You are on page 1of 15

`AQIDAH ISLAMIYYAH (EDI 1101A)

TAJUK :

PERTEMBUNGAN DI ANTARA ISLAM DAN SEKULARISME TERUS BERLAKU DALAM ARUS MASAKINI. BINCANGKAN SEJARAH KEMUNCULAN SEKULARISME DAN HURAIKAN BAGAIMANA SEKULARISME BOLEH MEMBAWA KEPADA PENYELEWENGAN `AQIDAH SESEORANG MUSLIM

DISELIA OLEH

DISEDIAKAN OLEH

NAMA : ROSLIZA....... NO MATRIKS : PROGRAM :

PENDAHULUAN

Dalam masyarakat Islam, terdapat amalan menggunakan akal dan rasional untuk menjelaskan wahyu (al-Quran dan as-Sunnah). Arus perubahan dunia pula mendesak kita untuk mengiktiraf satu kod etika yang diasaskan kepada fahaman universalisme yang bersifat sekular dan materialistik. Dari sudut falsafah, keutamaan fungsi akal diutamakan dalam idealisme, realisme dan humanisme. Begitu juga dengan aliran pragmatisme, eksistensialisme dan kognitivisme amat mementingkan fungsi akal. Tetapi malangnya kesemuanya itu adalah sekular. Ombak besar Globalisasi atau dunia tanpa sempadan telah menunjukkan gerakan pemikiran liberal-sekular telah mempengaruhi serta mewarnai seluruh aspek kehidupan seluruh manusia sebagai kod etika tunggal sedunia. Gerakan ini menyebabkan keinginan kepada ilmu wahyu (al-Quran dan Sunnah) dan agama khususnya Islam sentiasa dianggap sebagai faktor penghalang. Sebaliknya ia disesuaikan untuk memberi laluan kepada gerakan liberal dan sekular serta demokratik. Dalam situasi pendidikan hari ini, tugas yang paling utama adalah untuk menyediakan dan mempersiapkan anak-anak yang mampu menghadapi masa depan yang penuh dengan pelbagai cabaran. Salah satu cabaran itu ialah pensejagatan atau globalisasi, satu cabaran hidup dalam dunia tanpa sempadan.1

Sabri Bin Abd Ghani, Pengaruh Pendidikan Sekular-Liberal Terhadap Umat Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, hal 1.

DEFINISI SEKULARISME

Sekular berasal daripada perkataan Latin 'saeculum' yang bererti 'suatu generasi atau zaman'. Dalam konteks barat dan dunia Kristian sekular membawa maksud penolakan agama dalam urusan yang berkaitan dengan keduniaan atau lebih jelasnya pemisahan antara agama dan negara. Agama cuma dibataskan kepada urusan individu dan duniawi dan tidak mempunyai hubungan dengan urusan politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.2

Terjemahannya dalam bahasa Arab ialah al-Ilmaniah. Orang Arab yang beragama Kristian cuba mengelirukan umat Islam dengan mendakwa kononnya ia daripada perkataan ilmu. Terjemahan yang sebenar al-Ilmaniah ialah duniawi. Alasannya ajaran ini didakwa bersumberkan ilmu dunia yang memberi kemajuan kepada manusia.3

Dengan begitu sekularisme adalah bermakna satu fahaman yang memisahkan agama dari kehidupan ini, khususnya kehidupan bernegara. Agama adalah masalah peribadi yang tidak mempunyai kaitan dengan negara. Manusia adalah bebas dari asuhan agama dan ketetapan dari Yang Maha Kuasa. Sekularisme menentang sebarang pengaruh agama dan manusia bebas menentukan kepercayaan dan arah haluan hidupnya sendiri.

