You are on page 1of 30

ILMU PENDIDIKAN KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

NAMA PELAJAR 1: WAN ZULFADLI AD-DINNIE BIN WAN AZMI. NO. KAD PENGENALAN : 901110-11-5481 NAMA PELAJAR 2: NOR ADILLA BINTI CHE MOHAMAD. NO.KAD PENGENALAN : 901006-11-5684. NAMA PELAJAR 3: NUR DIYANA BINTI ZUBIRUDDIN. NO. KAD PENGENALAN : 900624-14-5210 KUMPULAN : PraPISMP SEMESTER 3 / 2009 KELAS : J3.8 KOD MATAPELAJARAN : EQ3311D1 NAMA PENSYARAH : DR TAN AI MEI TARIKH SERAHAN : 31 OGOS 2009

DEFINISI TERTEKAN Tekanan adalah suatu situasi atau perkara yang boleh mengganggu atau membina kehidupan seseorang. Jika seseorang dapat menyesuaikan diri, dia akan membina suasana yang disebut "eustress". Jika tidak dapat menyesuaikan diri boleh merosakkan diri. Ia disebut "distress atau kemurungan. Menurut Morstt & Furst tekanan adalah suatu keadaan yang dipengaruhi oleh gangguan mental dan emosional yang mewujudkan keadaan tidak selesa atau tegang jika situasi tersebut tidak mampu ditanggung oleh tubuh badan. A Dictionary of Human Behaviour (1981: 121) definisi tekanan sebagai ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan untuk suatu masa (boleh menggugat keupayaan seseorang untuk mengendali suatu situasi). Ahli psikologi Islam pula seperti al-Ghazali, al-Razi - melihat tekanan emosi dari sudut kegelisahan jiwa atau emosi manusia seperti gelisah, kecewa, bimbang keterlaluan dan takut.

Mudah marah dan panas baran

mood berubah-ubah

suka menyendiri

Agresif dan kecewa

gangguan emosi dan murung

CIRI-CIRI TERTEKAN
Sentiasa keresahan Sukar menumpukan perhatian dalam sesuatu hal bertindak dengan terburu-buru

Keadaan persekitaran Masalah dalam perhubungan Masalah dalam keluarga

PUNCA-PUNCA TERTEKAN
Sukar memberikan yang Tertekan dengan tugasan terbaik

Menghadapi masalah kesihatan


KESAN-KESAN TERTEKAN

Mudah melakukan kesilapan yang kecil

Tidak bersemangat untuk hidup

Mengambil tindakan di luar jangkaan

Emosi tertekan

Hidup menjadi tidak tenang dan tenteram

Kompetensi Kecerdasan Emosi Kecerdasan emosi melibatkan kepekaan dan pemahaman individu terhadap perasaan orang lain, dan seterusnya keupayaan untuk menguruskan emosi diri dan keperluan orang lain demi kemantapan kendiri dan pemeliharaan hubungan yang baik dengan orang di sekeliling kita. Bagi kerja khusus ini, kami dikehendaki menonton sebuah video klip dan seterusnya dikehendaki membuat satu analisis berkaitan dengan kompetensi kecerdasan emosi bagi dua atau tiga orang watak dalam mengurus konflik berpandukan garis panduan yang diberi. Setelah menjalankan kajian dan penyelidikan, kami telah berjaya menghasilkan satu video klip di bawah produksi D-Mulsion Production yang diarah oleh salah seorang daripada ahli kumpulan kami iaitu D-Ni (sebagai Direktor), manakala dua orang ahli kumpulan lain iaitu Adilla dan Diyana memegang watak sebagai Pensyarah 2 dan Pensyarah 3. Dalam video klip tersebut, kami telah dibantu oleh rakan sekelas kami iaitu Beka dan Hafizul. Video klip Tekanan ini adalah diilhamkan oleh Direktor kami iaitu D-Ni melalui kisah benar beliau iaitu hasil daripada pengalaman lepas beliau yang seringkali mengalami tekanan terutamanya pada waktu kuliah. Bagi menjayakan video klip kami, D-Ni telah memegang watak utama sebagai seorang yang cukup tertekan bagi mengaplikasikan pengalaman lepas beliau melalui lakonan. Bagi menyempurnakan tugasan kami, kami dikehendaki menyediakan empat soalan tugasan iaitu: 1. Membuat sinopsis video klip yang kami kaji, 2. Mengenalpasti emosi, faktor pencetus dan pengalaman lepas watak di dalam video klip tersebut, 3. Menganalisis kompetensi personal(PC) dan kompetensi sosial(SC) watakwatak, dan 4. Membuat reflektif introspektif yang meliputi aspek komunikasi ,kemahiran sosial, empati, cara memotivasi diri, cara menguruskan konflik, amalan sikap optimistikdan seterusnya cara membina hubungan mesra.

