You are on page 1of 82

PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM

KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI


MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH :
MUHAMMAD HUSSEIRI BIN CHE HUSSEIN
MOHAMAD KHAIRUL AMRIE BIN SABRI
MOHAMAD IZHAM BIN ABD MAJID
PENSYARAH PEMBIMBING:
EN. GHZALI BIN ISMAIL

Pengenalan
Perkara yang dianggap menguntungkan

orang Melayu dan bumiputera diimbangi


dengan peruntukan lain yang juga memberi
kelebihan kepada bukan Melayu seperti
perkara di bawah:
Islam agama persekutuan tetapi agama lain bebas

diamalkan
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan tetapi
bahasa lain dibenarkan
Kedudukan Istimewa orang Melayu dan bumiputera
tetapi hak etnik lain tidak boleh dilucutkan

Konsep Perlembagaan
Definisi
Perlembagaan ialah mengandungi satu set peraturan

tentang hak, kuasa dan prosedur serta


tanggungjawab pihak yang mengawal dan memandu
hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang
lain dan juga antara autoriti dengan rakyat awam
Ia juga boleh ditakrifkan sebagai dasar atau formula
yang menyatakan tugasan kuasa-kuasa awam di
dalam sesebuah negara dibahagikan dan digunakan

Jenis Perlembagaan
Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis iaitu
Bertulis - merupakan bentuk perlembagaan yang

dikumpul dan disusun dalam satu dokumen


Tidak bertulis - merangkumi semua prinsip
perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu
dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh
parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah

Perlembagaan Malaysia adalah


Bertulis
Mengandungi 15 Bab, 183 Perkara dan 13 Jadual
Menyentuh bidang kuasa perundangan, kehakiman

dan eksekutif
Menyentuh juga aspek bahasa, agama,
kewarganegaraan, hak istimewa dan sebagainya

Tujuan Perlembagaan
Bagi sesebuah negara yang berdaulat,

perlembagaan merupakan sumber undangundang tertinggi sesebuah negara dan setiap


individu perlu mematuhi keluhurannya.
Sebagai panduan mengatur dan menyelaras
pemerintahan sesebuah negara.
Sebagai satu panduan bagi pembentukan
undang-undang sama ada di pihak kerajaan
atau rakyat atau sesiapa sahaja

Pindaan Perlembagaan (3)


i.

Perkara 159 (4) menjelaskan bahawa


sesetengah
perkara
boleh
dipinda
hanya
memerlukan sokongan lebih 2/3 setiap dewan tanpa
mendapat persetujuan sesiapa seperti sumpah dan
ikrar taat setia, pemilihan dan persaraan ahli-ahli
Dewan Negara dan meluputi perkara-perkara yang
tidak disebut dalam perkara lain.

Pindaan Perlembagaan
ii.

Perkara 161 (E) menjelaskan sesetengah


perkara boleh dipinda, perlu mendapat sokongan
2/3 setiap dewan dan dipersetujui oleh Yang
dipertua Negeri Sabah dan Sarawak bagi
melibatkan kepentingan Sabah dan Sarawak
seperti bidang kuasa kerajaan negeri dan
kedudukan istimewa bumiputera, imegresen.

Pindaan Perlembagaan
iii.

Perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan


dan perkenan Majlis Raja-Raja yang melibatkan
perkara-perkara seperti kedaulatan raja-raja,
kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera
Sabah dan Sarawak, bahasa kebangsaan dan
agama persekutuan.

Konsep Ketertinggian Perlembagaan


Di Malaysia, tidak ada satu institusi pun yang

boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan


Malaysia.
Ketiga-tiga badan kerajaan iaitu perundangan,
kehakiman dan eksekutif mahupun Yang Di
Pertuan Agong adalah tertakluk kepada
Perlembagaan Malaysia
Contoh:
1. Kuasa perundangan hendaklah dijalankan tertakluk

kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh


Perlembagaan.
2. Kuasa kehakiman iaitu mahkamah hendaklah juga
dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang
dikenakan oleh perlembagaan

3. Undang-undang persekutuan atau negeri mengenai

sesuatu perkara boleh diisytiharkan sebagai tidak sah


oleh mahkamah jika undang-undang itu bercanggah
dengan Perlembagaan Malaysia setakat mana ia
bercanggah.
Ini kerana perlembagaan memperuntukkan

dengan nyata Perkara 4(1) bahawa


perlembagaan Malaysia adalah undang-undang
utama persekutuan dan apa-apa undangundang yang diluluskan yang berlawanan
dengan perlembagaan adalah setakat mana
yang berlawanan itu terbatal.

