You are on page 1of 14

APRESIASI

DEFINISI
Apresiasi di definisikan sebagai kajian
mengenai pelukis-pelukis atau
kepandaian tukang mengenai hasil-hasil
seni mereka, faktor yang mempengaruhi
mereka, cara mereka bekerja, bagaimana
mereka memilih tema subject
matterserta gaya dan stail tertentu
mereka. Semuanya ini berkait rapat
dengan aspek pemahaman mereka dari
aspek-aspek kognitif

Objektif Apresiasi
Objektif apresiasi adalah untuk:
(a) memahami dan bertindak terhadap aspek
seni;
(b) mengetahui pentingnya nilai seni dalam
kehidupan;
(c) menghasilkan karya (produk seni);
(d) memahami seni dan hubungannya; dan
(e) membuat dan menggunakan pertimbangan
estetik dan kualiti karya seni

TUJUAN APRESIASI DAN KRITIKAN SENI


Apresiasi seni membolehkan pelajar
memahami aspek-aspek nilai estetika,
pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai
sosio-budaya yang terkandung dalam hasil seni
dan kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan
diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil seni lain
berdasarkan persepsi visual.
Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita
dapat melihat perhubungan antara kerja sendiri
dengan kerja-kerja orang lain di mana kita
dapat membentuk keyakinan dan kefahaman
penghargaan terhadap bidang seni.

Proses apresiasi seni akan lebih mudah dan


bermakna sekiranya pelajar telah dilengkapi dengan
pengetahuan mengenai seni dan persepsi yang
tajam. Apakah pengetahuan seni yang diperlukan?
(a) Pengetahuan asas senireka dan prinsip-prinsip
seni.
(b) Pengetahuan mengenai jenis seni, teknik, proses,
alat dan bahan.
(c) Sejarah seni.
(d) Stail sesuatu zaman, budaya, aliran, kumpulan
atau individu.
(e) Maklumat mengenai pelukis dan pandai tukang.

KAEDAH MELIHAT SENI


Kaedah-kaedah melihat seni terdiri
daripada kaedah:
(a) Hedonistik
(b) Kontekstualistik
(c) Organistik
(d) Normistik
(e) Elektik

Kaedah Hedonistik
Kaedah ini hanya satu luahan perasaan secara spontan
seperti kesukaan,
pernyataan perasaan, gemar, menarik dan benci.
Penilaian dibuat secara serta merta iaitu:
Suka/Tidak
Tertarik/Tidak
Pernyataan Spontan
Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan
ahli psikologi menyatakan kaedah ini tidak
diterjemahkan oleh otak (pemikiran) cuma
berdasarkan maklumat kendiri. Ianya tidak dapat di
ukur bilangan sebenar dan terdapat pelbagai citarasa.

Kaedah Konstekstualistik
Kaedah ini lebih praktikal di mana pemerhatian
dibuat secara lebih ilmiah,sistematik dan
kefahaman serta kejelasan. Ianya berkait dengan
pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan.
Lebih merujuk kepada perincian/spesi!kasi dari
aspek persoalan fahaman, rentak pengkaryaan,
interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai
karya.
Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap
dalam pengamatan karya, kefahaman konsep,
kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi
suatu
pendekatan yang menarik oleh pemerhati.

Kaedah Organistik
Kaedah ini menjurus kepada aturan yang
mempunyai satu system yang teratur dan
terancang. Penilaian di buat serata melihat
konteks seni secara harmoni, menyentuh
intuisi dan menyenangkan. Penekanan kriteria
kepada aspek tata letak, tata atur, ruang dan
penataan cahaya.
Ini akan dapat membentuk kesatuan cara
melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan,
unsur-unsur seni, imbangan, perulangan,
kesinambungan serta kepelbagaian.

Kaedah Normistik
Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma
sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat,
agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan
dengan pendekatan diri kepada Allah, rasa
takwa, tidak ada unsur sensasi. Contohnya
lukisan agama Kristian yang berkaitan unsur
ikonogra!, naratif dan nilai-nilai akhlak.
Kaedah ini menolak peradaban moden dimana
pelukis telah melampaui batas yang dibenar
dalam budaya dan agama.

Kaedah Elektik
Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan
holistik, ianya adalah gabungan persepsi penilai
seni tentang tanggapan positif dan negatif.
Kriteria penilaian menekankan unsur asas
prinsip, struktur organisasi dan alat dan bahan.
Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak,
tidak menjurus kepada aspek
kronologinya. Wajaran hanya secara baik,
sederhana dan kurang baik.

PROSES APRESIASI
Feldman (1967) dan Smith (1967)
mencadangkan aktiviti-aktiviti aprisiasi
seni,
berasaskan kepada proses persepsi
dan intelektual melalui empat tahap:
(a) Menggambarkan (description)
(b) Menganalisa (analysis)
(c) Tafsiran (interpretation)
(d) Penilaian (Judgment)

(a) Menggambarkan
Mengamati hasil seni dan menggambarkan
sifat-sifat tampak seperti hal
benda,warna,garisan, bentuk, rupa, jalinan
dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip
dan struktur.
(b) Menganalisa
(i) Menganalisa perhubungan sifat-sifat
tampak seperti unsur-unsur seni,prinsip dan
struktur.(keberkesanan penggunaanya)
(ii) Menganalisa teknik,media
(iii) Menghuraikan stail sesuatu karya

Tafsiran(ekspresif)
(i) Mencari makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat
tampak seperti subjek, simbol, unsur-unsur seni, prinsip,
struktur corak dan bahan.
(ii) Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan
analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna
tersebut.(tersurat/tersirat)
(iii) mood/perasaan
(IV) mesej yang endak disampaikan , berkesan/tidak
(d) Penilaian
(i) Membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria yang
bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi.
(ii) Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya
(significance) dari segi individu, sosial, keagamaan dan
kepercayaan, sejarah serta keseniannya.
(III) Kekuatan kelemahan dan nilai dalam seni

You might also like