You are on page 1of 39

BAB 11: PENENTUAN

HARGA

BAB 11: PENENTUAN HARGA


11.1 PENGENALAN & KONSEP HARGA
a) Definisi Harga
b) Konsep Harga
i) Nilai pertukaran
ii) Menggambarkan kepuasan
iii) Menunjukkan hasil/untung
11.2 OBJEKTIF PENENTUAN HARGA
a) Kemandirian (survival)
b) Memaksimumkan Keuntungan
c) Menguasai Syer Pasaran
d) Kepimpinan Kualiti
e) Pulangan Pelaburan

11.3 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI


PENENTUAN HARGA
a) Pengguna
b) Kos
c) Dasar Kerajaan
d) Saluran Pengedaran
e) Persaingan
f) Objektif Syarikat
g) Ciri-ciri produk
h) Permintaan dan Penawaran
11.4 KAEDAH-KAEDAH PENENTUAN HARGA
a) Kaedah Harga Berasaskan Kos
Harga Tokokan Kos
Harga Titik Pulang Modal
b) Kaedah Harga Berasaskan Nilai
Kaedah Harga Berasaskan Persaingan

c)

11.5 STRATEGI PENENTUAN HARGA


a) Harga Produk Baru
Harga Tarahan
Harga Penembusan

b) Harga Psikologi
Harga Genap
Harga Ganjil
c) Harga Diskaun
Tunai
Fungsi
Kuantiti
Musim
d) Harga Profesional - kepakaran

OBJEKTIF

Memahami definisi harga dan konsep harga


Memahami objektif penentuan harga
Mengaplikasi faktor-faktor mempengaruhi penentuan
harga
Menganalisis kaedah penentuan harga
Mengaplikasi strategi penentuan harga

11.1

Pengenalan & Konsep Harga

a) Definisi Harga
Sejumlah wang yang dikenakan untuk sesuatu
barangan atau perkhidmatan yang diberikan. (Kotler)
Bagi pembeli : Harga adalah nilai yang dibayar
sebagai
pertukaran untuk mendapatkan
produk atau
perkhidmatan yang dijual dalam
urusniaga di
pasaran.
Bagi penjual : Harga adalah satu sumber pendapatan
yang
dihasilkan melalui jualan.
Contoh

: Membeli kasut, bayaran sewa rumah,

bayaran
khidmat guaman, bayaran

B) KONSEP HARGA

i)

Nilai Pertukaran

Merupakan harga yang dipersetujui di antara


penjual dan pembeli untuk tujuan
pemindahan hak milik.
Nilai pertukaran diperlukan sebelum
berlakunya proses pertukaran.
Melalui nilai pertukaran pembeli dapat
mengetahui berapa yang perlu dibayar
untuk mendapatkan sesuatu barangan.
Cth : Penjual menjual sekilo ayam dengan
harga sebanyak Rm 6.30. Jika kadar ini
dipersetujui oleh pembeli, maka berlakulah
pertukaran.

ii) Menggambarkan kepuasan


Harga melambangkan prestij atau imej di kalangan
pengguna dalam pasaran tertentu dan ini akan
memberikan kepuasan kepada mereka.
Pengguna percaya harga yang mahal melambangkan
kualiti dan mutu yang tinggi.
Harga yang tinggi bagi jenama seperti Rolex untuk
jam tangan melambangkan imej produk yang
berkualiti tinggi.

iii)

Menunjukkan Hasil/Untung

Sebelum meletakkan harga, pihak pengeluar mengkaji


dengan mendalam samada harga yang ditentukan nanti
dapat memberikan hasil atau pulangan yang sepatutnya
Pengeluar perlu mengambilkira semua kos yang terlibat di
dalam pengeluaran dan pemasaran produk berkenaan
sebelum menentukan harga.
Dalam disiplin perakaunan, keuntungan diperolehi apabila
jumlah hasil melebihi jumlah kos.

Memaksimumkan
Keuntungan
Kemandirian

Menguasai Syer
Pasaran

11.2 Objektif Penentuan Harga

Kepimpinan
Kualiti

Pulangan
Pelaburan

11.2

OBJEKTIF PENENTUAN HARGA.

A. Kemandirian
Jika persaingan yang dihadapi oleh syarikat adalah hebat
dan pengguna sentiasa berubah kehendak dan citarasa
mereka, jadi objektif syarikat bukan lagi untuk keuntungan
tetapi untuk terus beroperasi/survive.
Syarikat akan tawarkan harga produk pada paras yang
rendah.
Tujuan untuk mendapat perolehan/penguasaan pasaran.
Objektif ini berbentuk jangka pendek.
Meletakkan harga yang lebih rendah daripada pesaing
supaya dapat menampung kos operasi dan syarikat boleh
beroperasi.

