You are on page 1of 2

Sekolah Kebangsaan Merbong, 95800 Engkilili.

__________________________________________________________________________
Rujukan Tuan : JPS(W)SPPP(unp)/153/08/13/04/22/(90) Tarikh : 08 Ogos 2011

Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang Jalan Simpang Tiga 93604 Kuching, Sarawak. Melalui dan salinan: Guru Besar SK Merbong 95800 Engkilili.

Pegawai Pelajaran Daerah, Daerah Lubok Antu 95900 Lubok Antu. Tuan, Rayuan Pertukaran Setara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DGA32 (Sarawak) Merujuk kepada surat daripada Pengarah Pelajaran Sarawak , JPS(W)SPPP(unp)/153/08/13/04/22/(90) bertarikh 17 Jun 2011, saya telah ditukarkan dari SK Penom,Spaoh, Betong ke SK Merbong, Engkilili, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan pihak tuan.

2. Namun demikian, saya merayu untuk dipindahkan dari sekolah tersebut atas beberapa alasan di bawah ini: (i) Untuk pengetahuan pihak tuan, saya tidak memohon pertukaran ke daerah Lubok Antu memandangkan suami ( di SK Bakong, Sri Aman) dan keluarga saya di daerah Sri Aman. Jelas bahawa daerah ini tidak ada dalam senarai saya dan bukan tempat yang saya pohon. (ii) Sekolah SK Merbong memerlukan saya memandu dalam masa 45 minit dan berjalan kaki dari tempat parkir seberang sungai ke sekolah dalam masa 15 hingga 20 minit. Dengan usia yang meningkat dan kesihatan yang kurang mengizinkan saya bukan sahaja mengerah kudrat berjalan melintasi rumah panjang, sawah padi dan kebun getah tetapi pernah dikejar anjing. Untuk pengetahuan tuan, seorang guru perempuan yang ada di sekolah ini tinggal di kuarters sekolah, dua orang lagi guru

perempuan menumpang suami masing-masing sementara guru lelaki yang lain berulang-alik majoritinya menggunakan motorsikal. (iii) Dengan jumlah ahli keluarga seramai 6 orang, perbelanjaan bulanan keluarga saya masih belum lagi pulih kerana terpaksa berpecah haluan dengan suami dan anak-anak.

3. Besarlah harapan saya agar permohonan saya ini dipertimbangkan memandangkan kemungkinan ada Guru Penolong Kanan yang memohon pertukaran dari SK Bakong, Sri Aman ( tempat suami bertugas sekarang) dan SK Gran Stumbin, Sri Aman.

4. Saya dahului dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak tuan dan semua yang terlibat dalam membantu urusan pertukaran saya ini.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

( ZAINON BINTI NAHAR ) KP: 710628-13-5610 /S.25730

s.k.

Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman

You might also like