KENALPASTI EMOSI, FAKTOR PENCETUS DAN PENGALAMAN LEPAS

Dinnie [watak utama] sebagai Pelajar

CIRICIRIEMOSI
tertekan geram marah bengang agresif

FAKTORPENCETUS
Lewatbangunkeranamenyiapkankerja rumahyangdiberiolehpensyarah. Lewatkekelaskeranaterpaksa membantupensyarah2yangmeminta bantuannyamengambillaptop. DitegurolehPensyarah2yang melihatnyahadirlewat. Dimarahiolehpensyarah1keranalewat kekelassedangkankelastelahlama bermula. Ketuakelasnyamenegurbahawa pakaiannyatidakbergosok.Malahdatang lewatkekelas.

PENGALAMAN LEPAS

Datang dari keluarga baik dan beragama Tetapi mempunyai masalah disiplin diri (kita dapat lihat hal ini apabila dia berpakaian selekeh)

Tidak tahu bagaimana menguruskan masa dan diri sendiri (dapat dilihat apabila dia menyiapkan kerja yang diberi oleh pensyarah pada lewat malam dan akhirnya dia bangun lewat.)

Tiada rasa empati (tidak cuba memahami perasaan Pensyarah 1)

Gemar mengikut perasaan

EMOSI TERBABIT

DINNIE

EMOSI

ASRUL

Dinnie berasa resah ketika menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh pensyarah sedangkan ketika itu malam semakin lewat dan tanpa sedar, dia tertidur. Keesokannya Dinnie bangun lewat dan segera bersiap ke kelasnya.

RESAH

Asrul berasa resah kerana dia perlu menanda kertas soalan tetapi dalam masa yang sama laptop kepunyaannya hilang.

Dinnie tertekan kerana dalam perjalanannya ke kelas, dia telah bertembung dengan pensyarah 3 yang meminta bantuannya mengambil barang dari kereta. Dalam masa yang sama, dia ditegur oleh Pensyarah 2 yang melihatnya lewat ke kelas. Selepas menolong pensyarah itu, Dinnie melihat jamnya. Dia telah lewat 30 minit.

TERTEKAN

Asrul semakin tertekan kerana Pensyarah 2 mendesaknya dengan segera menghantar markah para pelajar dan selewat-lewatnya adalah pada hari itu juga.

Ketika Dinnie sampai di hadapan kelas, dia menyinsing lengan bajunya. Tanda dia bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Dia cuba menjelaskan kepada pensyarah perkara yang sebenar tetapi sebaliknya dia ditengking dan dimarahi. Dinnie semakin tertekan, geram, marah dan akhirnya bertindak agresif dengan menendang tong sampah disudut kelasnya. Dalam masa yang sama, dia telah ditegur oleh ketua kelasnya dan ini telah menambahkan tekanan dalam dirinya lalu dia menengking ketua kelas tersebut.

MARAH BENGANG AGRESIF

Asrul yang ketika itu dalam keadaan tertekan menjadi marah, bengang dan agresif apabila salah seorang pelajarnya lewat datang ke kelas. Dalam keadaan yang marah dan tertekan, dia telah bertindak agresif dengan menengking pelajar tersebut tanpa menyelidik terlebih dahulu mengapa pelajar tersebut lewat.

Asrul [watak utama kedua] sebagai Pensyarah 1

CIRICIRIEMOSI

FAKTORPENCETUS

resah

Tekananyang tinggi marah

Perlumenandadan menyiapkanmarkah pelajarpelajarnya. Laptophilang.

agresif

Didesakolehpensyarah2 yanginginkanmarkah pelajarpelajarsecepatyang mungkin. Pelajarbisingdidalam kelas.

PENGALAMAN LEPAS

Seorang pensyarah yang baik hati Tetapi tidak tahu bagaimana untuk mengawal perasaan dan konflik diri (situasi ialah ketika dia memarahi Dinnie dan apabila kertas yang ditandanya masih belum habis ditanda)

Gemar menangguh kerja (menangguh menanda kertas pelajar seminggu lamanya sehingga laptopnya hilang)

Seorang yang cuai (tidak pandai menjaga barang milik sendiri-laptop hilang)

Tiada pengurusan diri (dapat dilihat pada kertas di mejanya yang tidak bersusun)

SINOPSIS

Video ini mengisahkan tentang seorang pelajar dan seorang pensyarah yang mempunyai perasaan tekanan yang sama tetapi dalam situasi yang berbeza. Dinnie seorang pelajar telah terlewat bangun segera ke kelas dengan pakaian yang tidak bergosok. Dalam perjalanan, dia telah bertembung dengan pensyarah (Adilla) yang meminta bantuannya dan ini membuatkan dia lewat hampir setengah jam. Asrul pula ialah seorang pensyarah yang telah kehilangan laptopnya dan dalam masa yang sama perlu menanda kertas peperiksaan para pelajarnya. Dia telah didesak oleh pensyarah lain (Diyana) supaya menyiapkan markah pelajarnya secepat yang mungkin dan masa yang diberi hanyalah sehingga pada petang itu. Konflik bermula apabila Asrul dan Dinnie bertemu. Dinnie telah dimarahi oleh Asrul yang tidak mahu mendengar penjelasannya. Setelah dimarahi, Dinnie ditegur pula oleh Ketua Kelas (Hafizul) kerana lambat hadir dan tidak berpakaian kemas.

