You are on page 1of 25

PENGENALAN Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran dalam kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang

betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk menggantikan sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran (1957). Dasar pendidikan ini telah disemak semula pada tahun 1960 dan telah menghasilkan Laporan Rahman Talib yang kemudiannya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran (1961). Seterusnya, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan memperbaiki

pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Rasional terhadap pembinaan Dasar Pendidikan Kebangsaan ini adalah berikutan sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambil kira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti

kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal mereka dan menekan semangat pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini mungkin secocok dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila Tanah Melayu sudah merdeka, ia didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan mempunyai matlamat sendiri. Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan dengan mengada dan memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan juga mendirikan sekolahsekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak. Di Kementerian Pendidikan pula, beberapa Bahagian dan Jawatankuasa yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan telah ditubuhkan atau

-1-

diperkuatkan bagi memastikan tercapainya hasrat Dasar Pendidikan ini. Diantaranya termasuklah penubuhan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional, Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Biro Buku Teks, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia,

Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, Bahagian Perkhidmatan, Sebaran Pendidikan dan Pusat Perkembangan Kurikulum. Kesimpulannya, Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan negara buat masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan sepadan dengan keperluankeperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya. Oleh itu, adalah sangat pentig bagi setiap individu yang berada di mana-mana sekalipun untuk memiliki peluang atau hak bagi mendapatkan pendidikan secara formal tanpa ada pengasingan etnik mahupun peluang. Keduanya ialah tiada perbezaan peluang antara kaum untuk mendapatkan sumber ilmu sebagai perantaraan untuk memajukan kehidupan mereka.

-2-

1.0)Ketaksamaan Peluang Pendidikan antara Pelajar Sekolah Luar Bandar dengan 1.1 Definisi 1.1.1 Ketaksamaan Konsep diskriminasi atau ketaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif (Amaljaya 2009). Oleh itu, ketaksamaan ialah perbuatan membanding dan membezakan individu atau kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. Pelajar Sekolah Bandar

1.1.2 Kawasan Bandar dan Kawasan Luar Bandar Takrif kawasan bandar ialah Kawasan yang diwartakan serta kawasan tepubina yang bersempadan dengannya dan gabungan kedua-dua kawasan ini yang mempunyai penduduk seramai 10,000 atau lebih semasa Banci Penduduk dan Perumahan 2000, manakala kawasan selainnya dan mempunyai jumlah penduduk kurang daripada 10,000 orang ditarifkan sebagai kawasan luar bandar (Jabatan Perangkaan Malaysia 2000).

1.2 Faktor Ketaksamaan Peluang Pendidikan Pendidikan merupakan satu proses di mana seseorang boleh

memperoleh banyak faedah sosial dalam pekerjaan, gaji yang mencukupi dan ada kemungkinan boleh memiliki kuasa politik. Ketaksamaan peluang dalam

pendidikan merupakan satu sekatan hak seseorang untuk mengembangkan potensinya.Tidak semua pelajar mempunyai peluang bersekolah yang sempurna kerana terdapat pelbagai kekangan yang berlaku. Hal seperti ini adalah sangat ketara dapat dilihat pada pelajar yang tinggal di kawasan luar bandar. Faktorfaktor ketaksamaan boleh dilihat dari sudut kelas sosial, kekurangan

infrastruktur, guru, ibu bapa,lokasi,budaya dan Sekolah Kurang Murid (SKM).

-3-

Faktor Kelas Sosial Dalam konteks Malaysia, ketidaksamaan pendidikan boleh dikaitkan dengan faktor kelas sosial. Kelas sosial merupakan salah satu aspek dalam stratifikasi sosial. Menurut Hazil Abdul Hamid (1990), kelas sosial dipandang sebagai sesuatu kenyataan yang mempunyai pengaruh di dalam pencapaian dan kemajuan akademik. Stratifikasi sosial atau dikenali sebagai pengelasan sosial sebenarnya sedikit sebanyak memberi pengaruh terhadap pendidikan. Stratifikasi sosial didefinisikan sebagai susun lapis masyarakat secara berhierarki struktur dan menunjukkan perbezaan antara individu-individu ataupun antara kumpulan-kumpulan yang berlaku dalam semua masyarakat (Amir Hassan Dawi 2006). Golongan yang kaya dari segi wang dan aset harta -Golongan profesional dan pentadbir -Kolar putih seperti pensyarah, guru, kerani dan jururawat Kolar biru yang melakukan pelbagai bentuk kerja manual seperti operator pengeluaran

Terbahagi kepada 4 golongan -miskin pasif yang meminta sedekah -Hostile iaitu penjenayah jalanan -Hustlers yang mempunyai pendapatan secara haram tapi tak ganas -Traumatic yang sentiasa mabuk dan tidak berumah

Rajah 1.21 : Stratifikasi Sosial Moden (Max Weber)

-4-

Berdasarkan Rajah 1.21, penduduk luar bandar boleh dikategorikan sebagai golongan kelas pekerja yang terdiri daripada pekerja kolar biru yang mempunyai latar belakang pendidikan PMR sehingga SPM. Kebanyakan mereka bekerja dengan menggunakan kemahiran yang ada seperti buruh binaan, tukang paip, pekerja kilang, pemandu kenderaan dan golongan bawahan iaitu mereka yang mempunyai kelulusan yang amat rendah dan ada juga yang tidak pernah mendapat pendidikan secara formal(Amir Hassan Dawi, 2006). Hal ini dapat dibuktikan melalui kedudukan ekonomi penduduk luar bandar yang jauh lebih mundur berbanding dengan penduduk di bandar. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya pelajar yang tinggal di luar bandar tercicir dari arus pembangunan negara rentetan daripada ekonomi keluarga sekaligus mendorong kearah wujudnya ketaksamaan peluang pendidikan.

