You are on page 1of 28

SEDARILAH BAHAYA SYIAH

20 Januari 2017 / 21 Rabiul Akhir 1438


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah
Sekalian,

Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan


kepada sidang jumaat sekalian, marilah
sama-sama kita perbaiki diri dengan
meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT
yakni dengan melakukan segala titah
perintahNya dan menjauhi segala
laranganNya. Sebelum meneruskan
khutbah, saya ingin berpesan kepada
sidang Jumaat sekalian agar menumpukan
perhatian dan jangan bercakap-cakap
sewaktu khutbah sedang disampaikan
sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:
Bermaksud:
Jika kamu berkata kepada sahabat kamu
diam semasa imam sedang berkhutbah
pada hari Jumaat, maka kamu telah berkata
yang lagha yakni berkata perkara yang sia-
sia (Hadis Riwayat Imam Al Bukhari dan
Imam Muslim). Mudahmudahan kita akan
beroleh manfaat untuk kebaikan di dunia
dan di akhirat. Khutbah pada hari ini akan
membicarakan tajuk
AQIDAH DIJULANG UMMAH SEJAHTERA.
Sidang Hadirin Yang Dirahmati Allah
Sekalian,

Aqidah tauhid merupakan asas yang


menjadikan kriteria utama bagi umat Islam.
Ia telah menjadi asas kepada pembangunan
tamadun islam sejak dari zaman
baginda Nabi S.A.W hingga ke hari ini
melalui pelbagai peringkat perkembangan.
Pada hari ini, terdapat fenomena dimana
sebahagian daripada mayarakat islam yang
kurang jelas dalam melihat peranan aqidah
malah lebih cenderung pula menerima ilmu
aqidah sebagai ilmu bersifat teori semata-
mata.
Akibatnya, peranan dan nilai
praktikal ilmu meningkat, namun
nilai adab dan akhlaknya merosot.
Fenomena ini menyumbang
kepada tersebarnya ajaran sesat
dan menyeleweng serta menonjol
fahaman melampau dalam aqidah
yang menghalang pembangunan
tamadun.
Sidang Jemaah Yang Budiman,

Aqidah merupakan keyakinan diri muslim


kepada Allah S.W.T yang menjadi tunjang
keimanan. Bahkan ia menjadi tenaga utama
diperingkat dalaman yang bertindak
mencetus, memotivasi dan menggerakkan
seluruh keupayaan mental dan fizikal
manusia ke arah melaksanakan seluruh
perintah Allah S.W.T dalam kehidupan. Hal
ini adalah sesuai dengan fitrah kejadian
manusia sebagai makhluk yang boleh
dipimpin dari
dalam dirinya sendiri.
Abu Hurairah r.a menyatakan bahawa
Rasulullah S.A.W bersabda:

Bermaksud:
Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan
fitrah. Kedua ibubapanyalah yang
membuatnya menjadi seorang yahudi atau
nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor
binatang melahirkan seorang anak tanpa
cacat, apakah kamu merasakan terdapat
yang terputung hidungnya. (Riwayat Imam
Bukhari dan Imama Muslim)
Fitrah disini ialah Islam yang diasaskan oleh
pegangan aqidah menerusi syahadah
bahawa tiada Tuhan melainkan Allah S.W.T
dan Nabi Muhammad S.A.W adalah
pesuruhnya. Kalimah ini membawa satu
makna yang sangat dalam iaitu Allah S.W.T
yang mengisi tempat utama di dalam
segenap kehidupan, tindakan dan pemikiran
setiap muslim, dimana segala kehebatan
ilmu pengetahuan, kebijaksanaan dan
sejarah tamadun islam terkandung di dalam
kalimah yang mulia ini. Firman Allah S.W.T
di dalam Surah Fussilat ayat 53:
Bermaksud:
Kami akan perlihatkan kepada mereka
tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata
tempat (dalam alam yang terbentang luas
ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga
ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-
Quran adalah benar. Belumkah ternyata
kepada mereka kebenaran itu dan belumkah
cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu
mengetahui dan menyaksikan
Saudara Kaum Muslimin Yang Berbahagia,

