You are on page 1of 18

Evolusi PBP

Kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) diperkenalkan


oleh Kememnterian Pelajaran Malaysia (KPM) pada tahun
2006. Tujuan program pengenalan PBP ini adalah untuk
menggalakkan inovasi dalam PdP dengan mengintegrasikan
TMK (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2006).

KPM di bawah seliaan pihak Bahagian Teknologi Pendidikan


(BTP) telah mengadakan 'Program Pembestarian Sekolah'
untuk semua sekolah di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, dan
program pembudayaan PBP direncanakan untuk
menggalakkan inovasi dalam PdP sekali gus mengintegrasikan
teknologi (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2006).
Pengkaji-pengkaji seperti Balakrishnan et al. (2009) berpendapat
bahawa PBP sesuai digunakan dalam kurikulum pendidikan di
Malaysia. PBP dianggap sebagai satu amalan terbaik dalam
bidang PdP dalam misi membestarikan sekolah-sekolah di
Malaysia di samping beberapa amalan lain seperti pembelajaran
abad ke-21(Bahagian Teknologi Pendidikan, 2010).

Namun begitu, pelaksanaan PBP dianggap asing dalam sistem


pendidikan di negara kita khususnya di sekolah menengah, dan
ini berkemungkinan disebabkan kurangnya pendedahan tentang
kelebihan kaedah itu.

Dengan adanya kaedah pembelajaran berasaskan projek,


penilaian berasaskan projek mula dipentingkan.
Menurut Wiggins (1989), penilaian
berasaskan projek merupakan aktiviti-aktiviti
yang memerlukan murid mengaplikasi atau
membuat tunjuk ajar cara pengetahuan
dalam situasi sebenar.
Penilaian ini melibatkan banyak gabungan
aktiviti.
contohnya : mereka, menyelesaikan masalah,
membuat siasatan dan membuat keputusan
secara kumpulan atau individu.
Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang
dijalankan dalam satu tempoh masa yang
tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta
analisis data persediaan satu laporan yang betul.
Dalam konteks kurikulum sekolah, projek
bermaksud secara amali. Tugasan ini boleh
dijalankan secaraindividu atau secara
berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka
masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan
pada setiap tahap prosessehinggalah kepada
tahap hasil disediakan.
KERANGKA KONSEP PBP

Projek atau tugasan yang dilakasanakan mempunyai


pelbagai reka bentuk sama ada lisan, visual atau
kinestetik.
Berbentuk jangka panjang.
Menunjukan peranan sebenar dalam situasi sebenar.
Pelajar dibenarkan untuk membina penyelesaian
alternatif apabila tidak mendapat jawapan yang
benar.
Pelajar dikehendaki terlibat secara aktif dalam
membuat projek secara koperatif.
Pelajar dapat melakukan kerja secara individu
atau berpasukan.
Pelajar perlu mensintesis pengetahuan yang
dikumpul dan menilai pembelajaran.
Jenis-jenis penilaian Projek

Latihan dan soalan open-ended untuk pelajar


meneroka secara lisan atau bertulis.
Extended tasks assignment seperti menulis puisi,
melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji,
membina model.
Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi.
Tugasan prestasidrama, lakonan, persembahan,
poster atau model.
Tujuan :
Menggalakkan pelajar bekerjasama.
Murid berpeluang untuk menunjukkan
kreativiti
Memberi motivasi kepada pelajar untuk
belajar.
Memberi peluang pelajar untuk memimpin,
Memberi suatu suasana pembelajaran untuk
pelajar yang pasif untuk berbincang
Langkah-langkah untuk menjalankan Projek.
Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek
Langkah 2 : Penilaian awal projek.
Langkah 3 : Pelaksanaan strategi.
Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat.
Langkah 5 : Penilaian hasil projek.
SEBELUM PELAKSANAAN PROJEK

SEMASA PELAKSANAAN PROJEK

SELEPAS PELAKSANAAN PROJEK


Dapatkan panduan daripada guru.
Kenalpasti masalah dan tajuk.
Tinjau projek lepas untuk rujukan.
Bentuk pasukan dan pembahagian tugas.
Sumbangan idea dan bina kesepakatan ahli
kumpulan.
Kenal pasti skop dan urutan.
Sediakan jadual pelaksanaan projek.
Tentukan punca maklumat.
Jalankan proses inkuiri dan pengumpulan
data.
Penambahbaikan dan penilaian berterusan.
Sediakan laporan projek.
Bentangkan dapatan / hasil.
Penilaian projek oleh guru dalam aspek
perancangan, pelaksanaan atau proses, dan
projek yang dihasilkan mempunyai kualiti
mengikut piawaian yang ditetapkan.
Maklum balas daripada rakan berkaitan
kekuatan, kelemahan dan cadangan mengatasi.
Refleksi kendiri berkaitan kekuatan, kelemahan
dan kemahiran.
Rekod pemarkahan / skor dan analisis markah.
Hargai pencapaian dalam penyelesaian masalah.
FASA 1 (SEBELUM PROJEK DILAKSANAKAN)

FASA 2 (SEMASA PROJEK DILAKSANAKAN)

FASA 3 (SELEPAS PROJEK DILAKSANAKAN)


Sebelum projek dilaksanakan, guru seharusnya
mengenal pasti sama ada secara formal seperti
pra-pentaksiran bertulis mahu pun tidak formal
berkenaan maklumat sedia ada murid mengenai
topik projek.
Penilaian ke atas maklumat sedia ada murid
membantu guru dalam agihan murid dalam
kumpulan.
Hal ini demikian, bagi pembelajaran berasaskan
projek, asas pengetahuan amat penting.
Semasa projek dilaksanakan , pentaksiran
menggunakan senarai semak dan skala kadar
memberi maklum balas bernilai kepada murid
mengenai pembelajaran dan kemajuan projek
mereka.
Rubrik pemarkahan boleh membantu murid-
murid menilai kemajuan perancangan projek.
Guru menjadi rujukan ketika mengadakan sesi
perbincangan mengenai tahap pencapaian dan
kemajuan.
Selepas projek , pentaksiran menggunakan
rubrik dapat memberikan maklumat bernilai
mengenai hasil projek dan dalam membuat
pembentangan di hadapan rakan sekelas.
Rubrik yang sesuai juga dapat membantu
memberikan maklum balas tentang kekuatan
dan kelemahan projek yang dibentang.

You might also like