You are on page 1of 16

PENGHARGAAN

Pertama sekali saya ingin bersyukur kepada Allah S.W.T. diatas rahmat yang diberi kepada saya untuk meyelesaikan tugasan Kerja Kursus Sejarah dan saya ingin juga mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada Pengetua sekolah iaitu Tuan Sani Bin Sahwi kerana telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursusu ini.Tidak lupa juga kepada guru geografi saya iaitu Encik Serman Shah yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang menjalankan kajian ini. Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa yang tersayang iaitu Bakar Othman dan Norliyah Abdullah kerana membrikan sokongan dan dorongan yang padu kepada saya dalam menjalankan kajian ini.Banyak wang ringgit yang mereka telah habiskan demi memastikan seorang anak yang disayangi ini dapat melaksanakan kajian ini dengan jayanya. Tidak lupa juga dengan rakan-rakan seperjuangan saya yang telah banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan. Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Jawatan Kuasa Masjid Daerah Sandakan yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan.Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik mereka.

OBJEKTIF KAJIAN
Saya telah ditugaskan untuk menjalankan satu kajian tentang satu pentadbiran komuniti setempat di sekitar daerah Sandakan.Pentadbiran komuniti setempat yang saya pilih ialah Masjid Daerah Sandakan.Kajian saya merangkumi objektif-objektif berikut: Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih.Ini akan dapat membatu saya membuat satu kajian yang berilmiah dengan tatacara yang betul,jelas dan tepat. Dengan membuat kajian ini,saya telah memperolehi pengalaman untuk menjalankan kajian. Saya juga dapat menanmkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan generasi muda melalui kajian ini.

KAEDAH KAJIAN
Sebelum memulakan kajian,saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik.Oleh itu saya telah menggunakan 2 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini.Antara kaedah-kaedah tesebut ialah: Rujukan: -Saya telah membuat rujukan di dalam buku-buku ilmiah dan juga laman sesawang seperti Wikipedia dan Google. 2. Temu bual: -Dalam kajian ini,saya telah menemu bual beberapa ahli jawatan kuasa di Masjid Daerah Sandakan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang masjid tersebut.

HASIL KAJIAN

Institusi Pentadbiran Tempatan Masjid Daerah Sandakan mempunyai kawasan tapak seluas 7.91 ekar.Masjid ini terletaknya kira-kira dua batu dari Pusat Bandar Sandakan.Ianya mengambil masa kira-kira 20 minit daripada taman perumahan saya untuk sampai ke sana dengan menaiki kenderaan.Masjid Daerah Sandakan mempunyai misi untuk mewujudkan penyatuan masyarakat Islam dalam segala hal kehidupan sama ada berkaitan dengan perkara duniawi dan ukhrawi(akhirat).Masjid Daerah Sandakan mempunyai dua visi iaitu: 1. Membentuk sebuah masyarakat yang kuat pegangan iman agar terhindar dari gejala social. 2. Memupuk kefahaman dan kesedaran masyarakat ke arah pengamalan dan penghayatan cara hidup yang berlandaskan ajaran Islam.

CARTA ORGANISASI MASJID DAERAH SANDAKAN

LATAR BELAKANG
1. Sejarah Penubuhan Masjid Daerah Sandakan dibina pada12 April 1982 dan berterusan hingga 23 Sertember 1985.Namun begitu,pembinaannya tertangguh pada tahun 1986 disebabkan perkara yang tidak diingini berlaku.Pembinaan masjid ini dapat disambung semula pada5 Mei 1987 dan siap dengan sempurnanya pada bulan Desember 1989.Masjid Daerah Sandakan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Shah pada hari Jumaat,27 Julai 1990 bersamaan dengan 5 Muharram 1411. 2. Udang-Undang Tubuh Merujuk kepada garis panduan penubuhan sesebuah masjid,masjid ini ditubuhkan berdasarkan ordinan kerajaan Sabah di bawah kawal seliaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah(JHEAINS).Menurut perlembagaan tersebut,pihak JHEAINS akan melantik seorang pengerusi untuk mengetuai pembinaan sesebuah masjid.Kemudian,pengerusi masjid tersebut berindak melantik ahli-ahli ahli jawatan kuasa pembinaan masjid.Peruntukan kos pembinaan

masjid pula akan dibiayai oleh pihak Kerajaan Negeri Sabah bagi pembinaan sesebuah masjid daerah. 3. Tanggungjawab Bidang Tugas Pentadbir Tugas atau tanggungjawab utama pemimpin adalah untuk memandu arah organisasi atau institusi yang diketuainya. Beliau juga bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan institusi tersebut pada setiap ketika. Pemimpin yang berkesan berjaya membawa perubahan kepada organisai yang diketuai. Begitu juga dengan institusi masjid yang sudah lama bertapak dalam masyarakat.Terdapat beberapa tanggungjawab bidang tugas pentadbir di Masjid Daerah Sandakan.Antaranya ialah:

