You are on page 1of 6

JENIS-JENIS GERUDI

Contoh-contoh jenis gerudi

Gerudi ialah yang digunakan untuk membuat lubang diatas permukaan logam. Proses menggerudi lubang
biasanya dibyat dengan menggunakan mesin gerudi atau mesin larik. Gerudi diperbuat daripada keluli taha lasak
dan tungsten karbida.

Gerudi dibuat berbagai-bagai jenis dan bentuk supaya bersesuaian dengan kerja yang dilakukan dan
mempercepatkan lagi kerja-kerja diindustri pengeluaran. Diantara jenis-jenis gerudi yang biasa digunakan ialah :

1. GERUDI PINTAL (TWIST DRILL)


Bentuknya seakan-akan suatu benda yang dipintal. Pintalan ini adalah dari dua laluan lurah yang berbentuk helik
melalui sepanjang badan gerudi. Gerudi ini digunakan dalam kerja-kerja umum.

2. GERUDI BERGABUNG/GERUDI PUSAT (COMBINATION & COUNTERSINK/CENTRE DRILL)


Mempunyai dua hujung dan dua pembenam yang bersudut kandung 60º dan hujung 118º. Digunakan untuk
menggerudi hujung bahan pada mesin pelarik supaya dapat disokong oleh tetengah pelarik dan untuk membuat
lubang benam yang kecil serta boleh juga membuang tajam pada hujung lubang yang telah digerudi. Gerudi ini
dibuat dalam dua arah , arah kiri dan arah kanan.

3. GERUDI HUJUNG RATA


Bentuk hujung yang rata pada gerudi ini digunakan untuk meratakan bahagian dalam lubang buntu supaya
berbentuk tepat 90º.

4. GERUDI PIPIH (FLAT DRILL)


Bentuk hujung gerudi ini pipih dan bersudut 45º. Digunakan untuk menebuk lubang yang besar dalam kerja-kerja
melarik.

5. GERUDI LUBANG BENAM (COUNTERSINK DRILL)


Gerudi ini berukuran besar pada hujung dan kecil pada batang. Hujung gerudi ini bersudut 60º. Digunakan untuk
membuat lubang benam bagi membenamkan skru kepala benam dan rivet kepala benam. Ia juga boleh
digunakan untuk membuang segi pada hujung lubang yang telah digerudi.

6. GERUDI LUBANG SENGGAT (COUNTERBORE DRILL)


Gerudi ini mempunyai dua tingkat garispusat. Satu bagi pemotong dan dihujung terdapat satu batang pemandu
untuk menahan batang gerudi semasa menggerudi. Digunakan untuk melubang tingkat bagi membenamkan
kepala nat atau kepala pasak.
7. GERUDI LURAH LURUS (STRIGHT FLUTED DRILL)
Bentuk lurah gerudi ini lurus sahaja. Digunakan untuk melubang pada bahan yang lembut seperti aluminium dan
juga bahan yang nipis.

8. GERUDI LUBANG MINKYAK (OIL HOLE DRILL)


Bentuk gerudi ini sama dengan gerudi pintal. Pada bahagian badan gerudi ini terdapat saluran ;minyak yang
terus keluar ke bahagian hujung, ini bertujuan minyak dapat disalurkan terus kedalam permukaan lubang. Ini
dapat mengelakkan kepanasan pada benda kerja. Gerudi ini digunakan dalam perindustrian yang berat.

9. GERUDI LURAH BANYAK (MULTIPLE FLUTE DRILL)


Bentuk gerudi ini sama dengan gerudi pintal tetapi lurah yang memintal pada badan gerudi ini adalah lebih dari
dua. Digunakan dalam kerja-kerja berat.

10. GERUDI BERTANGGA (STEP DRILL)


Bentuk gerudi ini sama seperti gerudi pintal tetapi ianya mempunyai dua ukuran garispusat. Gerudi ini digunakan
dalam kerja-kerja besar dan pengeluaran.

FUNGSI BAHAGIAN MESIN LARIK (JENIS TETENGAH)


Bahagian-bahagian utama mesin pelarik terdiri daripada landasan, alatan hadapan, alatan belakang, kekotak
gear cepat tukar dan kereta.