Teras kepada sekularisme ialah politik yang berasaskan kepada perkauman atau pun kebangsaan, atau apa yang kita panggil nasionalisme. Manakala ekonominya pula berasaskan laissez faire dan falsafah individualisme. Ia kemudiannya merebak ke dalam masyarakat dan
http //www.ukhwah.com/print.php?sid=33 (25 Mei 2011) Abdul Hadi Awang, Sejarah Kemunculan Sekularisme, (http //mazhab.sementoji.net/v1/?p=57), (25 Mei 2011)

menjadi sebahagian dari gaya hidup mereka yang merupakan pemujaan kepada modenisma, materialisma dan pemujaan hawa nafsu.4

Sekularisme menafikan aspek kehidupan yang berkaitan dengan kerohanian dan menekankan kepada aspek-aspek kebendaan. Sekularisme juga menafikan kewibawaan yang mempunyai unsur-unsur kerohanian. Ini termasuklah penolakan kuasa mutlak Allah s.w.t. dan kewibawaan para nabi dan rasul. Para sekularis menganggap agama adalah buatan manusia dan tidak mengikut peredaran zaman.5

Menurut Dr. Mahmud Zuhdi dan Nurcholish Madjid (2003), sekularisme ialah satu fahaman yang berorientasikan dunia. Ia muncul sebagai hasil daripada 'zaman kesedaran' si Eropah yang bersemangat anti agama. Mereka berpendapat bahawa dunia ini adalah mutlak dan menjadi tujuan yang terakhir dengan menolak adanya kehidupan di akhirat. Mereka beranggapan manusia mampu menggunakan pertimbangannya untuk menguruskan

kehidupan. Tetapi ajaran Islam yang berorientasikan kehidupan akhirat telah menolak fahaman sekular. Negara Islam yang mula-mula menerapkan prinsip sekularisasi dalam politik ialah Turki yang dilakukan oleh Mustafa Kemal Ataturk melalui pengishtiharan sebagai sebuah negara republik pada 29 Oktober 1923.

Pemikiran sekular yang memisahkan antara agama dan keduniaan ditolak di mana akidah dan ilmu perlu disepadukan bagi memastikan insan yang dididik akan dapat dibentuk sebagai khalifatullah yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas- tugasnya. Pemisahan antara akidah dan ilmu akan melahirkan manusia yang tidak seimbang dan

Hafiz Noor Shams, [869] Of Confronting Disinformation On Secularism, http / /maddruid.com/?p=871, (26 Mei 2011) 5 http //www.ukhwah.com/print.php?sid=33 (25 Mei 2011)

akhirnya akan mewujudkan kerosakan di muka bumi. Aspek kerohanian dengan sendiri akan dikesampingkan oleh manusia yang menyebabkan wujudnya keterbatasan dalam sumbersumber ilmu dalam pendidikan itu sendiri.

Dalam Islam umat Islam bermaksud masyarakat universal yang dianggotai oleh berbagai jenis kaum dan bangsa disatukan oleh komitmen masing-masing terhadap Islam. Oleh itu, setiap individu Muslim secara otomatik, mahu tidak mahu, adalah seorang anggota dalam kesatuan Umat Islam. Dalam erti kata yang lain iman dan tawhid adalah factor penyatuan dan bukan lagi warna kulit, bahasa dan bangsa. Umat inilah yang dimaksudkan dipengaruhi oleh fahaman liberal-sekular.6

SEJARAH KEMUNCULAN SEKULARISME

Sekularisme lahir daripada pergolakan yang berlaku dalam agama Kristian pada abad pertengahan. Kemunculannya adalah berikutan tindakbalas penganut agama tersebut terhadap kongkongan dan penguasaan gereja ke atas masyarakat. Peperangan Salib telah membuka mata orang Kristian Eropah terhadap perubahan, termasuk menuntut kebebasan daripada semua bentuk kongkongan gereja yang selama ini hanya membenarkan ilmu-ilmu yang tidak bercanggah dengan kepentingannya. 7

Melalui gerakan yang dilakukan, orang Kristian Eropah berjay memisahkan seluruh a aspek kehidupan mereka daripada pengaruh gereja. Kemajuan ilmu pengetahuan yang dicapai membolehkan mereka menghasilkan kemajuan ekonomi dan politik. Sistem feudal yang
6 7

Sabri Bin Abd Ghani, opcit, hal. 2-4 Ibid

diamalkan sebelum ini digantikan dengan sistem kapitalis yang pada awal abad ke-20 turut membawa kepada kemunculan Komunisme dan Sosialisme. Melalui pemisahan sepenuhnya antara agama dan negara masyarakat moden yang dibentuk di Eropah dibina di atas asas sekular.

Sekularisme merebak ke dunia Islam melalui pertembungan dengan barat. Menjelang pertengahan abad ke-19, sebahagian besar wilayah Islam dijajah oleh barat. Ini termasuklah penjajahan Inggeris di Tanah Melayu (1874), Perancis di Tunisia (1881), Inggeris di Mesir (1882) dan Rusia di Merv (1883).