PENGENALAN WATAK WATAK UTAMA

DINNIE

Pelajar

Watak paling menonjol sebagai seorang yang tidak tahu menguruskan diri

ASRUL
Pensyarah 1

Watak kedua menonjol Sebagai seorang pengajar yang tiada inisiatif

WATAK SAMPINGAN

HAFIZUL

Ketua Kelas

Individu yang tidak gemar melihat seseorang tidak menepati masa Pensyarah 2

DIYANA

Seorang pensyarah yang tegas dalam masa yang sama baik hati

ADILLA
Pensyarah 3

Seorang pensyarah yang baik dan lembut

KONFLIK

Konflik bermula apabila:

Dinnie hadir lewat ke kelas. Penjelasannya tidak diterima oleh pensyarah 1 iaitu Asrul. Dinnie dimarahi dan ditengking oleh Asrul yang sedang menghadapi konflik dengan dirinya sendiri. Dinnie ditegur oleh Ketua Kelasnya yang tidak suka melihat dia hadir lewat lalu menjejaskan kelas dan berpakaian selekeh.

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

KOMPETENSI PERSONAL(PC) 1.Kesedaran Kendiri - Dinnie (sebagai watak utama) tidak mempunyai kesedaran emosi kendiri yang baik. Hal ini adalah kerana: a) Dia tidak sedar emosi tekanan yang dilaluinya akan membawa kesan negatif kepada pemikiran, perlakuan dan pertuturan. b) Dia tidak sedar bahawa emosi tertekan itu akan mempengaruhi prestasi kerjanya dan juga matlamat hidupnya. c) Tidak berani menyuarakan perasaan dan mempertahankan sesuatu yang betul bahawa dia telah lewat masuk ke kelas kerana menolong pensyarah (Adilla). d) Tidak berketrampilan kemas yang mempengaruhi emosi dan perasaan tertekannya. e) Tidak sedar kelemahan dan kekuatan diri dalam mengawal tekanan. 2.Pengurusan Kawalan Kendiri Pengurusan kawalan kendiri boleh dilihat dari beberapa aspek seperti kawalan kendiri, amanah, ketekunan, kebolehsuaian dan inovasi. Tiap-tiap aspek ini mempengaruhi dan membentuk watak individu dari segi emosi. Kawalan Kendiri: Dinnie tidak mempunyai kawalan kendiri yang baik kerana tidak dapat menguruskan emosi yang destruktif. Hal ini kerana: a. Dinnie tidak dapat mengurus dan perasaan dan emosi tekanan dengan baik. b. Dinnie tidak bertenang dan positif semasa tertekan.

WATAK UTAMA

KOMPETENSI SOSIAL(SC) 1. Kesedaran sosial Empati - Dinnie tidak mempunyai empati dalam diri kerana beliau: a. Tidak peka terhadap emosi pensyarah yang menunggunya di dalam kelas pada ketika itu. b. Tidak bersedia mendengar teguran ketua kelasnya iaitu Hafizul mengenai penampilanny a yang tidak kemas dan kehadirannya ke kelas yang lambat, malah Dinnie bertindak memarahi hafizul. c. Tidak prihatin dan tidak memahami perspektif pensyarahnya

Dinnie (sebagai watak uatama) mengalami tekanan dan tidak sedar tentang emosi yang dialaminya itu membawa kesan buruk.

c. Dinnie tidak berfikiran waras dan berfokus dalam tekanan yang dialaminya.

terhadapnya yang berpenampilan tidak kemas dan lewat kelas. Orient asi Khidm at - Dinnie tidak mempunyai orientasi khidmat yang baik kerana beliau: a. Tidak memahami perasaan pensyarahnya yang berada di dalam kelas. b. Tidak memikirkan cara-cara untuk meningkatkan kepuasan hati para pensyarah dan ketua kelas. 2. Kemahiran Sosial Pengaruh: Dinnie tidak mempunyai taktik-taktik yang berkesan untuk mendapat keyakinan orang lain. Hal ini kerana dia: a. Tidak berjaya

