You are on page 1of 2

Posted: Wed Mar 29, 2006 3:29 am Post subject: Penciptaan Alam Semeseta Untuk

Uji Ketakwaan

--------------------------------------------------------------------------------

ALLAH mengurniakan banyak nikmat dan rahmat untuk membolehkan manusia hidup dengan
sempurna. Allah berfirman bermaksud: "Dan Dia telah memberikan kepadamu
(keperluanmu) daripada segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu
menghitung nikmat Allah, nescaya ia tidak terhitung. Sesungguhnya manusia itu
sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)." (Surah Ibrahim, ayat 34).

Antara nikmat dan rahmat utama yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia ialah
akal dan hati bagi membolehkan manusia berfikir.

Akal untuk berfikir yang membolehkan kita mencari dan mengembangkan ilmu.

Hati pula membolehkan kita membina sifat diri dengan nilai yang baik serta
terpuji.

Kebolehan manusia berfikir membolehkan mereka mengatur hidup dan menyelesaikan


masalah dengan sempurna serta berkesan melalui pedoman yang telah diturunkan
Allah. Dengan nikmat hati membolehkan manusia melakukan pertimbangan dengan tenang
dan jelas.

Misalnya, tamadun Islam dibina dengan kekuatan akal yang berjaya menjadikan umat
Islam terkenal dengan perkembangan dan pembentukan ilmu dalam pelbagai bidang.

Allah menjadikan semua di dunia ini dengan fitrahnya dan di atas rahmat serta
nikmat-Nya. Misalnya, air memiliki fungsi fitrahnya yang memberi manfaat kepada
manusia dan kehidupan lain.

Allah juga menjadikan minyak dan gas untuk menghasilkan tenaga yang membolehkan
kenderaan bergerak dan sumber untuk memasak serta bahan untuk menjana kuasa
elektrik. Semua ini adalah kemudahan dan manfaat manusia.

Justeru, sangat penting kita mensyukuri dan menghargai semua nikmat kurniaan
Allah.

Sesungguhnya kita sebagai manusia yang dikurniakan akal dituntut untuk sentiasa
bersyukur dan bertasbih kepada Allah atas segala kurniaan nikmat dan rahmat-Nya.

Allah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan
menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka
sesungguhnya azab-Ku amat pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7)

Firman-Nya lagi bermaksud : "Syukurilah nikmat Allah, jika hanya kepada-Nya kamu
sembah." (Surah al-Nahl, ayat 114).

Di atas segala nikmat dan ciptaan Allah ini, kita dituntut supaya sentiasa patuh
dan taat. Lagipun kita berperanan sebagai hamba Allah di bumi ini untuk memimpin
dan membuat pengurusan yang baik.

Nabi Muhammad SAW adalah teladan terbaik untuk dijadikan contoh dan ikutan dalam
pengurusan diri, keluarga, sumber dan dakwah serta jihad.

Semua nikmat dan rahmat seperti kemakmuran serta kesejahteraan negara bergantung
kepada sumber nikmat serta rahmat Allah.
Semua ini tidak akan berlaku tanpa keikhlasan, kejujuran dan ketelusan manusia
dalam mengurus dan memimpin semua nikmat Allah.

Di samping itu akan membawa natijah kepada keinsafan manusia bahawa tiada satu pun
di alam ini boleh diurus sesuka hati.

Oleh demikian semua nikmat dan ciptaan ini adalah amanah yang perlu dijaga,
diuruskan dan disempurnakan dengan baik.

Amanah daripada Allah ini mestilah digunakan dengan bijaksana, adil, saksama dan
bertanggungjawab.

Kita perlu ingat, nikmat dalam bentuk kesenangan, kekayaan dan harta serta pangkat
adalah sesuatu yang tidak kekal.

Kita akan mati dan meninggalkan semua itu, hanya amalan yang akan dibawa bersama.

You might also like