You are on page 1of 13

BOOKLET PERCUMA: MASALAH HARTA SEPENCARIAN & PENYELESAIANNYA www.hartaKu.

com

MASALAH HARTA SEPENCARIAN DAN PENYELESAIANNYA


Disediakan oleh Novantas Consulting Sdn Bhd (564722-X) 1. Definisi Harta Sepencarian Dalam enakmen Pentadbiran Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia, harta sepencarian didefinisikan sebagai harta yang diperoleh bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syarak Secara mudah, harta sepencarian bolehlah diertikan sebagai suatu harta sama ada harta alih atau tak alih yang diperolehi bersama oleh suami dan isteri hasil daripada usaha dan sumbangan bersama dalam tempoh perkahwinan mereka termasuklah juga nilai harta yang diperolehi sebelum mereka berkahwin (harta asal) yang telah dimajukan atau ditingkatkan nilainya dalam masa perkahwinan melalui hasil usaha bersama. Dua unsur iaitu usaha dan sumbangan bersama dalam tempoh perkahwinan dilihat sebagai elemen yang perlu ada bagi mengklasifikasikan harta itu sebagai harta sepencarian. 2. Sumber Hukum Harta Sepencarian Konsep harta sepencarian adalah satu contoh daripada adat Melayu yang dikuatkuasakan oleh Mahkamah Syariah. Tidak terdapat dalil tentang harta sepencarian didalam Al-Quran atau sunnah nabi. Walaubagaimanapun, ia tidak bercanggah dengan hukum Islam. Pemakaiannya sebagai undang-undang Islam di Malaysia bersesuaian dengan kaedah fiqh iaitu al-Adah Muhkamah yang memberi maksud adat diperhakimkan. Dengan kata lain, adat boleh dijadikan tambahan kepada sumber rujukan bagi perundangan selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip perundangan Islam. 3. Jenis Harta yang Diterima Sebagai Harta Sepencarian Semua jenis harta sama ada yang diperolehi atau dimajukan secara bersama oleh pasangan suami isteri sepanjang tempoh perkahwinan mereka adalah dikira sebagai harta sepencarian. Ini termasuk sama ada harta tersebut boleh alih atau tidak boleh alih. Contoh harta boleh alih ialah kenderaan, perabut dan peralatan rumah, barang-barang kemas dan perhiasan, wang tunai, bukubuku dan sebagainya. Contoh harta tidak boleh alih ialah tanah, rumah, syarikat perniagaan, kedai, kilang dan sebagainya. Perlu dijelaskan disini bahawa di Malaysia, wang simpanan pekerja KWSP atau EPF, insurans atau takaful, dan wang simpanan di Tabung Haji tidak dikira sebagai harta sepencarian kerana ia dikategorikan sebagai harta penama, yang perlu diagihkan sepenuhnya mengikut hukum faraid. Penama tersebut bertindak sebagai wasi (pemegang amanah) yang bertanggungjawab membahagi wang berkenaan secara faraid kepada ahli waris yang lain.