Daulah Islamiyah yang masih mampu bertahan ialah Daulah Uthmaniyah. Namun begitu, Daulah Uthmaniyah terpaksa berhadapan dengan ancaman barat yang menggelar daulah tersebut sebagai 'orang sakit Eropah'. Sebagai usaha untuk menghadapi ancaman ini, Daulah Uthmaniyah telah mengambil nilai-nilai barat agar mampu menghadapi persaingan tersebut. Ini termasuklah menghantar pelajar-pelajar Turki belajar di barat, memperkenalkan sistem pendidikan barat, menerima sistem perundangan barat termasuk hak sama rata antara orang Islam dan orang bukan Islam dan sebagainya.

Penerimaan unsur-unsur barat turut membawa idea dan nilai barat ke dalam masyarakat Turki. Kemasukan unsur-unsur ini merupakan permulaan kepada usaha-usaha ke arah memisahkan peranan agama dalam pemerintahan. usaha-usaha ini dijuarai oleh pergerakan Turki Muda yang kemudiannya berjaya menjatuhkan pemerintahan Sultan Abdul Hamid II pada tahun 1909. Pemerintahan Turki Muda selama lebih kurang satu dekad menyaksikan Daulah Uthmaniyah hancur dan turki kemudiannya muncul sebagai sebuah negara sekular.

Peristiwa yang berlaku di Turki meruapakn satu contoh bagaimana sekularisme berjaya merobohkan sebuah peradaban yang dibina selama 600 tahun. Sekularisme juga bertapak di negara-negara Islam yang lain dan seterusnya berjaya mendominasi politik negara. Golongan sekularis yang mengambil pelbagai bentuk seperti nasionalis sosialis, Baathis dan sebagainya kini merupakan kelompok yang berjaya menguasai politik negara Islam. Kejayaan yang dicapai oleh kelompok ini adalah hasil eksploitasi, tipu daya, peranan kuasa barat dan juga akibat beberapa kelemahan kelompok Islam sendiri sehingga menyebabkan mereka gagal dalam persaingan yang berlaku.8

Al-Syahid Hasan al-Banna dalam Majmuah Rasail menegaskan bahawa Islam merupakan sistem sempurna yang merangkumi urusan kehidupan manusia semuanya. Ia merangkumi negara, kerajaan, rakyat, akidah, syariat, akhlak, ekonomi, keadilan, undangundang, ilmu, jihad, dakwah, tentera dan lain-lain. Pendek kata tidak ada perkara yang dibiarkan melainkan Islam merangkuminya. Al-Quran sendiri telah menggariskan beberapa dasar umum untuk umat Islam dalam memandu kehidupan mereka. Sebagai contoh dalam bidang akidah (lihat surah Al-Imran ayat 19), bidang ibadat (lihat surah Al-Baqarah ayat 43), bidang sosial (lihat surah Al-Baqarah ayat 188), bidang politik (lihat surah Saba ayat 15), bidang undang-undang perlembagaan (lihat surah Al-Nisa ayat 59) dan juga bidang-bidang yang lain.

Islam tidak sekali-kali membenarkan penyebaran fahaman sekularisme di sampingnya dengan membahagikan tugas antara keduanya iaitu, Islam hanya berfungsi di dalam urusan akidah dan sekularisme pula berfungsi di dalam urusan syariat. Perkara ini tidak mungkin terjadi kerana Islam merupakan satu agama yang terkandung di dalamnya akidah dan syariat sekaligus dan ia tidak membenarkan pemisahan ini dilakukan seperti mana Islam tidak

ibid

membenarkan tuhan-tuhan lain ditaati dalam bidang syariah seperti ditaatinya Allah dalam bidang akidah. Allah telah menegaskan dalam al-Quran bahawa agama yang diredhainya hanyalah Islam yang suci. FirmanNya yang bermaksud, Sesungguhnya al-Din (agama) yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam, surah Al-Imran ayat 19.

