You are on page 1of 2

SYEIKH HAMZAH FANSURI : SASTERAWAN DAN ULAMA' SUFI NUSANTARA

Sebagai menyahut saranan Tuan Lie bagi menghimpunkan karya-karya Sufi Nusantara
di laman BSC ini, saya akan cuba untuk menengahkan semula keseluruhan karya-kary
a puisi Syeikh Hamzah Fansuri yang tidak kurang bermutunya dari karya-karya peny
air Parsi klasik seperti Attar, Rumi, Iraqi, Saadi dan lain-lain . Ruangan Al-Mu
ntahi (Yang mencapai pengenalan tertinggi) ini dipilih kerana sebahagian karya-k
arya beliau agak 'Berat' dan sesuai dengan ruangan ini, itupun jika 'diizinkan''
Insyallah.
Manuskrip dan karya-karya Syeikh Hamzah Fansuri sering menjadi kajian dan ruju
kan berkaitan penulisan manuskrip Melayu bagi sarjana Barat dan Timur.
Salah seorang ialah Prof Dr V Braguinsky sarjana dari Russia dan menjadi Profeso
r di Pusat Pengajian Asia dan Afrika (SOAS) Universiti London. Disini diturunkan
sebahagian tulisan beliau yang disiarkan dalam Berita Harian bertarikh Sabtu, 3
Sept. 1994, di ruangan Sastera dan Budaya dibawah tajuk 'Meneliti Bahasa Sufi F
ansuri' dan kemudian puisi-puisi Syeikh Hamzah Fansuri yang dipetik dari buku '
The Poems of Hamzah Fansuri' yang diterbitkan oleh Royal Institute of Linguistic
s and Anthropology, Leiden, Belanda, dengan bahasa asal (Melayu Acheh dan Arab)
dan terjemahan bahasa Inggeris. Mereka mengkajinya dari segi kesusteraan dan ba
hasa, biarlah kita mengambil 'Isi' dari karya-karya Syeikh Hamzah Fansuri itu.
Semoga dapat menjadi pendoman dan panduan kepada kita hendaknya Insyallah.
Petikan akhbar Berita Harian.
[b]..........Hamzah Fansuri dilahirkan pada separuh kedua abad ke 16, di Kota Ba
rus (Fansur) di pantai barat Sumatera. Nama tempat itu harum bukan saja kerana p
engeluaran kapur barus yang paling bermutu dan pelabuhannya yang yang makmur dan
menarik saudagar Arab, Parsi dan India. Kota berkenaan juga sebuah pusat agama:
Mula-mula agama Buddha (abad ke-7) dan kemudian Islam.
Boleh jadi disinilah Hamzah Fansuri mempelajari bahasa Arab dan Parsi sebelum be
rangkat menjelajah dunia. Berazam mengenal intipati ajaran tasawuf dia lama meng
embara; melawat Baghdad, tempat bertapaknya tarikat Kadiriyah yang didahagainya
dan kemudian pula kota suci Madinah, serta juga Kudus di Jawa.
Hamzah mengalami 'penyatuan dengan al-Khalik' sepulangnya dari Kudus, semasa men
etap di perkampungan kecil Syahr-i Naw (ertinya Kota Baharu) yang terpencil. Tem
pat ini terletak di tengah hutan rimba, kira-kira sehari perjalanan dari ibu neg
eri Acheh.
Menurut Hamzah, disini dia mendapat wujudnya yang sejati, disini dia lahir semul
a dan oleh itu didalam puisinya dia kadang-kadang menyebut diri sendiri sebagai
anak dua kota (al-Mudunain=al-Madinatain) yakni Barus dan Syahr-i Naw.
Pada zaman Alauddin Riayat Syah dan Iskandar Muda, semasa Hamzah mencipta karyan
ya, tasawuf menjadi sejenis 'kegemaran atau malah fesyen umum. Hamzah yang berpe
ndidikan tinggi dan mencapai keadaan jiwa yang terang sering menyaksikan akibat
penyebaran 'fesyen yang agak vulgar itu - balai penghadapan di istana diberi nam
a Dar al-Kamal (sungai yang mengalir di taman sultan-Dar al-Isyaki), benteng dip
anggil Kota Khalwat dan kapal utama sultan bergelar Mirat as-Safa (Cermin Kesuci
an).
Hamzah yang mengajar mengenai Tuhan yang lebih dekat kepada hambanya dari pada H
ABL'IL-WARID (salur nadi leher) dalam salah sebuah syairnya yang terbaik, menyin
dir anak-anak manja dan orang tua bangka yang tiba-tiba menjadi sufi dan mengeja
r ke hutan belentara mencari al-Khalik.
Namun Hamzah berasa bimbang, sebab setiap orang menganggap dirinya berhak menjam
ah rahsia tasawuf yang murni. Dengan lebih hebat lagi dia membidas orang yang ma
sih berpegang kepada ajaran yoga dalam usahanya untuk mengenal al-Haq, serta gol
ongan kolot yang mendapat kedudukan berpengaruh di istana (misalnya kadi Acheh)
dan memandang setiap sufi sebagai murtad. Sesudah meninggalnya Hamzah, sikap it
u mengakibatkan pengikut-pengikutnya dibunuh dan buku-bukunya dibakar.
Dalam hasratnya menginsafkan saudara sebangsa yang tidak menguasai bahasa Arab d