a) Perancangan aktiviti Kejayaan pentadbiran dan pengurusan sesebuah masjid biasanya diukur dengan sejauh mana ia berjaya mengadakan program dan aktiviti pengimarahan masjid. Semua aktiviti pengimarahan masjid perlu dibuat perancangan tahunan secara terperinci. Anggaran bajet perlu disesuaikan dengan perancangan dan pelaksanaan aktiviti. Aktiviti masjid dibuat berdasarkan latar belakang masyarakat setempat dengan mengambil kira kumpulan sasaran tertentu. Melalui perancangan tersebut dapat mengelakkan pertindihan aktiviti dengan surau-surau berdekatan atau kemudahan untuk mendapatkan penceramah berkualiti. b) Penyelanggaraan, keselamatan, kebersihan dan keceriaan masjid Kebersihan dan keceriaan masjid akan menggambarkan kecekapan pengurusan dan pantadbiran sesebuah masjid. Kebersihan adalah sesuatu yang amat diberi keutamaan oleh Islam. Oleh itu,

dalam konteks sebuah masjid, tandas mesti sentiasa bersih, rumput dipotong dan pokok dicantas, sampah sarap dibuang, ruang sembahyang perlu bersih, cermin tingkap tidak berhabuk, lantai kemas dan bersih, pokok-pokok bunga ditanam dengan kemas dan teratur, sistem lampu dan pembesar suara berfungsi dengan baik serta keselamatan jemaah dan barang-barang mereka terjamin selamat. Oleh itu pekerja-pekerja masjid perlu disediakan jadual bertugas bagi menentukan semua kemudahan dan peralatan masjid serta persekitarannya sentiasa kemas dan bersih. Harta masjid juga perlu disimpan dengan selamat serta disediakan senarai inventori barang-barang berkenaan.

c) Peningkatan pengurusan masjid Mereka yang diberikan tanggungjawab sebagai Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid adalah terdiri daripada mereka yang berwibawa iaitu mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas tersebut. Tahap kelulusan dan pengalaman merupakan antara kriteria utama yang diambilkira. Selain dari itu, mereka juga mestilah terdiri daripada golongan yang cintakan ilmu pengetahuan serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran dari semasa ke semasa. Selain dari perkara yang di-nyatakan di atas, pegawai dan ahli Jawatankuasa masjid perlu didedahkan dengan aspek pengurusan semasa berkaitan dengan pengurusan mesyuarat,

pengurusan kewangan, kaunseling dan sebagainya. Dengan adanya pengetahuan dan kemahiran tersebut mereka akan mampu melaksanakan tugas dengan sistematik dan berkesan. d) Memantapkan Struktur Organisasi Masjid Struktur organisasi pentadbiran masjid perlu disusun dari semasa ke semasa sesuai dengan perkembangan masa. Bagi memastikan keberkesanan pentadbiran, Jawatankuasa kariah masjid bolehlah membentuk Jawatankuasa kecil atau biro-biro seperti berikut: 1. Biro Pembangunan,pentadbiran dan informasi. 2. Biro dakwah dan tarbiyah 3. Biro sosial dan kebajikan 4. Biro ekonomi dan kewangan 5. Biro kebersihan dan keceriaan 6. Biro pembangunan belia 7. Biro hal ehwal wanita 4. Cara Pelantikan Pentadbir Perlantikan imam adalah dibawah seliaan pihak JHEAINS atau Jakim.Pihak tersebut akan bertindak melantik imam masjid daerah serta imam rawatib.Perranan imam masjid daerah ialah mengawal semua selia imam-imam masjid di seluruh daerah Sandakan dan menjadi imam bagi solat Jumaat atau solat-solat sunat pada bulan Ramadhan dan Syawal.Bagi imam rawatib

pula,mereka ditugaskan untuk menjaga dan memastikan perjalanan waktu solat fardhu.Selain itu,mereka bertindak menguruskan jenazah dan menyampaikan khutbah.

PERANAN MASJID DAERAH SANDAKAN


Daripada apa yang kita semua tahu,semua di dalam dunia ini ada peranannya tersendiri.Begitu juga dengan Masjid Daerah Sandakan.Masjid ini memainkan peranan didalam aspek pendidikan,keagamaan,kemasyarakatan dan juga perayaan.