BOOKLET PERCUMA: MASALAH HARTA SEPENCARIAN & PENYELESAIANNYA www.hartaKu.com Manakala di Singapura, wang simpanan CPF boleh dituntut oleh pasangan si mati sebagai harta sepencarian. Perbezaan ini berlaku kerana definisi harta sepencarian berbeza mengikut enakmen negeri masing-masing. Ia bukan hukum Allah tetapi adat yang diperhakimkan. 4. Sumbangan Jelas dan Sumbangan Tidak Jelas Terdapat perbezaan antara sumbangan yang jelas dan sumbangan yang tidak jelas yang diberi oleh pihak isteri atau suami. Sebagai contoh dalam kes satu pasangan suami isteri bersama-sama membeli sebuah rumah untuk mereka diami dan masing-masing menjelaskan bayaran bulanan rumah dengan kadar 50:50, sumbangan mereka berdua sangat jelas. Suami dan isteri sama-sama berhak keatas separuh dari rumah tersebut. Adalah lebih elok jika mereka menyimpan resit pembayaran tersebut sebagai bukti sumbangan mereka dalam memperolehi harta tersebut. Bukti tersebut boleh dikemukakan ke mahkamah jika terdapat tuntutan harta sepencarian kemudian hari kelak. Resit-resit pembelian peralatan rumah terutama yang berharga tinggi mungkin elok disimpan sebagai bukti anda yang membeli atau menyumbang pembelian barangan tersebut. Bunyinya memang remeh tetapi mahkamah memerlukan bukti pembelian seperti itu. Sumbangan tidak jelas selalunya melibatkan pasangan isteri yang tidak berkerja atau suri rumah sepenuh masa. Dalam kes ini hanya suami sahaja yang berkerja untuk menyara keluarga. Sebagai contoh, suami membeli sebidang tanah menggunakan wangnya sendiri manakala isteri adalah suri rumah sepenuh masa. Sekiranya, berlaku perceraian atau suami meninggal dunia, bolehkah isteri membuat tuntutan harta sepencarian ke atas tanah tersebut? Jawapannya, boleh tetapi hanya mahkamah syariah yang berhak menentukan jumlah bahagian isteri ke atas harta sepencarian tersebut. Perkara ini dibincangkan dalam tajuk kecil; Bagaimana Mahkamah Menentukan Jumlah Tuntutan Pasangan Dalam Sesuatu Harta Sepencarian? di bawah 5. Harta Sepencarian Adalah Hak Pasangan Harta sepencarian merupakan hak pasangan iaitu suami atau isteri. Apabila berlaku perceraian di antara pasangan suami isteri, mereka boleh untuk membuat tuntutan atau tidak membuat tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Syariah dengan mengemukakan bukti-bukti tertentu (seperti resit pembelian harta atau perkakas rumah seperti peti sejuk, televisyen dan lain-lain) yang ada pada suami atau isteri. 6. Bila Tuntutan Harta Sepencarian Boleh Dibuat? Tututan ke atas harta sepencarian boleh dibuat jika berlaku perceraian di antara pasangan suami isteri sama ada bercerai hidup atau bercerai mati. Tuntutan hendaklah dibuat di Mahkamah Syariah dan mahkamah sahaja yang berhak menentukan bahagian harta sepencarian kepada pihak yang menuntut.

BOOKLET PERCUMA: MASALAH HARTA SEPENCARIAN & PENYELESAIANNYA www.hartaKu.com

Siapa yang Boleh Membuat Tuntutan Harta Sepencarian?


7. Harta sepencarian adalah hak bersama pasangan suami isteri sepanjang tempoh perkahwinan mereka. Oleh itu hanya suami dan isteri sahaja yang berhak membuat tuntutan ke atas harta sepencarian. Tuntutan boleh dibuat terutama jika berlaku perceraian dan ada harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan yang pemilikannya dipertikai oleh pasangan itu. Jika perpisahan berlaku kerana kematian salah satu pihak, maka pihak yang hidup (suami atau isteri) boleh memohon perisytiharan harta sepencarian sebelum harta itu menjadi harta pusaka si mati Mahkamah biasanya akan menerima permohonan pasangan yang hidup jika dapat membuktikan bahawa sebahagian daripada harta yang ditinggalkan si mati itu adalah hartanya yang didasarkan kepada harta sepencarian. Begitupun, semua harta yang ditinggalkan oleh si mati boleh menjadi harta pusaka jika pihak yang hidup itu redha di atas peninggalan si mati atau dia tidak membangkitkan sebahagian daripada harta berkenaan sebagai harta sepencarian. Waris-waris lain yang berhak termasuk anakanak tidak mempunyai asas untuk memohon bagi pihak simati. Sebaliknya mereka hanya layak mendapat bahagian harta pusaka si mati sahaja. Tuntutan harta sepencarian boleh dikemukakan kepada Mahkamah Syariah jika pasangan itu berkahwin secara sah menurut syarak dan didaftarkan atau yang boleh didaftarkan menerusi pengesahan pernikahan di samping soal pemastautinan pihak-pihak tersebut. Semua tuntutan yang berkaitan dengan harta sepencarian sama ada harta alih atau tidak alih perlu dibuktikan bahawa harta itu diperoleh dalam tempoh perkahwinan. Pihak yang menuntut perlu membuktikan di mahkamah bahawa harta yang dipertikaikan benar-benar wujud dalam tempoh perkahwinan tersebut. 8. Suami berpoligami Bagaimana Hak Harta Sepencarian Madu? Katakan seorang suami yang mempunyai seorang isteri berkahwin dengan seorang wanita yang lain. Wanita tersebut merupakan madu kepada isteri yang pertama. Madu itu juga mempunyai hak ke atas harta sepencarian bersama suami bermula dari tarikh perkahwinannya. Ini bermakna madu itu tidak berhak ke atas harta sepencarian yang isteri pertama dan suami telah perolehi sebelum perkawinan suami dengan isteri kedua/madu. Untuk lebih jelas, sebagai contoh, isteri pertama bersama suami membeli sebidang tanah secara berkongsi dan pembayaran telah diselesaikan semuanya. Tanah tersebut ialah harta sepencarian isteri pertama dan suami. Kemudian si suami berkahwin pula isteri kedua. Isteri kedua tiada hak harta sepencarian keatas tanah tersebut kerana ia diperolehi sebelum perkahwinannya dengan suami. Hak harta sepencarian madu hanya berlaku ke atas harta-harta yang diperolehi oleh suami dan dirinya bermula dari tarikh perkahwinannya dan disepanjang perkahwinan tersebut berlangsung.