B. Memaksimumkan Keuntungan
Bermaksud firma cuba untuk memperolehi
keuntungan sebanyak yang mungkin
dalam tempoh jangka masa pendek.
Syarikat akan meletakkan harga yang
tinggi bagi mendapatkan keuntungan yang
maksimum .
Cth, harga terhadap barangan istimewa
dan barangan baru dalam pasaran.

C. Menguasai Syer Pasaran


Jualan yang tinggi membolehkan
syarikat menguasai syer pasaran.
Strategi ini digunakan oleh firma
dengan
meletakkan
harga
yang
rendah untuk mendapatkan syer
pasaran yang tinggi.
Cth:Perodua menguasai syer pasaran
kereta di Malaysia pada tahun 2009
dengan 31.1%.

D.

Kepimpinan Kualiti
Kebanyakan syarikat ingin memasarkan
barangan yang paling berkualiti di pasaran.
Objektif kepimpinan kualiti boleh difokuskan
kepada beberapa faktor seperti untuk
mengekalkan syer pasaran untuk terus
bersaing dengan harga pesaing, mencapai
kestabilan jualan dan menjaga imej syarikat.
Syarikat mengenakan harga yang tinggi untuk
meliputi kualiti dan prestasi yang tinggi serta
kos R&D yang tinggi
Biasanya mempunyai sasaran pasarannya
yang tersendiri
Cth, kereta Ferrari, jam Rolex dll.

E. Pulangan Pelaburan
Bermaksud pulangan dalam bentuk
peratusan kepada pelabur daripada
jumlah wang yang dilabur dalam sesuatu
perniagaan.
Syarikat perlu meletakkan harga
dengan mengambilkira usaha untuk
mendapatkan keuntungan dan pulangan
pelaburan yang diharapkan.
Cth: Suzana melabur RM20,000
dalam perniagaan kain. Beliau telah
menetapkan pulangan sebanyak 20 %
daripada jumlah pelaburan tadi pada
akhir tempoh perakaunan.

11.3 FAKTOR-FAKTOR YANG


MEMPENGARUHI PENENTUAN HARGA.
a) Pengguna
Merujuk kepada sasaran pengguna atau
sesiapa yang akan menggunakan produk
tersebut.

Dalam pasaran, terdapat 3


golongan pengguna iaitu golongan atasan,
pertengahan dan bawahan.

Pengeluar perlu menyesuaikan


harga berasaskan kepada 3 golongan
pengguna tersebut

b) Kos

Kos menentukan harga minimum yang


boleh
ditetapkan ke atas sesuatu
keluaran.

Syarikat perlu meletakkan harga yang


dapat meliputi kos mengeluar, mengagih
dan menjual keluaran dan pada masa
yang sama akan menghasilkan pulangan
yang setimpal dengan usaha dan risiko
yang

Kebanyakan syarikat cuba menjadi


pengeluar berkos rendah bagi
membolehkannya meletakkan harga yang

c) Dasar Kerajaan

Kerajaan boleh mempengaruhi penetapan harga


melalui dasar, akta dan peraturan tertentu dalam
negara.

Sesetengah barangan berada di bawah barangan


kawalan dan harga ditentukan oleh kerajaan.

Cth: Petrol, gula, beras, simen dan lain-lain

d) Saluran Pengedaran

Merupakan orang tengah yang terlibat di dalam


pemasaran barangan seperti agen, pemborong dan
peruncit.

Jenis barangan boleh mempengaruhi saluran


pengedaran yang dipilih dan pada masa yang sama
boleh mempengaruhi harga barangan tersebut.

e) Persaingan

Keputusan penentuan harga syarikat boleh juga


bergantung kepada harga yang ditawarkan
pesaing serta kemungkinan tindakbalas pesaing
terhadap penentuan harga yang dilakukan oleh
syarikat.

Produk syarikat yang mempunyai kualiti yang


sama dengan produk pesaing, harga yang
diletakkan lebih kurang sama.

