You are on page 1of 12

DOKUMENTASI AMALI I

Hamster Yang Dipilih Untuk Amali Hamster memiliki karakter badan yang bulat dengan ekor yang lebih pendek daripada badannya dan memiliki telinga yang berbulu, kaki yang lebar, pendek dan gemuk. Hamster memiliki bulu yang tebal dan panjang, dan bulunya memiliki berbagai warna tergantung spesies hamster tersebut, contohnya hitam, kelabu, putih, coklat, kuning dan merah. Bahagian bawah hamster berwarna putih, kelabu mahupun hitam. Hamster Dzhungaria - dikalangan pencinta hamster dikenal sebagai Hamster Winter White (Phodopus sungorus) dan hamster kerdil bergaris (Cricetulus barabensis) memiliki garis hitam dibawah bahagian tengah punggungnya. Hamster kerdil padang pasir (genus Phodopus) adalah hamster terkecil, dengan panjang badan 5 sampai 10 sentimeter (sekitar 2 sampai 4 inci) , sedangkan hamster terbesar adalah hamster Eropa (Cricetus cricetus), dengan panjang badan lebih dari 34 sentimeter, tidak termasuk ekor pendek yang memiliki panjang 6 sentimeter. Setelah mengetahui sedikit fakta ringkas mengenai hamster terdapat beberapa perkara yang telah di ambil kira dalam memilih jenis baka untuk dijadikan haiwan peliharaan antaranya ialah:

Hamster Sirian

Faktor pemilihaN JENIS BAKA Hamster ini besar dan gerakannya sedikit lambat jika dibandingkan dengan jenis yang lain sehingga sangat sesuai bagi anak-anak jika dijadikan sebagai haiwan kesayangn. Baka jenis ini sangat mudah dipegang dan mudah dijinakkan. Hamster Syrian juga memiliki banyak variasi warna, mulai dari yang polos sampai yang memiliki berbagai corak. Kelebihan lainnya adalah hamster Syrian adalah satusatunya jenis Hamster yang memiliki jenis bulu panjang (long hair). Hamster Syrian bersifat soliter (penyendiri), jadi bagi orang yang hanya ingin memelihara satu ekor Hamster saja, dapat memelihara Syrian tanpa takut merasa Hamster itu akan kesepian tanpa teman Hamster lainnya. Namun kami juga tidak mengambil mudah mengenai kekurangan jenis baka ini yang perlu di ambil perhatian seperti, perbelajaan kos yang lebih besar untuk makanan, kandang dan serbuk kayu, ini kerana ukuran tubuh yang besar memerlukan segala sesuatunya dalam jumlah yang lebih banyak. Selain itu kaedah pembiakan yang sedia ada di kedai haiwan secara masal telah menyebabkan baka ini tidak lagi berkualiti serta sering mengalami masalah kekurangan gizi.

Mempunyai warna yang pelbagai variasi

Pergerakan yang lambat sesuai untuk dijinakkan

Tidak memerlukan pasangan boleh hidup seekor sahaja

Saiz yang lebih besar mudah dipegang

Terdapat tiga ekor hamster syiria yang telah kami pilih untuk ditempatkan di dalam sebuah sangkar. Hamster tersebut mempunyai umur diantara 3 hingga 5 bulan yang sebelum ini telah dijinakkan. Pada usia ini hamster tersebut telah mencapai usia matang dan boleh dibiakkan. Berikut ialah maklumat-maklumat mengenai hamster yang dipilih :

Jenis hamster

Jantina

Nama Hamster

Warna Bulu

Usia

Syirian

Jantan

Mico

Putih tompok 12 bulan coklat

Syirian

Jantan

Jacob

Putih tompok 5 bulan coklat

Syirian

Betina

Bella

Coklat keemasan

5 bulan

Mico, Jacob, bella

Jenis-jenis Hamster A. HAMSTER SIRIA (Mesocricetus auratus) ditemukan pertama kali pada tahun 1930 oleh Iaharoni, seorang profesor zoologi universiti habrew, yerusalem. Hamster ini pertama kali ditemukan didalam sebuah lubang sepanjang lapan kaki di kawasan padang pasir Aleppo, Siria. Oleh sebab itu hamster ini dikenali dengan nama hamster Siria (Syrian hamster). - umur 2,5 tahun, jika dirawat dengan baik. - panjang 15 hingga 20 cm bila sudah dewasa. - Jenis hamster siria : (short hair, long hair, rex, satin). Syrians merupakan jenis hamster yang paling besar. Merupakan haiwan yang aktif pada waktu malam seperti hamster yang lain dan suka hidup bersendirian. Biasanya yang betina akan lebih peka berbanding yang jantan. Mereka akan keluar pada siang hari untuk melihat jika ada sesuatu berlaku. Manakala yang jantan, agak malas dan hanya akan keluar untuk membuang air dan makan. Jenis ini boleh untuk dilatih supaya aktif lebih awal. Jenis jantan akan berbulu panjang dan mempunyai skirt.