Sejarah Penggubalan
Penentangan terhadap penjajah dipelopori oleh orang Melayu
Perjuangan berdarah
Antara perjuangan berdarah menentang penjajah i.

Penentangan terhadap penjajahan Siam di Zaman Melaka.


ii.
Penentangan terhadap penjajahan Portugis di
Melaka.
iii.
Penentangan terhadap penjajahan Belanda di
Melaka.
iv.
Penentangan terhadap penjajahan Inggeris di
Naning, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Pahang,
Sarawak, Sabah, Kelantan dan Terengganu.
v.
Penentangan terhadap penjajahan Jepun.

Begitu juga perjuangan orang Melayu menentang

penjajahan digerakkan melalui semangat


kebangsaan.
Menjelang abad ke 20 munculnya intelek-intelek Melayu

yang sedar bahawa perjuangan ke arah kemerdekaan


bukan sahaja melalui senjata tetapi juga melalui
perundingan.
Antaranya seperti Syed Syeikh al-Hadi, Rahim Kajai,
Pak Sako, Ibrahim Yaakob, Mohamad Eunos dan ramai
lagi telah bangkit menyedarkan orang Melayu supaya
bangun menuntut kemerdekaan.

Selain itu, lahirnya pertubuhan-pertubuhan (Kesatuan

Melayu Singapura, Kesatuan Melayu Perak, Kesatuan


Melayu Selangor)
Dalam masa yang sama, media massa (Al-Imam,
Majlis, Utusan Melayu, Saudara) digunakan sebagai
medium untuk menentang penjajah.

Dalam tempoh penyerahan Jepun dan

kedatangan semula British ke Tanah Melayu


pula, telah berlaku kekacauan dan huru-hara
yang ditimbulkan oleh Parti Komunis Malaya
selama 14 hari.
Pada masa ini, berlaku pergaduhan yang
melibatkan orang Melayu dan Parti Komunis
Malaya yang majoritinya adalah orang Cina.
Akibatnya Inggeris telah memperkenalkan
Pentadbiran Tentera British (British Military
Administration BMA) dan seterusnya
digantikan dengan Malayan Union

Malayan Union telah diluluskan oleh Parlimen British pada

10 Oktober 1945. Sir Harold MacMichael telah dilantik


sebagai wakil British untuk mendapatkan tandatangan dari
Raja-Raja Melayu. Berikut sebab-sebab Malayan Union
diperkenalkan:
1.
Untuk menyatukan negeri-negeri dan meningkatkan
kecekapan pengurusan pentadbiran. Negeri-negeri seperti
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Selat dan
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu memerlukan
perbelanjaan yang besar dan sistem pentadbirannyaa
adalah terpisah.
2.
British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana
orang Melayu bekerjasama dengan Jepun sebelum ini dan
pengenalan Malayan Union dapat melemahkan kuasa
orang Melayu terutamanya Raja-Raja Melayu.
3.
Menjadi asas kepada British untuk masyarakat
tempatan bagi memerintah negara sendiri.

Manakala ciri-ciri Malayan Union yang ingin diperkenalkan

ialah:
1. Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di
bawah pemerintahan Gabenor British. Gabenor pula, dalam
menjalankan kuasanya akan dibantu oleh Majlis Mesyuarat
Persekutuan dan Majlis Undangan.
2. Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan.
3. Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan. Sultan hanya
berkuasa dan boleh bersuara dalam soal yang menyentuh
agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.
4. Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa
mengambil kira bangsa dan keturunan. Bagi yang telah
menetap di Tanah Melayu sebelum Malayan Union, boleh
menjadi warganegara secara automatik jika berumur 18
tahun ke atas dan telah menetap selama 10 tahun.
Pengenalan Malayan Union telah memberikan hak
warganegara kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah
Melayu.

Tentangan orang Melayu kerana:


i.
Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan dalam urusan

pentadbiran negeri dan hanya berkuasa dalam soal agama


Islam, adat istiadat Melayu dan mengetuai Majlis Penasihat
Melayu.
ii.
Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal
sebagai tanah jajahan Inggeris.
iii. Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip jus soli
iaitu penduduk asing yang telah bermastautin lebih sepuluh
tahun dan lahir selepas Malayan Union, secara terus menjadi
warganegara.
iv. Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa
mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apaapa keistimewaan.
v.
Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan
raja-raja Melayu yang menggunakan cara paksaan dan
ugutan seperti Sultan Kedah telah diberi kata dua iaitu
menandatangani persetujuan Malayan Union atau dilucutkan
dari tahta pemerintahan.