Jadual 1.22 : Kadar Kemiskinan dan kemiskinan tegar mengikut kaum, 1999 dan 2004 (Rancangan Malaysia Kelapan 2006) Berdasarkan jadual di atas, wujudnya kemiskinan di luar bandar dianggarkan menjadi salah satu faktor penting yang telah membawa kepada pencapaian pelajar-pelajar sekolah luar bandar yang pada puratanya masih ketinggalan berbanding pelajar-pelajar di bandar. Melalui kajian yang dilakukan oleh Khuzainey binti Ismail dalam artikalnya yang bertajuk Pengkelasan Kelas Sosial, Perkaitan Antara Kelas Sosial Dan Pencapaian Pendidikan telah mengesahkan adanya hubungan yang rapat antara latar belakang sosio-ekonomi pelajar-pelajar dan prestasi akademik mereka. Pelajar-pelajar yang miskin dari segi ekonomi mungkin terpaksa membantu ibubapa dalam mencari rezeki atau

-5-

dikehendaki mengurus urusan rumahtangga. Ini bererti masa untuk belajar dan membuat kerja rumah akan berkurangan. Kemiskinan juga membawa kepada kurangnya kemudahan-kemudahan seperti komputer dan buku-buku rujukan tambahan di rumah yang boleh membantu mereka mencapai tahap pencapaian akademik yang lebih tinggi. Para pelajar di luar bandar yang miskin dari segi ekonomi tidak dapat hadir kelas-kelas tuisyen. Pada pendapat saya,secara relatifnya, pelajar yang tinggal di kawasan luar bandar akan memilih untuk berhenti sekolah akibat masalah kewangan

yang dihadapi dan menyebabkan pelajar tersebut terpaksa bekerja untuk membantu meringankan beban keluarga. Status ekonomi merupakan faktor

utama terhadap berlakunya pelajar yang berhenti sekolah yang disebabkan oleh latar belakang keluarga yang tidak berkemampuan.Sekiranya ekonomi sesebuah keluarga adalah rendah, kesihatan pelajar juga pasti terabai. Kesihatan adalah penting kepada pelajar bagi memiliki kecergasan badan dan kecerdasan otak. Mereka yang berpendapatan tinggi dan pertengahan lebih mampu untuk memperolehi kemudahan kesihatan yang lebih baik berbanding dengan golongan yang berpendapatan rendah. Dengan demikian, orang yang kaya adalah lebih sihat berbanding dengan orang miskin. Terdapat kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengenai tahap pemakanan di 69 buah kampung di luar bandar dan tujuh buah estet di Semenanjung Malaysia dalam kalangan kanak-kanak, orang Asli dan golongan perpendapatan rendah pada tahun 1992-1995 (Tee,Khor, Ng at al. 1998). Hasil kajian ke atas lima komuniti utama penduduk luar bandar dikenalpasti dalam kajian ini sebagai nelayan, penanam padi, pekebun getah kecil, penanam kelapa dan komuniti estet mendapati bahawa kejadian anemia (kekurangan darah) berlaku di setiap kategori umur dan dalam setiap komuniti responden. Didapati masalah anemia ketara terjadi di kalangan kanak-kanak lelaki dan perempuan prasekolah, kanak-kanak lelaki, kanak-kanak perempuan dan orang tua.

-6-

Pada pendapat, kesihatan amatlah mempengaruhi pendidikan pelajar seperti pengambilan nutrien yang seimbang dan berkhasiat untuk perkembangan otak yang cerdas,memberikan ransangan terhadap sosio-emosi dan

perkembangan kognitif kanak-kanak. Sekiranya pelajar tidak dapat menikmati makanan yang berkhasiat dan berzat, perkembangan pendidikannya juga akan menjadi lembap. Faktor Infrastruktur

Rajah 1.23 : Graf bilangan sekolah rendah dan menengah yang kekurangan infrastruktur dan kemudahan asas (Portal Pendidikan Utusan 2007 )

-7-

Berdasarkan graf di atas yang diperoleh daripada Portal Pendidikan Utusan 2007 adalah jelas menunjukkan sekolah luar bandar mengalami pelbagai kekurangan daripada segi infrastruktur. Hal ini sangat jelas apabila terdapat 1,517 sekolah rendah dan 68 buah sekolah menengah, tiada bekalan air awam. Bagi sekolah-sekolah tersebut, bekalan air disediakan melalui kaedah bekalan air graviti, penuaian hujan dan telaga tiub.Ini bermakna, masih ada sekolah yang mendapat sumber air daripada air sungai, air terjun dan menadah air hujan. Selain itu, sebanyak 1,639 buah sekolah rendah tidak mempunyai bilik sains dan 42 buah sekolah masih menumpang di sekolah lain. Bagi sekolah menengah, 138 buah tidak mempunyai makmal komputer, 25 buah tidak makmal sains dan 26 buah masih menumpang di sekolah lain. Statistik awal tahun 2000 pula ada menunjukkan masih terdapat sekolah di kawasan pedalaman, terpencil dan pulau yang tidak mendapat kemudahan asas. Pada ketika itu, terdapat 20.6 peratus sekolah yang tidak mempunyai talian telefon, 86.6 peratus tiak mempunyai mesin faks, 7.3 peratus tidak mendapat bekalan elektrik dan 24.78 peratus tidak menerima bekalan air paip awam. Seperti yang diramalkan, kekurangan infrastruktur akan menyeret sekali ke bawah prestasi pelajar.Hal ini tiada kaitan dengan kecerdesan pelajar, tetapi lebih kepada corak hidup serta peluang yang terhidang kepada mereka (Portal Pendidikan Utusan: Isu Semasa Infrastruktur 2007). Mengikut statistik terbaru, pada 2005 terdapat 5,077 (66.8 peratus) buah sekolah rendah dan 792 (39 peratus) buah sekolah menengah di luar bandar. Pada kali ini, pihak pengurusan di Kementerian Pelajaran melihat daripada perspektif yang lebih luas. Sebagai contoh, sekolah rendah dan menengah, khususnya di luar bandar masih kekurangan infrastruktur serta kemudahan pendidikan. Terdapat 5,951 (78.3 peratus) sekolah rendah dan 870 (42.9 peratus) sekolah menengah berusia lebih 30 tahun dan memerlukan