Amanah: Dinnie tidak mengekalkan piawaian kejujuran dan integriti dalam mengawal emosi. Hal ini kerana: a. Dia tidak bertindak secara beretika mengikut peraturan ketika tertekan. Hal ini dapat dilihat ketika dia menendang bakul sampah di dalam kelas ketika tertekan. b. Dia tidak mengakui kesalahan sendiri. Ini dapat dilihat ketika dia tetap mempertahankan dirinya walaupun bersalah ketika datang lambat ke kelas. Ketekunan: Dinnie tidak ada ketekunan atau tanggungjawab atas prestasi diri. Hal ini kerana: a. Dia tidak mempunyai komitmen untuk datang ke kelas pada waktunya. b. Dia tidak bersifat akauntable untuk memenuhi objektif. c. Dia tidak teratur dan sistematik dalam melaksanakan tugas. Ini kerana dia tidak sistematik dalam menyelesaikan tugasan sehingga menganggu waktu tidurnya. Dinnie melepaskan tekanannya di dalam kelas tanpa memikirkan kesannya.

Inovasi: Dinnie dapat digolongkan dalam golongan yang tidak berinovasi kerana beliau tidak menerima pandangan orang lain untuk berubah. Dia tidak berfikiran secara kreatif terhadap masalah beliau dan berfikiran terbuka untuk membuat perubahan.

Dinnie tidak dapat mengawal emosi tekanannya ketika itu.

3. Motivasi Kendiri. Motivasi kendiri boleh dilihat daripada beberapa aspek seperti motivasi kecapaian, komitmen, inisiatif dan optimisme. Tiap-tiap tingkah laku ini membentuk sesuatu individu dari segi pengurusan personal.

Motivasi kecapaian:Dinnie tidak mempunyai motivasi kecapaian yang baik kerana dia tidak berusaha menambahbaikan atau memenuhi piawaian kecemerlangan. Hal ini kerana; a. Dia tidak berusaha menambahbaikan prestasi beliau untuk datang ke kelas dengan lebih awal. b. Tidak bermotivasi tinggi untuk menyiapkan tugasan dengan lebih awal. Komitmen: Dinnie tidak mempunyai komitmen yang selaras dengan kumpulan atau organisasi. Hal ini kerana: a. Dia tidak bersedia membuat pengorbanan kendiri dengan menyiapkan tugasan dengan lebih awal agar tidak terlewat untuk masuk ke kelas. b. Dia tidak menyedari nilai tujuan dalam menyiapkan tugasan dengan lebih awal, beliau akan lebih bersedia untuk misi seterusnya. c. Dia juga tidak mencari peluang secara aktif untuk menyelesaikan tugasan dengan lebih awal. Inisiatif: Dinnie tidak mempunyai inisiatif diri keranadia tidak mempunyai kesediaan bertindak apabila ada peluang. Hal ini kerana: a. Dia tidak memanfaatkan peluang masa yang terluang untuk menyiapkan tugasan. b. Dia tidak mengejar matlamat yang tinggi daripada yang diperlukan iaitu

dalam mendapatka n keyakinan oarang lain dengan sikapnya yang tidak memuaskan . b. Tidak menunjukk an prestasi yang baik untuk menarik perhatian orang lain. Komunikasi: Dinnie boleh dikatakan tidak berkebolehan dalam komunikasi kerana: a. Tidak menghadapi dan menyelesaika n tekanannya dengan ketelusan . b. Tidak mendengar, memahami dan mengalualukan perkongsian maklumat daripada Hafizul. c. Tidak bersedia menerima makluman samaada baik mahupun buruk.

Dinnie melepaskan tekanan perasaannya terhadap Hafizul(ketua kelas)

dengan menghasilkan kerja yang berkualiti agar mendapat perhatian daripada para pensyarah. c. Dia tidak memobilisasikan orang lain kerana beliau tidak menunjukkan usaha dan komitmen yang luar biasa. Optimisme: Dinnie tidak mempunyai kecekalan untuk mencapai matlamat dia walaupun ada halangan dan masalah. Hal ini kerana: a. Dia tidak cuba untuk datang ke kelas walaupun tugasan banyak. b. Dia tidak melihat tekanan yang dihadapinya adalah sebagai keadaan yang boleh dikawal. Dinnie menolong Pn.Adilla (pensyarah) mengambil barang. - Dinnie mengambil berat dan bertimbang rasa terhadap pensyarahnya.

