You are on page 1of 18

Pengenalan

Sistem pencernaan manusia terdiri daripada saluran dan kelenjar


pencernaan. Saluran pencernaan merupakan saluran yang dilalui bahan
makanan. Kelenjar pencernaan adalah bahagian yang mengeluarkan
enzim untuk membantu mencerna makanan.

Enzim ialah sejenis protein yang bertindak sebagai pemangkin organik


yang dapat mengawal atur serta mempercepatkan tindak balas biokimia
dalam sel. Substrat ialah bahan yang ditindak balas oleh enzim.

Enzim terbina daripada protein yang dihasilkan oleh sel hidup. Tindakan
enzim spesifik. Setiap jenis enzim hanya bertindak balas dengan substrat
tertentu sahaja. Tindak balas enzim boleh berbalik. Arah tindak balas
bergantung kepada jumlah substrat dan hasil yang ada. Enzim diperlukan
dalam kuantiti yang kecil. Sedikit enzim akan memangkinkan satu
bilangan besar tindak balas biokimia yang sama. Enzim tidak boleh
dimusnahkan selepas tindak balas biokimia selesai. Oleh itu, enzim boleh
digunakan berulang kali. Suhu optimum bagi tindak balas enzim ialah
pada 37oC.

Tindakan enzim dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah suhu.


Enzim tidak aktif pada suhu kurang daripada 0 oC. Kadar tindak balas
enzim meningkat dua kali ganda bagi setiap kenaikan suhu 10 oC. Kadar
tindak balas enzim paling optimum pada suhu 37 oC. Enzim tidak bertindak
pada suhu tinggi iaitu lebih dari 50oC.

Tindakan enzim boleh dijelaskan melalui hipotesis mangga dan kunci


kerana penggabungan substrat kepada enzim menyerupai pemasangan
kunci kepada mangga. Substrat dianggap sebagai kunci dan enzim
sebagai mangga.Hipotesis ini dapat menerangkan mengapa tindakan
enzim adalah spesifik. Semasa proses tindak balas biokimia berlaku,
enzim bergabung dengan substrat secara sementara untuk membentuk
suatu kompleks enzim-substrat di tapak aktif enzim. Substrat menjadi hasil
di dalam kompleks enzim-substrat. Kemudian hasil yang terbentuk akan

1
meninggalkan tapak aktif enzim. Enzim tidak berubah dan bebas
digunakan semula.

Enzim mempunyai tapak aktif dan hanya akan mengkatalisis reaksi ketika
substrat dan tapak aktif memiliki bentuk yang saling melengkapi. Sebagai
contoh, katalase mengkatalisis penguraian peroksida hidrogen untuk air
dan oksigen. Reaksi kimia dikatalisis oleh enzim biasanya berbalik.
Jumlah enzim yang sangat kecil diperlukan untuk bertindak balas dengan
sejumlah besar substrat. Sebahagian besar enzim berkesan hanya dalam
julat pH yang sedikit. PH optimum pH di mana kadar maksimum reaksi
berlaku. enzim yang berbeza mempunyai optima pH yang berbeza. 

2
Praktikal 5 : Enzim Dan Pencernaan

Tujuan:

Untuk memerhati tindakan enzim terhadap makanan

Alat radas :

Bikar

Silinder penyukat

Termometer

Tabung uji

Jubin putih

Penitis

Jam randik

Bahan:

Larutan kanji 1%

Asid hidroklorik asid

Natrium hidroksida cair

Larutan Benedict

Larutan iodin

Telur

Pepsin

Kertas litmus merah dan biru

Ais

3
Objektif

a) Untuk menunjukkan tindakan amiles ke atas kanji.

Prosedur

1. Mulut dikumur.

2. Perbuatan mengunyah dilakukan.

3. Air liur dikumpul ke dalam tabung uji.

4. Air liur diuji menggunakan kertas litmus.

5. Air liur dicairkan menggunakan air suling yang sama banyak.

6. Campuran air liur dibahagikan kepada tiga bahagian yang sama


banyak ke dalam tabung uji berlabel B,C dan D. Setiap tabung uji
diisi seperti:

A - 3cm3 air suling (eksperimen kawalan)

B - 3cm3 air liur campuran

C - 3cm3 air liur campuran dan 3cm3 asid hidroklorik cair

D - 3cm3 air liur campuran dan 3cm3 natrium hidroksida cair

7. 5cm3 larutan kanji dimasukkan ke dalam tabung uji dan dikacau

8. Selepas 30 minit, setengah daripada kandungan setiap tabung uji


diuji dengan larutan iodin dan setengah lagi dipanaskan dengan
larutan Benedict yang sama banyak.

