You are on page 1of 5

Rancangan Pengajaran Harian

Mata pelajaran Tahun Jumlah Murid Tarikh Masa Tema Tajuk Subtajuk

: : : : : : : :

Kajian Tempatan 5 Gemilang orang 13 April 2011 (Rabu) 9.00 pagi 10.00 pagi (1 jam) Mengenal Negara Kita Geografi Fizikal Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar

Hasil Pembelajaran :

Pada akhir pembelajaran murid dapat :1) Menyenaraikan jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di Malaysia. 2) Menjelaskan jenis habitat tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di Malaysia. 3) Membanding dan membezakan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar dua habitat.

Aktiviti P&P

: 1) Menonton dan menyanyikan lagu Hijau menerusi klip video yang ditayangkan. 2) Membuat lembaran kerja. 3) Kuiz.

Isi Pelajaran

Keindahan flora dan fauna di Malaysia. 1) Mengenali tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar yang terdapat di Malaysia. 2) Perbezaan antara Hutan Hujan Tropika dan Hutan Paya.

Penerapan nilai murni kebebasan,

Mencintai alam sekitar, menghargai flora dan fauna yang ada di negara kita, berdikari, kerajinan, hormat, kerjasama, keberanian.

Unsur patriotisme

Berbangga dengan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar yang terdapat di persekitaran kita. Menghargai kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.

Pengetahuan sedia ada

Murid mengetahui beberapa jenis binatang liar yang terdapat di Malaysia seperti harimau.

Sumber P&P

Buku Teks, bekas makanan, komputer, gula-gula coklat, lembaran kerja, skor markah, soalan kuiz, klip video lagu Hijau.

Elemen Pengurusan Pembelajaran Bestari / Kemahiran Generik

Kaedah Pemerhatian KBKK : Menghubungkait, menjana idea, mencirikan, membandingbeza Koperatif, kolaboratif, kontekstual, berpusatkan murid, inkuiri penemuan Verbal linguistik, logik, visual spatial, naturalis, intrapersonal

Kemahiran Generik

Kecerdasan Pelbagai

Prosedur Pelaksanaan

Elemen Pengurusan Pembelajaran Bestari / Kemahiran Generik KBKK Menghubungkait

Catatan (Penerapan nilai murni, sumber P&P, Isi pelajaran) Nilai murni Mencintai alam sekitar

Set Induksi (5 minit) 1) Guru menunjukkan klip video lagu Hijau kepada murid. 2) Guru bersoal jawab dengan murid tentang video yang ditunjukkan. 3) Sesi soal jawab antara guru dengan murid. 4) Guru mengaitkan sesi soal jawab dengan topik pelajaran pada hari ini.

Kaedah Pemerhatian Sumber P&P Kemahiran Generik Berpusatkan murid Klip video lagu Hijau

Kecerdasan Pelbagai Verbal linguistik Naturalis

Contoh soalan Video ini menceritakan tentang apa?

Langkah 1 (15 minit)

KBKK

Nilai murni Berdikari Kerajinan

- Menjana idea 1) Guru menerangkan jenis tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar yang terdapat Kemahiran Generik di Malaysia. - Kontekstual 2) Murid diminta merujuk - Inkuiri penemuan Buku Teks (hlm 36-38) sebagai panduan dan untuk mendapat maklumat Kecerdasan Pelbagai yang lebih lanjut. - Verbal linguistik 3) Guru bersoal jawab dengan murid tentang tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di Malaysia. 4) Guru mengedarkan lembaran kerja dan meminta murid merujuk Buku Teks sebagai panduan.

Sumber P&P Lembaran kerja Buku teks

Isi pelajaran Mengenali tumbuh-tumbuhan dan haiwan liar yang terdapat di Malaysia.

Contoh soalan Ini haiwan apa?

Langkah 2 (20 minit) 1) Guru meminta murid memilih dua biji gula-gula coklat yang mempunyai lima warna yang berbeza. 2) Murid diminta duduk dalam kumpulan yang mempunyai warna gulagula coklat yang sama. 3) Guru menerangkan caracara permainan kuiz yang akan dijalankan. 4) Kuiz diteruskan sehingga semua soalan selesai diajukan. 5) Kumpulan yang menang ditentukan melalui jumlah kutipan markah yang tertinggi.

KBKK Menjana idea Menghubungkait Mencirikan Membandingbeza

Nilai Hormat Kebebasan Bekerjasama

Sumber P&P Kemahiran Generik Koperatif Kolaboratif Bekas makanan Skor markah Gula-gula coklat pelbagai warna Soalan kuiz

Kecerdasan Pelbagai Verbal linguistik Logik

Contoh soalan kuiz Nyatakan hidupan liar yang terdapat di Malaysia.

Langkah 3 (15 minit)

KBKK

Nilai Kerajinan Keberanian

1) Guru mengedarkan boring - Membandingbeza pengurusan grafik banding beza. Kemahiran Generik 2) Murid diminta melengkapkan boring - Inkuiri penemuan banding beza antara Hutan Hujan Tropika Kecerdasan Pelbagai dengan Hutan Paya berdasarkan Buku Teks - Verbal linguistik (hlm 39). 3) Guru memilih murid secara rawak untuk mendapatkan jawapan. 4) Guru member penerangan lanjut.

Sumber P&P Borang pengurusan grafik Buku Teks

Isi pelajaran Perbezaan Hutan Hujan Tropika dengan Hutan Paya.

Penutup (5 minit) 1) Guru merumuskan topik hari ini dengan mengimbas kembali jenis tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar di Malaysia. 2) Guru mengakhiri pelajaran dengan meminta murid menyanyi lagu Hijau bersama-sama.

Kecerdasan Pelbagai Verbal linguistik Visual spatial Intrapersonal

Nilai Menghargai flora dan fauna yang ada di negara kita.

Sumber P&P Klip video lagu Hijau

You might also like