Penentangan hebat dari orang Melayu ini boleh

disaksikan apabila di Alor Setar pada Januari


1946, sejumlah 50,000 orang Melayu telah
mengadakan demontrasi, begitu juga di
Kelantan yang dihadiri lebih 10,000 orang dan
di Johor pada 10 Februari 1946, lebih 150,000
orang telah mengadakan demontrasi.
Walaupun wujud tentangan daripada orang
Melayu, Malayan Union tetap diisytiharkan pada
11 April 1946 dan Sir Edward Gent sebagai
Gabenor yang pertama.

British telah membatalkan cadangan menubuhkan

Malaya Union lalu menubuhkan Jawatankuasa Kerja


pada Julai 1946 yang terdiri daripada empat wakil rajaraja Melayu, dua wakil UMNO dan enam pegawai British
Jawatankuasa ini bertanggungjawab merangka sebuah
perlembagaan baru yang boleh diterima oleh orang
Melayu.
Selepas itu, British telah menubuhkan Jawatankuasa
Perundingan pada Disember 1947 yang terdiri daripada
orang Eropah, Cina dan India dengan tujuan untuk
mendapatkan pandangan orang bukan Melayu
mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

British telah mengisytiharkan Persekutuan Tanah

Melayu pada 1 Februari 1948. Berikut adalah ciri-ciri


terpenting dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu:
1. Sembilan negeri Melayu terlibat di dalam
persekutuan termasuk Pulau Pinang dan Melaka.
Manakala Singapura kekal menjadi tanah jajahan yang
berasingan.
2. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan diketuai
oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh Majlis
Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan
Persekutuan.
3. Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh
17 ahli iaitu tujuh ahli rasmi, tujuh ahli tidak rasmi dan
tiga ahli ex-officio.

4. Majlis Undangan Persekutuan dipengerusikan oleh

Pesuruhjaya Tinggi yang terdiri daripada 14 ahli rasmi, 9


orang Yang Dipertua Majlis Undangan Negeri, dua wakil dari
Majlis Mesyuarat Negeri Melaka dan Pulau Pinang dan 50
ahli tidak rasmi yang mewakili kaum-kaum asing.
5.
Sultan-sultan diberi semula hak dan kuasa memerintah
tetapi dengan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan
Majlis Undangan Negeri.
6.
Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu seseorang
pemohon mestilah lahir di Tanah Melayu dan telah
bermastautin selama 8 hingga 12 tahun. Selain itu, seorang
pemohon asing mestilah pemastautin selama 15 tahun.
Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18
tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang
baik.
7.
Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum
bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dalam
Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Dengan pengenalan Persekutuan Tanah

Melayu, kerjasama antara orang Melayu dan


bukan Melayu semakin kuat.
Sebagai contoh, penubuhan Jawatankuasa
Perhubungan Masyarakat 1949 yang terdiri
daripada pelbagai etnik telah berusaha
menyelesaikan sesetengah masalah
perlembagaan, politik dan ekonomi yang wujud
akibat permintaan yang berlainan daripada
pelbagai etnik.
Jawatankuasa ini merupakan satu organisasi
pertama ditubuhkan secara tidak rasmi bagi
membincangkan berbagai isu seperti
kewarganegaraan dan kedudukan istimewa
orang Melayu serta dasar pendidikan.

Melalui jawatankuasa ini, pemimpin dari

pelbagai etnik berbincang secara terbuka


mengenai permasalahan yang wujud dan dicari
jalan penyelesaiannya.
Antara tokoh-tokoh yang menganggotai
jawatankuasa ini ialah Dato Onn Jaafar, Dato
Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng Lock, C.C.
Tan, E.E.C Thuraisingham dan ramai lagi.
Namun, ia tidak mendapat sambutan kerana
dicurigai objektif penubuhannya oleh orang
Melayu sendiri, tetapi ia adalah satu permulaan
yang baik dalam membentuk kerjasama antara
etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.

Kerjasama antara etnik diteruskan melalui Sistem Ahli bertujuan

memberi peluang dan latihan kepada pemimpin tempatan bagi


mendapatkan pengalaman memerintah secara demokrasi.
Seramai sembilan orang warga tempatan telah dilantik iaitu:
Menteri
Jawatan
Dato Onn Jaafar
Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri
E.E.C Thuraisingham Ahli Pelajaran
Tunku Yaakob
Ahli Pertanian dan Perhutanan
Lee Ting Keng
Ahli Kesihatan
Dato Mahmud Mat
Ahli Tanah, Perlombongan
dan Perhubungan
J.D Mead
Ahli Kerja Raya dan perumahan
J.D Hodgkinson
Ahli Perindustrian dan
Perhubungan Sosial
O.A Spencer
Ahli Hal Ehwal Ekonomi