BOOKLET PERCUMA: MASALAH HARTA SEPENCARIAN & PENYELESAIANNYA www.hartaKu.com

Bolehkah Sepencarian?
9.

Isteri

Yang

Nusyuz

Membuat

Tuntutan

Harta

Seorang isteri yang bercerai dengan suaminya akibat kesalahannya sendiri seperti nusyuz (derhaka) masih berhak menuntut harta sepencarian. Begitu juga jika dia bercerai dengan suami melalui perceraian khulu' (tebus talak) kecuali ianya berdasarkan pelepasan tuntutannya atas harta sepencarian yang telah ditentukan hak pemilikan masing-masing. Sesiapa juga tidak berhak untuk menafikan hak salah satu pihak yang membuat tuntutan harta sepencarian jika pihak itu boleh membuktikan kepada mahkamah bahawa harta itu diperolehi dari hasil kedua-dua pihak dalam tempoh perkahwinan dan harta tesebut benar-benar wujud.

Perkahwinan Tidak Berdaftar


10. Apabila berlaku sesuatu perceraian, pihak suami atau isteri boleh mengemukakan tuntutan harta sepencarian kepada Mahkamah Syariah jika pasangan itu berkahwin secara sah menurut syarak dan didaftarkan atau yang boleh didaftarkan menerusi pengesahan pernikahan di samping soal pemastautinan pihak-pihak itu. Di negara ini, mengikut undang-undang pentadbiran Islam, tiada peruntukan yang membolehkan pasangan yang bersekududukan tanpa nikah untuk menuntut dan memperolehi apa-apa harta yang diperolehi sepanjang tempoh mereka bersekedudukan itu. Ini kerana hanya pasangan yang berkahwin secara sah sahaja yang layak untuk membuat tuntutan harta sepencarian. 11. Menukar Nama Harta Sepencarian, Adakah Ia Berdosa? Ia adalah bergantung kepada persetujuan yang dicapai antara pasangan terbabit. Jika salah seorang pasangan bersetuju untuk menukar hak milik harta yang dikumpulkan mereka sepanjang tempoh perkahwinan berlangsung maka ia tidak dianggap sebagai satu kesalahan atau berdosa. Sekiranya penukaran hak milik atau nama tersebut dilakukan secara paksa atau ketidakrelaan pihak yang satu lagi maka ia dikira sebagai tidak sah dari segi Islam dan berdosa kerana dianggap merampas hak milik orang lain walaupaun ia adalah kepunyaan suami atau isteri kita sendiri. 12. Bagaimana Membuat Tuntutan Harta Sepencarian? Setelah berlaku perceraian di antara suami isteri, sama ada bercerai hidup atau di sebabkan kematian, maka isteri atau suami boleh membuat tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Syariah. Dinasihatkan supaya pihak yang membuat tuntutan menyediakan dokumen atau bukti-bukti yang boleh menyokong tuntutan mereka untuk memastikan mereka memperolehi hak masing-masing dengan adil dan saksama. Setiap pasangan seharusnya sedar akan kepentingan untuk menyimpan apa-apa sahaja bukti seperti resit pembelian dan pembayaran. Contohnya resit pembelian tv, peti