penyelenggaraan yang tinggi. Dalam kalangan sekolah tersebut, terdapat 767 buah sekolah rendah dan 28 buah sekolah menengah yang masih belum

-8-

mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Janakuasa yang dibekalkan pula berkuasa rendah dan tidak mencukupi untuk menampung penggunaan ICT di sekolah, di samping menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan diesel terutama sekolah di pedalaman( Portal Pendidikan Utusan: Isu Semasa Infrastruktur 2007).

Pada pendapat saya berikutan dengan pembuktian seperti berikut, jelaslah bahawa faktor kemudahan infrasruktur menyebabkan perbezaan prestasi dan pencapaian pelajar, penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta keciciran pelajar. Impak jurang pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak seimbang yang ketara daripada segi sosioekonomi antara penduduk luar bandar dan bandar memandangkan pembangunan infrastruktur sosial seperti padang dan dewan adalah amat penting untuk pembangunan sahsiah pelajar-pelajar dan selaras dengan usaha untuk menjadikan pendidikan di negara ini lebih holistik. Oleh itu,sistem pendidkan di luar bandar tidak boleh bersifat terpencil atau terhimpit supaya tidak wujud ketaksamaan peluang pendidikan antara pelajar di bandar dengan pelajar di luar bandar. Faktor Guru Sekolah Luar Bandar (SLB) Melalui sumber yang diketahui daripada Kementerian Pendidikan Malaysia mendapati bahawa guru yang mengajar di SLB mempunyai beberapa kekangan dalam mendidik anak bangsa memandangkan mereka ini

kebayakannya terdiri daripada guru yang mempunyai kurang dari lima tahun pengalaman mengajar dan mengajar mata pelajaran bukan opsyen mereka terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Selain itu kebayakkan guru di SLB merupakan guru tak terlatih (guru sandaran) serta mengalami masalah tempat tinggal.Mereka juga menghadapi masalah kekurangan kemudahan asas seperti buku, alat komputer dan alat-alat bantu mengajar bagi memantapkan pengajaran.

-9-

Selain itu, memandangkan kedudukan mereka yang jauh di pedalaman menyebabkan mereka terasa terasing walhal mereka sangat memerlukan idea, maklumat dan pendekatan baru yang boleh dipraktikkan dalam bilik darjah. Mereka juga kekurangan kemahiran dalam aspek memotivasikan murid, mengajar murid beraneka kebolehan dan mengajar menggunakan pendekatan baru. Mereka juga mempunyai masalah untuk menjadi kreatif memandangkan untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti dalam keadaan yang serba kekurangan amatlah menyukarkan. Sebaiknya, mereka perlu bijak merancang dan menggunakan sumber yang sedia ada untuk menjalankan kerja seharian mereka. Guru SLB juga sering menganggap diri mereka dibuang ke luar bandar. Penempatan mereka di SLB dianggap sebagai satu dendaan kepada mereka. Jika keadaan kerja mereka dan kebajikan mereka tidak diberi perhatian yang wajar, mereka akan sentiasa beranggapan sedemikian dan mudah berputus asa. Natijahnya, pelajar yang akan menerima padahnya. Pada pendapat saya, faktor ini perlu dipandang serius memandangkan pelajar SLB menganggap gurulah tempat mereka bergantung sepenuhnya untuk meningkatkan kualiti pendidikan mereka. Oleh itu, guru SLB perlu diberi perhatian sewajarnya kerana keadaan kerja mereka dan masalah yang dihadapinya telah membantutkan hasrat untuk melahirkan lebih banyak generasi yang berkebolehan serta mencapai

pencapaian yang cemerlang. Faktor Ibu Bapa Kebanyakkan Ibu bapa yang tinggal di kawasan luar bandar mempunyai masalah kemiskinan. Oleh itu mereka lazimnya lebih mementingkan

tanggungjawab untuk memenuhi keperluan asas terlebih dahulu. Mereka tidak dapat memperjuangkan peluang pendidikan melalui kuasa ekonomi bagi mempertahankan peluang pendidikan anak-anak mereka. Selain itu, golongan ini juga kebanyakannya tidak mendapat pendidikan formal dan ada juga di antaranya tidak pernah ke sekolah. Oleh itu mereka tidak pernah merasai pengalaman bersekolah di dalam konteks menimba ilmu ini. Akibatnya mereka