Kerjasama ini terus terjalin erat melalui beberapa

siri Pilihanraya dan pembentukan Perikatan


Pada bulan Februari 1952, pilihanraya dalam Majlis

Perbandaran Kuala Lumpur telah diadakan dan 12 kerusi


dipertandingkan di mana UMNO dan MCA telah
membuat pakatan secara tidak rasmi, yang akhirnya
menjurus ke arah penubuhan Perikatan pada tahun 1953
Kemenangan dalam pilihanraya Majlis Perbandaran
Kuala Lumpur menyebabkan diadakan satu Perundingan
Meja Bulat antara UMNO dan MCA. Ia bertujuan mencari
persefahaman dan kerjasama antara dua etnik terbesar
dalam menuntut kemerdekaan.

Perundingan Meja Bulat yang diadakan pada 3

Februari 1953 itu telah dihadiri oleh wakil UMNO yang


terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Tun Dr. Ismail,
Saadon Zubir, Bahaman Shamsuddin dan Syed Nasir
Ismail.
MCA diwakili oleh Tan Cheng Lock, H.S Lee, Leong
Yew Koh, S.M Yong dan T.H Tan.

Pilihanraya 1955 (pilihanraya umum pertama)

memberi implikasi yang cukup besar kepada


hubungan etnik di Malaysia.
Ini disebabkan telah berlaku kerjasama dan
toleransi yang cukup tinggi antara Melayu dan
bukan Melayu khususnya yang melibatkan
pembahagian kursi pilihanraya seperti dalam Jadual

Jika dilihat dari segi pembahagian kerusi dan

calon, ternyata Perikatan yang didominasi oleh


UMNO telah membuat pengorbanan dan
kompromi yang cukup besar kerana telah
meletakkan calon bukan Melayu di kawasan
majoriti pengundi Melayu dan walaupun majoriti
pengundi adalah Melayu (84.2%).
Tetapi demi perpaduan dan mengamalkan

konsep perkongsian kuasa, UMNO


diperuntukkan 35 kerusi sahaja, MCA 15 kerusi
dan MCA sebanyak dua kerusi

Parti

Peruntukan Peratusan
Kerusi
Kerusi

Peratusan
Pengundi

UMNO

35

69

84.2

MCA

15

28

11.2

MIC

3.9

Semangat toleransi, rela berkongsi kuasa, sedia

berkorban dan persefahaman telah ditegaskan


oleh Tunku Abdul Rahman iaitu
" orang Melayu sedia memberikan hak-hak
yang munasabah dan patut kepada orang
bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan
pengorbanan yang begitu banyak daripada hakhak sebagai bumiputera Tanah Melayu kepada
bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu
bangsa anak negeri yang berbudi sebegitu
banyak seperti yang diperbuat oleh orang
Melayu".

Semangat ini juga telah diakui dan diiktiraf oleh

pemimpin bukan Melayu seperti yang dikatakan


oleh T.H. Tan
" mereka dengan penuh rela menyokong caloncalon Perikatan berbangsa Cina dan India. Bukan
sahaja mereka melepaskan kerusi-kerusi yang tidak
syak lagi boleh menjadi milik mereka, malah
mereka bekerja keras, sedaya upaya untuk caloncalon Cina dan India".

Pada Januari 1956, satu rombongan yang terdiri

dari lapan orang wakil yang telah dipersetujui,


berangkat ke London yang diketuai oleh Tunku
Abdul Rahman. Lapan orang wakil itu terdiri
daripada wakil Raja-raja Melayu dan Perikatan
iaitu:
Wakil Raja-raja Melayu:
1. Datuk Panglima Bukit Gantang, Menteri Besar

Perak sebagai ketua.


2. En. Abdul Aziz bin Haji Abdul Majid, Menteri Besar
Selangor.
3. Datuk Mohammad Seth Bin Mohammad Said,
Menteri Besar Johor.
4. Datuk Nik Ahmad Kamil bin Haji Mahmood, Bekas
Menteri Besar Kelantan

Wakil Perikatan:
1. Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri dan

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri sebagai ketua.


2. Datuk Abdul Razak bin Hussain, Menteri Pelajaran.
3. Kol. H.S. Lee, Menteri Pengangkutan.
4. Dr. Ismail bin Datuk Abdul Rahman, Menteri Hasil
Bumi.
Setiausaha: T.H. Tan

Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian London telah

ditandatangani pada 8 Februari 1956.