1. Pendidikan - Peranan Masjid Daerah Sandakan di dalam aspek pendidikan ialah memberikan seusuatu ilmu yang berkaitan dengan agama Islam kepada masyarakat setempat.Mengikut kepercayaan agama Islam,Allah S.W.T.(tuhan) mewajibkan ilmu itu dituntut oleh hamba-hambanya. 2. Keagamaan -Daripada segi keagamaan pula,masjid ini berperanan untuk menyediakan tempat beribadah bagi masyarakat Islam di Sandakan.Selain itu,masjid ini juga tempat untuk melaungkan azan iaitu tanda masuknya waktu solat fardu.Disamping itu,segala kursus Haji atau Umrah ataupun yang berkaitan dengan keagamaan,kebiasaannya di sempurnakan di masjid ini. 3. Kemasyarakatan -Peranan Masjid Daerah Sandakan didalam aspek kemasyarakatan ialah untuk penyebaran ilmu tertutamanya ilmu mengenai agama islam seperti belajar membaca Al-Quran,belajar mentafsir Al-Quran dan sebagainya.Selain itu,masjid ini juga berperanan untuk memberikan panduan kepada masyarakat setempat di sekitar daerah Sandakan ini.Disamping itu,masjid ini juga berperanan untuk menjadi tempat beribadah untuk orang-orang Islam.Akhir sekali,masjid ini berperanan untuk penyatuan ummah seperti majlis sambutan perayaan,majlis pernikahan dan sebagainya.

4. Ekonomi

-Masjid Daerah Sandakan mempunyai peranan untuk meningkatkan lagi ekonomi negara dari aspek keagamaan.Selain itu,masjid ini berperanan untuk menjadikan ekonomi negara kita sebagai ekonomi yang berkembang pesat dengan berpandukan keislaman dan ingin menjadikan Negara kita sebagai negara contoh kepada negara-negara yang lain.

PERKEMBANGAN
Tahun demi tahun,Masjid Daerah Sandakan telahpun memperolehi beberapa perkembangan.Antara perkembangan-perkembangan tersebut ialah: 1. Sumber Kewangan -Sumber perkembangan Masjid Daerah Sandakan berkembang maju kebanyakkannya daripada hasil dermaan para jemaah masjid.Setiap kali seseorang itu besembahyang di masjid ini,kadangkalanya individu itu akan memberikan derma kepada masjid.Kutipan derma yang paling banyak ialah pada hari jumaat.Ianya kerana umat islam menunaikan solat jumaat. 2. Cabaran Yang Dihadapi Masjid -Hakisan tanah yang boleh menyebabkan tebing masjid runtuh namun tindakan segera telah diambil oleh masjid dengan menutup bahagian yang runtuh itu dengan plastic pelindung. 3. Perancangan Masa Hadapan -Antara rancangan-rancangan pada masa hadapan masjid ini ialah untuk membuat seusatu kursus yang boleh memantapkan iman generasi muda pada zaman sekarang.Selain itu,masjid ini juga ingin melebihkan membuat sesuatu kebajikan. 4. Seranan Dan Harapan -Antara seranan dan harapan masjid ini ialah menceriakan suasana di sekitar masjid.Selain itu,masjid ini juga mengharapkan agar masyarakat di daerah Sandakan ini mempunyai iman yang mantap dengan adanya kursus-kursus yang di tawarkan oleh masjid ini.

RUMUSAN
Selepas menjalankan kajian ini,saya amat besyukur menjadi rakyat Malaysia kerana wujudnya semangat kekitaan untuk memajukan negara walaupun dari segi keagamaan sahaja.Saya juga berasa amat bertuah kerana dapat mengenali Masjid Daerah Sandakan ini dengan lebih mendalam lagi.Jikalau dulu saya hanya mengetahuinya sebagai masjid biasa sahaja,sekarang saya telah mengenalinya dengan lebih mendalam.Bak kata pepatah orang,Tak kenal maka tak cinta. Selepas kajian ini juga,saya lebih menghormati dan menghayati Masjid Daerah Sandakan dan baru saya sedari bahawa betapa hebatnya masjid ini daripada apa yang saya sangkakan.

RUJUKAN
1. Internet -http://mkgraja.com/modules/wordpress/?p=7 -http://masjidnegara.gov.my/portal/ -http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Daerah_Sandakan

2. Lawatan Kawasan Kajian - Masjid Daerah Sandakan 3. Orang Sumber -Masran Tawa,penyelia Masjid Daerah Sandakan. 4. Buku Ilmiah -Masjid Daerah Sandakan,diterbitkan oleh Jabatan Ketua Menteri bagi pihak Jawatankuasa Induk Keberangkatan Lawatan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Shah dan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Aging Tuanku Bainun ke Sabah.

You might also like