BOOKLET PERCUMA: MASALAH HARTA SEPENCARIAN & PENYELESAIANNYA www.hartaKu.com sejuk, perabut, slip pembayaran ansuran bulanan kereta dan sebagainya. Sikap mengambil mudah dan sering mengalah di peringkat awal perkahwinan dengan beranggapan tiada masalah yang akan timbul di kemudian hari boleh merugikan diri sendiri kelak.

13.

Tidak Berpuas Hati Dengan Keputusan Mahkamah

Jika masih timbul ketidakpuasan di hati salah satu pihak yang bertelingkah, mereka boleh membuat tuntutan semula di mahkamah sekiranya mahkamah mendapati ada bukti-bukti baru yang boleh menyokong kuat tuntutan tersebut.

Bagaimana Mahkamah Syariah Menentukan Jumlah Tuntutan Harta Sepencarian?


14. Dalam tuntutan harta sepencarian, selain harta yang dipertikai diperolehi dalam tempoh perkahwinan, sumbangan bersama juga perlu dibuktikan di mahkamah. Dalam keadaan lain, meskipun harta berkenaan diperolehi dalam tempoh perkahwinan tetapi jika tidak ada unsur sumbangan yang boleh dibuktikan di mahkamah, maka pengadilan kes berkenaan adalah tertakluk kepada aktaakta lain atau peraturan-peraturan yang masih terpakai kepada orang-orang Islam dan bukan Islam. Dalam kes tertentu, mahkamah biasanya akan menentukan kadar sumbangan yang jelas tidak dipertikaikan oleh kedua-dua belah pihak dikembalikan Walaubgaimanapun, bagi sumbangan yang tidak jelas, pihak yang menuntut bahagian harta boleh mengkaveat(menahan harta) daripada dibahagikan jika dia merasakan harta tersebut diperolehi hasil sumbangannya secara langsung dalam tempoh perkahwinan. Alasannya kerana harta tersebut dianggap sebagai harta sepencarian yang mana masing-masing pihak mempunyai kepentingan ke atas harta yang dituntut. Tindakan mengkaveat harta dibuat semata-mata untuk menghalang pihak yang satu lagi menggunakan, menjual atau menggadai harta itu sebelum penyelesaian tercapai melalui keputusan mahkamah. Berasaskan kes-kes yang berkaitan dengan pertikaian harta ini, mahkamah biasanya terlebih dahulu merujuk setakat mana kadar sumbangan yang diberikan oleh kedua-dua pihak-pihak yang bertikai sebelum mensabitkan tuntutan tersebut. Sehubungan itu, harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan akan dinilai atau ditentukan bukan sahaja dengan meneliti sumbangan secara langsung, malah juga sumbangan secara tidak langsung. Hak diberi kepada isteri untuk menuntut harta adalah selaras dengan sumbangan yang diberikan kepada suami dan begitulah sebaliknya.

BOOKLET PERCUMA: MASALAH HARTA SEPENCARIAN & PENYELESAIANNYA www.hartaKu.com Namun demikian, sumbangan secara tidak langsung selalunya bergantung kepada budi bicara seorang hakim. Tidak semua kes yang diputuskan mengambilkira sumbangan secara tidak langsung ini sebagai elemen yang perlu dalam membuat tuntutan harta sepencaraian. Selain itu kadar pembahagian harta sepencarian kepada isteri juga berbeza daripada satu negeri dengan negeri yang lain. Di Kedah, Terengganu, Perak dan Selangor, pembahagiannya adalah separuh. Di Sarawak hanya satu pertiga. Di negeri-negeri lain lain pula, terpulang kepada budi bicara pihak kadi. 15. Panduan Bagaimana Tuntutan Harta Sepencarian (Petikan dari laman web Sister in Islam, www.sisterinislam.org.my)

Dilakukan?

