You are on page 1of 6

UNIVERSITI MALAYA

JXEA1104

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

TOKOH FALSAFAH:
HAMZAH FANSURI

NAMA : NORDAYANA BINTI HAMZAH


NO MATRIK : JEA080088
FAKULTI : AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
PENGENALAN

Tokoh yang saya pilih untuk tugasan krusus JXEA1104 Falsafah dan Logika Melayu

ialah seorang sufi dan ulama terkenal iaitu Hamzah Fansuri. Nama sebenar Hamzah

Fansuri ialah Syeikh Hamzah Fansuri. Beliau berasal daripada perkampungan yang

terletak diantara Kota Singkel dengan Gosong Telaga (Acheh Selatan). Hamzah Fansuri

lahir pada tahun 1550 dan meninggal dunia pada1600M. Beliau banyak mengunjungi

negeri-negeri asing untuk belajar dan menuntut ilmu seperti ke Siam, Banten, Mekah,

India, Parsi dan Arab.

Hamzah Fansuri dikatakan sangat mahir dalam ilmu fikh, tasawuf, falsafah,

mantik, ilmu kalam, sejarah, sastera dan lain-lain serta fasih berbahasa Urdu, Parsi,

Melayu dan Jawa. Beliau juga memegang aliran “wahdatul wujud” iaitu suatu aliran

yang berfahaman “wujudnya Allah serta segala kejadian yang wujud itu sebenarya

Tanazulat Zat serta sifat-sifat Allah”.

Hamzah Fansuri juga berperanan besar dalam kesusasteraan Melayu terutamanya

kesusasteraanIslam. Beliau juga merupakan pelopor sastera melayu moden kerana

penggunaan bahasa yang sistemis dan rasional dalam penulisannya. Antara karya-karya

terkenal Hamzah Fansuri ialah Syarbul ‘Asyikin atau Zinatul Muwahhidin, Ruba’I

Hamzah Fansuri, Kitab Fi Bayani Ma’rifah, Syair Si Burung Pugguk, Syair Perahu dan

Syair Dagang. Daripada pengenalan latar belakang Hamzah Fansuri ini, bakal

dilanjutkan pula tentang kupasan falsafah yang dipegang oleh Hamzah Fansuri.
Falsafah Hamzah Fansuri
Falsafah yang dilontarkan oleh Hamzah Fansuri ialah falsafah ketuhanan. Falsafah

ketuhanan dapat dilihat melalui karya-karya penulisan beliau. Melalui suatu aliran dalam

tasawuf iaitu aliran wahdatul wujud dapat dilihat pemahaman tentang ontologi wujudiah,

iaitu mengenai kewujudan Tuhan. Hamzah Fansuri banyak menerangkan tentang

metafizik ketuhanan, iaitu hakikat ketuhanan. Hamzah Fansuri dalam risalah tasawufnya

iaitu, Syarab al-Asyikin menerangkan tentang zat Tuhan, Hamzah menyebut Zat Tuhan

sebagai La ta ’ayyun kerana akal fikiran, perkataan, pengetahuan dan makrifat manusia

tidak akan sampai kepada-Nya. Kenyataan Hamzah Fansuri ini bertepatan dengan hadis

Nabi, (“fikirkan apa sahaja yang diciptakan Tuhan, tapi jangan fikirkan Zatnya”). Selama

mana kita menggunakan akal fikiran maka terhentilah akal pada Zat wajibul wujud.

Sesungguhnya falsafah ialah pengetahuan kepada sekadar yang termampu oleh insan.

Kupasan
Dalam islam kita wajib percaya Allah itu wujud. Wujud hakiki hanya dikenakan

kepada Allah, sedangkan wujud yang dimiliki makhluk bukan wujud hakiki. Adanya

Allah itu bukanlah ia dijadikan ataupun ia menjadikan diri-Nya sendiri dari tiada kepada

ada, akan tetapi adanya Allah itu tidak bermula dengan tiada dan tidak berakhir dengan

tiada. Dalam Islam adalah wajib mentauhidkan Allah atau mengesakan Allah iaitu,

percaya Allah itu satu kerana ilmu ini dapat menghindarkan diri daripada syirik.

Sempurnanya islam kerana Tuhan Islam itu sifatnya esa. Sifat tersebut sekaligus

mengangkat Allah sebagai Tuhan semesta alam. Hakikat ini sering diperingatkan dalam
kehidupan seharian iaitu apabila kita lafazkan dalam sembahyang iaitu, saat membaca

surah Al-fatihah ayat satu, “segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam”.

