You are on page 1of 10

1 2 3

4 5 6

7 8 9
SENSITIF
REFLEKTIF
INTROSPEKSI
Anda lebih memahami diri dan persekitaran anda
berbanding dengan kebanyakan orang. Anda
tidak menyukai sesuatu yang superfisial (sukar
dijelas, dibayangkan). Anda lebih selesa
bersendirian daripada berbual-bual kosong.
Bagaimanapun, hubungan anda dengan rakan
sangat akrab dan ia memberikan ketenangan
serta keharmonian rohani yang anda cari untuk
berasa gembira. Anda tidak mempunyai masalah
jika bersendirian untuk jangka masa yang
panjang tanpa berasa bosan.
BERDIKARI
TIDAK MENGIKUT
KELAZIMAN
TIDAK
DIBELENGGU
Anda inginkan kehidupan yang bebas dan tidak
terikat untuk membolehkan anda menentukan hala
tuju kehidupan anda. Anda cenderung
menggunakan bakat seni dalam kerjaya atau aktiviti
masa lapang. Kadangkala keinginan untuk bebas
menyebabkan anda melakukan perkara yang
bertentangan dengan persepsi terhadap diri anda.
Gaya kehidupan anda amat individualistik (unik /
tersendiri). Anda tidak suka mengikut sesuatu yang
lazim dibuat, sebaliknya anda cenderung untuk
melayari kehidupan berdasarkan idea dan citarasa
sendiri, biarpun ianya melawan arus.
DINAMIK
AKTIF
EKSTROVERT

Anda sanggup berhadapan dengan risiko


tertentu dan memberi komitmen yang kuat
bagi mendapatkan sesuatu yang menarik dan
pelbagai. Perkara rutin akan melemahkan
semangat anda.
Perkara yang paling disukai ialah apabila
anda berpeluang bergiat aktif / memainkan
peranan penting dalam sesuatu aktiviti.
Dengan berbuat sedemikian, inisiatif anda
akan menjadi ketara / jelas.
BERSIFAT
REALISTIK
SEIMBANG
HARMONI
Anda menghargai cara semulajadi dan menyukai
perkara yang tidak kompleks. Orang
menyanjungi anda kerana anda seorang yang
realistik dan boleh diharap. Anda memberi
perlindungan dan ruang kepada orang yang rapat
dengan anda. Anda dilihat sebagai seorang yang
mesra dan berperikemanusiaan. Anda tidak
menyukai sesuatu yang menunjuk-nunjuk dan
lapuk. Anda bersikap skeptikal terhadap trend
fesyen kerana menurut anda, pakaian mestilah
praktikal dan tidak menonjol tetapi elegan.
PROFESIONAL
PRAGMATIK
YAKIN

Anda yang menentukan hala tuju hidup anda


dengan cara berusaha, bukannya bergantung
kepada nasib semata-mata. Anda menyelesaikan
masalah secara praktikal dan tidak kompleks.
Anda mempunyai pandangan realistik terhadap
aspek kehidupan harian anda dan berhadapan
dengannya tanpa ragu-ragu. Anda diberi
tanggungjawab yang banyak di tempat kerja
kerana orang tahu anda boleh diharap.
Kekuatan anda akan menunjukkan kepastian
kendiri anda kepada orang lain. Anda tidak
akan berpuas hati sehingga idea-idea anda
tercapai.
TENANG
BERHATI-HATI
TIDAK AGRESIF

Anda seorang yang mudah mesra tetapi berhati-


hati. Anda sangat suka berkawan tetapi masih
menghargai kebebasan dan suasana tanpa
gangguan. Kadangkala anda suka menyendiri
untuk meneliti semula makna hidup anda dan
berseronok. Apabila anda memerlukan ruang
untuk bersendirian, anda akan melancong ke
tempat-tempat peranginan yang indah.
Bagaimanapun, anda bukan seorang penyendiri.
Anda berpuas hati dengan diri dan persekitaran
anda dan juga menghargai kehidupan anda
sepenuhnya.
BEBAS TANPA
KERUNSINGAN
SUKA
BERGURAU
CERIA
Anda sukakan kebebasan dan bertindak
secara spontan. Anda bahagia dan gembira
dengan dengan hidup selaras dengan motto
“hidup hanya sekali.” Anda suka mengambil
tahu dan bersikap terbuka terhadap perkara
baru kerana perubahan membuatkan anda
gembira. Tiada perkara yang lebih teruk
daripada apabila anda berasa terkongkong.
Anda seorang yang serba boleh dan suka
melakukan kejutan.
ROMANTIK
BERKHAYAL
EMOSIONAL

Anda seorang yang sangat sensitif. Anda tidak


mahu melihat sesuatu hanya daripada sudut
rasional dan waras sahaja tetapi perasaan
juga memainkan peranan penting. Anda
merasakan impian itu penting dalam
kehidupan. Anda tidak boleh menerima orang
yang hanya mementingkan rasional dan
memperkecilkan sikap romantis. Anda tidak
akan benarkan apa-apa pun mengongkong
kepelbagaian kemahuan dan perasaan anda.
ANALITIKAL
BOLEH
DIPERCAYAI
KEPASTIAN
Anda adalah seorang yang sangat peka dan ciri
KENDIRI
ini dapat dilihat sepanjang masa dan berkualiti
tinggi. Kesannya, anda suka mengambil berat
tentang perkara-perkara penting yang terlepas
pandang oleh orang lain. Oleh itu, budaya
memainkan peranan penting dalam hidup
anda. Anda mempunyai gaya yang tersendiri -
elegan, eksklusif, dan bebas dari pengaruh
fesyen. Impian hidup anda adalah berasaskan
keunikan seni. Anda mempunyai tahap
kesenian dan keunikan di samping orang yang
anda kenali.

You might also like