- 10 -

kurang memberi dorongan dan motivasi kepada anak-anak mereka untuk bersekolah mahupun meneruskan persekolahan. Keadaan ini menyebabkan pelajar tidak bersemangat untuk ke sekolah kerana mereka lebih terdorong membantu ibu bapa sama ada di rumah ataupun bekerja di usia yang muda. Terdapat juga pandangan ibu bapa terhadap anak perempuan yang menyatakan belajar setinggi manapun akan ke dapur juga. Ini sedikit sebanyak memberi kesan pelajar terhadap pendidikan mereka. Idealogi seperti ini akan meruntuhkan semangat anak-anak untuk belajar. Rentetan daripada pemikiran cetek mereka itu menyebabkan ibu bapa kurang memberi kerjasama dengan majlis pihak Hari sekolah.Sebagai Terbuka untuk contoh, jika pihak sekolah

mengadakan

memaklumkan

perkembangan

pendidikan anak-anak, mereka memandang remeh dan tidak menghadirkan diri ke majlis tersebut malah, mereka yang telah menghantar anak mereka ke

sekolah bergantung sepenuhnya kepada guru berkaitan hal perkembangan pendidikan anak-anak mereka. Pada pendapat saya, kekurangan pengetahuan tentang pembelajaran menyebabkan komunikasi antara pihak sekolah, guru dengan ibu bapa berada dalam keadaan yang kronik. Hal ini juga telah merumitkan perkembangan pendidikan dalam kalangan pelajar luar bandar dilaksanakan memandangkan pembelajaran hanya berlaku di sekolah dan tidak mendapat ransangan atau pendidikan tambahan di rumah. Faktor Lokasi Lokasi sekolah yang menyukarkan menyumbang berlakunya

ketaksamaan peluang pendidikan seperti sekolah yang terletak terlalu jauh sehingga pelajar menghabiskan banyak masa dalam perjalanan pergi dan balik ke sekolah mempengaruhi pembelajaran pelajar. Menurut artikal yang ditulis oleh Khuzainey binti Ismail mendapati wujud dalam kalangan murid dari pendalaman Sabah dan Sarawak yang perlu mengharungi denai, hutan dan sungai untuk sampai ke sekolah. Apabila di dalam kelas, pelajar-pelajar ini keletihan dan tidak

- 11 -

dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru mereka. Keadaan sebegini tidak dirasai oleh pelajar yang tinggal di kawasan bandar. Lokasi di luar bandar terutamanya di kawasan pedalaman juga mengalami masalah untuk melakukan perhubungan ke luar dan kemudahan-kemudahan yang lebih canggih sukar dipraktikkan kerana memerlukan kos yang tinggi. Kemudahan seperti ICT merupakan salah satu kemudahan akses terkini yang dapat membantu pembelajaran murid-murid tetapi tidak dapat dinikmati oleh murid luar bandar seperti ini. Guru-guru di sekolah-sekolah pedalaman juga biasanya terdiri daripada golongan yang tidak mempunyai kemahiran dalam menggunakan ICT kerana mereka tidak diberi pendedahan. Oleh itu, mereka tidak dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka.

Pada pendapat saya, faktor lokasi memainkan peranan penting dalam mempengaruhi minda dan perlakuan seseorang. Segolongan kanak-kanak lebih mudah mengikut apa yang berlaku di sekitar mereka tanpa mengetahui baik dan buruknya. Kajian Setinggan Lembah Klang oleh Yayasan Strategik Sosial pada 2001 pula ada menunjukkan kebanyakan pelajar tercicir dari sekolah berasal dari perkampungan setinggan. Menurut laporan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesahkan bahawa kebanyakan aktiviti kumpulan salah laku bermula atau berlaku di kalangan penduduk yang berpendapatan rendah dan menetap di kawasan-kawasan berisiko tinggi seperti setinggan, rumah panjang dan rumah pangsa murah.

Faktor Kebudayaan Ketaksamaan dalam pendidikan menerusi faktor kebudayaan sering berlaku pada golonang luar bandar yang disebut Indigenous iaitu merujuk kepada Penduduk Pribumi di pedalaman Sabah dan Sarawak kerana mereka terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan yang berbeza antara satu dengan lain. Setiap pelajar membawa budaya mereka tersendiri yang berbeza daripada budaya makro (budaya dominan) yang menjadi budaya disekolah. Pelajar berbeza dari segi cara mereka berkomunikasi (verbal dan
- 12 -

bukan verbal), nilai-nilai sosial dan intelektual, cara berinteraksi, gerak badan dan pandangan (world view) mereka dipengaruhi oleh budaya masyarakat asal mereka. Melihat kepada budaya mereka, ibu bapa kepada anak-anak golongan Indigenous ini lebih suka jika anak mereka membantu mereka mencari rezeki di hutan. Tambahan pula mentaliti ibu bapa yang bimbang apabila anak mereka menghadapi kemajuan diri, mereka ini akan ditinggalkan oleh anak-anak mereka. Guru pula akan membawa budaya mereka tersendiri di dalam bilik darjah. Oleh itu timbul perbezaan dalam kalangan pelajar dengan guru dari segi cara mereka berkomunikasi, pandangan, nilai serta interaksi juga akan terbatas. Pada pendapat saya, masalah budaya akan menyebabkan kurang kolaborasi antara guru dengan murid serta ibu bapa mereka. Oleh itu, keciciran dalam pendidikan akan berlaku kerana timbulnya salah faham,prejudis dan stereotaip di antara guru dan pelajar. Faktor Sekolah Kurang Murid (SKM) Bagi kawasan luar bandar, terdapat banyak sekolah yang boleh dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM), iaitu sekolah yang enrolmennya kurang dari 250 orang. Hampir 90%SKM berada dalam keadaan yang daif dan menghadapi masalah kemudahan dan guru terlatih. Selain itu, norma perjawatan sedia ada juga tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti perjawatan guru pemulihan. Hal ini menyebabkan pengajaran yang dilaksanakan tidak menggunakan pendekatan, teknik serta kaedah yang lebih berkesan yang bersesuaian dengan keperluan murid. Penempatan guru di SKM juga sukar dilakukan kerana kebanyakkannya berada terlalu jauh di pedalaman. Jumlah murid yang terlalu kecil menyebabkan SKM mengamalkan pengajaran kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan. Oleh yang demikian,murid-murid yang berada di SKM tidak menjalankan aktiviti persekolahan dengan lebih selesa seperti sekolah-sekolah biasa yang lain. Pada