Agama Islam meletakkan akal manusia begitu tinggi iaitu, Sebagai asas aqidah

dan pertanggugjawapan manusia. Pengunaan akal merupakan asas berfalsafah, oleh itu

Islam mewajibkan penggunaan akal dalam segala hal bersangkutan dengan aqidah dan

syariah Rasulullah s.a.w. Sebagai sumber epistimologi Al- Quran menyeru manusia

menyelidik sekalianyang yang ada dilangit dan bumi serta yang ada pada diri manusia

sendiri untuk mengetahui metafizik segala kejadian. Doktrin falsafah dalam al-Quran ada

mengariskan aspek-aspek yang berkaitan hakikat muktamat (Allah dan sifat-sifat Nya),

Tuhan dan alam, hubungan manusia dan Tuhan. Jelas bahawa cakupan falsafah islam

tidak terkeluar daripada perkara-perkara dasar yang berkaitan dengan aqidah. perkara

asas dalam akidah adalah seperti yang terkandung dalam rukun iman dan rukun islam.

Teori tentang teologi dan metafizik hakikat kewujudan Tuhan, hakikat kewujudan

makrokosmos dan mikrokosmos dan hubungannya dapat dilihat dalam risalah tasawuf

Asrar al-Arifin (Rahsia Ahli makrifat) syair lima belas.

Berdasarkan syair ke lima belas, kewujudan Tuhan yang tidak terhingga itu

diibaratkan sebagai lautan dalam(al-bahr), ianya juga mengandungi kejadian atau

penciptaan alam semesta sebagai panggung manifestasi Tuhan dan kemahakuasaan-Nya.

Kata Laut dan ombaknya yang digunakan untuk menjelaskan tentang dekatnya manusia

dengan Tuhan, kerana ia lebih dekat kepada manusia berbanding urat leher manusia

sendiri. Allah itu maha “esa” yang bermaksud keterpautan atau ketidakpisahan alam

secara hakiki dengan Tuhan atau boleh dikatakan sebagai teologi iaitu berkeyakinan

bahawa sesuatu kejadian lain, bukan oleh hukum sebab akibat, melainkan semata mata

oleh tujuan yang sama.


Apabila Allah berkehendak kepada sesuatu maka dia pun berkata ‘jadilah kau’.

Maka segala itu pun tercipta. Allah itu mampu mewujudkan seluruh alam dan dia

sentiasa mencipta (tiada kesudahan). Dengan sifat Qudrat (kuasa) Allah Ta’alla memberi

bekas bagi menjadikan sesuatu di alam ini. Hubungan alam tabii memperlihatkan suatu

susunan yang rasional yang dapat dijelaskan alam secara menghubungkannya dengan

operasi akal yang disebut logos. Logos ini dikenal juga sebagai Tuhan. Akal atau fikiran

manusia adalah pancaran bahagian Tuhan yang menguasai dan mengatur alam semesta.

Falsafah dapat mengkaji hakikat manusia dan hakikat alam kerana ada hubungan logos

dan kosmos.

Kesimpulannya, Hamzah Fansuri merupakan seorang tokoh yang banyak

menyumbang kepada perkembangan sastera islam, terutamanya dalam penulisan risalah

tasawuf. Falsafah ketuhanan yang dipaparkan dalam karya-karya Hamzah Fansuri dapat

memantapkan, mengukuhkan, dan menjelaskan hal-hal agama islam dan dapat

mendalami Yang Maha Esa, ini bertepatan dengan kata philosophia iaitu cinta akan

hikmah. Sesungguhnya Hamzah berusaha menguraikan ontologi segala kewujudan

sekadar yang termampu oleh insan.

BIBLIOGRAFI

Abdul Hadi W.M. 2001. Tasawuf Yang Tertindas Kajian Hermeuitik terhadap
Karya-karya Hamzah Fansuri.
Jakarta ; Paramadina.
Awang Sariyan. 2007. Falsafah Dan Logika Melayu.
Selangor ; Synergymate Sdn .Bhd.

HashimMusa. 2001. Falsafah ,Logik, Teori, Nilai Dan Etika Melayu Suatu Pengenalan.
Akademi Pengajian Melayu ;Universiti Malaya.

Jihad. 2005. Tauhid Dalam Tasauf.


Kuala Lumpur ; Edaran Proaktif Sdn Bhd.

Wan Mohd Shaghir Abdullah. 1996. Tafsir Puisi Hamzah Fansuri Dan Kaya-karya
Shufi.
Kuala Lumpur ; Khazanah Fathaniyah.

You might also like