Soalan: Suami saya baru meninggal dunia. Sekarang adik-beradiknya sibuk bertanyakan tentang harta pusaka. Tetapi, setahu saya, sebelum harta pusaka dibahagikan, saya berhak untuk menuntut harta sepencarian saya terlebih dahulu. Bagaimanakah caranya saya hendak membuat tuntutan ini sebelum harta suami saya direbut oleh adik-beradiknya? Buat pengetahuan SIS, kami tidak mempunyai anak dan waris yang tinggal hanyalah 2 adik lelaki suami saya. Jawapan: Mengikut hukum syarak, apabila seseorang itu meninggal, hartanya akan dibahagikan mengikut sistem faraid. Ayat-ayat 7, 11, 12 dan 176 dalam surah al-Nisaa' menggariskan panduan berkenaan waris-waris yang berhak dan juga bahagian-bahagian yang harus diperoleh setiap waris. Seperti yang terkandung dalam surah alNisaa' ayat 12, ``Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula seperempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah seperlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu'', bahagian puan ialah seperempat daripada harta pusaka suami. Namun, sebelum harta pusaka suami dibahagikan mengikut sistem faraid, puan berhak untuk menuntut harta sepencarian terlebih dahulu. Maka, salah satu hak yang bergantung terhadap harta itu termasuklah harta sepencarian yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Untuk menuntut harta sepencarian ini, puan hendaklah mengenalpasti mana satu harta pusaka suami yang merupakan harta sepencarian. Menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003, ss 2 mentafsirkan harta sepencarian sebagai harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syarak. Walaupun harta itu atas nama suami puan, tetapi jika ia merupakan harta sepencarian, maka puan berhak ke atasnya.

BOOKLET PERCUMA: MASALAH HARTA SEPENCARIAN & PENYELESAIANNYA www.hartaKu.com Untuk menuntut hak puan ini, apa yang perlu puan lakukan ialah memfailkan kes puan ini di Pejabat Daerah yang berdekatan di Bahagian Harta Pusaka Kecil, jika harta pusaka suami tidak melebihi RM600,000. Puan dikehendaki untuk melengkapkan Borang A untuk mendapatkan Suratcara Kuasa Mentadbir. Suratcara ini akan memberi kuasa kepada penama untuk membahagikan harta pusaka si mati. Sesiapa yang mempunyai kepentingan dalam harta pusaka si mati boleh memohon untuk menjadi pentadbir, termasuklah puan. Tetapi, jika ingin mengelakkan pertikaian, puan dan adik lelaki puan boleh menjadi pentadbir bersama dalam prosiding ini. Di sini juga puan hendaklah menyatakan bahawa puan ingin membuat tuntutan harta sepencarian ke atas harta pusaka si mati. Jadi, sebelum Suratcara itu dikeluarkan, tuntutan harta sepencarian puan akan ditentukan terlebih dahulu di Mahkamah Tinggi Syariah. Menurut ss 122 Enakmen, Mahkamah mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah pembahagian harta sepencarian. Apa yang puan perlu buktikan di sini adalah puan ada membuat sumbangan terhadap pemerolehan harta tersebut dan sebanyak mana takat sumbangan puan ke atas harta itu. Jika puan ada membuat apa-apa bayaran terhadap harta sepencarian tersebut, maka bukti-bukti seperti resitresit pembayaran, arahan potongan gaji, perjanjian pinjaman perlulah disertakan untuk menyokong kes puan. Selain daripada itu, sumbangan selain dari wang ringgit seperti tenaga yang disumbangkan juga akan diambil kira oleh Mahkamah untuk menentukan kadar sumbangan puan. Adalah lebih elok jika puan dapat membawa saksi untuk menyokong kes puan ini. Setelah Mahkamah Tinggi menentukan hak puan ke atas harta sepencarian, maka ia akan mengeluarkan perintah bahawa harta tersebut adalah milik puan dan hanya bakinya dibahagikan menurut sistem faraid. Berdasarkan ayat 12, surah al-Nisaa' di atas, puan berhak ke atas seperempat daripada harta pusaka si mati. Bakinya hendaklah dibahagikan kepada kedua-dua adik lelaki suami puan. Tuntutan harta sepencarian ini hendaklah dilakukan sebelum harta pusaka dibahagikan antara waris-waris kerana jika selepas harta itu selesai dibahagikan kepada waris-waris, maka puan akan dianggap tidak mahu atau melepaskan hak puan ke atas hak harta sepencarian. 16. Harta Sepencarian Asas Untuk Keluarga dan Anak-anak Sebenarnya pembahagian harta sepencarian dibuat adalah untuk menegakkan keadilan di antara suami isteri selaras dengan kehendak sesebuah masyarakat menurut undang-undang adat. Justeru itu, tuntutan dibuat bukan hanya berdasarkan kepada hak yang ada pada wanita bahkan terdapat juga tuntutan berdasarkan kepada prinsip upah.