- 13 -

pendapat saya, murid-murid di SKM mengalami situasi yang getir untuk memajukan diri dalam bidang pendidikan memandangkan sekolah mereka serba kekurangan dari segi kemahiran guru hinggalah prasarana sekolah itu sendiri.

1.3 Kesan-Kesan Ketaksamaan Menerusi faktor-faktor ketaksamaan peluang pendidikan, wujudnya beberapa kesan akibat daripada ketaksamaan peluang pendidikan yang berlaku. Antaranya ialah kesan daripada faktor ekonomi iaitu sekiranya murid-murid dalam golongan yang miskin, akan timbul rasa rendah diri yang menyebabkan mereka terasing daripada pelajar lain. Bebanan yang dipikul dan kengkangan daripada keluarga akibat faktor kewangan yang mendesak menyebabkan ada di kalangan pelajar menjadi putus asa dan keciciran daripada persekolahan walaupun mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan.( Melalui kajian yang telah dijalankan oleh Khuzainey binti Ismail dalam artikalnya yang bertajuk Pengkelasan Kelas Sosial, Perkaitan Antara Kelas Sosial Dan Pencapaian Pendidikan). Selain itu, kesan bagi faktor kesihatan pula telah mengakibatkan

kebanyakan pelajar daripada golongan berpendapatan rendah akan jatuh sakit. Oleh itu dengan sendirinya mereka tidak dapat menghadiri kelas. Ini akan menjejaskan penumpuan dan perkembangan pembelajaran mereka akan terganggu. Seperti yang diramalkan, kekurangan infrastruktur akan menyeret sekali ke bawah prestasi pelajar. Kesan ini sama sekali tiada kaitan dengan kecerdesan pelajar, tetapi lebih kepada corak hidup serta peluang yang terhidang kepada mereka. Mereka yang tidak dapat menikmati kemudahan yang lengkap sangat sukar untuk bersaing dalam pendidikan terutamanya dalam sains dan teknologi. Hal ini disebabkan oleh, mereka hanya mampu belajar sesuatu pekara melalui teori sahaja dan tidak dapat mempraktikan di sebabkan oleh kekangan infrastruktur.

- 14 -

Kesan yang terjadi terhadap permasalahan guru sekolah luar bandar yang kekurangan kemudahan seperti alat bantu mengajar, bekalan elektrik dan sebagainya telah mengehadkan kebolehan mereka untuk mendidik anak bangsa. Mereka juga terbatas untuk menunjukkan kelainan atau kepelbagaian dalam teknik mengajar. Oleh itu, murid-murid terpaksa belajar dalam suasana yang sama sahaja sekaligus menyebabkan mereka berasa bosan dan melunturkan semangat mereka untuk belajar. Kesan daripada sikap ibu bapa yang tidak acuh dengan pendidikan anak-anak pula telah menyulitkan pembasmian masalah ketaksamaan peluang pendidikan kerana kanak-kanak lebih banyak meluangkan masa mereka di rumah berbanding di sekolah. Pengaruh ibu bapa adalah sangat kuat dan sekiranya pemikiran ibu bapa mereka tidak bersifat pendidikan, tidak hairanlah anak-anak mereka juga tidak berminat untuk serius dalam bidang pendidikan. Akhir sekali, kesan ketaksamaan juga wujud apabila lokasi tempat tinggal murid tidak mendorong ke arah pendidikan dan mengakibatkan pelajar tidak dapat menumpukan perhatian dan mengulangkaji pelajaran mereka sekaligus menyebabkan kepada kegagalan di dalam pendidikan mereka. Kesan jangka pendek juga terjadi seperti mereka lebih berminat untuk melibatkan diri dalam kegiatan anti sosial seperti mencuri, meragut, merompak, gangsterisme, mengedar dadah dan menyeluk saku.

1.4 Langkah-Langkah Mengatasi Ketaksamaan Peluang Pendidikan Kepentingan pendidikan di dalam membangun sebuah negara apatah lagi sesebuah peradaban adalah tidak dapat disangkal sama sekali. Melalui wadah pendidikan ianya akan melahirkan manusia berilmu yang pasti beriman dan beramal dengan didikan yang diperolehinya. Menyedari akan hakikat ini, pihak kerajaan dibawah Rancangan Malaysia ke-9 telah merangka satu pelan serta bertungkus lumus bagi memajukan sektor pendidikan di dalam mempersiap negara kita untuk menjadi Negara maju pada tahun 2020.

