You are on page 1of 8

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

TOKOH FALSAFAH ISLAM :-

KHALIFAH
HARUN AR-RASHID

NAMA : NOOR AINI BINTI AWANG


NO. MATRIK : JEA 080064
NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD
NAMA TUTOR : CIK SITI HADIJAH ABDOL RAHMAN
SEMESTER 1 SESI 2008/2009,
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU,
UNIVERSITI MALAYA.

Harun Ar-Rashid merupakan salah seorang negarawan yang terulung di dunia. Beliau

adalah khalifah kelima kerajaan Abbassiyah yang juga merupakan kemuncak

kegemilangan pemerintahan Abbasiyah. Zaman pemerintahan Abbasiyah juga dikatakan

sebagai zaman yang paling gemilang dalam sejarah Islam dunia atau zaman keemasan

Islam. Pada zaman inilah bermulanya era pembangunan dan perkembangan ilmu

pengetahuan di Kota Baghdad. beliau telah berjaya menjadikan Kota Baghdad sebagai

pusat perdagangan antarabangsa dan pusat ilmu pengetahuan dunia. Usaha yang

dilakukan oleh beliau untuk membangunkan Kota Baghdad sebegitu maju dan

membangun tidak mampu ditandingi oleh khalifah-khalifah pada pemerintahan yang lain

dalam semua termasuklah dari segi kemajuan, pembangunan, ilmu pengetahuan,

kemakmuran dan lain-lain lagi.

Nama penuh Harun ar-Rasyid ialah Harun ar-Rasyid bin Muhammad al-Mahdi.

Beliau dilahirkan di Ar-Rayy pada bulan Zulhijjah tahun 145 H bersamaan 756 M.

Beliau telah menggantikan saudaranya iaitu al-Hadi sebagai khalifah Baghdad yang

kelima dalam pemerintahan Abbasiyah. Beliau merupakan anak yang ketiga dalam
keluarga. Sejak dari awal lagi, beliau dikenali sebagai seorang yang pintar dan sukakan

ilmu pengetahuan. Tidak hairanlah jika beliau dilihat sebagai seorang yang mempunyai

keperibadian yang tinggi serta banyak pengalaman sama ada dalam bidang politik,

ketenteraan mahupun dalam bidang pentadbiran awam. Peranan beliau yang paling besar

ialah sebagai penaung kepada semua kegiatan ilmu. Baitul Hikmah merupakan hasil

usahanya yang paling besar dalam dunia penyebaran ilmu pengetahuan di Kota Baghdad..

Khalifah harun ar-Rasyid dikenali sebagai tokoh negarawan terulung kerana usaha

beliau dalam penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh kerana itulah, beliau membuka Baitul

Hikmah iaitu institusi kebudayaan dan pusat kegiatan ilmu pengetahuan. Seseorang

khalifah sememangnya seorang yang bijak dan berpengetahuan. Dalam mentadbir

sesebuah negara, beliau harus tahu bagaimana caranya untuk mentadbir sebuah negara

agar dapat menjadi sebuah negara yang aman dan makmur. Disamping itu juga,

seseorang khalifah harus tahu untuk membangunkan dan memajukan negara agar menjadi

sebuah negara yang maju dalam pelbagai bidang sama ada ekonomi, politik mahupun

sosial. Ilmu pengetahuan sangat penting yang seharusnya ada dalam diri seorang

khalifah. Beliau juga mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam mentadbir Kota

Baghdad selama 23 tahun.

Keberanian seseorang khalifah juga amat penting untuk mentadbir sesebuah

negara agar menjadi sebuah negara yang aman. Tanpa ilmu pengetahuan yang cukup,

sseorang khalifah tidak akan mampu membawa tentera-tenteranya dalam memerangi

musuh untuk mendapatkan keamanan dan kemakmuran. Khalifah Harun ar-Rasyid

sendiri begitu cekap dalam menguruskan pentadbiran negara. Beliau telah dapat

membanteras segala kekacauan dan pemberontakan di dalam negaranya dengan pelbagai


rintangan dan dugaan. Akhirnya, beliau telah berjaya dalam peperaangan tersebut kerana

usaha yang dilakukan berhasil antara usaha beliau ialah dengan menyusun semula

pasukan tenteranya agar menjadi sebuah pasukan tentera yang berdisiplin dan teratur.

Beliau begitu mengambil berat terhadap kredibiliti tentera-tenteranya dan juga memberi

perlindungan serta keselamatan untuk kesejahteraan rakyatnya.

Kemajuan intelektual yang dicapai oleh Khalifah Harun ar-Rasyid juga adalah

salah satu sumbangan yang besar diberikan oleh baginda. Terdapat buku-buku yang

berupa terjemahan ilmu dari luar ataupun disusun oleh intelektual Islam tergolong dalam

kemajuan intelektual. Beliau dianggap sebagai penaung bagi semua kegiatan ilmu

pengetahuan kerana beliau sering kali menganjurkan majlis forum, syarahan dan

perbahasan, yang mana akan dihadiri oleh orang ramai dan golongan intelektual di

masjid. Pada majlis seperti inilah, beliau dapat mengenali lebih ramai ilmuan yang

datang untuk menuntut ilmu daripadanya. Sebagai seorang khalifah, beliau seharusnya

mampu melaksanakan kewajipan dalam menyebarkan ilmu pengetahuan kepada semua

masyarakat dalam negaranya.

