You are on page 1of 17

Guru sebagai pengganti ibu bapa

NurNadhirah bt. Khairazmy Katijah bte Mohamad Satar Izathul Sahera bt Mustapa

HAMKA : seorang guru baik guru mengaji atau guru di sekolah atau seorang guru yang hanya sekali kita temui tetapi kita beroleh pelajaran daripadanya, semuanya adalah jasa tidak dapat dibalas dengan harta benda

berguru kepalang ajar bagai kembang bunga tak jadi


Ketinggian martabat guru dan besarnya harapan masyarakat terhadap guru. Guru adalah segalagalanya.

Guru di sekolah

Adalah pepatah mengatakan, selain bapa dan ibu atau penjaga, orang yang ketiga penting dalam kehidupan pelajar ialah guru Individu yang paling rapat dengan murid disekolah. Sebaik sahaja pelajar melangkah kaki ke sekolah, guru adalah merupakan orang paling tua dan orang yang paling diharapkan untuk menjaga, mengasuh dan mendidik pelajar kerana pada waktu persekolahan, ibu bapa sebenar keluar bekerja dan tidak dapat menumpukan perhatian pada anak mereka.

ibu bapa : memberi tempat tinggal, pakaian dan makan minum guru : memberikan ilmu, didikan, budi dan akhlak serta membentuk kepandaian dalam kehidupan.

Guru penyayang : ambil tahu masalah murid serta sedia mendengar dan memberi perhatian kepada murid tanpa ada bias.

Murid lemah = Dikasihi


Murid silap = Ditegur dengan baik

Kefahaman sosiobudaya murid

memerhati murid secara keseluruhan dan individu. Berbual-bual atau bercerita dengan murid-murid Bertanya mengenai perkara yang berkaitan dengan keluarga, kegemaran mereka atau persekitaran.

Peka dengan emosi, keperluan dan perubahan sikap & tingkah laku murid

Bertanyakan khabar murid setiap hari Merekod perkembangan kanak-kanak mengikut aspek-aspek tertentu seperti fizikal, sosio-emosi, kognitif dan tingkah laku Menghubungi ibu bapa murid dan berbincang mengenai aspek perkembangan murid

Dorongan dan bimbingan


Diberikan tanpa batasan pilih kasih, prejudis atau diskriminasi Mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain PdP : ilmu dicurahkan sama rata tanpa mengira status murid. Semua murid memerlukan ilmu pengetahuan yang sama tidak kira dari mana dan siapa murid tersebut kerana mereka datang ke sekolah dengan tujuan yang sama iaitu menuntut ilmu.

Murid ini selalu tidak hadir ke sekolah. Dalam seminggu, hanya sehari sahaja datang..itu pun separuh hari dia lari balik rumah..dulu ada la kami pergi ke rumah untuk jemput dia ke sekolah..tapi, tengah hari dia lari balik rumah semula..kalau dia datang, tanya la dia datang sekolah atau tak..walaupun kita dah nampak dia..tanya dia sihat atau tak..selalu panggil nama dia supaya dia tahu kita ambil berat. Hari tu, ada program bersama Bimbingan dan Kaunseling, dia datang. masa tu cikgu minta semua lukis tentang perasaan ketika tu..bila semak, dia lukis gambar mak, ayah dan diri dia. Gambar dia tengah sedih..

cikgu, esok cikgu datang tau. Esok hari jadi saya. Cikgu bawa la hadiah untuk saya..

Perasaan ??

Sedih : kehidupan dan pelajaran terabai Simpati : - Anak-anak menjadi mangsa penceraian ibu bapa - Terjebak dengan masalah sosial

Marah : ibu bapa tidak pedulikan anak-anak

Pendapat :

Hubungi dan bertanya khabar murid melalui telefon Lebih kerap melawat murid di rumah sebagai tanda mengambil berat ; tidak terlalu memaksa murid Ibu bapa : menghantar anak ke sekolah berasrama untuk kesempurnaan hidup

Implikasi

Hilang keharmonian dan kebahagiaan dalam keluarga Tidak mendapat perhatian dan kasih sayang sewajarnya Terjebak dalam masalah sosial Hilang tumpuan dalam pelajaran : murung, menyendiri dan tidak mesra Emosi tertekan : dihantui rasa bersalah, malu, tak selamat dan kurang keyakinan serta wujud perasaan dendam

cerita tentang guru ni saya teringat akan kisah beberapa belas tahun lepas di sekolah rendah. Ada seorang cikgu yang suka memaki mencela dan mengutuk murid yang kurang pandai. Yang lebih mengharukan, dia turut mencaci keluarga murid yang malang tersebut. Maklumlah, sekolah di kampung, penduduk miskin....harap guru tersebut sedar kesilapan dia ...

guru perlu menjalankan tugas sebagai ibu bapa kedua kepada murid dengan penuh rasa tanggung jawab Guru perlu menghormati anak didik dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.

jangan memaki hamun, mencaci, mencela, memandang remeh anak didik kita walau pun mereka masih kecil.

Suatu ketika nanti mereka akan menjadi dewasa dan mungkin menjadi seseorang yang terkenal.
Sekiranya mereka tidak diajar untuk menghormati kita, maka kita akan kecewa apabila masa tersebut tiba.

Berapa ramai antara guru menziarahi anak didik mereka sekiranya sakit dan terlantar di rumah atau hospital?

Masih kukuhkah hubungan ibu bapa dengan sekolah seperti waktu dahulu?

You might also like