Bulu pendek

Bulu panjang

B. HAMSTER CAMPBELL (Phodopus sungoriscampbelli) Ditemukan pertama kali pada thn 1905 oleh Thomas Campbell. hamster ini berasal dari asia tengah, terutama banyak ditemukan di daerah Mongolia dan timur laut cina. -Umur 1 hingga 2 tahun, bila dirawat dgn baik. -Panjang 9 hingga 12 cm, bila sudah dewasa. -Jenis hamster campbell: (albino,panda,black bear,argente,opal,blue) - masa kehamilan hamster campbell 18 hingga 21 hari. Campbells adalah lebih kecil daripada Syrians dan tinggal secara koloni. Jenis ini membiak dengan cepat dan disyorkan supaya mengasingkan kedua-dua jantina. Hanya tempatkan yang sama jantina sahaja di dalam satu sangkar. Biasanya mereka mesra sesama mereka namun mereka juga bergaduh terutamanya apabila induk betina tercabar dengan yang lain. Apabila mereka bergaduh dan cedera, pisahkan mereka dengan segera. Namun jangan terus

mengasingkan mereka apabila kelihatan mereka bergaduh kerana mungkin mereka hanya bergomol bergurau sahaja. Apabila sudah dipisahkan agak susah untuk mereka berbaik semula di kemudian hari. Campbells biasanya menggigit manusia namun jika bernasib baik, dapat berjumpa dengan yang mesra dengan manusia.

C.HAMSTER ROBOROVSKI (Phodopus roborovskii) hamster ini berasal dari mongolia bahagian barat dan timur serta sebelah utara cina. roborovski hidup di dalam lubang sedalam 50 hingga 150 cm. - Umur 3,5 hingga 4 tahun bila dirawat dgn baik. - Panjang 4 hingga 5 cm bila sudah dewasa. -Jenis hamster roborovski : (normal,white face). Roborovski merupakan hamster yang paling kecil sekali dalam keluarga hamster dan berasal dari Mongolia. Mereka biasanya tinggal secara berkelompok tetapi jika terlalu padat, boleh mengakibatkan kanibalisme, di mana yang kecil akan dimakan jika mereka berasa makanan dan ruang tidak mencukupi. Berhati-hati jika membela beberapa ekor hamster jenis ini kerana agak sukar untuk menjaga Roborovski yang banyak. Jenis ini biasanya agak lincah dan bergerak pantas. Jenis ini jugak tidak sesuai untuk untuk dijadikan haiwan peliharaan yang jinak kerana sukar untuk membelanya. Biasanya Roborovski dibela secara berkelompok dan dibiarkan dalam sebuah tangki seperti akuarium yang mempunyai banyak permainan. Kita boleh melihat kehidupan hamster di dalam sebuah aquarium dan kurang sesuai untuk dibawa bermain di luar.

D.HAMSTER WINTER WHITE (Phodopussungorus sungorus) ditemukan pertama kali dijadikan sebagai bahan tulisan dalam sebuah kajian pada tahun 1770. Nama winter white yang diberikan pada hamster ini didasarkan oleh perubahan warna bulu bila terjadi perubahan suhu. pada musim dingin, bulu hamster ini akan berubah menjadi putih dan kembali ke warna asal pada musim panas. Hamster winter white berasal dari bahagian timur Kazakhastan dan Tenggara Siberia. - Umur 1,5 hingga 2 tahun bila dirawat dengan baik. -Panjang 7 hingga 9 cm bila sudah dewasa. -Jenis hamster winter white : (normal,safir,pearl,golden) Winter whites kelihatan seperti Campbells tetapi sebenarnya mereka lebih kecil dan mempunyai warna yang berbeza. Biasanya Winter Whites berwarna kelabu gelap manakala Campbells bewarna coklat. Mereka boleh tinggal sepasang dari jenis yang sama. Meskipun mempunyai bentuk yang serupa namun Winter Whites lebih mesra, lebih mudah untuk dipelihara dan kurang persaingan berebut kawasan sesama mereka. Jangan temukan Winter Whites dengan Campbells kerana Winter Whites betina akan sukar melahirkan bayi Campbells kerana saiz anak Campbells besar. Winter Whites juga tidak mempunyai sejarah diabetis

E. HAMSTER CINA (Cricetulus griseus) hamster ini berasal dari daerah utara cina dan termasuk dalam kluarga hamster berekor panjang. - Umur 2 hingga 4 tahun, bila dirawat dengan baik. - panjang maksima boleh mencapai 10 cm. - Jenis hamster cina : (normal,putih,berbintik2). Jenis ini merupakan jenis yang jarang ditemui. Biasanya hamster jenis ini amat mesra dan mempunyai sikap yang baik. Boleh disimpan sepasang bersama dalam sangkar tetapi jika bergaduh perlu dipisahkan dengan segera. Mempunyai saiz yang agak kecil meskipun setelah dewasa sepenuhnya dan kelihatan seperti seekor tikus kecuali ada yang tidak mempunyai ekor yang panjang.