Pemangkin perubahan: Dinnie tidak boleh menjadi pemangkin perubahan kepada orang lain kerana dia: a. Tidak ada matlamat diri untuk membuat perubahan untuk datang ke kelas lebih awal dan menyiapkan tugasan dengan lebih awal tanpa melengahkan kerja tersebut. b. Tidak dapat menjadi model kepada orang lain disebabkan sikap dan disiplin diri yang tidak memuaskan. c. Tidak mempunyai pengurusan masa yang baik dalam membahagikan masa untuk

1.Kesedaran Kendiri - En. Asrul (sebagai pensyarah 1) tidak mempunyai kesedaran emosi kendiri yang baik. Hal ini adalah kerana: a) Beliau tidak sedar emosi tekanan yang dilaluinya akan membawa kesan negatif terhadap pengajarannya di dalam kelas dan para pelajarnya. b) Beliau tidak sedar bahawa emosi tertekan itu akan mempengaruhi prestasi kerjanya sebagai seorang pensyarah. c) Tidak berani menyuarakan perasaan kepada Pn. Diyana (ketua pensyarah) untuk mempertahankan sebab yang mengakibatkan kertas kerja (analisis markah pelajar) tidak dapat disiapkan Dinnie dimarahi oleh Asrul kerana laptopnya hilang. d) Tidak sedar kelemahan dan kekuatan (pensyarah 1) kerana kelewatannya masuk ke kelas. diri dalam mengawal tekanan.

2.Pengurusan Kawalan Kendiri Pengurusan kawalan kendiri boleh dilihat dari beberapa aspek seperti kawalan kendiri, amanah, ketekunan, kebolehsuaian dan inovasi. Tiap-tiap aspek ini mempengaruhi dan membentuk watak individu dari segi emosi. Kawalan Kendiri: En. Asrul mempunyai kawalan kendiri yang baik kerana dapat menguruskan emosi yang destruktif. Hal ini kerana: a. Beliau dapat mengurus dan perasaan dan emosi tekanan dengan baik. b. Beliau bertenang dan positif semasa masuk kelas dan berhadapan dengan pelajarnya walaupun beliau tertekan dibelenggu oleh pelbagai masalah. c. Beliau masih lagi fokus terhadap pelajarnya di dalam kelas.

belajar dan tidur lebih awal agar beliau bangun lebih awal untuk ke kelas. Menyemai dan mengekalkan hubungan: Dinnie tidak menyemai dan mengekalkan hubungannya dengan orang lain dengan baik kerana dia: a) Tidak mengekalkan kesetiakawana n dengan rakan sekelasnya iaitu Hafizul (ketua kelas) kerana dia telah memarahi hafizul yang cuba menasihatkanny a. b) Merosakkan hubunganny a dengan pensyarahny a kerana sikap yang selalu datang lambat ke kelas telah merosakkan keyakinan pensyarahh terhadapnya. c) Merosakkan hubunganny a dengan

Amanah: En Asrul mengekalkan piawaian kejujuran dan integriti dalam mengawal emosi. Hal ini kerana: a. Beliau bertindak secara beretika dan mengikut peraturan ketika tertekan. Hal ini dapat dilihat ketika beliau mengawal perasaan marahnya terhadap Dinnie yang datang lambat ke kelas dengan penuh beretika dan tidak bersikap agresif. b. Beliau mengakui kesalahan dirinya kepada Pn Diyana kerana tidak dapat menyediakan kertas kerja yang sepatutnya disiapkan.

Asrul sebagai pensyarah 1

Tertekan kerana kerja yang belum disiapkan lagi.

Ketekunan: En. Asrul ada ketekunan atau tanggungjawab atas prestasi diri. Hal ini kerana: Beliau cukup komitmen untuk datang ke kelas pada waktunya. b. Beliau bersifat akauntable untuk memenuhi objektif. c. Beliau cukup teratur dan sistematik dalam melaksanakan tugas. Ini kerana beliau cuba menyiapkan analisis markah pelajar. Namun begitu, beliau tidak sempat menyiapkan kerja tersebut kerana masa yang diberikan singkat dan kerjanya terbantut kerana laptopnya hilang. Inovasi: En. Asrul digolongkan dalam golongan yang tidak berinovasi kerana beliau tidak berfikiran secara kreatif terhadap masalah kehilangan laptop beliau dan berfikiran terbuka untuk menyelesaikan dengan meminjam laptop rakan sejawatannya. a.

rakan sekelas disebabkan kelewatan dia yang mengganggu waktu pembelajaran. Kolaborasi dan kerjasama a. D-Ni mempunyai kolaborasi yang baik dengan Pn.Adilla(pen syarah 2) kerana beliau dengan bertimbang rasanya menolong pensyarah tersebut mengambil barang. Hal ini menunjukkan bahawa Dinnie berupaya mengesan peluang untuk memupuk kolaborasi antara rakan.

3. Motivasi Kendiri. Motivasi kendiri boleh dilihat daripada bebrapa aspek seperti motivasi kecapaian, komitmen, inisiatif dan optimisme. Tiap-tiap tingkah laku ini membentuk individu dari segi pengurusan personal.

En Asrul menghadapi tekanan apabila laptopnya hilang.