9. Keputusan dicatatkan seperti dalam jadual di bawah.

4
Keputusan/ Pemerhatian:

Tabung Bahan Ujian Iodin Ujian Inferens


uji Benedict

A Kanji + air Biru gelap Warna tidak Ujian iodin:


suling berubah dan Ujian iodin positif menunjukkan
kekal kehadiran kanji.
berwarna
biru muda. Ujian Benedict:
Tidak berlaku sebarang perubahan
warna kerana tiada kehadiran gula
penurun dalam larutan.

B Kanji + air Warna Warna Ujian iodin:


liur larutan tidak larutan Ujian iodin negatif kerana
berubah, berubah ketidakhadiran kanji.
masih kekal daripada
berwarna warna biru Ujian Benedict:
coklat muda kepada Ujian Benedict positif kerana
kekuningan warna hijau kehadiran gula penurun.
dan Kanji ditukar kepada maltosa oleh
kemudiannya enzim amiles dalam air liur. Ini
warna kerana enzim amiles bertindak
kuning. secara optimum pada pH 6.5-7.5.
Terdapat
mendakan
merah bata.
C Kanji + air Warna Warna Ujian iodin:
liur + asid larutan larutan tidak Ujian iodin positif menunjukkan
hidroklorik berubah berubah, kehadiran kanji.
cair daripada masih kekal
warna coklat berwarna Ujian Benedict:
kekuningan biru muda Ujian Benedict negatif kerana
kepada ketidakhadiran gula penurun
warna biru Kanji tidak berubah menjadi maltosa.
gelap Ini kerana penambahan hidroklorik
asid telah menyebabkan larutan
menjadi terlalu berasid. Enzim
amiles tidak dapat bertindak dengan
aktif.
D Kanji + air Warna Warna Ujian iodin:
liur + larutan tidak larutan Ujian iodin negatif kerana
natrium berubah, berubah ketidakhadiran kanji.
hidroksida masih kekal daripada
cair berwarna warna biru Ujian Benedict:
coklat muda Ujian Benedict positif kerana
kekuningan kepada kehadiran gula penurun.
warna hijau Kanji ditukar kepada maltosa oleh

5
dan enzim amiles dalam air liur.
kemudiannya Penambahan natrium hidroksida cair
warna menyebabkan larutan menjadi alkali.
kuning.
Terdapat
mendakan
merah bata.

Perbincangan :

Eksperimen ini menunjukkan tindakan enzim amiles ke atas kanji. Enzim


amiles akan menghidrolisis kanji menjadi maltosa. Untuk menguji
kehadiran kanji, ujian iodin akan dilakukan dengan melihat perubahan
warna berlaku daripada warna coklat kekuningan menjadi warna biru
gelap. Manakala, untuk mengesan kehadiran maltosa iaitu sejenis gula
penurun, ujian Benedict boleh dilakukan. Perubahan warna dapat dilihat
apabila warna biru muda akan bertukar menjadi hijau dan kemudiannya
menjadi warna kuning dan terdapat mendakan merah bata.

Untuk mengumpul air liur, pergerakan mengunyah perlu dilakukan untuk


merangsang rembesan air liur. Setelah air liur dikumpulkan, air liur tadi
akan diuji dengan kertas litmus untuk menentukan samada ianya berasid
atau beralkali.

Untuk tabung uji B, iaitu apabila air liur dicampur dengan kanji, ujian iodin
menunjukkan keputusan negatif disebabkan ketidakhadiran kanji dalam
larutan. Ini kerana kanji telah pun dihidrolisis menjadi maltosa oleh enzim
amiles yang terdapat dalam air liur. Manakala untuk ujian Benedict pula
menunjukkan keputusan positif kerana kehadiran gula penurun. Kanji
diurai ke maltosa kerana enzim amiles dalam air liur bertindak secara
optimum pada pH 6.5-7.5.

