sama dengan 到 (dào), atau "tiba". Maka, fú dào
melambangkan ketibaan tuah, kegembiraan dan kemakmuran.[19]

Bunga
Berikut merupakan hiasan bunga yang paling biasa pada Tahun Baru dan sering dijual
ketika pasaran tahun baru.

Hiasan Bunga Maksud

Bunga plum melambangkan tuah

Kumkuat melambangkan kemakmuran

Narcissus melambangkan kemakmuran

Bunga kekwa melambangkan panjang umur

Buluh tumbuhan digunakan sepanjang tahun

Bunga matahari bermaksud tahun yang elok

Ikon dan hiasan

Ikon Makna Ilustrasi

Ikan koi sering kelihatan dalam lukisan. Sajian berhias


yang memaparkan ikan juga dapat dilihat. Ikan
Ikan melambangkan lebihan atau simpanan tambahan supaya
ada lebih untuk hidup pada baki tahun. Ikan berpadu
dengan pepatah Cina 年年有餘 (niánnián yǒuyú).[9]

Yuanbao emas (金元宝; jīn yuánbǎo) melambangkan wang


Jongkong dan/atau kemewahan. Jongkong berbentuk Yuanbao ini
Yuanbao merupakan perantara pertukaran piawaian di China zaman
silam.
Tanglung kertas Cina tradisional ini biasanya berbeza
daripada tanglung yang digunakan ketika Perayaan Kuih
Bulan. Tanglung ini berwarna merah dan selalunya
Tanglung berbentuk bujur. Tanglung-tanglung yang digunakan pada
hari ke-15 Tahun Baru Cina untuk Pesta Tanglung, dinyala
terang-terang, berwarna-warni, dan berbagai-bagai saiz
dan bentuknya.

Hiasan secara amnya menyampaikan ucapan Tahun Baru.


Poster kaligrafi Cina memaparkan peribahasa Cina.
Perhiasan
Hiasan-hiasan lain termasuk gambar Tahun Baru, simpul
Cina, keratan kertas dan gurindam.

Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina.


Adalah dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat dan
Tarian bunyi simbal yang memekakkan serta wajah singa yang
singa menari dengan agresif sekali boleh mengusir puaka jahat.
Tarian singa juga dipamerkan pada upacara pembukaan
perniagaan orang Cina.

Cai Shen (Cina Tradisional: 財神, Cina Ringkas: 财神)


merupakan dewa kekayaan yang disembah orang agar
Cai Shen
memperoleh tuah dan berkat pada malam Tahun Baru
dalam kepercayaan Cina.

Balik kampung

Waktu Tahun Baru Cina juga menyaksikan penghijrahan manusia bermusim yang
terbesar, apabila warga luar bandar yang bekerja di kawasan bandar China, serta juga
orang Cina seberang laut di seluruh dunia pulang ke kampung halaman untuk berjamuan
bersama sanak saudara pada malam tahun Baru. Tempoh ini dipanggil "Chunyun" (Cina
Tradisional: 春運, Cina Ringkas: 春运) dan boleh disamakan dengan fenomena "balik
kampung" sewaktu masyarakat Melayu menyambut Aidilfitri. Masyarakat Cina Malaysia
tidak terkecuali daripada balik kampung, maka timbulnya keperluan mengetatkan
kawalan keselamatan jalan raya khususnya untuk perayaan ini seperti mana yang
dijalankan ketika Aidilfitri.

Rumah terbuka

Ketika menyambut perayaan utama di Malaysia, rumah terbuka diadakan oleh golongan
pembesar negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum dan agama, dan juga pelancong
asing, beraya bersama-sama. Tahun Baru Cina tidak terkecuali, dan rumah terbuka
perayaan ini dianjurkan oleh pembesar kaum Cina.

Ucapan

Tahun Baru Cina diserikan dengan ucapan yang diucap dengan kuat dan ghairah, yang
dikenali sebagai "ungkapan pembawa tuah" (Cina Tradisional: 吉祥話, Cina Ringkas: 吉
祥话, pinyin: jíxiáng hùa).