BOOKLET PERCUMA: MASALAH HARTA SEPENCARIAN & PENYELESAIANNYA www.hartaKu.com Harta sepencarian bolehlah dikatakan sebagai satu sumber bagi seorang wanita atau ibu untuk dibelanjakan bagi meneruskan kehidupan mereka dan anak-anak. Ini secara tidak langsung menjamin agar kebajikan golongan yang lemah ini tidak disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jika ditinjau pandangan Islam, peruntukan khas tentang harta sepencarian tidak pernah wujud di dalam doktrin fiqh Islam. Walaupun demikian, pada dasarnya umum telah bersetuju bahawa adat Melayu memberikan hak kepada seorang isteri yang telah diceraikan oleh suaminya untuk menuntut sebahagian daripada harta yang diperolehi oleh mereka bersama semasa perkahwinan. Seterusnya adat ini diakui oleh undangundang Islam pada masa kini dengan membuat peruntukan khas dalam undang-undang keluarga Islam. Tujuan sebenar ditafsirkan pengumpulan harta adalah untuk kepentinagn rumahtangga. Menurut kelaziman, tuntutan hanya akan dibuat oleh pihak isteri dan bukannya dibuat oleh pihak suami. Ini kerana isteri yang telah diceraikan pada masa itu akan menghadapi kerumitan dalam menghadapi hidup baru tanpa suami yang sebelum ini bergantung penuh kepada suami untuk meneruskan kehidupannya. Sekurang-kurangnya peruntukan undang-undang yang kita amalkan ini dapat membantu pihak isteri meringankan bebanan perbelanjaan keluarga dan anak-anak setelah berpisah dengan pasangannya. Namun, perlu diingatkan kepada pihak suami bahawa jika bekas isteri berjaya dalam membuat tuntutan, ini tidak bermakna tanggung-jawab mereka untuk memberi nafkah kepad isteri dan anaknya boleh diabaikan begitu sahaja. Nafkah tersebut merupakan kewajiban para suami dan berdosa jika tidak dilaksaknakan.

Menjelaskan Bahagian Harta Sepencarian Pasangan Dalam Dokumen Wasiat


17. Menyediakan dokumen wasiat sangat penting. Selain dari menulis pesanan/wasiat di dalamnya kepada waris tentang hutang pewasiat yang belum dilunaskan (hutang kepada Allah dan juga manusia), perlantikan penjaga anak sekiranya pewasiat meninggal dunia, perlantikan wasi (pemegang amanah), mewasiatkan harta, mewakafkan harta, menyenaraikan harta-harta dan waris-waris yang berhak, penjelasan tentang harta sepencarian pasangan juga perlu ditulis di dalam dokumen wasiat. Ini sangat membantu mempercepatkan proses penyerahan harta sepencarian kepada pasangan oleh mahkamah. Ini memastikan masa depan orang tersayang iaitu isteri dan anak-anak yang hilang tempat bergantung terjamin. Pertama yang paling penting, mereka masih boleh tinggal di rumah yang

BOOKLET PERCUMA: MASALAH HARTA SEPENCARIAN & PENYELESAIANNYA www.hartaKu.com selama ini mereka duduki tanpa perlu berpindah. Selain daripada itu, penyelesaian tuntutan harta sepencarian ini dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat kerana butir-butir tentang harta dan waris-waris berhak telah dinyatakan dalam dokumen wasiat. Ini dapat menjamin isteri dan anak-anak yang ditinggalkan mendapat nafkah yang sangat diperlukan untuk meneruskan kehidupan mereka. Kit Penyelesaian Wasiat & Hibah yang Novantas Consulting Sdn Bhd terbitkan mengandungi antaranya borang wasiat yang boleh diisi sendiri dengan mudah. Di dalam borang tersebut terdapat satu bahagian untuk pewasiat menjelaskan bahagian harta sepencarian pasangannya iaitu sama ada suami atau isteri.

