You are on page 1of 22

HSI 343 : SEJARAH ISLAM

NAMA PEMBENTANG : NUR AZIM BIN ROSLAN


NURUL AIN BINTI MOHAMAD ALI
NURULAIN SYAFIQAH BINTI MAZLAN

PENSYARAH : DR MUHAMAD HASRUL ZAKARIAH


Nasionalisme dari segi pemahaman umum hanya bersifat pergerakan yang
mahu bebas daripada cengkaman penjajah.
Namun begitu pandangan mengenai nasionalisme perlu diteliti bukan
hanya pergerakan yang mahu bebas.
Hal ini kerana nasionalisme arab ini bermula daripada percubaan mereka
memisahkan diri mereka dengan empayar Uthmaniyah (dengan bantuan
luar) dan melepaskan diri (negara arab) dari cengkaman kuasa asing
Takrif Nasionalisme Menurut pandangan Hans Kohn
Dalam idea of nationalism menakrifkan bahawa nasionalisme sebagai
satu keadaan fikiran yang menyerap masuk ke dalam jiwa sebahagian besar
rakyat dan didakwa menyerap masuk ke dalam kalangan semua anggota ;
mengiktiraf negara bangsa sebagai bentuk organisasi politik yang unggul dan
bangsa sebagai punca bagi segala kehidupan budaya yang membina dan
punca kesejahteraan ekonomi.
satu keadaan fikiran semangat yang berpunca daripada
perasaan manusia sebagai contohnya perasaan cinta terhadap
sesuatu tempat asalnya, kegemaran terhadap adat resam dan
makanannya sendiri serta kesetiaan yang kuat kepada agama dan
keturunannya.
Nasionalisme menurut pandangan Friendrich Meinecke
Teras semulajadi adalah berdasarkan kepada ikatan keturunan
darah yang telah sedia ada dalam sesebuah negara dalam
sesebuah negara.
Nasionalisme menurut pandangan Smith
Satu pergerakan ideological untuk mencapai dan memelihara
pemerintahan sendiri dan kemerdekaan bagi golongan yang
sebahagian daripada anggotannya sebagai satu bangsa yang
sebenar / satu bangsa seperti bangsa lain.
Peta
Sebelum Perang Dunia Pertama
Kelahiran Akhbar
- Kelahiran akhbar Al-Jinan- Butrus Bustani- melaung-laungkan perpaduan, keadilan dan semangat cintakan tanah air.
Namun begitu, mesej yang disampaikan adalah berbentuk secular kerana ketaatan kepada tanah air lebih tinggi dan bukan
lagi agama

- Di mesir melalui akhbar al-muqatlam dan al-ahram mengecam pemerintahan autokrasi Sultan Abdul Hamid 2 dan hanya
menyuarakan kepentingan golongan minority Kristian. Namun begitu, tindakan ini tidak berjaya kerana kegiatan mereka
dibawah pemerhatian pemerintahan.
Perkembangan pada awal abad ke 20 hingga Perang dunia Pertama
- Muncul golongan anti-turki iaitu Abdul Rahman al-Kawakibi
- Al-kawabiki ini melalui bukunya umm al-qurra yang disiarkan secara bersiri dalam al-manar telah mengeluarkan idea
bahawa jawatan khalifah adalah hak arab dan ia seharusnya dikembalikan kepada bangsa arab dengan pusatnya terletak di
Mekah, tempat bermulanya seruan islam pada abad ke 7 dahulu.
- al-Kawabiki ini mendapat pengaruh daripada siapa ? Menurut A.Hourani beliau terpengaruh dengan idea yang dibawa
oleh W.S Blunt dan menurut Prof Madya Fadhlullah Jamil pula al-Kawakibi adalah agen kepada khediwi (gabenor) mesir, Abbas
Hilmi yang berminat dengan jawatan khalifah

