You are on page 1of 12

Bahasa

Melayu
Sajak Roti

Sajak Roti

Dari cerobong dapur


asap berjelaga berkepul
terkecur liur
harum berbau juadah tersohor.

Perut yang lapar


selera kian menggelepar
menanti roti dibakar
rangup dan segar
terhidang seumpama permaidani
terhampar.

Kala roti di depan mata


nafsu makan pun bergelora
berkeping-keping menggegar selera
perut pun kenyang terasa
tenang bersendawa.
...
Bagi pemilik iman di dada
sendawa itu tidak sempurna
masih ada beban di bahu mereka
warga miskin belum terbela
masih merintih lapar dahaga.

Bila begitu selamanya


kalimah syukur pun jelas tertera
di hati sanubari warga dunia
melangit damai dirasa
percikan iman segar berwarna.

Maksud

Rangkap 1 Roti yang dibuat di


dapur membangkitkan selera.
Selera itu bangkit kerana baunya
yang harum.

Rangkap 2 Selera untuk


membakar roti bertambah apabila
melihat roti dibakar, kemudian
melihat roti yang rangup itu
dihidang.

Rangkap 3 Apabila roti sudah


dihidang di hadapan mata, selera kian
meningkat. Protagonis makan roti itu
sehingga kenyang dan bersendawa.

Rangkap 4 Bagi orang beriman dan


mempunyai perikemanusiaan yang
tinggi, selepas keyang mereka akan
teringat akan orang miskin yang tidak
mendapat makanan seperti mereka.
Orang beriman memikirkan tugas
untuk membela golongan miskin.

Rangkap 5 Jika banyak orang


yang beriman, maka
berkuranglah orang yang
menderita di dunia ini. Orang
yang susah akan bershukur
apabila mereka dibantu oleh
golongan yang berada dan
beriman.

Tema
Orang yang beriman, ketika kenyang

tidak melupakan golongan miskin.


Dengan adanya golongan yang
berada dan beriman, maka nasib
golongan miskin akan terbela.

Persoalan???
Apabila roti dibakar, baunya membangkit selera???
Ketika lapar manusia tidak dapat menahan nafsu makan???
Apabila makan makanan yang sedap, manusia akan makan sampai

kenyang dan bersendawa???

Orang beriman tidak akan melupakan orang miskin ketika

mereka berasa kenyang???

Bersyukur apabila mendapatkan sesuatu merupakan tanda

keimanan???

BENTUK & CIRI CIRI SAJAK

o Terdiri daripada lima rangkap


o Rangkap pertama mempunyai empat baris dan
rangkap kedua hingga lima mempunyai lima baris
o Bilangan katanya dua hingga enam patah kata
o Terdiri daripada lima hingga empat belas suku kata
o Bentuknya bebas

GAYA BAHASA
Hiperbola nafsu makan pun bergelora / melangit damai dirasa
Metafora percikan nafsu
Personifikasi selera kian menggelepar / berkeping keping
menggegar selera
Simile terhidang seumpama permaidani terhampar
Asonasi bagi pemilik iman di dada (perulangan vokal I )
Aliterasi bila begitu selamanya ( perulangan konsonan B)

Nilai murni
Kesabaran
Kesyukuran

Kesederhanaan

Baik
Hati

Keimanan

Nilai Murni

Pengajaran.

Kita hendaklah bersabar ketika hendak


menunggu sesuatu.

Kita hendaklah memikirkan orang lain agar


orang lain turut mendapat rezeki.

Kita hendaklah melatih diri menjadi orang


yang beriman.

Sebagai manusia kita perlulah bersyukur


atas nikmat dan kurniaan tuhan.

You might also like