MRTA & Insuran Hayat Cara Mudah dan Selamat Untuk Kekalkan Tempat Berlindung
18. MRTA (Mortgage Reducing Term Assurance) berfungsi melindungi baki hutang pinjaman pembelian rumah oleh pembeli sekiranya beliau meninggal dunia atau hilang upaya kekal untuk berkerja. Syarikat takaful di Malaysia menggunakan terminologi Takaful Mortgage untuk menggantikan MRTA. Sebagai contoh, seorang suami membeli sebuah rumah dengan membuat pinjaman bank sebanyak RM 160,000 dengan ansuran bulanan untuk tempoh selama 25 tahun. Beliau juga membeli MRTA dari syarikat insuran untuk melindungi pelaburan beliau sekiranya beliau meninggal dunia sebelum habis membayar baki pinjaman beliau. Sekiranya beliau meninggal dunia, maka pihak insuran tersebut akan membayar baki pinjaman kepada bank dan rumah tersebut menjadi hak milik mutlak waris beliau. Waris-waris beliau termasuk isteri dan anak-anak, ibu bapa, saudara kandung lelaki jika beliau tiada anak lelaki, sebahagiannya untuk diserah kepada Baitulmal jika tiada anak lelaki dan tiada waris lelaki yang lain dan sebagainya. Jika semua wariswaris tersebut bersepakat untuk tidak mengambil hak mereka bahkan menyerahkannya kepada isteri dan anak-anak si mati, masalah tidak timbul. Tetapi realiti kehidupan sekarang tidak selalu begitu. Jika si mati seorang yang kaya dan demi untuk mengelakkan rumah tersebut dijual supaya wangnya boleh diagih-agihkan antara waris-waris berhak, wasi (pemegang amanah) yang dilantik, tidak perlu menjual rumah tersebut dan beliau boleh menggantikannya dengan wang tunai atau harta lain yang senilai dengannya.

BOOKLET PERCUMA: MASALAH HARTA SEPENCARIAN & PENYELESAIANNYA www.hartaKu.com Bagaimana pula jika rumah itulah satu-satunya harta yang ditinggalkan si mati? Dan bagaimana pula jika si mati ada hutang yang lain pula, seperti hutang kereta atau pinjaman peribadi? Dalam keadaan ini, insuran atau takaful hayat boleh membantu. Dengan bayaran bulanan yang minima, seseorang boleh mendapat pampasan maksima sehingga beberapa ratus ribu yang akan diserahkan kepada penama untuk diagihkan secara faraid kepada waris-waris si mati. Melalui permufakatan dan tolak ansur dengan waris-waris yang terlibat, wang pampasan tersebut boleh diberi kepada waris-waris lain untuk menggantikan rumah yang mereka berhak ke atasnya. Dengan ini rumah tersebut masih boleh diduduki oleh orang yang paling memerlukannya iaitu isteri dan anak-anak si mati. 19. Penutup Semoga penulisan di atas sedikit sebanyak memberi kefahaman tentang harta sepencarian dan persoalan-persoalan yang melingkunginya. Diharapkan juga Tuan/Puan mendapat maklumat berguna daripadanya untuk melindungi hak Tuan/Puan dan keluarga tersayang.