Motivasi kecapaian: En. Asrul mempunyai motivasi kecapaian yang baik kerana beliau berusaha menambahbaikan atau memenuhi piawaian kecemerlangan. Hal ini kerana; c. Beliau berusaha menambahbaikan prestasi beliau untuk menyiapkan analisis markah pelajar namun masa yang diberikan terlalu singkat. d. Bermotivasi tinggi untuk menyiapkan tugasan dengan lebih awal. Komitmen: En. Asrul mempunyai komitmen

yang selaras dengan kumpulan atau organisasi. Hal ini kerana: a. Beliau bersedia membuat pengorbanan kendiri dengan menyiapkan kertas kerja dengan lebih awal agar dapat diserahkan kepada ketua pensyarah. b. Beliau komitmen terhadap pelajar beliau kerana walaupun beliau mempunyai masalah, beliau tetap masuk ke kelas pada waktunya.

. Kesedaran sosial Empati - En. Asrul tidak mempunyai empati dalam diri kerana beliau: Pn. Diyana meminta kertas kerja daripada En. Asrul. a. Tidak peka terhadap emosi pelajarnya iaitu Dinnie yang datang lewat ke kelas kerana menolong pensyarah. b. Tidak bersedia mendengar alasan Dinnie yang boleh diterima kerana menolong pensyarah.

Inisiatif: Asrul tidak mempunyai inisiatif diri kerana beliau tidak mempunyai kesediaan bertindak apabila ada peluang. Hal ini kerana: a. Beliau tidak memanfaatkan peluang masa yang terluang untuk menyiapkan kertas kerja. b. Beliau tidak mencari inisiatif lain bagi mengantikan laptonya bagi menyiapkan kerja.

Optimisme: En. Asrul tidak mempunyai kecekalan untuk mencapai matlamat beliau walaupun ada halangan dan masalah. Hal ini kerana: a. Beliau tidak cuba untuk mencari alternatif lain bagi mengantikan laptopnya yang hilang bagi meyiapkan analisis markah dengan cepat. b. Beliau tidak melihat tekanan yang dihadapinya adalah sebagai keadaan yang boleh dikawal dengan meminjam laptop rakannya. En. Asrul mengarahkan ketua kelas membahagikan kertas kepada pelajar.

Orientasi Khidmat - En. Asrul tidak mempunyai orientasi khidmat yang baik kerana beliau tidak menyerahkan kertas kerja beliau yang diminta oleh Pn. Diyana pada hari tersebut.

En. Asrul yang tergopoh-gapah menaiki anak tangga

2. Kemahiran Sosial Pengaruh: En Asrul tidak mempunyai taktiktaktik yang berkesan untuk mendapat

keyakinan orang lain. Hal ini kerana beliau: a. Tidak berjaya dalam mendapatka n keyakinan Pn. Diyana kerana kertas kerjanya tidak dapat disiapkan b. Tidak menunjukka n prestasi yang baik kepada Pn. Diyana.

Komunikasi: Asrul boleh dikatakan tidak berkebolehan dalam komunikasi kerana beliau: a. Tidak menghadapi dan menyelesaika n tekanannya dengan ketelusan .

d. Tidak bersedia menerima makluman samaada baik mahupun buruk daripada Dinnie yang datang lambat ke kelasnya.

Pemangkin perubahan: En. Asrul boleh menjadi pemangkin perubahan kepada para pelajarnya kerana beliau: a) Ada matlamat diri untuk memastika n dirinya datang ke kelas lebih awal. b) Dapat menjadi model kepada pelajarnya

disebabkan sikap dan disiplin dirinya yang tepat masa untuk ke kelas. Kolaborasi dan kerjasama i. En. Asrul mempunyai kolaborasi yang baik dengan pelajarnya iaitu Hafizul (ketua kelas) kerana arahan yang diberikan nya dijalankan dengan baik oleh Hafizul.

Refleksi Introspektif

Berdasarkan video yang kami kaji iaitu TEKANAN, terdapat satu watak dalam filem itu yang hampir menyamai salah seorang daripada rakan sekumpulan kami iaitu Wan Zulfadli Ad-Dinnie Bin Wan Azmi. Oleh itu, kami telah sama-sama bersetuju membenarkan Dinnie menjawab refleksi introspektif ini sambil kami memantau dan menganalisis semula refleksi yang ditulis olehnya dengan Kompetensi Personal dan Kompetensi Sosial. Di bawah ialah hasil refleksi kami. ..