Dalam tabung uji C, kita melihat perubahan warna pada larutan iodin
daripada warna coklat kekuningan kepada biru gelap. Ini menunjukkan
kehadiran kanji dalam larutan tersebut. Namun begitu, tiada perubahan
warna pada apabila diuji dengan Benedict. Ini disebabkan ketidakhadiran
gula penurun. Kanji tidak ditukar kepada maltosa disebabkan

6
penambahan asid hidroklorik yang menyebabkan larutan menjadi terlalu
berasid. Oleh itu, enzim amiles dalam air liur tidak bertindak balas dengan
aktif.

Di dalam tabung uji D, campuran kanji, air liur dan natrium hidroksida cair
menunjukkan ujian iodin negatif kerana tiada perubahan warna berlaku
dan larutan masih lagi berwarna coklat kekuningan. Hal ini kerana
ketidakhadiran kanji dalam larutan setelah kanji dihidrolisis menjadi
maltosa oleh enzim amiles. Manakala untuk ujian Benedict, menunjukkan
keputusan positif kerana larutan menjadi alkali. Oleh itu, ezim amiles
dapat bertindak balas dengan aktif.

Antara langkah berjaga-jaga yang boleh diambil semasa eksperimen ini


dijalankan ialah mencuci mulut dengan bersih sebelum mengumpul air liur
untuk mengelakkan kehadiran mikroorganisma. Selain itu, semasa
menjalankan ujian Benedict, pastikan suhu sentiasa tetap iaitu pada
100oC. Pastikan air liur dilarutkan dengan air suling pada kadar isipadu
yang sama untuk memastikan kepekatan air liur adalah sama dengan
kepekatan larutan kanji kerana reaksi kadar enzim adalah berkadaran
terus dengan kepekatan enzim. Semasa mengendalikan air panas
langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk mengelakkan kecederaan.

Kesimpulan:

Kanji dapat dihidrolis kepada maltosa dengan aktif pada pH 6.5-7.5.


Sekiranya, larutan terlalu berasid maka proses hidrolisis tidak dapat
berlaku dengan aktif. Enzim amiles akan bertindak hanya pada kanji.
Enzim amiles akan menghidrolis kanji kepada maltosa pada pH yang
tertentu.

7
Objektif

(b) Untuk menunjukkan kesan suhu ke atas tindakan enzim

Prosedur

1. Larutan air liur disediakan seperti dalam eksperimen (a).

2. 5cm3 larutan air liur itu dimasukkan ke dalam setiap tabung uji dan
5cm3 larutan kanji 1% ke dalam satu tabung uji yang lain.

3. Kedua-dua tabung uji dibiarkan pada suhu bilik.

4. Sesiri titisan larutan iodin dititiskan ke atas jubin putih.

5. Kedua-dua larutan dicampurkan ke dalam tabung uji. Masa


campuran dibuat dicatatkan.

6. Setitik campuran diletakkan pada satu titisan larutan iodin di atas


jubin.

7. Langkah (6) diulang pada selang masa 1 minit dan keputusan


dicatat.

8. Masa yang diambil untuk tamat langkah (7) telah dicatat.

9. Eksperimen ini diulang pada 5oC, 15oC, 25oC, 35oC, 45oC, 55oC,
65oC dan 75oC.

10. Keputusan telah dicatatkan dalam rajah.

8
Keputusan/ Pemerhatian

Suhu Masa dalam minit Aktiviti (1/t)


(t)
o
Suhu bilik (29 C) 11 0.09

5 oC 20 0.05

15oC 15 0.06

25oC 10 0.1

35oC 2 0.5

45oC 3 0.3

65oC 5 0.2

Perbincangan

Eksperimen ini menunjukkan kesan suhu ke atas tindak balas amiles pada
kanji. Enzim dapat bertindak aktif pada suhu optimum iaitu 37 oC, iaitu
suhu badan manusia. Sekiranya, suhu terlalu rendah, kadar tindak balas
enzim sangat perlahan dan tidak aktif. Manakala, sekiranya suhu enzim
terlalu tinggi, tapak aktif bagi enzim akan hancur dan menyebabkan tindak
balas enzim perlahan dan seterusnya tidak berlaku.