an Parsi, Hamzah telah menciptakan sesuatu seperti trilogi tasawuf dalam bahasa
Melayu. Ketiga-tiga karangan itu agak berlainan dalam cara menyampaikan isinya.
Karangan yang pertama berjudul SYARAB AL-ASYIKIN (Minuman Orang-orang Asyik) se
macam buku panduan sistematik yang agak ringkas, dan mudah dimengerti oleh penun
tut yang baru menempuh jalan pengenalan Tuhan. Karya terdiri dari tujuh bab meng
ambarkan tahap-tahap perjalanan sufi (syariat, tarikat, hakikat dan makrifat). K
emudian menghuraikan serentetan manifestasi zat serta juga sifat-sifat Ilahi dan
akhirnya membentangkan ajaran mengenai ISYK Ilahi dan syukur kepada Allah swt.
Karangan prosa yang kedua berjudul ASRAR AL-ARIFFIN (Rahsia-rahsia Segala Arif)
dan menjadi satu ikhtisar tasawuf ditujukan kepada pembaca yang lebih berpengala
man. Karya ini menghuraikan lima belas bait syair ciptaannya sendiri. Sesuai den
gan tradisi pendidikan Islam, bait-bait itu mesti dihafal agar isi huraiannya di
ingat dengan lebih mudah.
Karangan Hamzah yang ketiga berjudul AL-MUNTAHI (Yang Mencapai Pengenalan Tertin
ggi) menafsirkan hadis terkenal, yang mengenal diri sendiri dan telah mengenal t
uhannya. Karya berkenaan sarat dengan lambang tasawuf yang diterangkan sesingkat
mungkin, dan mengandungi banyak kutipan dari buah pena Syaikh dan penyair sufi,
terutama penyair Parsi klasik.
AL-MUNTAHI dapat dimengertikan secara sepatutnya hanya oleh ahli tasawuf yang su
dah maju di jalan makrifat. Di dalam ketiga-tiga karya prosanya itu, Hamzah ber
tolak dari etika keagamaan, pengasas Kadiriyah Syaikh Abd Kadir Jalani, dan dari
metafizka pendukung aliran Wahdat al-Wujud Ibn al-Arabi dan Abd Karim al-Jili.
Dia kemudiannya memaparkan mengenai konsep penciptaan alam semesta yang berlaku
terus. Dalam proses itu alam tampil sebagai serangkaian manifestasi zat Ilahi ya
ng mula-mula bersifat rohani dan kemudian pula jasmani.
Bagaikan biji yang merangkumi seluruh pohon di dalamnya, zat Ilahi yang tiada be
rtepi dalam aspek transenden-Nya (tanzih) tidak bersatu, atau tidak esa, dengan
manifestasi-manifestasinya, seperti laut yang tidak dapat dipisahkan dari ombak.
Oleh itu zat Ilahi boleh dikatakan dalam makna tertentu hadir di mana-mana, mal
ah di dalam majlis.
Proses kreatif itu berakhir dengan penciptaan manusia yang merangkumi dalam diri
nya semua manifestasi, jasmani mahupun rohani. Bukan hanya mahluk yang paling mu
lia, tetapi juga sebuah salinan kecil (MICROCOSM) dari alam semesta. Kerana itu
usahlah menoleh ke kiri dan ke kanan bagi mengenal Tuhan, cukup saja mengenali d
iri sendiri dan mengikuti jalan Penciptaan, tetapi secara terbaik: Bukan dari Il
ahi kepada manusia, tetapi pada manusia kepada zat Ilahi.
Dengan demikian penuntut menyingkap hijab manifestasi satu persatu dan di dalam
hati nuraninya sendiri dia merenung wajah Tuhan yang berseri-seri. Begitulah , i
nsan kembali kepada al-Khalik semasa masih hidup, setelah melengkapkan perederan
manifestasi yang abadi - ombak kembali sebati dengan laut.
Jalan pengenalan tasawuf sangat berat, tetap kasih, atau Isyk, yang dikurniakan
Tuhan kepada penuntut menjadikan jalan itu teramat senang. Isyk itu memabukkan p
enuntut, menghilangkan rasa takut dan haloba dari jiwanya, dan akhinya malah men
iadakan kesedaran dirinya dengan menjadikannya seorang hamba emas yang segala do
sanya akan diampuni.
Membezakan Isyk Mutlak dari akal yang terlalu berhati-hati dan tamak, Hamzah men
ulis:[/b]
[i]Orang berahi yang sudah tanggal daripada dirinya, akan harimau tiada ia takut
akan (orang) berbudi takut (ia akan) harimau - akan gajah tiada ia takut, akan
ular tiada ia takut, akan api tiada ia takut - akan berbudi, ia takut (akan semu
a itu)...Ada pun akan (orang) berahi tiada ia takut akan neraka, dan tiada ia in
gin akan syurga Allah sendiri-Nya juga kehendaknya.
Apabila sifat yang demikian ada akan dia, berahi hukumnya. Jika tiada sifat demi
kian akan dia, asyik akan nasi baru - belum asyik akan Allah Ta'ala[/i]
.........sebahagian petikan artikel sastera dan budaya, Berita Harian / sabtu,3/
9/94.
Bersambung.....

You might also like