P/S: Untuk membantu Tuan/Puan dan pasangan, Kit Penyelesaian Wasiat & Hibah yang Novantas Consulting Sdn Bhd terbitkan memudahkan umat Islam untuk menyediakan dokumen wasiat dan hibah. Ia mengandungi buku rujukan lengkap tentang instrumen pembahagian harta dalam Islam. Instrumeninstrumen tersebut ialah Faraid, Wasiat, Hibah, Wakaf dan Harta Sepencarian. Buku tersebut penuh berwarna, lengkap dengan carta, jadual, contoh-contoh kes dan pengiraan dan ditulis dengan gaya penulisan popular untuk memudahkan pembacanya. Ia ditulis oleh 4 panel pengarang yang mempunyai latar belakang dalam bidang syariah, undangundang dan perancangan kewangan. Borang wasiat yang terdapat dalam setiap kit membolehkan Tuan/Puan menyediakan sendiri dokumen wasiat dengan mudah dan secara rahsia. Terdapat 5 borang wasiat semuanya yang boleh dikongsi dengan isteri/suami atau saudara mara yang lain. Tuan/Puan juga boleh bertanya dengan Pengarang jika memerlukan penjelasan lanjut. Juga terdapat borang hibah dan audio book didalamnya. Sila lawati www.hartaKu.com untuk penerangan lebih lanjut kit tersebut.

10

BOOKLET PERCUMA: MASALAH HARTA SEPENCARIAN & PENYELESAIANNYA www.hartaKu.com

Produk 1:

KIT WASIAT & HIBAH


HARGA: RM 150

Menerangkan dengan komprehensif instrumen pembahagian harta dalam Islam: Faraid, Wasiat, Hibah, Wakaf & Harta Sepencarian Menunjukkan cara-cara dan strategi menggunakan instrumeninstrumen tersebut Menunjukkan cara-cara menyediakan dokumen hibah & wasiat Menunjukkan cara-cara melaksanakan hibah & wasiat Anda boleh sediakan sendiri dokumen wasiat & hibah dengan kos paling minima Anda boleh merahsiakan isi kandungan dokumen wasiat anda Anda boleh baharui wasiat pada bila-bila masa tanpa sebarang kos tambahan Anda boleh berkongsi borang wasiat dengan orang lain Boleh bertanya Pengarang jika ada kemusykilan

11

BOOKLET PERCUMA: MASALAH HARTA SEPENCARIAN & PENYELESAIANNYA www.hartaKu.com

Sila lawati laman web www.hartaKu.com untuk penerangan lanjut kit tersebut
12

BOOKLET PERCUMA: MASALAH HARTA SEPENCARIAN & PENYELESAIANNYA www.hartaKu.com

Produk 2:

KIT WASIAT VERSI EKONOMI


HARGA: RM 25
Hanya RM 25 sebuah Ada buku panduan & borang wasiat Pengarang-pengarang berkelulusan syariah, undang-undang & kewangan Buat wasiat sendiri, tak pasti tanya pengarang kit Boleh diguna-pakai di Mahkamah Syariah

Sila lawati laman web www.hartaKu.com untuk penerangan lanjut kit tersebut

BORANG PESANAN

Hantar pesanan kepada: PESANAN KIT NOVANTAS CONSULTING SDN BHD 20-1, JALAN DAMAI PERDANA 5/1, BANDAR DAMAI PERDANA, 56000 CHERAS, KUALA LUMPUR TEL: 03-9101 2070/3070 FAKS: 03-9102 4070 (3) Bayaran Kaedah Pembayaran [ ] Tunai / Serahan Tingkap POS Malaysia (COD) [ ] Cek / Bank Draft / Postal Order / Money Order _________ [ ] Bank Transfer : Novantas Consulting Sdn Bhd (564722-X) Maybank A/C : 514 851 104 749 BCB A/C : 1409 135294054 [ ] Kad Kredit MASTER CARD / VISA Name on Card _________________________________________ Card Number _________________________________________ Issuing Bank _________________________________________ Expiry Date ____mm / ____yy (Will be called for verification) Cardholder Signature ___________________________________ Tarikh Pesanan / Order Date ____dd / _____mm / _____yy

(1) Pilih Produk & Kuantiti Kit Wasiat Versi Ekonomi RM 25 x ____kit = RM________ ISBN 983-42883-6-0 [Kos pos : RM4 sebuah kit] Kit Wasiat & Hibah RM150 x ____kit = RM _______ ISBN 983-42883-5-2 [Kos pos : RM10 sebuah kit] (2) Alamat Pemesan Nama : ___________________________________________ Alamat : __________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ Tel : ____________________ H/P : ____________________

13

You might also like