You are on page 1of 4

HBMS1203_MEI10/SMP/MHAA

BAHAGIAN A

ARAHAN

Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN

Markah

1.

Jelaskan maksud irama. (4)

2.

Berikan EMPAT fasa dalam pengawalan pernafasan. (4)

3.

Nyatakan EMPAT klasifikasi suara dan beri contoh renj yang sesuai untuk setiap satu. (4)

4.

Senaraikan DUA jenis lapisan suara dalam elemen tekstur dan jelaskan dengan ringkas setiap satu. (4)

5.

Berikan DUA aspek dalam irama dan jelaskan dengan ringkas setiap satu. (4)

(Jumlah: 20)

HBMS1203_MEI10/SMP/MHAA

BAHAGIAN B

ARAHAN

Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

SOALAN

Markah

1.

Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik, seseorang guru perlu memahami aspek-aspek dalam nyanyian, permainan alat dan pergerakan kreatif. Guru juga perlu memahami beberapa prinsip pembelajaran sebelum merancang pengajaran dan pembelajaran.

(a)

Bincangkan LIMA aspek yang harus dipertimbangkan dalam mengajar nyanyian. (5)

(b)

Jelaskan prinsip-prinsip pembelajaran yang perlu difahami oleh guru-guru muzik di sekolah. ( 15 ) (Jumlah: 20)

2.

Nyanyian merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan dalam Pendidikan Muzik di sekolah. Untuk menghasilkan sesebuah nyanyian yang baik, pengetahuan tentang alat-alat nyanyian, pelontaran suara dan cara-cara membentuk vowel merupakan perkara yang harus diketahui oleh guruguru dan pelajar-pelajar.

(a)

Bincangkan bahagian-bahagian yang terlibat dalam pengeluaran suara. (8)

(b)

Jelaskan cara-cara untuk membentuk vowel dalam kalangan pelajarpelajar yang menjalankan latihan nyanyian. ( 12 ) (Jumlah: 20)

HBMS1203_MEI10/SMP/MHAA

3.

Penggunaan kibod sebagai bahan bantu mengajar muzik di sekolah adalah sangat penting. Kualiti sesebuah kibod bergantung kepada keupayaan kibod berfungsi dan mesra pengguna.

(a)

Berikan SEPULUH kelebihan penggunaan kibod dalam mengajar nyanyian. ( 10 )

(b)

Jelaskan penggunaan penjarian 5 jari dalam permainan skel dan arpeggio. ( 10 ) (Jumlah: 20)

4.

Rekoder merupakan alat muzik tiupan yang diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah rendah. Seseorang guru sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran perlu memahami prinsip-prinsip pengajaran dan masalah-masalah yang sering berlaku dalam bilik darjah.

(a)

Jelaskan LIMA prinsip pengajaran rekoder secara kelas.

( 10 )

(b)

Huraikan LIMA masalah pembelajaran rekoder dalam bilik darjah.

( 10 )

(Jumlah: 20)

5.

Alat muzik perkusi dan rekoder merupakan alat muzik yang penting untuk digunakan sebagai alat bantu dan media pengajaran dalam kelas.

(a)

Jelaskan alat perkusi sebagai fungsi media dalam pembelajaran Pendidikan Muzik. ( 10 )

(b)

Huraikan pengendalian pengajaran dan pembelajaran rekoder di bilik darjah. ( 10 ) (Jumlah: 20)

HBMS1203_MEI10/SMP/MHAA

BAHAGIAN C

ARAHAN

Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

SOALAN

Markah

1.

Alat-alat muzik perkusi tidak berpic seperti dram samping, kayu tik tok, kerincing, simbal dan loceng telah diperkenalkan dalam aktiviti muzik di sekolah.

(a)

Jelaskan teknik bermain kayu tik tok.

( 10 )

(b)

Hubung kaitkan alat-alat perkusi tidak berpic yang disenaraikan di atas dengan sifat bunyi dan warna untuk dijadikan simbol mengikut kreativiti anda. ( 10 ) (Jumlah: 20)

2.

Elemen bentuk merupakan elemen yang penting dalam sesebuah karya muzik.

(a)

Jelaskan TIGA teknik dalam mencipta bentuk.

(6)

(b)

Huraikan EMPAT jenis elemen bentuk dalam sesebuah karya muzik. (8)

(c)

Dengan mengambil sebuah karya muzik, hubungkaitkan elemen bentuk dengan pembentukan setiap frasa lagu. (6) (Jumlah: 20)

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like