You are on page 1of 10

Secebis peringatan (terutama yang dah/baru/akan kawin) Orang kata aku lahir dari perut ibu..

Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu Bila lapar, yang suapkan aku..ibu Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu! Bila bangun tidur, aku cari.. ibu Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu Bila nak bermanja... aku dekati ibu Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu Bila nakal, yang memarahi aku... ibu Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu Aku selalu teringatkan ..Ibu Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... Ibu Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! " Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu Yang selalu berleter kat aku.. Ibu Yang selalu puji aku.. Ibu Yang selalu nasihat aku.. Ibu Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu Aku ada pasangan hidup sendiri Bila seronok... aku cari pasanganku Bila sedih... aku cari Ibu Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku Bila berduka, aku peluk erat Ibuku

Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu Selalu... aku ingat pasanganku Selalu... Ibu ingat kat aku Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku Entah bila.. aku nak talipon Ibu Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku Renungkan: Dulu Ibu kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. ingatlah pengorbanan ibuuuuu.... Posted by Serikandi Mujahidah... at 1:14 AM

Pertandingan Sempena Hari Kemerdekaan Ke-52 Tahun 2009


Panitia Matematik telah menganjurkan Pertandingan Hari Kemerdekaan iaitu Pertandingan Mewarna untuk Tahap 1 dan Pertandingan Melabel dan Menjawab Soalan bagi Tahap 2. Pertandingan ini telah diadakan dengan jayanya pada 20 Ogos 2009. Program ini merupakan langkah Panitia Matematik untuk menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini. Di samping itu juga, diharap program ini dapat memberi kesedaran kepada murid-murid bahawa mereka perlu mengetahui sejarah kemerdekaan dan memupuk semangat 1 Malaysia seperti yang ditekankan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Kem Sahsiah Diri dan Kecemerlangan UPSR 2009


Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Panitia Teras telah menganjurkan Kem Sahsiah Diri dan Kecemerlangan UPSR di mana murid-murid tahun 6 telah berkampung di SK Tuarid Taud dari 31 Julai 2009 hingga 02 Ogos 2009. Slot Matematik telah diadakan pada 01 Ogos 2009 dari jam 2.00 hingga 3.30 petang. Aktiviti bagi slot ini ialah murid-murid dikehendaki menjawab soalan UPSR tahun 2008. Program ini banyak mendatangkan manfaat kepada semua murid tahun 6 yang terlibat kerana ia dapat memberi pendedahan dan pengalaman dalam usaha mengatur strategi menjawab soalan Kertas 2 bagi matapelajaran Matematik.

Science and Mathematics Week 2009


Buat julung kalinya Panitia Matematik bersama Panitia Sains telah bekerjasama dalam menganjurkan Science and Mathematics Week. Program ini telah diadakan dari 13 hingga 17 Julai 2009. Sepanjang minggu ini, berbagai aktiviti telah diadakan seperti;

Collective Questions (Level 1 and 2) Guess the Amount of Stars (Level 1 and 2) What's Inside The Black Box? (Level 1 and 2) Treasure Hunt (Level 2) Colouring Contest (Level 1) Quiz (Level 1 and 2)

Klinik UPSR 2009


Klinik UPSR bagi Slot Matematik telah diadakan pada 25 Jun 2009. Panitia Matematik telah menjemput Pn. Naswati Abdul Ghafar dari SK Apin-Apin sebagai penceramah untuk slot pertama. Bagi slot kedua, aktiviti kerja berkumpulan dan individu telah diadakan. Secara keseluruhannya, program ini telah banyak mendatangkan manfaat kepada semua murid tahun 6.

Aktiviti Jualan 'Candies' dan Bunga Sempena Hari Ibu dan Hari Guru 2009
Bagi menyemarakkan sambutan Hari Ibu dan Hari Guru, Panitia Matematik telah membuat jualan 'candies' dan bunga. Aktiviti dijalankan mulai 4 Mei sehingga 15 Mei 2009. Program ini juga bertujuan untuk menambah sumber kewangan Panitia Matematik. Ia juga secara tidak langsung memberi pendedahan kepada murid-murid tentang aktiviti jualan / perniagaan.

Senarai Politeknik Di Malaysia


Politeknik Ungku Omar Jalan Raja Musa Mahadi, 31400 Ipoh, Perak. Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah. Politeknik Kuching Sarawak Km. 22, Jalan Matang, 93050 Kuching. Sarawak Politeknik Kota Kinabalu Jalan Politeknik, Menggatal 88450 Kota Kinabalu, Sabah.

Politeknik Johor Bahru Km. 10, Jalan Kong Kong, 81700 Pasir Gudang, Johor Darul Takzim. Politeknik Kota, Melaka No. 2, Jalan PPM 10, Plaza Pandan Malim, Balai Panjang, 75250 Melaka. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Km. 8, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu.

Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang Stesen, 35950 Behrang, Perak

Politeknik Sultan Idris Shah Sungai Lang, 45100 Sungai Air Tawar, Selangor Politeknik Muadzam Shah Jln Istana Pelanti, 27600 Muadzam Shah, Pahang Politeknik Balik Pulau D/A Politeknik Seberang Perai. Jalan Permatang Pauh, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Politeknik Nilai N. Sembilan Lot A11, Kompleks Perniagaan Kuarters KLIA, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Semambu, 25350 Kuantan, Pahang. Politeknik Kota Bharu Km. 24, Kok Lanas, 16450 Ketereh, Kelantan.

Politeknik Port Dickson Km. 14, Jalan Pantai, 71050 Si Rusa, Negeri Sembilan Darul Khusus. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Persiaran Usahawan, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor.

Politeknik Seberang Perai Jalan Permatang Pauh, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang. Politeknik Kota, Kuala Terengganu Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu Terengganu. Politeknik Merlimau Jalan Jasin, 77300 Merlimau, Melaka. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim Hi-Tech Park, 09000 Kulim, Kedah. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Ulu Pauh, 02600 Arau Perlis

Politeknik Mukah Km. 7.5, Jalan Oya Mukah 96400 Mukah Sarawak Politeknik Jeli Kelantan D/A Politeknik Kota Bharu Km. 24, Kok Lanas, 16450 Ketereh Kelantan Politeknik Banting Selangor Politeknik Banting, d/a Kolej Komuniti Kuala Langgat, Jalan Sultan Sulaiman, 42700 Banting, Selangor.

You might also like