Penyokong kepada al-kawakibi ini adalah Najib Azzuri (azoury) melalui bukunya iaitu Le Reveil de la nation Arabe ( Kebangkitan
Bangsa Arab) dengan mengatakan bahawa permisahan antara kuasa-kuasa awam dengan hal-ehwal agama adalah perlu
demi kebaikan kedua-duanya iaitu islam dan negara arab.
Turki Muda
Sebelum perang dunia pertama
Muncul golongan liberal othamani yang menyoal corak pemerintahan yang wujud
pada ketika itu , mendesak supaya Perlembagaan 1876 dipulihkan dan parlimen
othmani dibuka semula .
kelahiran Pertubuhan-pertubuhan politik seperti Ittihad ve Terekki yang diasaskan
oleh sekumpulan pelajar yang akhirnya mereka dikenali sebagai turki muda
Perkembangan pada awal abad ke 20 hingga ke Perang Dunia Pertama
Gerakan turki muda melancarkan pemberontakan tentera dan pada Julai 1908,
cawangan turki muda di Salonika, Macedonia dan kesannya telah membawa kepada
kelemahan pemerintahan sultan abdul hamid 2 apabila pelbagai tuntutan yang dibuat
Tuntutan yang dipengaruhi oleh turki muda ini telah mengambil kesempatan
dengan melakukan pengisytiharaan persamaan hak bagi semua rakyat Othmani tanpa
mengira agama dan keturunan.
Hal ini telah menyebabkan orang-orang arab juga menuntut dalam perkara seperti
otonomi dengan memberikan kuasa kepada orang arab untuk mengendalikan hal
mereka di peringkat wilayah dan pengakuan terhadap Bahasa arab selain daripada
Bahasa turki sebagai Bahasa pentadbiran dan Pendidikan.
Penolakan terhadap Othmanisme
Turki muda telah menolak prinsip othamanisme yang dianggap gagal dalam
menyatukan rakyat. Ketidakupayaan idea ini telah membawa kepada bibit terbaru dalam
pemisahan orang arab

Mengwujudkan Idea Turkisme


namun idea ini juga mengalakkan permisahan orang turki dan orang arab kerana
ideologi ini lebih mementingkan kepentingan-kepentingan bangsa turki. Iaitu dengan
menturkikan rakyat uthmaniyyah.

Kesan Perang dunia Pertama


Penglibatan Turki dalam perang dunia Pertama telah membawa kepada kekalahan
mereka kerana berkerjasama dengan Jerman di samping membawa kepada kehancuran
kepada empayar dan politik turki muda mula jatuh
Kesan daripada ini, Pihak Arab nekad membebaskan diri mereka dalam situasi yang
lemah ini. Hal ini membawa kepada pemberontakan terhadap Turki dilancarkan oleh Syarif
Makkah , Hussain Bin Ali pada jun 1916 dengan bantuan tentera asing. Hasilnya daripada
kelancaran program ini adalah 1) pegawai arab dari tentera turki menyertai Syarif
Era Tanzimat telah melahirkan ramai golongan pemikir dan nasionalis Arab
seperti Nasif al-Yaziji, Butros al-Bustani dan Faris al-Shidyaq, Jurji zaidan,
Jamaluddin Al-Afghani Muhammad Abduh dan Abdul Rahman al-Kawakibi.
Pergerakan nasionalisme Arab yang wujud pada abad ke-19 ini juga
sebenarnya bukanlah satu bentuk penentangan terhadap kerajaan
Uthmaniyah semata-mata tetapi ianya juga merupakan penentangan
terhadap campur tangan kuasa asing.
Cth ; kebangkitan Urabi menentang pemerintah Muhammad Ali akhirnya
berkembang menjadi penentangan terhadap kuasa penjajah dan demikian
juga di Palestin yang mana nasionalisme Arab ini merupakan penentangan
terhadap penjajah British dan Zionis.
Nasionalisme Arab yang dipelopori
oleh Arab Kristian
dipelopori oleh tokoh-tokoh pemikir Arab yang beragama kristian dan
berasal dari Lubnan, antaranya adalah Nasif al-Yaziji, Butros al-Bustani dan
Faris al-Shidayq.
Menekankan kepada keagungan dan kebangkitan bangsa Arab di bawah
pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyyah.
Memberi sumbangan kepada dunia intelektual Arab seperti menulis buku-
buku untuk kegunaan di sekolah, menubuhkan institusi pendidikan dan telah
menyuburkan budaya Arab melalui penggunaan bahasa Arab.
Nasif Yaziji (1800-1871)