Jadi untuk menyamakan Islam dengan agama Kristian dan percub aan memasukkan fahaman sekular ke dalam Islam adalah satu kesilapan dan jenayah yang besar. Islam tidak seperti kristian kerana Islam datang dari Pencipta manusia iaitu Allah s.w.t, ia selamat dari cacat cela. Kristian pada asalnya agama tauhid tetapi telah diselewengkan oleh paderi-paderi untuk kepentingan mereka. Sekularisme bukan berasal dari Islam dan Islam berlepas tangan dari fahaman kufur ini dan tidak ada kena mengena dengannya. Sesiapa sahaja daripada umat Islam yang mengagungkan sekularisme iaitu dengan menganggap untuk maju tidak perlu beramal dengan Islam maka boleh membahayakan akidahnya.

Sekularisme bukan hanya sekadar berpandangan politik suku agama suku tetapi dengan menyempitkan ruang lingkup agama, itu juga termasuk dalam sekularisme seperti beramal dengan Islam secara separuh. Apa yang memberi keuntungan dan kemudahan diterima pakai manakala yang mendatangkan kesusahan ditolak tepi. Sebab itulah perbuatan ini ditempelak oleh Allah melalui firmanNya surah al-Baqarah ayat 85, maksudnya : adakah kamu percaya (beriman) kepada sebahagian kandungan Kitab (al-Quran) dan ingkar akan sebahagiannya? Sebaliknya Allah memerintahkan agar menerima Islam secara

keseluruhannya melalui firmanNya surah al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud, wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam keseluruhannya. 9

http //hikmatun.wordpress.com/2007/02/15/hakikat-sekularisme-dan-kaedah-penyebarannya/

PENGARUH SEKULARISME TERHADAP ISLAM

Pendidikan Barat ialah sistem yang tidak mementingkan prinsip-prinsip atau dasar-dasar yang mutlak. Sebagai contoh ianya tidak terikat kepada hukum-hukum agama, sistem nilai, sistem kebudayaan, atau apa sahaja yang bersifat dasar. Pendidikan Barat lebih mementingkan keadaan semasa atau setempat. Oleh itu nilai-nilai dalam pendidikan Barat tidak bersifat kebenaran mutlak. Terdapat pelbagai cara yang digunakan oleh liberal dan sekular bagi mempengaruhi umat Islam sama ada dalam keadaan disedari atau sebaliknya, antaranya ialah: 1. Menyekat pengajian agama Islam secara material dan moral. Sekatan secara material dilakukan dengan membuka pintu seluas mungkin kepada pengajian yang kosong dari ruh agama Islam (pengajian yang jauh dari penekanan agama). Pengajian sebegini akan dibantu dan dibangunkan serta diberi kemudahan dari segi material. Adapun pengajian agama Islam disempitkan bantuan kewangan ataupun tidak dibantu langsung. Sebarang bantuan lebih dicurahkan kepada pengajian sekularisme. Sekatan secara moral ialah dengan memperlekehkan golongan penuntut agama dan tuan-tuan guru mereka. Membeza-bezakan antara guru-guru agama dan guru-guru subjek lain dalam setiap keadaan memang satu perkara yang disengajakan. Begitu juga membezabezakan antara lepasan bidang agama dan lepasan bidang-bidang lain. Mereka akan lari dari agama dan lebih cenderung kepada pengajian bidang bukan agama. 2. Menghantar pelajar Islam ke negara-negara bukan Islam untuk belajar. Misi penghantaran ini akan membuahkan hasilnya yang memang dinanti-nantikan iaitu pelajar itu bertambah jahil dengan agama, nilai serta adat yang baik dan akan menyebabkan pelajar itu tertarik dengan budaya barat. Di samping itu, akan tertanam dalam diri pelajar itu tabiat (kelakuan) yang menyeleweng dari ajaran Islam. Dengan berlalunya masa, tabiat menyeleweng ini akan menjadi sebati dengan diri pelajar.