Selamat Tahun Baru

"Selamat Tahun Baru" (Tulisan Cina Tradisional: 新年快樂; Tulisan Cina Ringkas: 新年
快乐; pinyin: xīnnián kuàilè; Bahasa Kantonis (Yale): sānnìhn faailohk; bahasa Hokkien
(POJ): Sin-nî khòai-lo̍k) ialah ucapan kontemporari yang mencerminkan pengaruh barat
ini diterjemah secara literal dari ucapan Happy new year yang kerap didengar di negara
Barat. Namun di bahagian utara China, "guò nián hǎo" (Cina Tradisional: 過年好, Cina
Ringkas: 过年好) yang dijadikan ucapan tradisi, bagi membezakannya dari Tahun Baru
antarabangsa, boleh dipakai dari hari pertama hingga hari kelima tahun baru.

Gong xi fa cai

Kung Hei Fat Choi di Lee Theatre Plaza, Hong Kong


"Gong xi fa cai" (Tulisan Cina Tradisional: 恭喜發財; Tulisan Cina Ringkas: 恭喜发财;
pinyin: gōngxǐ fācái; Bahasa Kantonis (Yale): gūnghéi faatchòih; bahasa Hokkien (POJ):
Kiong-hí hoat-châi; bahasa Hakka: Kung hei fat choi), yang diterjemah sebagai "Tahniah
dan semoga mendapat rezeki". Ungkapan ini yang sering tersalah angggap sebagai
bersinonim dengan "Selamat tahun baru" mula digunakan berabad-abad lalu. Dua aksara
pertama ungkapan ini mempunyai kepentingan sejarah yang lebih lama (menurut
legenda, ucapan tahniah adalah bagi kejayaan menghadapi raksasa Nian dengan selamat,
namun secara praktis ini juga boleh melibatkan kejayaan mengharungi keadaan musim
sejuk yang teruk)[20]; manakala dua aksara terakhir ditambah sebagai menyentuh idea
kapitalisme dan konsumerisme yang makin penting di kalangan masyarakt Cina seluruh
dunia. Ucapan ini kerap didengar di kalangan komuniti yang berbahasa Inggeris sewaktu
Tahun Baru Cina di beberapa tempat dsi dunia yang mempunyai komuniti berbahasa
Cina yang ketara, termasuk komuniti pendatang Cina yang lama menetap selama
beberapa generasi, serta pendatang baru dari tanah besar China, Hong Kong, Macau dan
Taiwan, dan pendatang transit (khususnya golongan siswa).

Ucapan lain

Terdapat ucapan lain bagi Tahun Baru Cina, antaranya boleh dijerit dengan sekuatnya
tanpa mengira penerima dalam situasi tertentu. Contohnya, memecah objek ketika tahun
baru dianggap tidak bagus, dan jika berlakunya sedemikian "Suìsuì píng'ān" (Cina
Tradisional: 歲歲平安, Cina Ringkas: 岁岁平安) diucapkan serta-merta, yang bermakna
"semoga keamanan berkekalan tahun demi tahun". 歲 (Suì, bermaksud "usia") sama
bunyi dengan 碎 ("pecah"), sebagai demonstrasi bagi kegemaran orang Cina "bermain-
main" dengan perkataan dalam bahasa mereka. Melalui cara yang sama, 年年有餘
(Niánnián yǒuyú), hajat penambahan hasil setiap tahun, memanipulasi suku kata yú yang
juga ditulis 魚 (ikan), menjadikannya ungkapan utama bagi sajian tahun baru berikan dan
juga lukisan dan grafik ikan yang digantung pada dinding atau dijadikan hadiah.[2][9]

Ucapan-ucapan ini juga diujar sebelum menerima angpau oleh kanak-kanak, apabila
bertukar hadiah, menziarahi tokong, atau ketika melambung ramuan-ramuan yee sang di
Malaysia dan Singapura.