Saya, Wan Zulfadli Ad-Dinnie Bin Wan Azmi, telah menjalankan kajian tentang video pendek ini bersama rakan-rakan kumpulan saya iaitu Nor Adilla binti Che Mohamad dan Nur Diyana binti Zubiruddin. Sebelum terimanya kertas tugasan KKE ini, kami mempunyai dua lagi ahli kumpulan iaitu Asrul bin Samat dan Hafizul Syarafi bin Mohd Noor. Kumpulan asal yang ditubuhkan berdasarkan jenis emosi yang telah diberikan oleh Dr. Tan Ai Mei kepada kami iaitu tekanan.

Hal ini amat menyedihkan dan menyukarkan pergerakan tugasan kami. Namun, setiap ahli kumpulan asal ini telah muncul dalam video pendek yang kami lakonkan sendiri. Saya telah melakonkan watak Pelajar dalam filem ini selaku watak utama di mana watak ini merupakan seorang pelajar yang sering datang lambat ke kelas disebabkan kegagalannya dalam menguruskan masa. Pelajar ini telah membuat dan menyiapkan tugasannya hingga lewat malam dan akhirnya tertidur. Ketiduran itu telah membuatkan tugasannya tidak sempat disiapkan. Malah, dia lewat ke kelas pada keesokan harinya. Dia bergegas ke kelas pada pagi itu dengan berpakaian tidak kemas. Dalam perjalanannya yang agak kelam-kabut, Pelajar ini telah menolong seorang pensyarah dan dalam masa yang sama, dia telah ditegur akan kelewatannya oleh seorang lagi pensyarah. Hal ini telah menambahkan lagi tekanan yang terkumpul dalam diri Pelajar. Setelah menolong pensyarah tersebut, dia bergegas ke kelas dan sebaik sahaja dia masuk ke dalam kelas, dia terus ditengking dan dimarahi oleh pensyarah yang sedang mengajar kelasnya. Setiap alasan yang diberikannya tidak dipedulikan oleh pensyarahnya. Secara tidak langsung, kepalanya semakin berserabut dan tertekan. Lantas, dia terus menjerit dan menendang sebuah bakul sampah berhampiran. Ketika dia ke tempat duduknya, dia telah ditegur pula oleh Ketua Kelas kerana kelewatan dan keselekehannya. Teguran ini akhirnya dibalas oleh Pelajar dengan jerkahan hasil tekanan yang tidak dapat dikawal.

Dalam video pendek ini, terdapat dua watak utama yang mempunyai konflik dalam diri masing-masing dan terhadap orang sekeliling mereka iaitu watak Pelajar yang saya lakonkan dan juga watak yang dilakonkan oleh Asrul iaitu watak Pensyarah 1. Secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa tahap kompetensi personal dan kompetensi sosial watak Pelajar dan Pensyarah 1 adalah amat lemah. Disebabkan hal demikian, semakin banyak konflik yang muncul. Kesemua konflik ini dapat diselesaikan jika mereka dapat memahami dan menguasai kompetensi kendiri dan kompetensi sosial.

Kami sertakan cadangan bagi konflik-konflik yang telah watak Pelajar hadapi dahulu sebelum masuk kepada watak Pensyarah 1. Bagi mengelakkan diri daripada tidak siap tugasan dan tidak tidur lewat, sepertimana dalam pengurusan kawalan kendiri, Pelajar seharusnya mempunyai sifat ketekunan dalam diri. Pelajar sepatutnya membuat tugasannya pada waktu siang dan tidak menangguhkan kerja yang diberikan oleh pensyarahnya. Jika hal ini dilakukan, Pelajar akan mendapat tidur yang secukupnya dan apabila tidur mencukupi, maka tidak lagi wujud masalah bangun lambat. Sekiranya bangun awal pada setiap pagi, maka kehadiran lewat ke kelas dapat dielakkan.

Konflik lain muncul pada babak Pelajar menolong Pensyarah 2. Apabila masa tidak mengizinkan dia menolong individu lain, Pelajar seharusnya perlu mengetahui cara untuk menolak sesuatu arahan dengan cara yang lembut dan bijak. Hal ini sejajar dengan strategi mengurus emosi secara rasionalisasi. Kebolehsuaian juga membantu dalam konflik ini. Pelajar boleh menyesuaikan respons dan taktik dengan keadaan yang sering berubah. Penyelesaian kepada semua konflik ini secara langsung dapat mengurangkan kemarahan Pensyarah 1 terhadap dirinya. Ketika ditanya oleh Pensyarah 1 tentang kelewatannya menghadirkan diri ke kelas pada pagi tersebut, Pelajar sepatutnya menggunakan teknik komunikasi yang lebih berkesan iaitu dengan memberikan alasan dengan bahasa yang lebih sopan dan lembut. Dia juga sepatutnya amanah iaitu dengan mengakui kesalahan sendiri dan menentang tindakan tidak beretika orang lain. Pada babak ini juga, dapat dilihat kelemahan kompetensi sosialnya di mana dia bercakap agak gagap dan kurang yakin seolah-olah dia tidak biasa berbicara dengan orang sekelilingnya. Selain itu, bagi mengelakkan daripada ditegur oleh Ketua Kelas, Pelajar sepatutnya menggosok bajunya pada awal malam seperti jam 9.00 malam. Tambahan pula, kekemasan amat penting kerana mencerminkan diri seseorang. Pelajar juga seharusnya cuba bersabar dan bertoleransi daripada terus menengking Ketua Kelas seperti dalam filem tersebut.