3. Melonggarkan sukatan pengajian agama atas nama kemajuan akademik. Residen Britain di Mesir Lord Krumer semasa penjajahan Britain ke atas Mesir telah melaunglaungkan slogan pembaharuan dalam Universiti al-Azhar dengan memasukkan subjek sivil dalam sukatan pengajiannya. Percampuran ini menyebabkan pelajar lemah dalam menguasai ilmu agama. Beberapa sukatan pelajaran juga telah dibuang atau dikurangkan seperti subjek yang berkaitan jihad menyebabkan ruh jihad telah hilang dalam diri pelajar Islam. Pelonggaran sukatan pengajian agama berlaku di seluruh negara Islam dengan tujuan untuk melemahkan pelajar-pelajar Islam. 4. Paling bahaya cara yang digunakan ialah percampuran lelaki dan perempuan ketika pengajian. Mereka (golongan sekular) memulakannya di negara-negara Islam dengan mendakwa ianya kemajuan dan kemodenan tetapi ia sebenarnya menyalakan lagi obor nafsu manusia. Mereka juga mendakwa percampuran itu dapat mematangkan pemikiran tetapi mereka telah tersilap kerana ia antara punca tercetusnya masalah sosial yang kronik akibat percampuran yang tidak dikawal. Ilmu sains membuktikan percampuran sebegini akan membawa kepada 2 keadaan ; Samada ia akan membekukan nafsu seks antara 2 jantina, dengan erti kata lain, lelaki tidak lagi bernafsu kepada wanita secara tabii tetapi lebih bernafsu kepada kaum sejenis (satu perbuatan yang dikutuk oleh Allah s.w.t). Penyakit ini semakin menular di negaranegara barat dan juga Amerika Syarikat, ataupun ia akan meransangkan lagi api nafsu.10

Prof. Dr. Sidek Baba (2006) dalam tulisannya menyatakan bahawa penjajahan barat di dalam dunia Islam pada hari telah menyebabkan kemerosotan tamadun Islam menyebabkan ilmu dan pendidikan tersisih dari nilainya yang fitrah. Ilmu dan pendidikan tumbuh dalam

10

Sabri Bin Abd Ghani, opcit

10

binaan asas yang menolak faktor Rabbani menyebabkan ilmu dan pendidikan menjadi sekular dan melahirkan anak didik yang melihat faktor duniawi adalah segala-gala.

Melalui pengaruh Amerika dan Barat, roh al-Quran telah cuba dikeluarkan dan dipadamkan daripada hati, jiwa dan minda umat Islam menyebabkan berlaku kecelaruan dalam kehidupan seperti menganggap Rasul s.a.w itu sebagai tokoh sejarah dan bukannya sebagai nabi terakhir atau pun sebagai kekasih Allah, meletakkan akal pada tahap wahyu, keadilan Islam tidak ada kebenaran dan potensi akal dapat membina Islam dengan lebih baik dari apa yang diwahyukan.

Krisis nilai agama dan moral manusia diera mutakhir ini seperti gejala sosial, salah faham terhadap agama dan sebagainya adalah berpunca dari kelemahan dalam diri manusia. Manusia memisahkan agama daripada aktiviti-aktiviti kehidupan menyebabkan umat Islam semakin lemah akidahnya dan semakin longgar pegangan kepada ilmu wahyu. 11

ANCAMAN SEKULARISME TERHADAP AQIDAH UMAT ISLAM

Ajaran sekular memberi kebebasan dalam kehidupan manusia untuk memilih mana-mana akidah yang mereka ingini. Manusia boleh berfikir dan beriktikad sesuka hati tanpa sebarang sekatan samada menyembah Allah atau menafikanNya atau menyembah sesama makhluk. Dalam hal ini, masyarakat boleh menolak atau menukar mana -mana agama yang mereka kehendaki tanpa bantahan daripada mana-mana pihak seperti yang tertakluk pada Perlembagaa Malaysia, Bahagian 11, fasal (1) iaitu Tiap-tiap orang adalah berhak

11

ibid

11

menganuti dan mengembangkan agamanya. Oleh itu, ia menjadikan penyembahan Tuhan dan ajaran agama boleh ditukar ganti bila-bila masa sahaja sesuka hati mereka, contohnya apabila dia ingin Islam, dia Islam apabila dia ingin keluar dari Islam keesokannya tiada siapa yang boleh menghalangnya kerana itu adalah haknya beragama.

Kebebasan agama ini adalah suatu penghinaan kepada kesucian Islam , fahaman ini menjadikan penyembahaan kepada tuhan dan ajaran agama sebagai barang yang boleh ditukar ganti. Kebebasan beragama ini mestilah ditentang kerana ia berhubungkait dengan aqidah seseorang mukmin dan akan menjerumuskannya kepada kehancuran dan kehinaan. Sekiranya kita membiarkannya sekularisme membuka pintu kemurtadan yang berterusan kepada umat Islam.