Menyedari hakikat ini, adalah sangat


penting untuk kita meletakkan soalan
aqidah sebagai satu keutamaan dalam
seluruh aktiviti kehidupan diri, keluarga dan
masyarakat. Setiap mukmin telah diajar
bahawa Allah S.W.T bersifat Iradah dan
Iradah Allah S.W.T adalah kehendak yang
muktamad dan mengatasi kehendak
manusia. Lantaran itu, manusia telah
ditunjukkan oleh ayat suci Al Quran tentang
apa kehendak yang diingini oleh Allah S.W.T
dipentas dunia ini.
Jelaslah aqidah mampu merangsang
dan memotivasikan seseorang muslim
untuk melakukan amalan baik dan
mulia dalam kehidupannya. Akidah
yang tersemat kukuh dalam diri
individu muslim akan menggerakkan
seluruh anggota panca inderanya
untuk menterjemahkan secara
praktikal seluruh ajaran Allah S.W.T
yang diyakininya sebagai benar dan
perlu dihayati dalam kehidupan.
Apa yang dikatakan Iman atau
Aqidah bukan sekadar
Kepercayaan yang pasif, tetapi
adalah sesuatu tenaga utama
yang menggerakkan manusia agar
melakukan amalan-amalan mulia
selari dengan kehendak Allah
S.W.T bersandarkan keterangan Al
Quran dan Hadis Baginda Nabi
S.A.W.
Natijahnya, akan lahir manusia yang
optimis, tegas, tabah, berfikiran terbuka,
berpandangan jauh dan berkeyakinan dalam
hidup. Keyakinan kepada Allah S.W.T akan
menjadikannya insan yang mengambil kira
soal dosa atau pahala, halal atau haram dan
neraka atau syurga dalam berfikiran dan
bertindak. Sesuatu keputusan yang
dibuat atau tindakan yang
dilakukannya adalah berasaskan
keyakinan diri terhadap prinsipprinsip
aqidah yang dipegangnya.
Selain itu, aqidahnya juga telah
menyumbang kepada wujudnya
pembudayaan ilmu dalam sebuah
masyarakat. Perbincangan tentang budaya
ilmu melibatkan hal-hal yang merujuk
kepada budaya mementingkan segala
kegiatan dan tindakan yang berterusan
kepada ilmu dalam kehidupan manusia.
Budaya ini amat ditekankan dalam ajaran
Islam. Justeru, kejayaan umat Islam silam
pada zaman kegemilangannya dalam aspek
memperkukuhkan budaya ilmu dalam
masyarakat, membolehkan mereka
membina sebuah peradaban dunia yang
tiada tandingannya dalam sejarah
Hal ini jelas terkandung dalam surah
Al-Alaq ayat 1 hingga 5 yang merupakan
wahyu pertama:

Bermaksud:
Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama
Tuhanmu yang menciptakan (sekalian
makhluk). Dia menciptakan manusia dari
sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu
yang Maha Pemurah. Yang mengajar
manusia melalui pena dan tulisan. Dia
Sidang Hadirin Yang Dirahmati Allah,

Aqidah yang benar berupaya melahirkan


masyarakat harmoni yang hidup dalam
keadaan aman dan sentosa. Bahkan aqidah
yang menjadi pegangan setiap individu
menjadi faktor untuk mendorong mereka
menghargai hak orang lain seperti hak jiran,
tetamu dan hak bagi semua orang
termasuklah hak setiap ahli keluarga
sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh
Imam Bukhari dan Imam Muslim:
Bermaksud: Sesiapa yang beriman dengan
Allah dan hari akhirat, maka ia hendaklah
berkata-kata dengan sesuatu perkataan
yang baik atau berdiam diri, sesiapa yang
beriman dengan Allah dan hari akhirat,
maka ia hendaklah memuliakan jirannya
dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan
hari akhirat, maka ia hendaklah memuliakan
tetamunya.
Saudara Kaum Muslimin,

Mengakhiri khutbah pada hari ini,


marilah kita bersama-sama bersatu
dalam memperkukuhkan Aqidah
Ahlisunnah Wal Jamaah bagi
meneruskan kesinambungan
kecemerlangan generasi islam yang
terdahulu. Mudah-mudahan dengan
kesatuan tersebut kita mampu untuk
menangkis sebarang ancaman terhadap
aqidah yang pelbagai bentuk demi
menjaga umat Islam daripada berpecah.
Bermaksud :

Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat


(memberi segala penghormatan dan kebaikan)
kepada nabi (Muhamad SAW), wahai orang-orang
yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta
ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan
yang sepenuhnya. (Surah Al Ahzab ayat 56)
Sidang jumaat yang dirahmati Allah,

Mimbar tidak pernah berhenti menyeru marilah


sama sama kita menunaikan solat solat fardhu
secara berjemaah. Sesungguhnya solat secara
berjemaah itu adalah lebih baik daripada solat
secara bersendirian seperti mana sabda
Rasulullah SAW:
Bermaksud:
Sesiapa solat isya secara berjemaah maka
dia seperti melakukan solat separuh malam,
dan sesiapa melakukan solat subuh secara
berjemaah maka dia seperti melaksanakan
solat sepanjang malam.
(Riwayat Imam Muslim)
Ya Allah, ampunilah seluruh kaum muslimin
dan muslimat sama ada yang masih hidup
ataupun yang telah meninggal dunia.
Sesungguhnya Engkaulah Maha Mendengar,
Maha Dekat dan mengabulkan doa
hambaMu. Ya Allah, Engkau berikanlah rasa
tanggungjawab dalam diri kami ini untuk
melaksakan perintah-Mu dan berikanlah
kebencian kepada kami terhadap larangan-
Mu. Ya Allah, didiklah diri kami ini untuk
mendirikan solat fardhu secara berjemaah,
mengeluarkan zakat dan sifat-sifat
mahmudah yang lain. Kurnikanlah kepada
kami nikmat yang berkekalan, hati yang
khusyuk serta penuh keikhlasan dalam
Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan
hidayahMu terhadap Raja kami, Duli yang
Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul
Ridzuan, Sultan Nazrin Muizuddin Shah Ibni
Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Al Maghfur Lah dan Raja Permaisuri Perak
Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta
kerabat diraja
dan seluruh rakyat jelata sekalian.

You might also like