Kanak-kanak nakal sering berjenaka dengan mengucap (Cina Tradisional: 恭喜發財,紅


包拿來, Cina Ringkas: 恭喜发财,红包拿来, pinyin: Gōngxǐ fācái, hóngbāo nálái),
yang diterjemah menjadi "Tahniah dan semoga peroleh rezeki, mintalah bagi ang pau."

Pantang-larang sewaktu perayaan

Tuah baik

 Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.
 Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka
pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang
tahun.
 Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi
pemakannya.
 Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru
agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
 Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama
mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang
Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh
harapan untuk menambah kekayaan.
 Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang
yang bergosip tentang pemakainya.

Nasib Malang ("Tuah buruk")

 Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina
kerana perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan
"kasar" atau "sukar".
 Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan
Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang
menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu
juga sama bunyinya dengan "kaya".)
 Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya
dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong
hasil dalam bahasa Kantonis".
 Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal
kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)
 Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar
tuah bagi tahun baru.
 Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal
Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.
 Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina
bagi "buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".

Tadau Kaamatan
[[Media:Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa
Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon"
iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun
sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai
menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis
Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun
Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.
Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian
Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan
dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan
gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-
kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.

Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian


dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan
persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong
dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.

Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu
sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada
daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar
atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu.
Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa"
kepada tapai tersebut.

Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut
air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum
air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas
khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.

Asal usul Magavau

Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum
Kadazandusun. Walau bagaimanapun ia tetap membawa maksud yang sama.

Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang
anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang
Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi,
maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun.
Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya.
Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan
yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah
padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka
wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama
"Bambazon".

Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta


Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang dirayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini
mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara
penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah
selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi.
Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan
dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan )
yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan
orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.

Hari Thaiponggal
Hari Thaiponggal (bahasa Tamil: தைப்பொங்கல்) merupakan perayaan menuai
yang diraikan secara meluas oleh orang Tamil di negeri Tamil Nadu, Sri Lanka dan di
tempat-tempat di mana ramai terdapat kaum Tamil. Ponggal dirayakan serentak dengan
perayaan Makara Sankranthi yang disambut diseluruh India. Pongal dalam bahasa Tamil
bererti "melimpah-ruah." Minyak melimpah dalambelanga tanah liat melambangkan
kekayaan harta benda bagi penghuni rumah. Thaiponggal, dirayakan ketika masa menuai,
secara tradisi bertujuan berterima kasih kepada Dewa Matahari dan ternakan ladang yang
membantu menghasilkan kekayaan harta benda.

Ucapan "Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum" bererti "permulaan Thai membuka peluang
baru" sering diucap berkait dengan perayaan hari Thaiponggal.[1] . Perayaan ini biasanya
dirayakan sekitar 13 Januari — 15 dalam kalender Gregorian contoh. hari terakhir bulan
Tamil takwim Tamil "Maargazhi" sehingga hari ketiga takwim Tamil.

Thaiponggal secara tradisi ditasbihkan kepada Dewa Matahari Surya. Kaum Tamil
berterima kasih kepada Dewa Matahari bagi tuaian baik dan mengabadikan tuian pertama
kepada 'Surya Mangalya'.

Perayaan ini menandakan permulaan bulan Thai Tamil. Ia menandakan hari apabila
Matahari dikatakan bergerak ke utara. Ia menandakan permulaan Uttarayana, yang
mewakili pergerakan matahari ke utara. Hari menjadi semakin panjang di tanah Tamil.
Thai Pongal jatuh pada Makara Sankranthi dirayakan seluruh India sebagai penuaian hari
musimsejuk. Ia juga mewakili solstice India apabila matahari dikatakan memasuki rumah
ke-10 dalam Takwim India Contoh. Makara atau Capricorn.

Sejarah

Perayaan ini mungkin lebih 1,000 tahun sungguhpun sesetengah merasakan ia adalah
lebih dahulu dari itu. Bukti Epigrafik mencadangkan sambutan Puthiyeedu semasa
tempoh Empayar Medieval Cholas. Ia dipercayai bahawa Puthiyeedu bererti tuaian
pertama tahun itu.[2].