Pada suhu 5oC, masa yang diambil oleh iodin untuk gagal berubah
menjadi warna biru gelap ialah 20 minit dan kadar tindak balas berlaku
ialah 0.05 min-1. Manakala, bagi suhu tinggi iaitu 55 oC masa yang diambil
oleh iodin untuk gagal berubah menjadi warna biru gelap ialah 5 minit iaitu
pada kadar tindak balas 0.2 min-1.

Berdasarkan graf, kadar tindak balas enzim amiles semakin meningkat


daripada suhu 5oC, dan mencapai kadar tindak balas maksimum pada
suhu 35oC. Daripada suhu 45 oC dan suhu seterusnya, kadar tindak balas

9
enzim amiles semakin menurun. Lebih pendek masa yang diambil, lebih
aktif tindakan enzim.

Antara langkah berjaga-jaga yang boleh diambil semasa melakukan


eksperimen ini ialah tahap pH kanji diuji dengan menggunakan kertas
litmus. Kanji perlu berada dalam keadaan beralkali kerana amiles
bertindak balas aktif dalam medium yang beralkali. Suhu hendaklah
sentiasa dijaga sepanjang eksperimen dijalankan. Dengan ini, keputusan
dapat diambil dengan lebih tepat. Selain itu, tabung uji hendaklah
dibersihkan dengan menggunakan air suling supaya bahan tidak tercemar
kerana ia mampu mengubah hasil eksperimen. Amiles haruslah dicairkan
bersama nisbah air suling yang sama untuk mendapat tindak balas yang
diperlukan. Selain itu, pastikan larutan kanji dan amiles diletakkan di
dalam air selama 5 minit untuk menstabilkan suhu. Pastikan bawah
termometer tidak menyentuh dasar bikar supaya suhu dapat membaca
suhu air dengan tepat. Untuk mengelakkan iodin teroksida, titisan iodin
boleh diletakkan setelah masa satu minit hampir tamat untuk meletakkan
titisan amiles.

Kesimpulan

Semakin pendek masa yang diambil semakin aktif tindak balas enzim.
Enzim dapat bertindak pada suhu optimum iaitu 37 oC, suhu badan
manusia. Sekiranya suhu terlalu rendah, kadar tindak balas enzim akan
menjadi sangat perlahan. Tetapi sekiranya, suhu semakin tinggi, kadar
tindak balas enzim akan meningkat dan akhirnya tiada tindak balas
berlaku.

10
Objektif

(c) Untuk menunjukkan tindakan pepsin ke atas putih telur

Prosedur

1. Satu suspensi putih telur telah disediakan dengan memukul sedikit


putih telur dengan air mendidih di dalam bikar dan telah dibiarkan
sejuk.

2. Beberapa cm3 suspensi putih telur telah dimasukkan ke dalam 3


tabung uji yang telah dilabel A,B dan C.

3. Ketiga- tiga tabung uji diletak ke dalam water bath pada suhu badan
(37oC). Setiap tabung uji telah diisikan seperti berikut:

A- 5cm3 asid hidroklorik 0.2%

B- 5cm3 jus gatrik buatan

C- 5cm3 jus gastrik buatan dan 1cm3

4. Mulut tabung uji disumbat dengan kapas yang dicampur thymol.

5. Tabung uji telah dibiarkan selama 1jam dan telah digoncang dan
semasa ke semasa.

6. Ujian Biuret telah dilakukan ke atas kandungan setiap tabung uji di


akhir 1 jam.