Berikut beberapa hasil persetujuan yang telah dicapai iaitu:
1. British memberikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31

Ogos 1957.
2. Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan
menjalankan pemerintahan secara demokrasi.
3. British mendapat hak menempatkan tenteranya di Tanah
Melayu.
4. Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal
Perlembagaan Tanah Melayu iaitu Suruhanjaya Reid.
5. Jawatan Setiausaha Kewangan dan Pengarah Gerakan
akan diganti dengan Menteri Kewangan dan Menteri
Pertahanan dan dipegang oleh rakyat tempatan.

Suruhanjaya Reid
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah

digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada


1956.
Keahliannya terdiri dari Lord Reid (British), Sir Ivor
Jennings (British), Sir William Mckell (Australia), B.
Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).
Suruhanjaya ini telah menerima 131 memorandum
bertulis dan telah bersidang banyak kali dari bulan Jun
hingga Oktober 1956.

Perlembagaan ini menjadi kukuh dan praktikal serta

dihormati kerana Suruhanjaya ini telah meminta


cadangan dan pandangan daripada bukan sahaja
parti-parti politik tetapi juga orang ramai, individuindividu dan Raja-raja Melayu.
Perkara ini menjelaskan bahawa Perlembagaan
Malaysia sekarang ini telah mendapat persetujuan
dan pandangan semua rakyat Malaysia.
Inilah yang dikatakan kontrak sosial iaitu kaum
Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa
perkara yang sangat penting kepada kestabilan
negara.

Melalui kontrak sosial ini, orang bukan

Melayu telah diberikan hak


kewarganegaraan yang longgar
berasaskan prinsip jus soli.
Manakala orang Melayu diperuntukkan
dalam perlembagaan mengenai agama
Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan
istimewa orang Melayu serta kedudukan
Raja-raja Melayu

Perjanjian London juga telah menetapkan


agar perlembagaan yang ingin digubal perlu
mengambilkira perkara-perkara berikut:

Pembentukan sebuah persekutuan dengan


kerajaan pusat yang kuat.
Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan,
kehormatan dan hak Raja-Raja Melayu.
Pewujudan jawatan ketua negara yang bergelar
Yang Di Pertuan Agong.
Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu
serta hak-hak yang sah milik kaum-kaum lain.
Pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan
yang seragam untuk seluruh Persekutuan Tanah
Melayu.

Unsur-Unsur Tradisi
Adalah satu kontrak sosial semasa penggubalan

perlembagaan yang meliputi:


bahasa,
agama,
kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera

(Sabah dan Sarawak) dan


pemerintahan beraja

Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana


Ia telah wujud ratusan tahun sebelum
perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957.
Berperanan menstabilkan sistem politik negara dan
laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid
menekankan betapa pentingnya perlembagaan
mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi,
ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957
Ini menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur
tradisi sehingga dilindungi di bawah Akta Hasutan
dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang
dilarang daripada dijadikan isu perbincangan
awam.

Ia juga merupakan satu pra-syarat dan

permuafakatan yang telah dipersetujui dan


diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Ini
bermakna:

Orang Melayu diberikan hak istimewa,


Islam menjadi agama persekutuan dan
Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan
sebagai pra-syarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh
etnik bukan Melayu.

Pra-syarat ini menunjukkan bahawa pemimpin

terdahulu telah menerima satu formula bagi


menyelesaikan masalah yang wujud tanpa
melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu
pada ketika itu.

Unsur-Unsur Tradisi
Perkara-perkara yang menyentuh hubungan etnik dalam

Perlembagaan Malaysia
I. Perkara 3 iaitu agama Islam, namun agama lain bebas
diamalkan
II. Perkara 8 iaitu persamaan dan hak sama rata dan
pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan
istimewa Melayu dan seumpamanya.
III. Perkara 10 (4) iaitu batasan hak kebebasan bersuara
daripada menyentuh kedudukan Raja-Raja, Islam, orang
Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya.
IV. Perkara 38 iaitu kuasa Majlis Raja-Raja menghalang
Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh
kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu dan bahasa
Melayu dan Islam.

Unsur-Unsur Tradisi
V. Perkara 150 (6a) iaitu kedudukan Agama Islam, Adat

istiadat Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak,


kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat.
VI. Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak
bangsa lain menggunakan bahasa mereka.
VII. Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang-orang
Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain.

Begitu juga Perjanjian Malaysia yang dibuat pada tahun

1963, merupakan satu persetujuan yang telah


disepakati antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak.
Ia lebih dikenali sebagai Perkara Dua Puluh yang
mengandungi tuntutan Sabah dan Sarawak yang
bersetuju untuk menyertai Malaysia.
Antara yang terkandung dalam Perkara Dua Puluh ialah
mengenai imigresen, bahasa, kewangan dan hak
istimewa Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Ia boleh dirujuk dalam Senarai II dan Senarai III serta
yang berkaitan dengan peruntukan tambahan bagi
Sabah dan Sarawak.