Hari Gawai
Perayaan Gawai secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat
Sarawak, tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta menuai Gawai Dayak yang
disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim
menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada
kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun.

Jenis-jenis Hari Gawai yang lain termasuk Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai
Kenyalang, Gawai Mangkung Tiang, Gawai Manang dan Gawai Antu.

Gawai Batu (permulaan musim menanam padi), Gawai Burung (perayaan berkaitan
dengan sesuatu tanda atau mimpi yang tidak baik), Gawai Bersimpan (kesyukuran setelah
selesai menuai) dan Gawai Antu (perayaan untuk roh orang-orang yang sudah meninggal
dunia). Antara yang paling penting ialah Gawai Kenyalang dan Gawai Antu. [1] [2]

Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan
persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak
telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964. [3]

Perayaan Kuih Bulan

Suasana perayaan di Victoria Park, Hong Kong


Kuih Bulan

Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh (Cina Ringkas: 中
秋节; Cina Tradisional: 中秋節; pinyin: zhōngqiūjié) merupakan perayaan menyambut
kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (1280
Sebelum Masihi - 1341 Masihi). Kuih bulan juga dikaitkan dengan Pesta Tanglung,
namun ini adalah perayaan berbeza.

Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada kalendar Cina iaitu
pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September. Ia selalunya hampir dengan
ekuinoks musim luruh. Pada waktu ini, bulan biasanya mengambang dan terang,
menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas.

Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan terpenting selain Hari Tahun Baru
Cina. Perayaan ini disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan, selain
dengan kuih bulan itu sendiri.

Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih Bulan
diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau
kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan
melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan
Dinasti Mongol.

Houyi dan Chang'e

Kisah malam berlakunya peristiwa dewi bulan Chang'e (bahasa Cina: 嫦娥) dibawa ke
bulan yang dikenali ramai oleh bangsa Cina menjadi topik kegemaran para penyair.
Berlainan dari kebanyakan dewa bulan di budaya-budaya lain yang mempersonifikasi
bulan, Chang'e pula berdiam di bulan. Kisah tradisi mengisahkan riwayat Houyi dan
Chang'e sekitar tahun 2170 SM, ketika pemerintahan Maharaja Yao legenda yang
menyusuli zaman Huang Di.

Banyak sekali variasi dan adaptasi legenda Chang'e sehingga mampu mengelirukan kita.
Apapun, kebanyakan kisah Chang'e dalam mitos Cina melibatkan elemen-elemen berikut
dalam apa jua bentuk: Houyi (bahasa Cina: 后羿) si pemanah; Chang'e, Dewi Bulan
Abadi; seorang maharaja, baik adil mahupun zalim; suatu atma jiwa; dan Bulan:

Houyi si pemanah

Terdapat sekurang-kurangnya 6 variasi kisah ini yang mengisahkan Houyi sebagai


pemanah.

Versi 1

Houyi ialah seorang dewa, sementara Chang'e pula seorang gadis molek yang berkhidmat
di Istana Maharaja Jed (bahasa Cina: 玉帝; pinyin: Yùdì) sebagai pengiring Maharani
Barat (permaisuri Maharaja Jed), sebalik sebelum kahwin. Pada suatu hari, Houyi
mencetuskan kecemburuan dewa-dewi lain sehingga mereka mempersendakan Houyi
menghadap Maharaja Jed. Maka Houyi dan isterinya Chang'e pun diusir dari kayangan,
sekaligus terpaksa menampung kehidupan dengan memburu di Bumi. Maka dari saat
inilah Houyi menjadi pemanah tersohor.