- 15 -

Dalam Rancangan Malaysia Ke-9, dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di bawah Teras Ke-4 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan murid. Matlamat KPM adalah untuk memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. KPM telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan. (Sumber: Bab 7- Merapatkan Jurang Pendidikan dalam PIPP 20062010). KPM telah menyediakan 19 jenis Bantuan Persekolahan kepada murid pada setiap tahun seperti jadual di bawah. BIL 1. JENIS BANTUAN PERSEKOLAHAN Kump. Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) 2. 3. 4. 5. Rancangan MakananTambahan (RMT) Skim Bantuan Tuisyen (SBT) Program Susu Sekolah (PSS) Bantuan Pakaian Seragam Pasukan

Beruniform 6. 7. Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) Biasiswa (BKPU) 8. 9. Skim Biasiswa Sukan (SBS) Program Pelajar Projek Khas Sek. Kelas Persediaan Universiti

Berasrama Penuh 10. 11. 12. 13. Elaun Murid Berkeperluan Khas (OKU) Bantuan Jaket Keselamatan Bantuan Makanan Asrama Bantuan Makanan Prasekolah

- 16 -

14. 15. 16. 17.

Bantuan Geran Perkapita (PCG) Yuran Khas Sekolah (YKS) Bantuan Kokurikulum Ke Sekolah Kelas Dewasa Ibu Bapa Orang Asli & Penan (KEDAP)

18. 19.

Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Yuran Peperiksaan Awam

Jadual 3: Jenis bantuan (huraian rujuk lampiran-PIPP)

Selain itu, kerajaan juga telah memperkenalkan suatu program pendidikan hasil penambah baikan daripada program KIA 2M yang diberi nafas baru dengan nama LINUS. Program LINUS adalah singkatan dari Literacy & Numeracy Screening di mana Minister Key Performance Indicators (MPKI) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012. Literasi adalah kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan majmuk yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian. Manakala Numerasi adalah kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan seharian.Program ini akan dilaksanakan bermula pada tahun 2010 (Kohot 1) melibatkan murid-murid di tahun 1 yang akan discreen melalui Saringan 1 (Mac), Saringan 2 (Jun) dan Saringan 3 (September). Selain itu, Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan Masyarakat Orang Asli Di Pinggir Bandar juga telah ditubuhkan. Perancangan pelan ini dibuat bersama oleh JHEOA dan Bahagian Perancangan dan Penyelarasan,

- 17 -

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Objektif pelan ini bertujuan menyediakan satu pelan bertindak khusus di kawasan pinggir bandar bagi mencapai matlamat pembangunan pendidikan Orang Asli serta menyediakan program atau aktiviti khusus dan keperluan peruntukan di kawasan pinggir. Item Uniform sekolah kenderaan Yuran sekolah Aktiviti-aktiviti Rancangan makanan tambahan Elaun Biasiswa (IPT) Jumlah 3,750,000 4,400,000 1,385,000 1,470,000 1,150,000 1,250,000 700,000 800,000 4,800,000 2,656,970 1,400,000 1,110,000 5,165,000 3,105,000 860,000 5,650,000 3,245,000 600,000 2001 2002 2003 1,700,000 2004 861,440 2005 826,640

1,450,000 1,550,000

150,000 410,000

170,000 320,000

180,000 450,000 12,296,970

150,000 620,000

250,000 635,000

8,995,000 9,960,000

10,761,440 11,206,640

Bantuan Pendidikan untuk Orang Asli, 2001-2005 (RM) Berdasarkan kepada jadual di atas, kita dapat melihat bahawa pada setiap tahun, kerajaan memperuntukkan dana bagi membantu pendidikan anakanak Orang Asli. Oleh itu, seharusnya, kita membantu kerajaan dalam melahirkan lebih banyak generasi ilmuan di luar bandar dengan merapatkan jurang ketaksamaan pendidikan mereka. Menerusi kesungguhan yang ditunjukkan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ketaksamaan peluang pendidikan ini, saya ingin memberi cadangan dan penambahbaikan bagi langkaah-langkah untuk mengatasi ketaksamaan peluang pendidikan yang di hadapai oleh murid-murid di luar bandar. Antaranya ialah, usaha-usaha untuk membasmi kemiskinan perlu dijalankan merangkumi pemberian bantuan kewangan yang bersifat bantuan kebajikan penuh. Hal ini perlu mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Hal Ehwal

- 18 -

Orang Asli, Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan lain-lain agensi yang berkaitan. Selain daripada itu, bantuan kewangan di dalam menyokong penglibatan mereka di dalam kegiatan-kegiatan saraan hidup baru perlu diberikan. Ini termasuk menggalakkan mereka menceburi bidang-bidang keusahawanan, pertanian moden, perniagaan dan lain-lain. Apabila taraf sosioekonomi masayarakat orang Asli berjaya ditingkatkan, secara tidak langsung anak-anak mereka berpeluang untuk belajar di sekolah tanpa perlu ponteng untuk membantu menyara keluarga. Langkah yang seterusnya ialah pihak kerajaan perlu untuk meningkatkan infrastruktur dan prasarana di sekolah-sekolah luar bandar. Infrastruktur ini mestilah setaraf dengan infrastruktur yang terdapat di sekolah-sekolah kawasan bandar. Perkara yang paling penting sekali adalah bekalan elektrik. Kerajaan perlu berusaha untuk membekalkan bekalan elektrik yang sepenuhnya ke kawasan luar bandar. Pada apa yang kita sedia maklum, bekalan elektrik di kawasan pedalaman masa sekarang hanyalah seketika sahaja. Terdapat juga beberapa sekolah di pedalaman hanya menggunakan generator untuk bekalan elektrik mereka. Selain daripada bekalan elektrik, kerajaan juga perlu menyediakan kemudahan-kemudahan lain yang boleh melancarkan kehidupan masyarakat. Antaranya adalah bekalan air bersih dan juga klinik-klinik desa serta kemudahankemudahan di dalam bilik darjah itu sendiri untuk keselesaan pelajar dan juga guru. Bagi langkah yang seterusnya, kerajaan perlu befikir secara wajar semasa menempatkan guru-guru di kawasan luar bandar. Majoriti guru-guru yang dihantar ke kawasan pedalaman pada masa sekarang ini sebenarnya tidak berminat untuk mengajar di sana. Kebanyakan mereka hanya inginkan elaun yang diberikan. Oleh itu, pihak kerajaan perlu memilih tenaga-tenaga pengajar yang betul-betul ingin ke kawasan luar bandar dan mereka ini perlu diberikan