Jika produk syarikat mempunyai kualiti yang lebih


baik, syarikat mempunyai kelebihan untuk
meletakkan harga yang tinggi setanding dengan
kualitinya.

f) Objektif Syarikat
Sesebuah syarikat mempunyai objektif-objektif
perniagaan
yang tertentu.
Sekiranya objektif syarikat ingin menguasai syer
pasaran,harga yang murah perlu diletakkan.
Sekiranya objektif syarikat untuk mendapatkan
keuntungan, harga yang lebih tinggi perlu diletakkan.
Boleh juga bergantung kepada Kitaran Hayat Produk

g) Ciri-Ciri Produk
Merujuk kepada produk mudah beli, beli belah atau

istimewa.
Produk mudah beli biasanya harga yang rendah.
Produk istimewa, harga yang lebih tinggi.
Selain itu, ciri-ciri pada produk seperti kualiti,
ketahanan,pembungkusan, kitaran hayat produk dll.

h) Permintaan dan Penawaran

Kedua-dua pembeli iaitu pengguna dan


industri menseimbangkan harga produk
dengan faedah yang diperolehi dengan
memilikinya.
Peletakkan harga bergantung kepada jenis
pasaran.
Cth, Persaingan sempurna harga
ditentukan pasaran.
Pasaran monopoli penjual menentukan
harga

Penentuan Harga
Berasaskan Kos

Penentuan Harga
Berasaskan Nilai

11.4 Kaedah
Penentuan Harga
Kaedah Harga Berasaskan
Persaingan

11.4

KAEDAH PENENTUAN HARGA

a) Kaedah Harga Berasaskan Kos (Cost Based Pricing )


Terdapat dua kaedah penentuan harga di bawah pendekatan
ini:
i) Kaedah harga tokokan kos ( Cost Plus Pricing)
- Kaedah ini melibatkan penambahan mark up piawai
kepada kos sesuatu produk.
- Harga sesuatu produk ditentukan dengan menambah
margin keuntungan yang dikehendaki ke atas kos
pengeluaran produk tersebut.
- Formula untuk mengira harga mark up:
Harga Mark-up =
Kos Seunit
1pulangan yang diinginkan dari jualan
Formula untuk mengira kos seunit:
Kos seunit = Kos berubah + kos tetap
Jualan (unit)

Contoh Pengiraan:
Dalam pengeluaran komputer, kos-kos terlibat seperti berikut:
Kos berubah = RM15.00
Kos tetap
= RM 300 000
Jumlah jualan dijangka = 200 000 unit
Jika pengeluar komputer ingin menikmati tokokan kos ke atas jualan sebanyak 40%
i) Kirakan harga tokokan pengeluar tersebut.
ii) Berapakah untung yang diperolehi daripada setiap unit komputer.
Jawapan:
Kos seunit = kos berubah + (kos tetap/jumlah jualan)
= RM15.00 + RM 300 000
200 000
= RM 16.50
Harga Tokokan = RM 16.50
(1 0.4)
= RM 27.50

Untung

= Harga tokokan seunit kos seunit


= RM 27.50 RM 16.50
= RM 11

ii) Kaedah Harga Berdasarkan Titik Pulang Modal.

Firma menggunakan kaedah ini untuk menetapkan harga


yang membolehkan firma tersebut mendapat pulang
modal.

TPM ialah jumlah hasil yang menyamai jumlah kos yang


dibelanjakan
(Jumlah Hasil = Jumlah Kos).

Kaedah ini digunakan untuk mengenalpasti jumlah dd /


jualan yang
diperlukan pada sesuatu titik harga
untuk mencapai TPM.
TPM =
Hasil/Kos

Kos Tetap
Harga Kos Berubah

JH
JK
Untung sasaran
TPM
KT

Kuantiti / volum jualan

Contoh Pengiraan:
Dalam pengeluaran komputer, kos-kos terlibat seperti
berikut:
Kos berubah = RM 15.00
Kos tetap
= RM 300 000
Jumlah jualan dijangka = 200 000 unit
Pada Titik Pulang Modal:
Jumlah kos = jumlah hasil
Kos Tetap + Kos Berubah = harga x kuantiti
300 000 + (15 x 200 000) = P (200 000)
200 000 P = 3 300 000
Harga perlu diletakkan = RM 16.50
Jumlah unit yang perlu dijual untuk mendapatkan TPM
TPM
=
=

kos tetap
harga kos berubah
300 000
(16.50 15)
200 000 unit

Untuk mendapatkan keuntungan syarikat perlu

meningkatkan harga jualan seunit produknya atau


meningkatkan jumlah jualan produk di pasaran.
Berdasarkan kepada rajah di atas, firma perlu menjual
lebih daripada 200,000 unit dengan harga RM16.50
seunit atau menjual 200,00 unit pada harga yang lebih
dari RM16.50 seunit

b) Kaedah Harga Berasaskan Nilai

Menggunakan nilai produk berdasarkan kepada


persepsi pengguna dan bukannya berdasarkan
kepada kos penjual sebagai kunci kepada penentuan
harga.
Syarikat akan menetapkan harga keluaran yang
diinginkan berdasarkan persepsi pembeli terhadap
nilai keluaran tersebut.
Oleh itu, penentuan harga bermula dengan
menganalisis keperluan pengguna , tanggapan nilai
dan harga yang ditetapkan untuk memadankan nilai
dengan tanggapan pengguna.
Contohnya harga steak lebih murah dijual oleh
penjaja berbanding dengan hotel kerana persepsi
nilainya mengambil kira persekitaran dan suasana
hotel.