Landasan

(a) Landasan adalah tulang belakang sebuah mesin pelarik. Kejituan mesin pelarik bergantung pada ketegaran,
penjajaran dan ketepatan pada landasannya.
(b) Bahagian atas landasan boleh berbentuk ‘V’ atau rata dan diatasnya terletak peralatan lain seperti alatan
hadapan, kereta dan alatan hadapan.
(c) Landasan diperbuat daripada besi tuangan yang bermutu tinggi. Rawatan haba kekerasan dilakukan
keatasnya supaya boleh tahan haus.

Alatan hadapan

(a) Bahagian ini terletak di sebelah kiri landasan mesin.


(b) Spindal utama yang berbentuk satu syaf geronggang yang disokong oleh beberapa galas terletak di dalam
bahagian ini. Hujunjg spindal atau muncungnya yang terkeluar daripada alatan hadapan yang berbentuk jenis
tirus, jenis ulir atau jenis kekunci sesondol ( kam lock )
(c) Pada hujung spindal ini beberapa peraltan seperti cuk, piring pelarik dan tetengah hidup boleh dipasang dan
digunakan untk memegang bahan kerja atau kompenen yang hendak dilarik.
(d) Untuk memutarkan spindal utama, alatan hadapan mempunyai perlatan takal atau beberapa siri rangkaian
gear. Alatan hadapan bergear mempunyai lebih rangkaian kelajuan dan lebih tepat putarannya jika dibandingkan
dengan alatan hadapan yang bertakal. Lagipun takal boleh tergelincir bila terkena minyak dan ini menyebabkan
hasil larikan yang tidak rata atau licin.

Alatan Belakang

(a) Bahagian ini terletak disebelah kanan landasan. Ia boleh digerakkan disepanjang landasan dan juga boleh
dikunci pada mana-mana kedudukan yang dikehendaki. Alatan belakang terdiri daripada dua bahagian utama,
badan dan tapak.
(b) Pada badan terdapat satu spindal yang mempunyai penirusan piawaian Morse. Alat pemotong bertangkai
tirus Morse, seperti gerudi dan pelulas boleh dipasang pada spindal tersebut.
(c) Tapak alatan belakang dimesin dengan jitu supaya boleh didudukan diatas landasan dengan tepat. Pada
tapak terdapat dua skru penyelaras yang diguna untuk menjajarkan keselarian diantara tetengah mati dan
tetengah hidup atau mengoffsetkan alatan belakang supaya dapat melarik tirus dengan kaedah ini.

Alatan Belakang

Kotak gear cepat tukar

(a) Kotak gear terletak disebelah kiri landasan dan dibawah alatan hadapan. Kotak ini mempunyai beberapa gear
berbilang saiz untuk memutarkan skru pemandu atau aci penghantar.
(b) Skru pemandu digunakan untuk memajukan kereta semasa memotong ulir. Aci penghantar pula digunakan
semasa membuat kadar penghantaran yang tertentu secara otomatik.

Kotak Gear Cepat Tukar

Kereta

(a) Sela
Bahagian ini ialah tuangan berbentuk huruf H dan boleh bergerak diatas landasan. Apron dan kekesot lintang
dipasang pada sela.
(b) Apron
Bahagian apron dipasang dihadapan sela dengan bolt. Apron mempunyai beberapa gear dan peralatan yang
digunakan untuk mengawal pergerakan sela dan kekesot lintang. Satu tuas tangan yang dipasang dengan pin
dan jejaring dengan rak terletak dibawah landasan. Tuas tangan ini diputarkan apabila hendak menggerakkan
kereta secara insani ( manual ). Keseluruhan bahagian kereta dan kekesott lintan boleh digerakkan secara
otomatik atau insani.
Apron

(c) Kekesot Lintang


Tiang mata alat dipasang pada kekesot bergabung. Kekesot bergabung pula dipasang diatas kekesot lintang
dengan dua bolt. Apabila kedua-dua bolt ini dilonggarkan kekesot bergabung boleh dikilaskan pada sudut yang
dikehendaki. Dengan cara ini penirusan tajam tetapi pendek boleh dilarik. Pada hujung kekesot lintang dan
kekesot bergabung dilengkapi dengan relang yang ditanda jitu supaya kedalaman pemotongan dapat dilaraskan
dengan tepat.