7. Keputusan telah dicatatkan dalam jadual.

11
Pemerhatian:

Tabung Kandungan Pemerhatian Ujian Inferens


uji Biuret

Putih telur + HCI cair Terdapat Tiada Putih telur masih


A mendakan perubahan terdapat dalam larutan
putih dalam warna yang kerana tidak tiada
larutan. berlaku enzim untuk
pada menghidroliskannya.
larutan.
Ujian Biuret
Tiada perubahan warna
berlaku disebabkan
ketidakhadiran protein
dalam larutan.
Putih telur + jus Warna Larutan Mendakan putih telur
B gastrik buatan larutan berubah melarut akibat tindak
menjadi menjadi balas enzim pepsin
warna warna ungu terhadap putih telur.
kuning, apabila diuji
lutcahaya dengan Ujian Biuret
dan putih Biuret. Perubahan warna ungu
telur pada larutan apabila
perlahan- diuji dengan Biuret
lahan disebabkan kehadiran
melarut. protein. Pepsin dalam
jus gastrik telah
menghidrolis putih telur
kepada polipeptida.
Putih telur + jus Terdapat Tiada Putih telur masih
C gastrik buatan + mendakan perubahan terdapat dalam larutan
natrium hidroksida putih dalam warna yang kerana enzim pepsin
cair larutan. berlaku tidak bertindak balas
pada dengan putih telur
larutan. kerana larutan beralkali.

Ujian Biuret
Tiada perubahan warna
berlaku disebabkan
ketidakhadiran protein
dalam larutan.

12
Perbincangan

Eksperimen ini menunjukkan tindakan enzim pepsin ke atas putih telur


atau albumin iaitu sejenis protein. Enzim pepsin akan menghidrolis putih
telur menjadi asid amino. Asid amino ini dapat dikesan melalui ujian Biuret
dengan warna ungu sebagai penanda kehadiran asid amino dalam
larutan.

Semasa eksperimen dijalankan, ketiga-tiga tabung uji perlu diletakkan di


dalam water bath yang dikekalkan pada suhu 37 oC. Ini bertujuan untuk
menjadikan suhu yang digunakan untuk tindak balas enzim pepsin dalam
eksperimen ini sama seperti suhu tubuh badan manusia. Selain itu, mulut
tabung uji perlu ditutup dengan kertas timah bagi mengelakkan
kemusnahan akibat terdedah pada udara.

Untuk tabung uji A, putih telur telah dicampurkan bersama asid hidroklorik
cair. Setelah satu jam, mendakan putih telur masih terdapat dalam larutan
dan tiada perubahan warna direkodkan apabila diuji dengan ujian Biuret.
Ini kerana, tiada enzim pepsin hadir untuk menghidrolis putih telur kepada
asid amino. Maka, tiada sebarang perubahan berlaku dalam larutan
tersebut.

Manakala, untuk tabung uji B, putih telur telah dicampurkan bersama jus
gastik buatan. Setelah satu jam, larutan berubah kepada warna kuning
dan kemudiannya menjadi lutcahaya dan mendakan putih telur melarut
perlahan-lahan. Apabila diuji dengan ujian Biuret, larutan berubah menjadi
warna ungu. Hal ini kerana tindakan enzim pepsin yang terdapat dalam jus
gastrik buatan akan menghidrolis putih telur menjadi asid amino. Maka,
mendakan putih telur tidak lagi kelihatan dan ujian Biuret menunjukkan
ujian positif untuk kehadiran protein. Tindakan enzim pepsin amat aktif
pada pH ini iaitu keadaan berasid.

Untuk tabung uji C, putih telur telah dicampur dengan jus gastrik buatan
dan juga natrium hidroksida cair. Setelah satu jam, mendakan putih telur
masih kelihatan kerana tindak balas tidak berlaku pada larutan beralkali.

13
Antara langkah berjaga-jaga yang boleh diambil semasa eksperimen ini
dijalankan ialah tabung uji dibilas dengan air suling untuk mengelakkan
pencemaran pada bahan. Selain itu, pastikan suhu water bath iaitu 37 oC
dijaga untuk memastikan keputusan yang diperolehin tepat. Mulut tabung
uji perlulah ditutup dengan kertas timah untuk mengelakkan bahan
daripada teroksida. Larutan asid hidroklorik dan natrium hidroksida
perlulah diuruskan dengan baik bagi mengelakkan kecederaan berlaku.
Pastikan bawah termometer tidak terkena permukaan bikar supaya suhu
air dapat dibaca dengan betul.

Kesimpulan

Pepsin akan bertindak balas dengan aktif pada larutan berasid iaitu pada
pH 1-2. Pepsin tidak dapat bertindak balas pada larutan alkali dan neutral.

