You are on page 1of 23

Ungkapan Menarik

Untuk Penulisan

Oleh: LEE SIEW WAN


SISC+ BM SM
PPD MUKAH 1
Peribahasa Dalam
Penulisan

2
Pengajaran Peribahasa
Untuk Penulisan

Bagaimanakah guru lazimnya


mengajarkan peribahasa?

3
Guru digalakkan...
1. Mengkaji latar belakang kewujudan sesuatu peribahasa.
2. Lazimnya, peribahasa dicipta berdasarkan fenomena alam semula
jadi.
3. Contohnya, peribahasa

Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

4. Peribahasa ini dicipta daripada pengalaman orang tua-tua yang mengambil


contoh daripada sifat enau yang tumbuh jauh lebih tinggi daripada
tumbuhan lain di kawasan hutan. Enau seolah-olah tidak menunggu
pertumbuhan seiring pokok lain.
4
Peringatan...
Jangan sekadar menghafal maksud
peribahasa tanpa mengetahui asal usul
atau latar belakang sesuatu peribahasa
dan konteks penggunaannya
5
Selepas memahami latar belakang
peribahasa...

Kaitkan gambaran daripada latar belakang


peribahasa berkenaan dengan maksudnya.
Gambaran ini digunakan untuk mencitrakan
keadaan masyarakat yang bersifat individualistik
dan hidup mementingkan diri sendiri seperti
kebanyakan warga kota.
6
Barulah kaji aplikasi peribahasa dalam
konteks yang sesuai
Bimbing murid untuk gunakan peribahasa yang relevan
dalam penulisan. Contohnya, bagi tajuk karangan yang
berkaitan dengan gotong-royong, senaraikan beberapa
peribahasa yang sesuai diterapkan dalam huraian isi karangan.

(Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing; seperti aur


dengan tebing; serumpun bagai serai, selubang bagai tebu )
7
Bengkel Tugasan Pertama (20 minit)

Secara berpasangan, kaji 2 peribahasa dari segi:


(a) Latar belakang atau asal usulnya
(disampaikan secara lisan)
(b) Maksudnya
(c) Aplikasinya dalam konteks penulisan
8
Tugasan Kedua
Gunakan Peribahasa Untuk Penulisan.
Secara berpasangan, fikirkan dua peribahasa yang
relevan dan dapat digunakan dalam konteks penulisan
sebuah karangan. Huraikan penggunaan peribahasa
berkenaan dalam penulisan mana-mana bahagian
karangan. (20 minit)
9
Bahasa Kiasan Untuk
Karya Kreatif, Frasa
Puitis Untuk Karya
Nonkreatif
10
Bahasa Figuratif
Juga disebut bahasa kiasan yang
berfungsi untuk meningkatkan kesan
penyampaian menerusi perbandingan
sesuatu benda atau subjek dengan
benda atau subjek yang lain.
11
Bahasa Figuratif
Bahasa Figuratif yang tergolong sebagai
bahasa retorik dapat mengubah dan
menimbulkan rasa atau maksud tertentu
untuk meyakinkan pemikiran pendengar
atau pembaca.
12
Beberapa Jenis Bahasa Figuratif

1. Simile
2. Metafora
3. Personifikasi
4. Depersonifikasi
5. Hiperbola
13
Penulisan karya kreatif atau nonkreatif
yang menarik

Meliputi penggunaan bahasa figuratif /


kiasan / frasa puitis / peribahasa untuk
menghidupkan imaginasi bahasa dan gaya
artistik retorik murid

14
Galakkan murid gunakan bahasa kiasan/
bahasa puitis / peribahasa dalam karya
kreatif atau nonkreatif

Kesannya kepada pembaca lebih hebat


daripada ucapan secara langsung yang
sangat kaku sifatnya / kurang menyentuh
perasaan
15
Peranan Guru
Galakkan murid gunakan bahasa figuratif/
kiasan / frasa puitis / peribahasa dalam
penulisan karangan. Latih murid gunakan
ungkapan indah atau menarik dan
peribahasa dalam penulisan.
16
Langkah Awal - Tunjuk Ajar
Belajar penggunaan bahasa kiasan untuk
karya kreatif, frasa puitis untuk karya
nonkreatif dan peribahasa untuk penulisan
melalui pinjaman gaya bahasa oleh
penulis yang lebih matang.
17
Rasionalnya
Tiada manusia yang terus berkeupayaan
mencipta bahasanya sendiri tanpa
meminjam atau meniru bahasa orang /
masyarakat lain.

18
Lama-kelamaan...

Murid ibarat penulis amatur dapat


menghasilkan kalimat indah berseni
secara spontan untuk penulisan pelbagai
karya, baik karya kreatif mahupun
nonkreatif.
19
KESANNYA
Karangan / Penulisan karya jauh lebih
menarik dan hidup. Kualiti atau mutu
penulisan meningkat.

20
TUGASAN (15 minit)
Secara berpasangan, cuba gunakan satu
Frasa Puitis Untuk Penulisan Nonkreatif
berdasarkan kesesuaian penggunaannya
dalam konteks. (Anda boleh rujuk buku
Ungkapan Menarik Untuk Penulisan)
Selamat Berbengkel
21
Bacaan Santai (15
minit )
Cerpen Nakhoda Guru
Penggunaan Bahasa Kiasan Untuk
Penulisan Kreatif

22
Selamat Mencuba>>>
<<<Terima Kasih

Lee Siew Wan,


SISC+ BM SM,
PPD Mukah

23

You might also like