Unsur-Unsur Tradisi
Difokuskan kepada tiga
Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain
menggunakan bahasa mereka.
Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan
seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh
dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain daripada
maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa
lain.
Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan
pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan.

Perkara 3 iaitu agama Islam ialah agama persekutuan


tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman di
mana-mana bahagian persekutuan.
Kebebasan beragama ini dijamin dalam perlembagaan
terhadap semua agama iaitu setiap orang mempunyai
hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan
bahawa setiap agama mempunyai hak untuk:

Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri.

Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud


agama atau khairat.

Memperolehi dan memiliki harta benda serta


memegang dan mentadbirnya mengikut undangundang.

Kenyataan ini diperkukuhkan dengan beberapa prinsip

Islam yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia


yang tercatat dalam beberapa fasal lain yang harus
dibaca secara bersama dengan Perkara 3 (1) iaitu:
Perkara 11 (4) :

Undang-undang Negeri dan mengenai WilayahWilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan,
undang-undang persekutuan boleh mengawal atau
menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau
kepercayaan ugama antara orang-orang yang
menganuti agama Islam.

Perkara 12 (2):
...adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri

menubuhkan atau menyelenggara institusi-institusi


Islam atau mengadakan atau membantu dalam
mengadakan ajaran dalam agama Islam dan
melakukan apa-apa perbelanjaan yang diperlukan
bagi maksud berkenaan.
Perkara 121 (A)
Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam
Fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa
berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang
kuasa mahkamah syariah.

Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orangorang Melayu tanpa menafikan kedudukan
yang sah kaum lain.
Perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain
iaitu adalah menjadi tanggungjawab Yang Di
Pertuan Agong untuk melindungi juga hak-hak
mereka yang sah menurut peruntukan lain.
Begitu juga perkara ini tidak boleh
dilaksanakan jika ia mengakibatkan kehilangan
sebarang jawatan awam yang dipegang oleh
sesiapa atau penarikan sebarang biasiswa atau
keistimewaan yang dinikmati oleh kaum lain
atau perlucutan atau penamatan permit lesen
yang dipegang olehnya

Adalah perlu juga diperjelaskan siapakah

yang dikatakan orang Melayu dan


bumiputera Sabah dan Sarawak itu. Dalam
Perlembagaan Malaysia (Perkara 160),
Melayu itu ditakrifkan sebagai:
Lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu.
Menganut agama Islam.
Mengamalkan adat istiadat Melayu.

Manakala takrifan bumiputera ;


Sarawak
terdiri dari mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bisayuh,
Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan,
Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut,
Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan
campuran dari kaum tersebut.
Sabah

anak atau cucu kepada seorang dari suatu kaum asli Sabah
dan dia telah dilahirkan di Sabah.

Lain-lain kedudukan istimewa orang Melayu

termasuklah peruntukkan Perkara 86 dan 90


berhubung dengan tanah rizab orang Melayu, yang
mana memberi kuatkuasa undang-undang
perlembagaan kepada undang-undang sedia ada
berkenaan perkara melindungi tanah rizab orang
Melayu dari diselenggarakan oleh orang bukan
Melayu.

Kemasukan perkhidmatan oleh orang Melayu ke

dalam Rejimen Askar Melayu, dengan pengecualian


orang bukan Melayu, dikuatkuasakan oleh Perkara
8 (5) dan dengan demikian boleh juga dianggap
sebagai sebahagian dari kedudukan istimewa orang
Melayu

Kerasionalan Perkara 153


Prinsip Jus soli dengan kerakyatan kepada

800,000 bukan Melayu. Manfaat serta merta


sebagai warganegara undi pilihanraya dan
hak-hak lain sebagai warganegara
Hak istimewa meliputi jawatan dalam perkhidmatan

awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan


kemudahan khas lain yang diberikan. Seperti
bercanggah dengan Perkara 8 iaitu Hak sama rata,
maka ini prasyarat penerimaan kewarganegaraan

Bilangan Orang Bukan Melayu Yang Menjadi Warganegara Dengan


Cara Pendaftaran
Tahun

Bilangan

1957 (31 Ogos 31


Disember 1957

120078

1958

822567

1959

67227

1960

77858

Sumber: Pendaftar Besar Warganegara

Peratusan Pengundi Mengikut Komposisi


Kaum
Kaum
1955
1959
Melayu
84.2
56.2
Cina
11.2
35.9
India / lain-lain 4.6
7.8
Jumlah
100
100
Sumber: Suruhanjaya Pilihanraya