Kesimpulan Keseluruhan

1. Bagi eksperimen (a), kesimpulan yang dapat dirumuskan ialah kanji


dapat dihidrolis kepada maltosa dengan aktif pada pH 6.5-7.5.
Sekiranya, larutan terlalu berasid maka proses hidrolisis tidak dapat
berlaku dengan aktif. Enzim amiles akan bertindak hanya pada
kanji. Enzim amiles akan menghidrolis kanji kepada maltosa pada
pH yang tertentu.
2. Manakala, untuk eksperimen (b), enzim dapat bertindak pada suhu
optimum iaitu 37 oC, suhu badan manusia. Sekiranya suhu terlalu
rendah, kadar tindak balas enzim akan menjadi sangat perlahan.
Tetapi sekiranya, suhu semakin tinggi, kadar tindak balas enzim
akan meningkat dan akhirnya tiada tindak balas berlaku.
3. Eksperimen (c) menunjukkan pepsin akan bertindak balas dengan
aktif pada larutan berasid iaitu pada pH 1-2. Pepsin tidak dapat
bertindak balas pada larutan alkali dan neutral.

14
Soalan dan Jawapan

Eksperimen B

1. Lakarkan graf 1/t terhadap suhu. Apakah suhu optimum untuk


aktiviti?

2. Terangkan bagaimana suhu mempengaruhi kesan enzim dalam


pemangkinan tindak balas biokimia?

Enzim mempunyai suhu optimum untuk menjalankan tindak balas


biokimia denagn pantas. Enzim akan bertindak balas pada suhu
yang tinggi kerana suhu yang tinggi meningkatkan tenaga kinetik
bagi enzim dan molekul substrat serta dapat meningkatkan kadar
tindak balas. Apabila suhu meningkat, kadar tindak balas akan
meningkatkan. Setelah enzim mencapai suhu optimum iaitu
kebiasaannya 37 oC hingga 40 oC, kadar tindak balas adalah paling
tinggi. Setelah enzim melebihi suhu optimum, kadar tindak balas
akan menurun dengan cepat. Hal ini, disebabkan tapak aktif pada
enzim telah pun berubah bentuk atau hancur disebabkan suhu
yang tinggi. Dengan ini, tindak balas biokimia tidak dapat berlaku.
Manakala, apabila suhu terlalu rendah, tindak balas biokimia amat
perlahan kerana tenaga kinetik yang dihasilkan oleh enzim dan
molekul substrat adalah rendah. Maka, tindak balas akan berlaku
dengan kadar yang sangat perlahan.

15
Eksperimen C

1. Apa yang berlaku kepada suspensi telur putih dalam tabung uji B?

Suspensi pada tabung uji B akan berubah warna menjadi kuning,


lutcahaya dan perlahan-lahan melarut. Hal ini kerana enzim pepsin
dapat bertindak balas dengan baik pada keadaan ini iaitu larutan
berasid.

2. Apakah berlaku sebarang perubahan dalam tabung uji lain?

Dalam tabung uji A dan C, perubahan warna tidak berlaku kerana


tiada tindak balas enzim pepsin untuk menghidrolisis putih telur
kepada asid amino. Enzim pepsin tidak dapat bertindak balas
dalam larutan beralkali dan neutral.

16
Rujukan

Buku

Abdullah, H. D. (2009). College Matriculation Biology Semester I & II.


Shah Alam: IPTA Publications.

Wai, M. C. (2007). TOTAL PRO SPM Biology Form 4&5. Petaling Jaya:
Sasbadi Sdn. Bhd.

Internet

Blurt. (2009). What Is The Effect Of Temperature On Enzyme Activity?


diambil pada April 27,2011, daripada Blurt It!:
http://www.blurtit.com/q923677.html

College, B. (2009). Effect of temperature on enzyme activity. Diambil pada


April 27, 2011,daripada Biology 4:
http://academic.brooklyn.cuny.edu/biology/bio4fv/page/enz_act.htm

Steane, R. (2009). The Action of Amylase on Starch. Diambil pada April27,


2011, daripada BioTopic.co.uk:
http://www.biotopics.co.uk/nutrition/amylex.html

Wikipedia. (2008). Biuret Test. Diambil pada April 27, 2011, daripada
Wikipedia.com:http://en.wikipedia.org/wiki/Biuret_test

17
18

You might also like