Pada ketika ini juga, terdapat sepuluh matahari, dalam bentuk burung berkaki tiga, yang
berdiam di sebatang pokok kertau di laut timur; setiap hari salah seekor burung ini
dijadualkan untuk mengelilingi dunia dengan pedati yang dipandu oleh Xihe (bahasa
Cina: 羲和), iaitu "ibu" segala suria. Tibanya juga satu hari apabila kesepuluh-sepuluh
matahri saling berhampiran lalu mengakibatkan Bumi terbakar. Maharaja Yao selaku
pemerintah China mengarahkan Houyi agar menembak sembilan daripada suria-suria
tersebut. Setelah selesainya tugas ini, maka Maharaja mengurniakan sebiji ubat yang
mengabadikan nyawa Houyi, sambil memesannya: "Janganlah teragak-agak untuk
menelan ubat ini; mula sekali siapkan diri dengan doa dan puasa selama setahun".[1]
Houyi membawa ubat itu pulang lalu menyorokkannya di bawah sebatang kasau, sambil
memulihkan semangatnya. Ketika Houyi menyembuh dirinya, Houyi diarah menghadap
maharaja sekali. Chang'e perasan sekilauan cahaya dari kasau lalu mencari dan menelan
ubat itu jua. Dalam sekelip mata, dia mendapati dirinya boleh terapung. Pada detik ini
pulangnya Houyi, maka dia menyedari apa yang sudah berlaku lalu memarahinya.
Chang'e pun terapung dari tingkap ke angkasa.[1]

Dengan berlengkapkan busur di tangannya, Houyi mengejar Chang'e mengelilingi


separuh angkasa. Lama-kelamaan, Houyi terpaksa kembali ke Bumi kerana angin
kencang. Chang'e akhirnya mendarat di Bulan dan mula batuk kerana kesukaran bernafas.
Secebis ubat itu terkeluar dari mulutnya.[1] Pada masa itu, di bulan wujudnya seekor
arnab, maka Chang'e mengarahkan arnab itu untuk membuatkan sebiji lagi ubat agar dia
dapat kembali ke Bumi untuk bertemu semula dengan suaminya.

Sehingga hari ini, arnab tersebut masih cuba membuat ubatnya. Houyi pula membina
istana di matahari bernama "Yang" (prinsip jantan), dan Chang'e pula "Yin" (prinsip
betina). Setahun sekali, pada hari bulan purnama, Houyi menziarahi isterinya. Begitulah
sebab pada malam inilah bulan adalah paling indah.[1]
Kisah ini terdapat dalam dua koleksi bertulis zaman Dinasti Han Barat (206 BCE-24 CE),
iaitu Shan Hai Jing, Buku Gunung dan Laut, dan Huainanzi, suatu kitab falsafah.[2]

Versi 2

Sekitar tahun 2170 SM, bumi mengalami sepuluh matahari, kesemuanya merentungkan
tanaman dan memandulkan manusia. Dengan perasaan penuh belas kasihan terhadap
rakyat jelata, Houyi si pemanah bertindak dengan menjatuhkan sembilan matahari tetapi
membiarkan satu demi manfaat manusia. Sesudah menyiapkan tugasnya dia dijadikan
wira rakyat. Dia mengahwini Chang’e maka mereka berdua pun hidup bahagia. Houyi
ramai sekali anak muridnya yang setia mempelajari kemahiran memanah daripadanya.
Pada suatu hari, dalam perjalanan pulang ke rumah, maharaja dewa mengurniakan sebiji
ubat hidup abadi kepada Houyi sebagai ganjaran atas jasanya memadam matahari.
Baginda menggesa Houyi agar tidak berlengah lagi untuk menelan ubat itu. Akan tetapi,
Houyi amat mencintai Chang’e dan enggan meninggalkannya, maka dia menyerahkan
ubat tersebut pada Chang’e untuk disimpan di tempat yang selamat. Chang’e meletakkan
ubat itu dalam peti barang kemasnya. Akan tetapi, salah seorang anak murid Houyi iaitu
Peng mendapat tahu rahsia ini lalu hendak mencuri ubat itu. Pada suatu hari, Houyi dan
anak-anak buahnya pergi ke kawasan gunung, kecuali Peng yang berpura-pura sakit.
Chang’e juga berdiam di rumah sahaja. Peng mencuri masuk bilik Chang’e lalu
memaksanya untuk menyerahkan ubat itu. Chang’e sedar dirinya tidak terlawan Peng
maka dia terus terbang jauh dari situ. Chang'e tidak sanggup meninggalkan suami
tersayang, jadi dia dia berehat di Bulan yang paling dekat dengan Bumi. Setelah Houyi
menyedari perkara ini, marah dan sebak jadinya. Houyi mendongak ke langit malam dan
memanggil nama Chang’e tak henti-henti. Beliau menemui bayang-bayang wanita seiras
Chang'e pada bulan, lalu terkejar-kejar bulan itu tetapi tidak dapat kerana dihalang angin.