Agama yang lain tidak bolah disamakan dengan agama Islam kerana agama selain Islam adalah tertolak. Islam tidak mengiktiraf keba ilan walau apapun yang terjadi. Umat Islam perlu menyedari sesungguhnya tiada jalan lain yang dapat dihindarkan selain menyekat hakikat itu dan meruntuhkan ideologi tersebut sebelum ia meruntuhkan masyarakat kini. Islam sebenarnya bukan mengganggu hak kebebasan beragama. Islam tidak menghalang orang kafir yang tinggal di negara umat Islam untuk mengamalkan agama mereka kerana itu adalah hak mereka tetapi bagi masyarakat muslim mestilah tetap berpegang dengan agamanya kerana tiada agama lain yang lebih hebat untuk mereka anuti selain agam Islam.12 a

12

http //mardhotillah-bp.blogspot.com/2008/05/sekularisme-ancaman-dan-penyelesaian.html

12

KESIMPULAN

Sistem sekularisme di Eropah mempunyai sebab-sebab tertentu yang telah membawanya kepada aliran liberalisme dalam hal negara, politik, agama, ekonomi dan nilai akhlak. Fakta semasa telah membuktikan bahawa kebebasan individu tidak menjamin kedamaian dan kebahagiaan dalam masyarakat. Apabila kedamaian dan hasrat satu individu itu tercapai dalam masa yang sama ia membawa kepada kehancuran kedamaian individu yang lain. Hakikatnya sekularisme-liberalisme telah membawa kepada kehancuran diri insan itu sendiri. Islam menggalakkan sikap liberal tetapi menentang liberalisme, yang membolehkan budaya dan kelakuan yang melampaui batas syariat. Islam menggalakkan sikap pragmatis tetapi menentang fahaman pragmatisme yang bersifat oportunis yang tidak dibatasi dengan nilainilai agama. Begitu juga Islam menggalakkan mencintai tanahair tetapi tidaklah sampai melampaui batas sehingga kecintaan kepada tanahair boleh menentang ajaran -ajaran agama yang datangnya dari tuhan pencipta, seperti yang terdapat dalam fahaman nasionalisme sekular. Jika semangat nasionalisme diagungkan, kita dapati fahaman Yahudi Zionis sebagai suatu fahaman nasionalisme di tahap yang terkemuncak di dunia ini.

Islam menggalakkan kita berfikir secara rasional tetapi menentang fahaman rasionalisme yang menolak sumber wahyu. Islam menggalakkan pembangunan material tetapi galakan ini tidaklah sampai ke tahap fahaman materialisme yang menolak secara mutlak kewujudan pencipta, roh dan kuasa ghaib di alam ini.

Islam itu syumul, menepati dan memenuhi keperluan dan kehendak manusia dan alam ini dari awal penciptaannya hinggalah kehari kebinasaannya kerana ia datang dari Allah (tuhan) yang menciptakan alam ini dan segala isinya.

13

BIBLIOGRAFI

1. Sabri Bin Abd Ghani, Pengaruh Pendidikan Sekular-Liberal Terhadap Umat Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

2. http://www.ukhwah.com/print.php?sid=33 (25 Mei 2011)

3. Abdul

Hadi

Awang,

Sejarah

Kemunculan

Sekularisme,

(http://mazhab.sementoji.net/v1/?p=57), (25 Mei 2011)

4. Hafiz Noor Shams, [869] Of Confronting Disinformation On Secularism, http://maddruid.com/?p=871, (26 Mei 2011)

5. http://www.ukhwah.com/print.php?sid=33 (25 Mei 2011)

6. http://hikmatun.wordpress.com/2007/02/15/hakikat-sekularisme-dan-kaedahpenyebarannya/ (25 Mei 2011)

7.

http://mardhotillah-bp.blogspot.com/2008/05/sekularisme-ancaman-danpenyelesaian.html (25 Mei 2011)

14

SENARAI KANDUNGAN

MUKA HADAPAN PENDAHULUAN DEFINISI SEKULARISME SEJARAH KEMUNCULAN SEKULARISME PENGARUH SEKULARISME TERHADAP ISLAM ANCAMAN SEKULARISME TERHADAP AQIDAH UMAT ISLAM KESIMPULAN BIBLIOGRAFI

1 2 3 5 9 11 13 14

15

You might also like