Bagi situasi Pelajar menjerit dan menendang bakul sampah, dia sepatutnya mempunyai kawalan kendiri. Kawalan kendiri merujuk kepada sesuatu individu itu dapat menguruskan emosi yang destruktif. Pelajar perlu mempunyai motivasi kecapaian bagi menambahbaikkan prestasi. Di samping watak Pelajar, watak Pensyarah 1 juga tidak kurang dengan konfliknya. Dimulakan dengan konflik tidak sempat menanda kertas peperiksaan ,kehilangan laptopnya sehinggalah akan hal kelewatan seorang pelajar ke kelasnya. Konflik-konflik ini dapat diselesaikan jika watak ini dapat mendalami ilmu yang terkandung dalam buku Kompetensi Kecerdasan Emosi karya A. J. Michael. Bagi konflik tidak sempat menanda kertas peperiksaan pelajarnya lalu didesak oleh Pensyarah 2 untuk menyiapkannya, Pensyarah 1 sepatutnya telah menanda dan menyiapkannya lebih awal iaitu pada hari pertama dia menerima kertas-kertas peperiksaan itu. Yakni, hal ini dapat diselesaikan dengan ketekunan. Ketika ini, amat jelas terserlah kelemahan kompetensi sosialnya dimana Pensyarah 1 bercakap dengan Pensyarah 2 dengan nada yang kurang jelas dan kurang yakin. Pokoknya, hal ini berkaitan dengan disiplin iaitu dia sepatutnya pastikan deadlinenya dan tidak membuat sesuatu pekerjaan pada saat akhir. Dia juga seharusnya mempunyai sikap empati dengan memahami keperluan Pensyarah 2. Kehilangan laptopnya pula telah menyebabkan dia tertekan, risau, gelisah dan takut. Antara perasaan ini, rasa takut adalah yang paling kuat menguasai diri dan emosinya. Hal ini dapat diatasi dengan meletakkan barang berharga iaitu laptop di tempat yang selamat dan bukan di merata tempat. Selain itu, Pensyarah 1 patut bersikap optimisme iaitu sejurus menyedari laptopnya hilang, Pensyarah 1 sepatutnya meminjam laptop rakan sekerja bagi menyiapkan kerjanya. Beralih pula kepada situasi dalam kelas iaitu pada ketika semua pelajar membuat bising. Kebisingan ini telah menyebabkan dirinya semakin tertekan. Hal ini dapat dielakkan jika Pensyarah 1 mengetahui cara untuk berkomunikasi dengan baik dengan para pelajarnya sepertimana yang disarankan oleh A. J. Michael dalam buku Kompetensi Kecerdasan Emosi. Sebagai seorang pensyarah, dia sepatutnya bersikap lebih tegas dan melakukan inovasi. Selain itu, Pensyarah 1 juga seharusnya memberikan arahan terlebih dahulu sebelum memasuki kelas dan memberikan tugasan awal kepada wakil pelajar untuk dilaksanakan semasa ketiadaannya. Kehadiran seorang pelajar yang lambat juga dapat dielakkan jika Pensyarah 1 menggunakan pemikiran positif iaitu dengan cuba memahami keadaan pelajar tersebut dan memikirkan hal yang baik terhadap pelajar tersebut. Mengamalkan pemikiran positif adalah satu cara yang baik untuk menguruskan emosi yang tidak baik. Sebagai contoh, Pensyarah 1 boleh menganggap Pelajar mungkin terbangun lambat ataupun membuat sesuatu kerja yang diarahkan oleh Pensyarah lain hingga menyebabkan Pelajar tersebut terlewat. Hal ini dapat dilaksanakan juga dengan mendengar terlebih dahulu alasan pelajar, cuba memahaminya dan menasihatinya. Pensyarah 1 juga sepatutnya lebih empati terhadap Pelajar.

Selain itu, Pensyarah 1 juga dapat mengelakkan konflik ini dengan lebih agresif dan inovasi iaitu dengan memberikan Pelajar tersebut Borang Salah Laku. Sedikit sebanyak pemberian borang ini seolah-olah memberi amaran kepada Pelajar supaya hadir ke kelas lebih awal. Kesimpulannya, semua masalah dan konflik dapat diselesaikan jika seseorang itu mempunyai kompetensi personal dan kompetensi sosial yang tinggi.

You might also like