Kerasionalan Perkara 153


Rasional Perkara 153 dipecahkan kepada tiga
1. Perkhidmatan Awam

Menentukan rezab bilangan jawatan


Diimbangi dengan tidak boleh melucut

jawatan sedia ada


Bilangan pegawai Melayu kecil meliputi 36%
saja (1968)
Rujuk Jadual IV

Melayu

Bukan Melayu

Jumlah

Perkhidmatan pentadbiran

706

515

1221

Akitek, jurutera dan


pegawai profesional

73

370

443

Pegawai kesihatan dan


perubatan

64

693

727

Ahli Sains Fizikal

13

51

64

Ahli sains Sejati

60

108

169

Prangkawan Profesional

38

166

204

Perkhidmatan UndangUndang

70

37

107

Perkhidmatan beruniform

331

369

700

Pengangkitan dan media


massa

67

188

255

Jumlah

1392

2447

3839

Perkhidmatan

Sumber: Kajian Semula Pelaksanaan Perkara 153, Perlembagaan Malaysia Semenjak Tahun 1957 dengan rujukan khas kepada Malaysia Barat.

Kerasionalan Perkara 153


2. Ekonomi
Kemiskinan orang Melayu 64.8% (1970) (rujuk Jadual V)
Jurang Pendapatan melebar antara etnik
Negeri majoriti Melayu miskin khususnya di pantai timur
Pemilikan kekayaan negara bagi Melayu hanya 2.4% tahun
1970
Pembahagian kekayaan dan agihan pendapatan merupakan
faktor terkuat mempengaruhi hubungan etnik (13 Mei)

Peratusan Hak Milik Modal Saham (Pada Nilai Tara) Syarikat


Berhad, 1995 dan 1999

1995

1999

Bumiputera (Individu, Institusi dan


Agengsi Amanah)

20.6

19.1

Cina

40.9

37.9

India

1.5

1.5

Rakyat Asing

27.7

32.7

Syarikat Nomini

8.3

7.9

Jumlah

100

100

Kumpulan Hak Milik

Sumber: Rancangan Malaysia Kelapan

Pemilikan ekuiti Bumiputera sektor korporat meningkat tetapi


masih belum mencapai sasaran 30%

Matlamat

Pencapaian

1970

1990

1990

2002

Bumiputera

2.4

30.0

19.3

18.7

Bukan Bumi.

32.3

40.0

46.8

43.2

Cina

45.5

40.9

India

1.0

1.5

Lain-lain

0.3

0.8

25.4

28.9

8.5

9.2

100.0

100.0

Asing
Nomine
JUMLAH

63.3

30.0

2.0
100.0

100.0

Kemiskinan
% Isi 60
rumah Malaysia
50
40
30
20
10
0

1970

1990

2002

Jumlah

49.3

16.5

5.1

Luar Bandar

58.6

21.1

11.4

Bandar

24.6

7.1

2.0

3.9

1.0

Ketermiskinan

Nota : Pendapatan Garis Kemiskinan (PLI) untuk 2002 adalah RM529 sebulan di
Semenanjung Malaysia (saiz isi rumah 4.6) ; RM690 di Sabah (saiz isi rumah 4.9) ; dan
RM600 di Sarawak (saiz isi rumah 4.8). Ketermiskinan dianggarkan mengguna separuh
dari PLI.

Jurang pendapatan antara kaum

Nisbah ketaksamaan
pendapatan isirumah

Luar Bandar : Bandar


Bumiputera : Cina
Bumiputera : India

1970

1980

1: 2.1 1: 1.8
1: 2.3 1: 1.9
1: 1.8 1: 13

1990

1999

2002

1: 1.7 1: 1.8 1: 2.1


1: 1.7 1: 1.7 1: 1.8
1: 13 1: 1.4 1: 1.3

Kerasionalan Perkara 153


Pendidikan
Bilangan pelajar ijazah pertama di IPTA dalam sosial dan sains
adalah masih rendah antara Melayu dan bukan Melayu
Peratusan golongan profesional, bumiputera hanya 4.9%
berbanding bukan bumiputera 84.3% 1970
Pengekalan Sekolah Jenis Kebangsaan seolah bercanggah
dengan Penyata Razak seperti yang terkandung dalam
perenggan 12 iaitu tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini
ialah bermaksud untuk menyatukan budak-budak daripada
semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu
peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan
menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar,
walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta
merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransuransur.