Pertumbuhan ekonomi yang pesat juga telah banyak dibuat oleh Khalifah Harun

ar-Rasyid. Malah, beliau sendiri telah menjadi simbol kemegahan Islam di Timur dan

Barat. Terdapat banyak kota seperti Baghdad, Basrah, Masyul, Damsyik dan Aleppo

muncul sebagai kota yang terkenal. Banyak perubahan yang dilakukan oleh beliau dalam

membangunkan ekonomi dengan melakukan aktiviti perdagangan, perniagaan dan

membawa pedagang-pedagang asing untuk berniaga di Kota Baghdad. Disebabkan usaha

inilah, ramai pedagang-pedagang asing yang datang membawa barangan mereka untuk

diniagakan di Kota Baghdad. Bahkan, bukan sahaja pedagang-pedagang asing yang


datang berniaga, penduduk di Kota Bahgdad sendiri melakukan aktiviti perniagaan

sesama mereka.

Beliau juga mengadakan hubungan yang baik dengan kuasa-kuasa asing,

antaranya kerajaan Byzantium, Peranchis dan keluarga al-Barmaki. Perhubungan ini

bertujuan untuk pendamaian antara kedua-dua belah pihak melalui pembayaran ufti

antara Kota Bahgdad dengan kerajaan Byzantium. Hubungan yang baik dengan Kristian-

Peranchis adalah kerana mereka sama-sama mempunyai musuh yang sama iaitu kerajaan

Bani Umayyah. Kedua-dua buah kerajaan ini sentiasa bertukar duta dan kemudiannya

diikuti oleh pemimpin mereka iaitu Khalifah Harun ar-Rasyid sendiri dan Charlemange.

Malah, kerajaan Peranchis begitu menghormati dan meniru dasar pentadbiran kerajaan

Abbasiyah bertujuan untuk kebaikan negara mereka sendiri. Manakala keluarga al-

Barmaki pula sangat terpengaruh dalam pentadbiran mereka. Mereka memegang banyak

jawatan yang penting seperti wazir hinggalah kepada gabenor daerah. Disebabkan itu,

hubungan antara kerajaan Abbasiyah tidak begitu baik dengan keluarga al-Barmaki.

Satu lagi sumbangan Khalifah ar-Rasyid yang sangat besar kepada kerajaan

Abbasiyah ialah dengan tertubuhnya Baitul Hikmah. Sikap prihatin beliau dalam bidang

ilmu pengetahuan mendorong beliau untuk menubuhkan institusi itu sebagai satu tempat

penyebaran ilmu pengetahuan. Semua kegiatan keilmuan ini merupakan satu usaha yang

cemerlang dilakukan oleh beliau ketika mentadbir kerajaan Abbasiyah. Baitul Hikmah

ini juga menggabungkan pelbagai fungsi antaranya ialah sebagai tempat penyimpanan

buku-buku, pengumpulan buku, perpustakaan, pusat akademik dan balai penterjemahan.

Ia juga merupakan lambang pendidikan yang terpenting dan telah dapat menandingi
kemasyhuran Perpustakaan Iskandariah. Kerana tanggungjawab beliau sebagai seorang

khalifah, beliau begitu gigih dalam memperkembangkan ilmu pengetahuan.

Sebagai kesimpulannya, Khalifah Harun ar-Rasyid merupakan seoranhg khalifah

yang begitu gigih berusaha untuk keamanan dan kemakmuran Kota Baghdad. Beliau

telah berjaya mencipta kejayaan demi kejayaan dan yang paling disebut-sebut ialah

sebagai Zaman Keemasan Islam. Jasa dan sumbangan beliau yang tidak terbilang ini,

terutama dalam bidang ilmu pengetahuan serta perubahan-perubahan yang telah

dilakukan menggambarkan bahawa beliau seorang khalifah yang amat prihatin dengan

keamanan Negara yang tiada tolok bandingnya. Beliau juga disifatkan sebagai seorang

pemerintah yang paling berwibawa dalam pelbagai aspek terutamanya dalam aspek

pentadbiran. Peranan beliau yang paling besar ialah sebagai penaung kepada semua

kegiatan ilmu pengetahuan. Baitul Hikmah merupakan hasil usahanya yang paling

bermakna kerana ianya merupakan kombinasi perpustakaan, pusat akademik dan balai

penterjemahan.
Bibliografi

Awang Sariyan, 2007. Falsafah Dan Logika Melayu, Kuala Lumpur : Akademi Pengajian
Melayu.

Hasyim bin Haji Musa, 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu ; Suatu
Pengenalan. Kuala Lumpur : Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian
Melayu, Universiti Malaya.

Samsu Adabi Mamat, Wan Ramli Wan Muhammad, 2002. Cendekiawan Islam : Perintis
Peradaban Manusia. Kuala Lumpur : Utusan Publications.

Syed Mahadzir Syed Ibrahim, 2006. Siri Cendekiawan Islam : 163 Tokoh Terkenal Islam.
Ampang, Selangor : Pekan Ilmu Publicatinos.

http://en.wikipedia.org/wiki/Harun_al-Rashid

You might also like