- 19 -

lebih elaun. Ini akan mewujudkan suasana mengajar yang lebih kondusif berikutan guru seperti ini mempunyai kesukaran aksesibiliti yang melibatkan pelbagai mod pengangkutan, kos yang tinggi, masa yang panjang serta mempunyai kemudahan asas yang sangat minimum atau tiada langsung. Selain daripada itu, bagi pemberian Rancangan Makanan Tambahan (RMT) berlu di buat pebambahbaikan. Sememangnya Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Rancangan Makanan Tambahan sejak bertahuntahun yang dulu, namun pemberian RMT hanya tertumpu di kawasan bandar dan sebahagian kawasan luar bandar. Ada lebih baiknya RMT diperluaskan di kawasan pedalaman dan penempatan orang Asli memandangkan golongan ini tidak dapat menikmati makanan yang berzat dan seimbang akibat daripada sosio-ekonomi keluarga yang rendah. Perkara ini sebenarnya bertujuan untuk membantu murid-murid mengatasi pelbagai masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga. Selain itu, RMT dapat membantu murid untuk menyelenggara amalan kesihatan dan pemakanan serta memupuk budaya bersopan santun, berdisiplin, timbang rasa dan amalan yang diinginkan berkaitan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar. Pihak kerajaan juga perlu mengatasi masalah pelaksanaan RMT, antaranya adalah masalah kekurangan kemudahan prasaran seperti tempat makan atau masak, perabot, bekalan air dan peralatan. Bajet RMT pula perlu diberi pada awal tahun persekolahan supaya tidak menjejaskan kelancaran pelaksanaan program. Selain itu, pemantauan juga perlu dilaksanakan memandangkan beban tugas guru yang banyak menyebabkan kurang komitmen guru AJK RMT terhadap program ini. Langkah yang berikutnya pula ialah tidak kira pihak kerajaan mahupun pihak swasta, pihak-pihak ini kena bergabung dan mencari jalan penyelesaian untuk mengubah pemikiran-pemikiran kolot masyarakat luar bandar untuk mereka berfikir untuk masa hadapan. Untuk membantu dalam proses ini, golongan luar bandar yang telah berjaya perlu memberikan motivasi dan

bimbingan kepada mereka yang masih kuat berpegang kepada prinsip hidup

- 20 -

mereka yang kolot tersebut. Mereka ini perlu menggerakan minda-minda masyarakat mereka untuk berubah. Apa yang paling penting adalah, golongangolongan yang telah berjaya ini mestilah tidak lupakan daratan malah akan memberi dorongan kepada golongan luar bandar yang lain supaya mengikut jejak langkahnya dalam memajukan diri terutama dalam bidang pendidikan. Oleh itu, semua pihak tidak kira kerajaan, swasta, NGO mahupun individu itu sendiri perlu memainkan perana yang penting untuk mengatasi masalahmasalah ketaksamaan peluang pendidikan ini. Semua pihak perlu

menggembeling tenaga untuk mengatasi masalah ini dan memastikan golongangolongan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan ke belakang walaupun negara sudah mencapai arus pemodenan. Kesimpulannya, status negara membangun yang dijunjung negara kita secara tidak langsung memberi tekanan kepada bidang pendidikan yang masih dibelenggu masalah yang telah bersarang sejak sekian lama iaitu ketidaksamaan peluang pendidikan. Isu ini telah wujud di era penjajahan lagi. Walaupun negara kita sudah mencapai kemerdekaan, masalah ini masih tidak boleh diselesaikan sepenuhnya. Bukan untuk menunding jari ke arah sesiapa, namun sebagai renungan dan pencetus minda buat tatapan semua. Ketaksamaan peluang

pendidikan dirujuk sebagai keaadaan dimana akses kepada pendidikan tidak sama rata untuk semua penduduk negara atas faktor-faktor tertentu. Isu yang membelenggu negara Malaysia ini dicetuskan oleh beberapa faktor dan memberi impak yang mendalam pada sebilangan besar pelajar luar bandar. Namun begitu, masih ada langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab dan ada yang mendatangkan keberhasilan tetapi tidak kurangnya yang masih memerlukan penambahbaikan serta rombakan supaya sifar bagi ketaksamaan peluang pendidikan dapat dicapai.

