You are on page 1of 9

MPU 3122

NORAZAH BINTI MOHAMMAD NORDI


 Perjanjian Malaysia yang dibuat pada tahun 1963,
merupakan satu persetujuan yang telah disepakati antara
pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak yang dikenali
sebagai Perkara 20 bagi Sabah dan Perkara 18 bagi
Sarawak.
 Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam perlembagaan
dilindungi oleh kuasa Yang di-Pertua Negeri berkenaan dan
pindaan hanya boleh dibuat sekiranya kedua-duanya
memberikan persetujuan.
 Parlimen tidak boleh meminda kedudukan istimewa
bumiputera Sabah dan Sarawak iaitu menyamai peranan dan
kuasa Majlis Raja-Raja berhubung dengan kedudukan orang
Melayu di Semenanjung.
Perkara 1 AGAMA
• Islam agama rasmi persekutuan sementara Sarawak tidak mempunyai sebarang agama rasmi.
• Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipakai di Sarawak.

Perkara 2 BAHASA
• Bahasa Melayu hendaklah dijadikan bahasa rasmi di Persekutuan.
• Bahasa Inggeris hendaklah digunakan dalam tempoh sepuluh tahun selepas Hari Kemerdekaan
Malaysia.

Perkara 3 PERLEMBAGAAN
• Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada diterima sebagai asas Perlembagaan
Malaysia.
• Perlembagaan Malaysia hendaklah merupakan satu dokumen yang baru sama sekali.
• Sebuah perlembagaan negeri adalah perlu bagi Sarawak.
Perkara 4 KETUA NEGERI
• Ketua Negeri perlu dipilih di antara warga tempatan.
• Kaedah akan dibincangkan dengan lebih terperinci.

Perkara 5 KETUA PERSEKUTUAN


• Ketua bagi Sarawak tidak berhak atau tidak layak
untuk dipilih menjadi ketua persekutuan.

Perkara 6 NAMA PERSEKUTUAN


• Nama persekutuan ialah Malaysia, bukan Melayu
raya.
Perkara 7 KUASA IMEGRESEN
• Kawalan ke atas imegresen ke mana-mana bahagian Malaysia daripada luar hendaklah berada dalam
kuasa kerajaan persekutuan tetapi kemasukan ke Sarawak hendaklah juga mendapat kebenaran daripada
kerajaan negeri.
• Kerajaan persekutuan tidak boleh membatalkan kemasukan sesiapa ke Sarawak untuk tujuan kerajaan
negeri kecuali atas alasan keselamatan yang kukuh. Sarawak hendaklah mempunyai kawalan yang tidak
terbatas terhadap pergerakan manusia, kecuali kakitangan kerajaan persekutuan.

Perkara 8 HAK UNTUK BERPISAH


• Sarawak tidak mempunyai hak untuk berpisah daripada Malaysia.

Perkara 9 BORNEONISASI
• Pegawai awam yang dilantik merupakan warga Tempatan Sarawak
Perkara 10 PEGAWAI-PEGAWAI BRITISH
• Segala usaha hendaklah dibuat untuk menggalakkan pegawai
british kekal dalam perkhidmatan awam sehinggalah tempat
mereka diambil alih oleh mereka yang layak dan sesuai dari
kalangan rakyat negeri berkaitan.

Perkara 11 KEWARGANEGARAAN
• Cadangan dalam perenggan 148 (K) dalam Laporan Suruhanjaya
Cobbold hendaklah mentadbir hak-hak kewarganegaraan dalam
Sarawak tertaluk kepada pindaan-pindaan, peruntukan
“sehinggalah pemastautin dibaca “tujuh daripada sepuluh tahun”
dan bukannya “lapan daripada dua belas tahun”.
KEWANGAN, PEMBANGUNAN DAN
Perkara 12 TARIF
• Sarawak hendaklah mengawal kewangan, pembangunan dan tarifnya sendiri.
• (a) Menubuhkan Tabung Pembangunan Sarawak , Malaya berjanji untuk menyediakan dana
yang mencukupi untuk memastikan perkembangan pesat Sarawak.
• (b) Menurut cadangan dalam perenggan 217 Laporan Suruhanjaya Cobbold untuk
memastikan Sarawak , sama ada sekarang atau pada masa akan datang mempunyai
pendapatan yang mencukupi untuk membiayai pembangunan.
• (c) Sistem cukai akan beransur-ansur meningkat kepada tahap yang sama dengan Malaya.

Perkara 13 Kedudukan Istimewa Penduduk Asli


• Pada dasarnya, kaum pribumi Borneo (Sarawak) harus menikmati hak istimewa sejajar
dengan apa yang dinikmati oleh Melayu di Malaya.
Perkara 14 KERAJAAN PERSEKUTUAN
• (a) Di bawah terma Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ke 13 , Sarawak
mesti mempunyai perwakilan maksimum di Parlimen persekutuan, kedua-dua di
Dewan Negara atau Dewan Rakyat.
• (b) Mesti mempunyai perwakilan yang mencukupi di jabatan-jabatan Kabinet,
daripada untuk pegawai peringkat tinggi sehingga rendah untuk memastikan
Sarawak dalam perwakilan dan perlindungan dalam hak-hak Sarawak.

Perkara 15 KERAJAAN SARAWAK


• (a) Ketua Negeri bagi Sarawak Menteri sepatutnya dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi
Majlis Mesyuarat Negara.
• (b) Harus menubuhkan sebuah Jawatankuasa atau sistem yang sama dalam bentuk
istilah, supaya ahli Majlis Tertinggi ( kabinet ) untuk melaksanakan tugas-tugas
khas.
Perkara 16 TEMPOH PERALIHAN
• Selama tiga sehingga lima tahun dan dalam tempoh itu, kuasa perundangan hendaklah dipegang oleh
kerajaan Sarawak melalui perlembagaan bukan diwakili kepada kerajaan negeri oleh kerajaan
persekutuan.

Perkara 17 JAMINAN PERLEMBAGAAN


• Tidak ada pindaan, perubahan, penarikan sebarang jaminan istimewa yang diberi kepada Sarawak oleh
kerajaan Persekutuan tanpa persetujuan positif kerajaan negeri yang berkaitan.

Perkara 18 TANAH, PERHUTANAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN


• Peruntukan dalam kerajaan Persekutuan bersangkutan dengan Kuasa Majlis Tanah Negara tidak boleh
diguna pakai bagi Sarawak. Begitu juga dengan Majlis Kerajaan Tempatan Negara hendaklah tidak boleh
diguna pakai di Sarawak

You might also like