Versi 3

Suatu ketika dulu, Bumi dikitari sepuluh biji matahari, setiap satu bergilir-gilir menyinari
bumi. Pada suatu hari, tiba-tiba kesemua sepuluh matahari muncul serentak, lalu
membahangkan bumi dengan keterlaluannya. Mujurlah tibanya seorang pemanah gagah
bernama Houyi, tiba di bumi untuk menjatuhkan sembilan biji matahari. Maka beliau
menjadi Raja, tetapi lama-kelamaan menjadi zalim.

Pada suatu hari, Houyi mencuri air atma jiwa dari seorang dewi. Akan tetapi, air itu jatuh
dalam mulut ratunya Chang'e untuk menyelamatkan rakyat jelata dari kezaliman si raja.
Setelah meminumnya, Chang'e terapung jauh hingga mencapai bulan. Betapa cintanya
Houyi terhadap ratunya, maka tak sanggup baginda menjatuhkan bulan.

Arnab Jed

Dewi Chang'e dan Arnab Jed.

Menurut kisah lama, Arnab Jed ini membuat ubat-ubatan bersama dewi Chang'e, untuk
santapan dewa-dewi. Ada yang kata arnab ini cuma satu bentuk jelmaan Chang'e sendiri.
Anda boleh perhatikan bahawa tompok-tompok gelap pada permukaan bulan purnama
menyerupai bentuk arnab, sepasang telinganya tercacak ke kanan, sementara di kirinya
ada dua bulatan besar yang mewakili kepala dan badannya. [3]

Mengikut legenda, tiga pari-pari mengubah bentuk diri mereka menjadi orang tua yang
mengemis makanan dari rubah, monyet, dan arnab. Si rubah dan si monyet ada makanan
untuk dihulurkan kepada mereka, tetapi sayangnya si arnab tiada apa-apa untuk diberi
maka ia melimpat ke dalam api marak untuk menawarkan daging dirinya sahaja. Orang-
orang tua itu terharu oleh pengorbanan dan kemurnian si arnab lalu mengurniakan tempat
tinggal di Istana Bulan untuknya di mana si arnab menjadi "Arnab Jed".

Penggulingan pemerintahan Mongol

Mengikut sebuah kisah rakyat terkenal (yang tidak semestinya terbukti oleh catatan
sejarah), Perayaan Kuih Bulan disambut untuk memperingati pemberontakan warga
China menentang pemerintah Dinasti Yuan berbangsa Mongol (1280–1368) pada abad
ke-14.[4] Sukar untuk merancang pemberontakan kerana larangan terhadap perhimpunan.
[4]
Menyedari bangsa Mongol tidak makan kuih bulan, maka Liu Bowen (劉伯溫) dari
wilayah Zhejiang, penasihat kepada ketua pemberontak Zhu Yuanzhang, mendapat jalan
mengadakan pemberontakan sempena Perayaan Kuih Bulan. Beliau meminta izin untuk
mengedarkan beribu-ribu biji kuih bulan kepada warga kota untuk memohon restu
semoga maharaja Mongol panjang umur. Dalam setiap kuih dimasukkan sekeping kertas
yang bertulis: "Hapuskan Mongol pada lima belas hari bulan lapan" (八月十五殺韃子).
[4]
Pada malam perayaan, para pemberontak berjaya meyerang dan menggulingkan
pemerintahan mereka, disusuli penubuhan Dinasti Ming (1368-1644) di bawah pimpinan
Maharaja Zhu. Semenjak itulah perayaan ini disambut di peringkat kebangsaan dengan
hidangan kuih bulan.

You might also like