Jumlah Pelajar Ijazah Pertama dan Diploma di Institusi Pendidikan


Awam Tempatan, 1995-2005

1995

2000

2005

Peringkat
Pendidikan
Ijazah

75,709

170,794

244,527

Diploma

46,480

92,304

148,025

Jumlah

122,189

263,098

392,552

Sumber: Rancangan Malaysia Kelapan

Bilangan Institusi, Pelajar dan Tenaga Pengajar Institusi


Pendidikan Tinggi Swasta, Sehingga 31 Disember 2002

INSTITUSI

BILANGAN
INSTITUSI

BILANGAN
PELAJAR

IPTS Bertaraf Universiti

11

29,747

IPTS Bertaraf Universiti


(Kolej Universiti)

488

IPTS Bertaraf Universiti


(Kampus Cawangan Dalam Negara)

6,836

IPTS Bertaraf Universiti


(Kampus Cawangan Luar Negara)

4,740

IPTS Bukan Bertaraf Universiti (Kolej)

518

252,789

Keseluruhan IPTS

534

294,600

Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia

Penyertaan golongan profesional Bumiputera meningkat,


1990-2003
1990
Profesion

2002

Bumi Cina

India

Bumi

Cina

India

Akauntan
Arkitek

11.2
23.6

81.2
74.4

6.2
1.2

20.0
43.6

74.6
52.6

5.1
1.3

Doktor
Doktor Gigi
Doktor Veterinar

27.8
24.3
35.9

34.7
50.7
23.7

34.4
23.7
37.0

38.5
38.2
40.1

29.9
40.3
29.8

27.5
19.1
25.7

Jurutera
Juru Ukur
Peguam
JUMLAH

34.8
44.7
22.3
29.0

58.2
49.6
50.0
55.9

5.3
3.7
26.5
13.2

43.5
46.0
35.1
37.2

50.1
49.3
38.4
50.1

5.3
3.1
25.8
11.2

Kerasionalan Perkara 153


Pendidikan
Kewujudan MRSM, Sekolah berasrama penuh dan

matrikulasi yang khusus orang Melayu turut dibuka


kepada bukan Melayu
IPT mengikut etnik dibenarkan UiTM, UTAR dan
Kolej Tafe
Kuota IPTA juga telah ditukar kepada meritokrasi
Anggapan IPTA ramai bumiputera diimbangi dengan
IPTS
Biasiawa telah ditukar kepada PTPTN

Rasional Perkara 152


Bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan tanpa

menggugat bahasa ibonda lain


Menjadi bahasa lingua franca
Zaman penjajah telah dijadikan bahasa rasmi
Pegawai Eropah perlu belajar dan lulus bahasa
Melayu

Kata-kata Tan Siew Sin, Masyarakat bukan Melayu

menaruh harapan yang besar kebudayaan dan bahasa


mereka. Biar saya nyatakan, sebagai contoh,
Perlembagaan Reid sebagaimana rangka awalnya tidak
menyebut apa-apa tentang mengekal dan mengembang
bahasa Cina dan Tamil, ataupun bahasa-bahasa lain.
Apabila dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa
perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit menyatakan
pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina
dan Tamil hendaklah digalak dan dipelihara, mereka
bersetuju. Saya sebutkan kejadian ini untuk
menunjukkan kepada mereka di luar bulatan bahawa
pemimpin Melayu pada asasnya adalah adil dan
berpandangan luas.

Rasional Perkara 3
Agama persekutuan tanpa menjejaskan kedudukan

agama lain
Telah bertapak 600 tahun lalu
Perkara 160 mendefinisikan Melayu
Zaman penjajah, bidang kuasa agama islam dan adat
istiadat Melayu tidak dicampuri oleh penjajah
Perlembagaan Malayan Union juga dan Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu mengecualikan perkara ini
Dalam kes mahkamah telah mengiktiraf seperti dalam
kes Ramah lawan Laton, Mahkamah Rayuan Selangor
memutuskan bahawa undang-undang Islam ialah
undang-undang negeri dan mahkamah hendaklah
mengiktiraf dan menggunakan undang-undang tersebut

Kesimpulan
Kita perlu mengambil iktibar dari pengorbanan

yang telah ditunjukkan oleh generasi terdahulu


dalam menghayati erti sedia berkorban, toleransi
dan rela berkongsi kuasa.
Perjanjian sosial atau social contract ini perlu
diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa perlu
mempersoalkannya lagi.
Melalui pembudayaan sikap ini, secara langsung ia
dapat menghindarkan negara Malaysia daripada
berada dalam keadaan tidak stabil yang boleh
merosakkan perpaduan yang sudah sedia terjalin

You might also like