c. Kaedah Harga Berasaskan Persaingan.


Syarikat boleh meletakkan harga yang sama, lebih
tinggi
atau kurang daripada harga pesaing
utama.
Bagi syarikat bersaiz kecil mereka akan mengikut
harga
yang ditetapkan oleh pemimpin pasaran.
Strategi ini sesuai digunakan untuk mengelakkan
peperangan harga yang boleh mengelirukan
pengguna.

Harga Produk Baru

Harga Psikologi

11.5 Strategi Penentuan


Harga

Harga Profesional

Harga Diskaun

11.5 STRATEGI PENENTUAN HARGA


a) Harga Produk Baru
i) Harga Tarahan (price skimming )
Strategi ini meletakkan harga pengenalan produk baru
di pasaran pada harga yang tinggi.
Meletakkan harga pada tahap yang tinggi dan kemudian
menarah (menurunkan) harga tersebut sedikit demi
sedikit. Ianya sesuai bagi produk tertentu sahaja
Cth : sesuai bagi produk yang mempunyai imej dan
kualiti yang tinggi, dan kos pengeluaran yang tidak
terlalu tinggi supaya apabila harga diturunkan syarikat
masih lagi untung.

Tujuan:

Untuk menarik pembeli yang mementingkan


kualiti dan bukannya harga.

Kaedah ini digunakan untuk menunjukkan prestij


dan kualiti sesuatu produk.

Cth:komputer, telefon bimbit, kamera dan


sebagainya.

ii) Harga Penembusan (penetration pricing)

Strategi meletakkan harga permulaan pada


tingkat harga yang rendah untuk menembusi
pasaran yang lebih luas.
Membina syer pasaran yang besar dan
membentuk kesetiaan pengguna terhadap
jenama baru.
Tujuan meletakkan harga permulaan yang
rendah
adalah untuk menghalang
persaingan kerana bakal pesaing tidak akan
tertarik dengan keuntungan yang sedikit
kerana menjual pada harga yang rendah

b) Harga Psikologi
Penentuan harga yang bertujuan mempengaruhi emosi
pembeli. Andaian dibuat bahawa pembeli membuat keputusan
belian berdasarkan emosi dan bukan secara rasional.
i ) Harga Genap
- Digunakan untuk menggambarkan imej yang ekslusif
kepada produk.
- Pengguna mungkin akan membuat anggapan sepasang
baju
yang berharga RM100.00 adalah lebih mahal &
berkualiti jika dibandingkan dengan harga sepasang baju
RM99.90.
ii) Harga Ganjil
- Harga yang diakhiri dengan nombor ganjil dan
menunjukkan produk itu lebih murah
- Pembeli akan membuat tanggapan harga ganjil baju
RM99.90 lebih murah jika dibandingkan
dengan harga
genap iaitu RM100.00.

c. Harga Diskaun
- Harga tawaran yang lebih rendah dari harga asal.
- Mengurangkan harga untuk memberi ganjaran kepada
respon pelanggan seperti pembayaran awal atau
mempromosikan produk
- Diskaun terdiri daripada
i) Diskaun tunai: Pengurangan harga bagi produk,
jualan penghabisan stok dan pembukaan kedai
baru.
ii) Diskaun fungsi: Pengurangan harga yang
ditawarkan kepada saluran seperti peruncit @
pemborong

iii) Diskaun kuantiti: Diskaun harga jika


pembelian dibuat dalam kuantiti yang
besar.
iv. Diskaun musim: Pengurangan harga
mengikut musim.
a.Produk di luar musim Cth, hotel
b. Produk pada musim Cth, baju
sekolah

d. Harga Profesional
- Harga untuk perkhidmatan rundingan yang diberikan oleh
golongan profesional.
- Harga dikenakan berdasarkan kepakaran dan
perkhidmatan yang diberikan.
- Cth:Harga bagi perkhidmatan Guaman, Kedoktoran,
Perakaunan dll.

You might also like