- 21 -

PENUTUP

Berdasarkan kepada pernyataan di dalam penulisan yang lepas, dapat kita simpulkan bahawa pada hari ini, masih lagi berlaku keciciran dalam pendidikan dalam masyarakat kita pada hari ini. perkara ini amat menyedihkan kerana ia adalah satu kerugian sebagai rakyat Malaysia. Bukannya kerana tiada usaha, tetapi kerana kurangnya komitmen yang telus dalam menangani isu ini menyebabkan masih wujudnya ketaksamaan peluang pendidikan walaupun negara telah mencapai kemajuan setanding dengan negara-negara maju yang lain. Namun begitu, pelbagai bantuan, dana dan program-program telah dicetuskan oleh kerajaan bagi memastikan semua rakyat di negara ini dapat menikmati peluang pendidikan yang sama bagi semua orang. Oleh itu, semua pihak harus mengambil iktibar dalam permasalah ini dan bangkit untuk membantu pelajar luar bandar supaya mereka satu hari nanti dapat membantu membangunkan negara

- 22 -

REFLEKSI KENDIRI DISEDIAKAN OLEH: NABIHA BINTI NORDIN

Saya

pelajar PISMP semester 5 PEM(BM)/ MT tugasan ini dengan jayanya

bersyukur kerana dapat masa yang

menyelesaikan

mengikut ketetapan

dikehendaki.P ada mulanya, saya berasa tugasan ini amat sukar kerana banyak perkaraperkara baru yang saya perlu diterokai dan dipelajari dalam Budaya dan Pembelajaran disamping kekangan masa dalam menyiapkan tugasan lain pada masa yang sama. Namun begitu, selepas mendapat bahan rujukan dari pusat sumber, bimbingan pensyarah dan rakan-rakan, tugasan ini dapat diselesaikan dengan lebih mudah. Semasa menjalankan tugasan kerja kursus berasaskan ilmu bagi mata pelajaran EDU 3106; Budaya Dan Pembelajaran ini, saya telah membuat kajian tentang beberapa aspek iaitu tentang konsep ketaksamaan peluang pendidikan dan juga konsep pendemokrasian pendidikan, faktor-faktor berlaku jurang ketaksamaan peluang pendidikan di kalangan kanak-kanak luar bandar dan tindakan oleh kerajaan dalam menangani isu jurang pendidikan. Saya juga dapat meneliti aspek-aspek yang perlu dititikberatkan oleh seorang guru dalam meningkatkan kualiti pengajaran bagi mengurangkan isu ketaksamaan peluang pendidikan yang telah timbul pada hari ini. Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, banyak pengetahuan baru yang saya dapati dari kajian untuk kerja kursus ini antaranya ketaksamaan peluang pendidikan yang ketara antara murid kawasan bandar dan luar bandar termasuklah orang asli. Sehubungan dengan itu, minda saya juga terbuka dengan lebih luas hasil pembacaan ilmiah dari pelbagai sumber mengenai usaha-usaha kerajaan bagi menangani isu ketaksamaan peluang pendidikan ini dengan mengadakan program-program

pembangunan pendidikan seperti program LINUS, pelaksanaan pelan pendidikan induk pembangunan pendidikan dan bayak lagi yang sepatutnya ada dalam benak seorang guru mengenai isu terkini yang telah dikekolalakan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah jurang pendidikan ini
23

Pengetahuan dan pengalaman yang dikutip semasa menyiapkan tugasan ini amatlah bermakna kepada saya. Tugasan seperti ini memberikan pengetahuan yang luas kepada bakal-bakal guru seperti saya untuk mengetahui dan memahami apakah sebenarnya yang dihadapi oleh anak-anak luar bandar dan juga Orang Asli. Ia secara tidak langsung menyedarkan diri bahawa pentingnya memahami budaya mereka supaya dapat kita dapat bersedia jika kita diamanahkan oleh pihak kementeria untuk berkhidmat pada anak-anak tersebut. Akhir kata, tugasan ini amat sesuai dilakukan oleh guru pelatih seperti saya kerana banyak perkara yang boleh diikuti dan diaplikasikan dalam kehidupan sebagai seorang guru kelak.

Sekian ,terima kasih.

24

RUJUKAN

Kutayya Mariappan. (2000). Ketidaksamaan Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publication Mohd Salleh Lebar. (1998). Sosiologi Sekolah Dan Pendidikan. Batu Caves: Thinkers Library Sdn.Bhd. Najeemah Md. Yusof. (2006). Konsep Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon. (2010). Budaya dan Pembelajaran. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

http://utusan-malaysia-online.com/tindakan-afirmatif-yang-mesra-pasaran-mampurapat-jurang-ketaksamaan-ekonomi.(22-2-2011) www.scribd.com/.../sejarah-perkembangan-pendidikan-di-malaysia. (22-2-2011). pmr.penerangan.gov.my/index.php?...dasar-pendidikan...dasar-dasar-negara. (22-2-20011).


www.scribd.com/.../Pelan-Induk-Pembangunan-Pendidikan-20062010(22-2-2011)

http://sssums.files.wordpress.com/2007/09/globalisasi-ekonomi-dan-ketaksamaanimplikasi-kepada-pendidikan-geografi.pdf.(23-2-2011)
www.scribd.com/doc/4787134/pengelasan-sosial-(23-2-2011)

http://amaljaya.com/guru/.(24-2-2011). http://kheru2006.i8.com/EDU3106/4_Ketaksamaan_Peluang_Pendidikan.htm. (24-2-2011) http://www.scribd.com/Ketaksamaan-Peluang-Pendidikan/d/47391407.(24-2-2011). http://www.tutor.com.my/(23-2-2011)

25

You might also like