You are on page 1of 5

HBML4403_SEM MEI09/F_AH

BAHAGIAN A

ARAHAN

Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN

Markah

1.

Kegagalan menjalankan mesyuarat dengan teratur dan tersusun boleh berlaku jika tidak dikendalikan dengan baik. Berikan EMPAT cara terbaik bagi seseorang pengerusi mengendalikan mesyuarat. (4)

2.

Apakah yang telah dilakukan oleh seseorang pemidato yang berhasil menyampaikan suatu ucapan yang baik dan berkesan? (4)

3.

Jelaskan EMPAT ciri penting yang terdapat di dalam ungkapan, tatasusila dan kesantunan berbahasa. Apakah yang dimaksudkan dengan tatatingkat di dalam bahasa Melayu? (4)

4.

Mengapakah pihak sekolah perlu mengadakan bahan bacaan di dalam bilik darjah? Sekiranya disediakan bahan bacaan tersebut, apakah jenis bahan bacaan yang perlu diadakan? (4)

5.

Berikan EMPAT rasional yang boleh diketengahkan bagi pencapahan minda? (4)

(Jumlah: 20)

HBML4403_SEM MEI09/F_AH

BAHAGIAN B

ARAHAN

Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

SOALAN

Markah

1.

Bagi seseorang pelajar sekolah yang ingin mendalami pembelajaran bahasa Melayu, beberapa perkara penting perlu diperjelaskan kepada mereka.

(a)

Huraikan LIMA isu utama tentang bahasa Melayu yang sering dibangkitkan oleh pelajar di dalam bilik darjah. (5)

(b)

Sebagai seorang guru, nyatakan bagaimanakah anda boleh menangani isu tersebut. (5)

(c)

Adakah sikap (guru atau pelajar) memainkan peranan penting di dalam mengurangkan isu di atas? Bincangkan dengan memberi LIMA fakta dan contoh sesuai. ( 10 ) (Jumlah: 20)

2.

Keprofesionalan guru dan kompetensi mereka di dalam bahasa Melayu menjadi persoalan besar untuk meningkatkan penggunaan bahasa tersebut di kalangan pelajar.

(a)

Terangkan LIMA cara bagaimana guru dapat meningkatkan keprofesionalan keguruan mereka khususnya di dalam pengajaran. ( 10 )

(b)

Huraikan LIMA cara bagaimana

guru boleh mengoptimumkan

penggunaan bahasa yang baik dan bahasa yang boleh diikuti oleh pelajar mereka di luar bilik darjah. ( 10 )

HBML4403_SEM MEI09/F_AH

(Jumlah: 20)

3.

Seseorang pelajar perlu menggunakan cara yang betul untuk menulis teks ucapan, surat kiriman, memo, laporan, minit mesyuarat dan kertas kerja.

(a)

Terangkan EMPAT ciri penting yang membezakan penulisan formal dengan yang bukan formal. (8)

(b)

Jelaskan TIGA perbezaan antara penulisan kritikan dan penulisan memo. (6)

(c)

Jelaskan maksud penulisan brosur dan risalah.

(6) (Jumlah: 20)

4.

Hasil sesuatu pengajaran dan pembelajaran bahasa mesti meliputi aspekaspek tatabahasa, penulisan karangan, ringkasan dan rumusan dan komponen sastera. Topik-topik sampingan juga perlu dipelajari oleh pelajar agar ilmu bahasa mereka mantap dan mereka dapat menggunakan bahasa yang baik di dalam penulisan dan tulisan.

(a)

Hasilkan satu karangan pendek di dalam satu muka surat yang kritis mengenai penggunaan telefon bimbit di kalangan masyarakat dan kesan penghantaran SMS dalam penulisan. Pastikan anda meneliti tentang aspek kosa kata dan tatabahasa. ( 10 )

(b)

Apakah LIMA ciri penting yang perlu ada apabila anda hendak mengajar karangan jenis laporan? ( 10 ) (Jumlah: 20)

HBML4403_SEM MEI09/F_AH

5.

Ilmu retorik merupakan ilmu yang dipunyai dan dikuasai oleh individu yang membolehkan seseorang itu berucap di khalayak dengan penuh

semangat, menarik dan dapat pula mempersonakan pendengar.

(a)

Konsep konsep berikut dikaitkan dengan pernyataan mengenai retorik; pemerian, penceritaan, hujahan, penyampai dan khalayak. Huraikan dengan ringkas setiap satu ciri tersebut. ( 10 )

(b)

Apakah yang dimaksudkan dengan khutbah? Apakah yang membezakan khutbah dengan pujukan atau pemujukan? Adakah iklan merupakan satu jenis pemujukan? Perjelaskan. ( 10 ) (Jumlah: 20)

HBML4403_SEM MEI09/F_AH

BAHAGIAN C

ARAHAN

Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

SOALAN

Markah

1.

Para pendidik dan ahli bahasa mengatakan bahawa teks di dalam SMS telah melenyapkan kesantunan berbahasa yang masih ada di dalam bahasa Melayu. Pengguna SMS dan bahasa rojak tidak mengambil kisah tentang pola bahasa dan tatabahasa.

Perjelaskan pernyataan ini dengan memberikan SEPULUH fakta berserta contoh yang kukuh untuk menegakkan pendirian anda. (Jumlah: 20)

2.

Penggunaan bahasa yang baik perlu mengandungi semua aspek, bahasa termasuk bahasa yang formal, sempurna, dinamik dan sedap didengar tetapi dapat diapresiasi oleh khlayak dan pendengar. Akhir-akhir ini masyarakat tidak mengambil berat tentang hal ini. Ramai yang memandang sepi tentang keluhan atau bantahan yang dimuatkan di dalam akhbar atau media elektronik. Bahasa Melayu telah hilang sengatnya.

Sebagai seorang peminat bahasa, huraikan SEPULUH cara bagaimana anda dapat mengembalikan keadaan ini supaya bahasa Melayu diletakkan semula dipersada bangsa dan negara sebagai bahasa akademik. (Jumlah: 20)

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like