Hamster cina

Kelengkapan Memelihara Hamster

A.Sangkar Terdapat beberapa jenis sangkar yang boleh diperolehi dari kedai-kedai haiwan peliharaan. Ukuran sangkar yang sesuai bagi seekor hamster ialah minimum 25 cm x 30 cm dan cukup tinggi untuk menempatkan sebuah roda mainan yang besar. Semakin besar ukurannya, semakin baik sangkar tersebut. Tetapi, seekor hamster sudah cukup selesa dengan sangkar yang kecil selagi ianya dilengkapi dengan mainan, minimum sebuah roda mainan dan potongan kayu untuk digigit. Bahan yang disyorkan untuk sebuah sangkar hamster adalah seperti berikut. Alasnya dibuat daripada plastik. Bentuk sangkar sebaik-baiknya segi empat kerana hamster memiliki kecenderungan membuat

sarang,menyimpan makanan dan membuang kotoran di sudut yang berbeza. Penutup sangkar dibuat dari batang-batang besi agar hamster dapat berlatih memanjat. Penggunaan sangkar kayu adalah tidak sesuai kerana hamster adalah sejenis haiwan yang menggerit dan mempunyai gigi yang tajam. Oleh itu, sangkar kayu akan mudah rosak digerit atau digigit oleh hamster dan tidak selamat lagi untuk didiami. Akuarium juga boleh digunakan sebagai sangkar alternative. Sangkar seperti ini diperlukan untuk hamster yang bunting sehingga proses melahirkan anak. Jika menggunakan sangkar dengan jeriji besi, anak hamster yang baru lahir akan terkeluar jatuh dari sangkarnya. Tetapi, jika menggunakan akuarium sebagai sangkar, hanya botol minuman sahaja yang perlu disediakan dibahagian tepinya. Selain itu, bahagian atas sangkar perlu ditutup kerana hamster merupakan haiwan yang cukup licik dan mudah hilang dari sangkarnya.

B.Bekas Makanan dan Minuman

Bekas makanan yang digunakan biasanya diperbuat daripada plastik. Untuk tempat minumnya pula, gunakan botol yang dapat mengeluarkan air jika hamster menjilat hujungnya. Bekas minuman yang berbentuk mangkuk atau terdedah tidak sesuai digunakan kerana mudah tumpah. Hamster termasukd alam haiwan yang sukakan air dan bekas seperti ini boleh membahayakan hamster itu sendiri.

C. Serabut Kayu Kebiasaannya serabut kayu digunakan untuk mengalas sangkar hamster. Selain sebagai alas tidur, serabut kayu juga berfungsi sebagai penyerap urin dan bahan untuk membuat sarang. Serabut kayu boleh dibeli di kedai-kedai haiwan dengan harga yang kayu murah. perlu

Penggantian

serabut

dilakukan secara rutin. Untuk sangkar yang berukuran kecil dan sederhana, serabut kayu perlu diganti 3-4 hari sekali. Penggantian serabut kayu

untuk sangkar yang besar boleh dilakukan semigggu sekali kerana pada dasarnya hamster adalah haiwan yang pembersih. Tetapi serabut kayu yang terletak disudut yang digunakan sebagai tempat pembuangan sebaik-baiknya diganti sekerap yang mungkin. Penggunaan kertas surat khabar sebagai alas hamster tidak digalakkan. Racun yang terdapat dalam dakwat yang digunakan dalam surat khabar boleh menyebabkan alahan kepada hamster. Ia juga akan menyebabkan bulu hamster kelihatan kotor D. Permainan

Permainan yang biasa digemari oleh hamster ialah roda yang boleh berputar. Permainan ini amat murah dan mudah diperolehi tetapi saiznya perlu diberi perhatian. Jangan menggunakan roda berputar yang berdiameter kecil kerana ia akan menyebabkan luka yang serius pada belakang hamster.Permainan lain yang boleh digunakan ialah lorong-lorong yang diperbuat daripada plastik. Permainan ini memerlukan sangkar khusus atau sangkar yang lebih luas. Di samping itu, membersihkan permainan jenis ini memerlukan masa yang lebih lama. Sebagai haiwan penggerit, seekor hamster akan gembira jika mendapat permainan yang boleh digigit. Sediakan beberapa batang kayu yang dapat digigit sehingga habis. Batang kayu atau kadbod ini boleh dibeli atau dibuat sendiri.

You might also like