Beliau mempunyai minat yang tinggi terhadap kajian kesusasteraan Arab


klasik dan kajiannya terhadap hal tersebut telah melahirkan semangat
nasionalisme Arab dalam dirinya.
Penulisannya tentang kajian-kajian dalam bahasa Arab dan
kesusasateraan Arab moden menjadi faktor perkembangan bahasa
Arab kerana buku-buku penulisannya tentang pengajian bahasa Arab
ini menjadi rujukan orang-orang Arab pada ketika itu sekali gus menjadi
pencetus nasionalisme Arab
Butrus al-Bustani (1819-1883)
Memegang jawatan sebagai penterjemah di Kedutaan Amerika
Beliau kemudiannya menjadi pelopor kepada penerbitan akhbar pertama pada
tahun 1870 iaitu al-Jinan.[ Al-Jinan memaparkan pemikiran dan kajian Al-Bustani
tentang politik dan sastera yang dikeluarkan setiap dua minggu dan disertakan
dengan moto Patriotism is an article of faith pada tiap -tiap tajuk keluaran].
Ianya juga memuatkan penulisan dari penulis-penulis negara Arab yang lain
seperti Syria dan hal memperluaskan perkembangan idea nasionalisem Arab.
Idea utama dalam akhbar ini adalah tentang perpaduan bangsa Arab demi
kesejahteraan negara, keadilan serta slogan cintakan tanah air. Ianya juga
bersifat sekular yang mana taat setia ditumpukan kepada tanah air bukannya
kepada agama.
Penulisan tokoh-tokoh pemikir Arab ini banyak diterbitkan dalam bahasa
Arab oleh negara-negara Barat - sekali gus memberi pengaruh kepada
kelahiran nasionalisme Arab.
Perkembangan nasionalisme Arab melalui penulisan kemudian
berkembang kepada penubuhan persatuan yang berorganisasi iaitu
Oriental Society yang diasaskan oleh al-Bustani dan Nasif al-Yaziji pada
tahun 1850.
Nasionalisme Arab yang muncul pada abad ke-19 yang dipelopori oleh
tokoh pemikir Arab Kristian lebih kepada mencetuskan semangat
nasionalisme Arab dalam diri bangsa Arab & pergerakan nasionalisme
pada peringkat ini lebih kepada penentangan pemerintahan Turki
Uthmaniyah yang gagal melaksanakan pembaharuan yang telah diwar-
warkan secara telus berikutan amalan rasuah yang berleluasa.
Nasionalisme Arab yang dipelopori oleh Arab Islam
Perkembangan ilmu pengetahuan pada era Tanzimat menyebabkan
peralihan daripada nasionalisme Arab yang dipelopori oleh Arab Kristian
kepada Arab Islam.
Tiga golongan pemikir dalam masyarakat Arab Islam :
i. Gol. sekular - pemikiran yg menyatakan bahawa sekiranya umat Islam ingin
maju, maka ia harus meniru Barat (westernisasi) dalam segala hal ;
pendidikan, politik, ekonomi, dan tradisi masyarakatnya.
ii. Gol. tradisionalis - terdiri daripada para ulama ortodoks & kalangan penduduk
yang menolak segala sesuatu yang bercorak Barat, hal ini kerana ia sebagai
ancaman kea cara hidup mereka.
iii. Gol. reformis - kelompok ini merasakan bahwa, setelah melakukan interpretasi
secara mendalam, Islam merupakan penyelesaian bagi masalah-masalah
umat Islam. Kemerosotan dunia Muslim dikatakan berpunca daripada
kegagalan umat Islam dalam menjalankan nilai-nilai Islam yang benar dan
menekankan pada pemikiran-pemikiran hukum yang asal.
Jamaluddin Al-Afghani :
Ia merupakan seorang guru dan aktivis politik yang telah mengunjungi banyak
negara Islam sejak dari India, Mesir, sampai ke Turki untuk mengajak umat Islam
memperbaharui cara hidup mereka dan mengembalikan kejayaan Islam seperti
masa lalu.
Beliau juga menganjurkan konsep anti-kolonial dengan membentuk Pan-Islam dan
berjaya mendapat perhatian besar bangsa Arab.
Fokus utama Jamaluddin al-Afghani adalah pada Islam sebagai sebuah
peradaban(ummah). Peradaban ini telah hilang dan cara untuk mengembalikannya
adalah melalui ilmu pengetahuan dari Eropah, untuk mencapai kembali kesatuan
ummah.
Afghani percaya bahwa perpaduan ummah hanya dapat dicapai apabila umat
Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan melaksanakannya dalam
kehidupan mereka.
Muhammad Abduh
Beliau telah membantu Afghani dalam menyampaikan pemikiran
pembaharuan & sikap anti-kolonialnya melalui penerbitan majalah dari
Paris. Selepas kembali dari Mesir, Abduh memberi perhatian kepada
pembaharuan dalam bidang intelektual dan sosial
