You are on page 1of 36

BETUL KER !!

ENTER

MENU

JANUARI

KATA2 HIKMAH

WARNA

END

JANUARI BULANKU
DILAHIRKAN

Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.

Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.

Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan

Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.

Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.

Pandai mengambil hati orang lain.

Pendiam kecuali telah dirangsang.

Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.

Mudah mendisiplinkan diri sendiri.

Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema

Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.

Cukup sayang pada kanak-kanak

Suka duduk di rumah.

Setia pada segala-galanya

Perlu belajar kemahiran bersosial.

Sifat cemburu yang sangat tinggi

sebutir air mata yang jatuh kerana


keinsafan adalah lebih baik daripada
sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih
wajah kerana wudhu yang sempurna
adalah lebih bercahaya daripada kilauan
segunung emas permata, sesuci hati
kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta
yang abadi..

23 hingga 1hb Disember - Merah

2 hingga 11hb Januari - Oren

12 hingga 24hb Januari - Kuning

25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu

4 hingga 8hb Februari - Biru

9 hingga 18hb Februari - Hijau

19 hingga 28hb Februari - Perang

1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)

11 hingga 20hb Mac - Lime

21hb Mac - Hitam

22 hingga 31hb Mac - Ungu

1 hingga 10hb April - Biru

11 hingga 20hb April - Perak

21 hingga 30hb April - Putih

2 hingga 14hb Mei - Biru

15 hingga24hb Mei - Emas

25 hingga 3hb Jun - Krim

4 hingga13hb Jun - Kelabu

14 hingga 23hb Jun - Maroon

24hb Jun - Kelabu

25 hingga 4hb Julai - Merah

5 hingga 14hb Julai - Oren

15 hingga 25hb Julai - Kuning

26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu

5 hingga 13hb Ogos - Biru

14 hingga 23hb Ogos - Hijau

24hb Ogos 2hb September - Perang

3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)

13 hingga 22hb September - Lime

23hb September - Olive

24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu

4 hingga 13 Oktober - Biru

14 hingga 23hb Oktober - Perak

24hb Oktober hingga 11hb November - Putih

12 hingga 21hb November - Emas

22hb November hingga 1hb Disember - Krim

2 hingga 11hb
Disember - Kelabu

12 hingga 21hb Disember Maroon

22hb Disember Teal Merah

MERAH

Selalunya mereka yang mewakili warna


merah yang garang ini seorang yang
comel dan disayangi ramai. Kamu juga
suka disayangi dan menyayangi. Kamu
juga sentiasa ceria dan gembira namun
kadangkala dilanda 'angin satu badan'!
Teman/kekasih yang diingini ialah mereka
yang mudah diajak berbincang dan boleh
membuatkan dirinya rasa selesa bila
berdampingan dengan mereka.

KRIM

Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa


juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi
persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka
mendorong orang lain untuk mencapai apa yang
diidamkan. Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan'
sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah
tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai
seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia
pada janji.Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati
dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh
cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang
benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan
masa yang lama untuk melafazkan sayang!

TEAL (Warna Kayu)

Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki


ataupun perempuan,terlalu menitikberatkan soal
kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu
sering melakukan kesilapan dalam membuat
keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat
ambil mudah terhadap sesuatu masalah.Manakala
dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup
tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja!
Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain
menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun,
sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu
punya ramai teman.

Merah Jambu

Kamu akan berusaha sedaya mungkin


untuk membuat yang terbaik dalam apa
juga yang kamu lakukan serta suka
menolong orang lain dan mengambil tahu
tentang orang orang di sekelilingnya.
Namun kamu sukar untuk dipenuhi
keinginannya dan sering saja berpra
sangka buruk terhadap orang lain.Dari segi
percintaan kamu mengimpikan percintaan
yang penuh dengan keindahan semata.

Hijau

Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah


cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang
yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap
kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam
tidak sedar kamu boleh membuatkan orang
lain kecil hati dengan kata kata kamu saja!
Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi
perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun
selalunya mereka ini lebih rela maintain single
hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang
benar benar sesuai untuk dirinya!

Emas

Kamu seorang yang tahu apa yang kamu


lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu
juga seorang yang mudah bergaul dengan
sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih
biarpun pelbagai masalah yang menimpa.
Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa
dengan orang benar-benar kamu sukai tapi
sekali kamu menemuinya pasti tidak akan
kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal,
sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali
yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

Kuning

Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan.


Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang
yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga
lebih suka menguasai dalam sesebuah
perhubungan termasuklah soal cinta.Kembang
semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu
dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat
keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang
jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni
jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta
hal-hal yang romantik bersama si dia. Alahai!

Maroon

Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini,


kamu digambarkan seorang yang bijak dan
tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun
kamu juga suka melakukan sesuatu itu
menurut kehendak dan pendapat kamu
sendiri tanpa pedulikan perasaan atau
pendapat orang lain. Itulah yang menjadi
masalahnya! Dari segi percintaan, kamu
cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk
menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal
dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

Oren

Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani


menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang
kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani
buat beranilah tanggung.Kamu juga bijak mengambil
hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini
membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya
matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target
kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya.
Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya
seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain
tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan
percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan
cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

Ungu

Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya Tak


ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali
orang yang benar-benar kamu percayai.Walaupun
begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan
agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara
yang baru bagi kamu.Mood memainkan peranan
penting mempengaruhi kehidupan kamu
seharian.Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari
itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan
begitu juga sebaliknya.Dalam menjalinkan percintaan,
kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang
punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.

Warna buah limau


(Lime)

Sifat kamu yang tenang saja sepanjang


masa amat dikagumi ramai.Tapi jangan tak
tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila
dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh
dikatakan agak cerewet juga kerana
perkara-perkara kecil pun kamu amat
prihatin! Pun begitu, kamu punya
personaliti tersendiri yang membuatkan
orang ramai menyukai diri kamu. Amboi!
Kamu ini rupanya seorang kekasih yang
kuat cemburu yek?

Perak

Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi


dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang
yang berkaitan dengan seni.Walau bagaimanapun
kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak
menebal juga! Namun sikap kamu yang suka
mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan
keadaan;bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu
sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari
segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap
'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia.
Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda
kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang,
kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

Hitam

Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan


punya keberanian untuk melakukan apa saja.
Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba
mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang
dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan
perubahan mendadak dalam hidup kamu.
Namun sekali kamu membuat keputusan, ia
sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta
kamu juga begitu mencabar dan perlukan
banyak kesabaran jika inginkan perhubungan
itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur
sikit!

Warna buah Zaiton (Olive)

Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan


seorang yang baik hati dan suka menolong
orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan
keganasan.
Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan
teman-teman hingga membuatkan kamu
menjadi 'favourite' di kalangan
mereka.Sememangnya kamu seorang yang baik
hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan
terlalu percayakan orang lain membabi buta.
Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan
hati si dia dan tak suka cari pasal!

Perang

Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk


diam saja.Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi
memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman,
kamu sentiasa menyokong tindakan positif temanteman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk
didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan
diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu
mudah jatuh cinta.Tapi bila kamu sedar cinta kamu
itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan
mengalah dengan mudah.Macam tu pulak?
Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba
berusaha untuk mengambil hati si dia.
Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?

Kelabu

Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna


Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif.
Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai
dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya
tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja!
Kamu juga seorang yang tidak gemar
menyimpan apa juga perasaan di dalam hati
dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu
boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun
kamu amat pandai menawan hati orang lain
apatah lagi dengan sikap humor yang kamu
miliki itu.

Biru

Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang


rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam
tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah
kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu
sendiri.Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian
dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu
hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan
seni sebagai kerjaya tetap.Soal cinta pula, kamu mudah
sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana
taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta.
Tapi kamu bukan benar-benarmenyintai si dia setulus
hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan
hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih
serius dan ikhlas.

Biru Laut

Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri


melebihi segala-galanya.Bagi kamu, jika kamu tak
sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi?Kamu juga
seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering
menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga
berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati
hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu
marah pada seseorang, sukar kamu nak
melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang
lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan
si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak maafkan
orang lain sedangkan kamu sendiripun ada
melakukan kesilapan!

Putih

Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup


dan berusaha keras untuk mendapatkannya.
Orang lain juga sering memberikan penghargaan
tinggi terhadap kamu memandangkan kamu
agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya.
Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu
orangnya dan kadangkala sukar nak
bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan
cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap
cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu
memang tanda sayang tapi kalau dah melampau
tu, cemburu buta namanya!

Biru Kehijauan
(Aqua)

Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang


sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga
kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab
itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka
menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka
melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu
juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada
orang lain.Dari segi percintaan, kamu sukar
menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah
percaya pada orang lain membuatkan kamu sering
tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu,
percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak
memakan diri!

SEKIAN

FROM:
AESYAH
ADNAN

You might also like