JENIS-JENIS MESIN LARIK


Pengenalan

Mesin larik ialah satu-satunya mesin yang paling versatil dalam bengkel kejuruteraan. Walaupun pelbagai betuk
mesin pelarik telah digunakan sebelum kurun ke-18, nanun mesin pelarik pertama yang boleh memotong ulir
hanya dicipta pada tahun 1797 oleh seorang mekanik Inggeris bernama Henry Maudslay. Mesin ciptaan beliau
telah banyak digunakan dalam pembinaan enjin stim kereta api rekaan James Watt pada awal kurun ke-19 iaitu
pada zaman revolusi industri England.sejak dari masa itu mesin ini telah diperbaiki dan ditambah dengan
beberapa alatan tambahan supaya dapat mengeluarkan komponen-komponen dengan tepat dan persis. Di
Malaysia mesin ini amat popular sehingga setiap bengkel kejuruteraan mempunyai sekurang-kurangnya sebuah
mesin.

Kategori Mesin Larik

Mesin pelarik boleh dijumpai dalam beberapa bentuk dan saiz. Jenis yang terkecil digunakan dalam pengeluaran
komponen kecil jam tangan sementara yang besar sekali digunakan untuk memesin syaf berat. Mesin pelarik
boleh dikelaskan kepada dua kategori :

1) Mesin Pelarik Jentera


2) Mesin Pelarik Pengeluaran

Mesin Pelarik Jentera

Dalam kategori ini terdapat empat jenis mesin pelarik.

a) Jenis bangku
Mesin ini kecil dan boleh dipasang diatas bangku atau kabinet besi. Ia digunakan untuk menghasilkan kerja yang
ringan dan halus.

b) Mesin pelarik piawai (mesin larik tetengah)


Mesin ini lebih besar dan berat daripada jenis bangku. Panjang landasan mesin adalah 1.5 meter hingga 6
meter. Lazimnya mesin ini digunakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan sederhana dan juga dalam institusi
latihan kemahiran.

c) Jenis toolroom
Jenis mesin ini lebih persis dan digunakan dalam pembinaan Tool dan Die. Mesin ini juga dilengkapi dengan alat
tambahan khas dan aksesori supaya beberapa operasi Tool dan Die boleh dilakukan.

d) Jenis gap-bed
Saiz mesin ini lebih besar daripada jenis bangku. Sebahagian daripada landasannya di bawah cuk boleh
ditanggalkan supaya bahan kerja atau komponen dengan diameter yang lebih besar boleh dipegang.

Mesin Pelarik Pengeluaran

Ada lima jenis mesin pelarik untuk kategori ini :

(a) Pelarik turret pelana


Pelarik turret pelana juga disebut jenis mesin pelarik turret. Mesin ini mempunyai kepala turret yang dipasang
pada pelana yang bergerak diatas landasan. Kepala turret boleh memegang beberapa jenis mata pemotong dan
boleh digunakan untuk melarik beberapa operasi tanpa memberhentikan mesin untuk menukar mata alat.

(b) Pelarik kapstan


Pelarik kapstan juga disebut pelarik turret pelantak. Mesin ini kecil sedikit saiznya daripada jenis pelarik turret. Ia
digunakan untuk melakukan kerja-kerja sederhana dan ringan sahaja. Kepala turret mesin ini terletak diatas satu
kekesot berbentuk landasan pendek. Landasan pendek ini pula menggelongsor diatas landasan utama mesin
dan boleh dikunci pada
sebarang kedudukan yang dikehendaki.

Mesin Pelarik Jenis Kapstan

(c) Pelarik automatik


Jenis mesin pelarik automatik dicipta untuk pengeluaran kuantiti diantara beberapa ratus sehingga beberapa
puluh ribu kompenen sehari. Semua pergerakan mata pemotong dan bahan kerja dikawal oleh sesondol (cam),
sistem hidraulik atau sistem elektro mekanik.

(d) Pelarik kegunaan khas


Pelarik jenis ini dicipta untuk melakukan kerja-kerja khas seperti :
*pelarik roda kereta api
*pelarik aksel
*pelarik penampang
*pelarik menegak
(e) Pelarik N.C dan C.N.C
Mesin pelarik terbaru ini berfungsi dibawah kawalan komputer. Mesin ini lebih produktif dan hasil
pengeluarannya lebih persis jika dibandingkan dengan mesin lain. Terdapat dua jenis mesin iaitu :
*Jenis yang mempunyai turret dipasang pada landasan mesin sahaja.
*Jenis yang mempunkyai dua turret dimana satu turret dipasang pada landasan dan satu lagi pada kekesot
lintang.

You might also like