Beliau cuba merekostruksi Islam era moden dengan menjadi perantara
kepada gol sekularis dan gol tradisionalis dengan memberikan interpretasi
baru terhadap Islam yang sesuai dengan konteks moden.
Ia meyakini Islam merupakan jalan yang sebenar dan sesuai dengan akal
dan ilmu pengetahuan moden, dan apabila ditafsirkan secara benar,
akan menjadi penyelesaian bagi persoalan-persoalan yang terjadi pada
era moden.
Rashid Rida (1865-1935)
Beliau bersama gurunya, iaitu Muhammad Abduh berusaha untuk
mengembalikan sistem khilafah dengan menerbitkan majalah al-Manar.
Tujuan majalah tersebut diterbitkan adalah untuk menyebarkan Islam
kepada masyarakat dan menyeru mereka supaya bersatu menentang
kuasa Barat
Rashid Ridha menyangkal pandangan gurunya akan mengerakkan gerakan-
gerakan perkauman dan nasionalisme dalam menuntut pemisahan
daripada kesultanan Turki Uthmaniyah menyebabkan peleraian ikatan
kewarganegaraan.
Beliau mengadakan kempen menyeru penyatuan antara Arab dan Turki
dalam usaha mengukuhkan daulah Turki Uthmaniyah. Pada tahun 1909,
Rashid Rida kembali di Istanbul untuk menubuhkan madrasah al-Dawah wa
al-Irshad dan mengukuhkan ikatan persaudaraan antara Arab dengan Turki
yang ketika itu mengalami perpecahan.
Abd al-Rahman al-Kawakibi
(1849-1903)
merupakan salah seorang golongan intelektual yang banyak melontarkan
semangat nasionalisme Arab dan semangat patriotik di Syria.
Kawakibi juga menyerukan perpindahan kekhalifan kepada orang Arab dari
suku Quraisy kerana pemerintahan Uthmaniyah dianggap gagal dalam
mengenyahkan Eropa dari daerah-daerah Arab
Serua-seruannya terdapat dalalm makalah-makalah yang telah diterbitkan
dalam akhbar-akhbar tempatan seperti al-Muqattam, al-Muayyid dan al-
Shahba.
Idea yang ditekankan dalam penulisan beliau ialah mengkritik Daulah Turki
Uthmaniyah dan sultannya iaitu Sultan Abdul Hamid. Hal ini kerana Al-
Kawakibiyy lebih cenderung memilih sistem demokrasi yang diamalkan di
Eropah ketika itu, bahkan menyeru kepada pemerintah negara-negara Timur
menuruti jalan demokrasi yang telah didahului oleh Barat
Kejatuhan Khilafah Uthmaniyah
Gerakan nasionalisme telah memecahbelahkan penduduk Turki
Uthmaniyah
Hal ini telah membawa kepada pemerintahan Khilafah yang
semakin lemah pada ketika itu.
Pengenalan dasar Pan-Islamisme iaitu satu fahaman yang
menekankan perpaduan dan kerjasama umat Islam sejagat di
bawah pimpinan seorang khalifah yang berperanan untuk
membela umat Islam oleh Sultan Abdul Hamid II.
Dasar ini kemudianya di tentang oleh C.U.P ketika mereka
merampas kuasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II dan
mengamalkan dasar Pan-Turkisme.
Era penjajahan kuasa-kuasa Eropah
Tindakan C.U.P / Parti al-Ittihad wa al-Taraqqi yang memihak kepada
Jerman menjadi punca kejatuhan pemerintahan khilafah
Hal ini kerana mereka telah memohon bantuan daripada negara-
negara Eropah dan majlis-majlis Freemason serta Yahudi antarabangsa
untuk menjatuhkan pemerintahan khilafah.
Negara negara Eropah menaggap pemerintahan khilafah adalah
sebagai satu perhimpunan ummat Islam untuk menentang negara-
negara penjajah.
Akibat daripada tindakan dan dasar Pan-Turkismeyang diamalkan ianya
telah mencetuskan kemarahan oleh orang Arab. Hal ini telah mendapat
perhatian Inggeris sebagai peluang mereka untuk campur tangan dalam
urusan Arab untuk menentang Turki.
Pihak Inggeris telah menjanjikan kemerdekaan buat negara Arab
Sharif Husayn menyifatkan janji-janji Britain dengan berkata :
Bagiku segala janji-janji Inggeris adalah seumpama emas kuning. Setiap
kali aku menggilapnya,ia akan tambah berkilat.
Perkembangan dan pemikiran nasionalisme Arab pada abad 19 ini
telah berjaya memecahkan ummah yang wujud sejak zaman
pemerintahan Rasulullah.
Rentetan daripada perkembangan nasionalisme yang
diperjuangkan telah mengakibatkan runtuhnya sebuah empayar
Islam.
Wujudnya negara-negara bangsa dan hilangnya pengaruh ke atas
beberapa kawasan seperti Palestin merupakan akibat daripada
idea nasionalisme yang diperjuangkan pada abad ke 19 yang masih
dapat dilihat sehingga kini.

You might also like