You are on page 1of 8

PENGENALAN

IDEOLOGI KOMUNISME

• Komunisme berasal daripada perkataan Latin ‘Sama Rata’ atau hak bersama.
Istilah inidigunakan untuk mengambarkan satu sistem organisasi sosial iaitu
menyediakan harta bendadimiliki bersama.
• Semua rakyat menikmati kekayaan umum berdasarkan kepada keperluan mereka.
• Karl mark dan Frederick Engels telah menerbitkan The Communist Manifesto.
• Karl Mark memperkenalkan fahaman ini pada abad ke-19.
• Rentetan itu, pada 1918, ideologi komunis mula bertapak di Rusia apabila
golongan Bolshevik telah menggelarkan diri mereka sebagai komunis dan
menukar nama kepada Union of SovietSocialist Republik atau Kesatuan Republik
Sosialis Soviet. Komunisme ini diteruskan oleh Lenindan Stalin yang
menggantikannya .
• Ideologi ini seterusnya telah tersebar dengan meluas termasuk ke Cina dan
seterusnya meresapdalam pemikiran Mao Tse Tung yang mengaplikasikan
Komunis berdasarkan situasi negara Cina
MAO TZE TUNG
• Dilahirkan dalam keluarga petani di Lembah Shaoshan, Hunan pada 26 Dis 1893.
• Ayahnya Yin Chang dan ibunya anak ketujuh keluarga Wen diberi nama Anak
Perempuan WenKetujuh.
• Mao tidak menarik pengikut melalui pidato atau ideologinya tetapi hanya merekrut
orang-orangyang terdekat dan orang sedia mengikut arahannya.
• Mao mendapat ijazah pada 1918 dan bersama professor Yang Changji iaitu bapa
mertua isterikeduanya iaitu Yang Kaihui ke Beijing. Mao bekerja sebagai penolong
Perpustakaan UniversitiBeijing.
• Sejak itu, Mao banyak terdedah dengan ideologi dan teori-teori komunis apabila
beliau banyak membaca dan mengikuti seminar-seminar tokoh-tokoh terkenal
seperti Hu Shi dan Chen Duxiu.
• Beliau menjadi komunis ketika berusia 27 tahun ketika menghadiri siding pertama
Kongres PartiKomunis China di Shanghai.
• Selepas 2 tahun kemudian, Mao dipilih sebagai salah satu daripada lima
Komisar
JawatankuasaPusat semasa siding Kongres ketiga. Selepas itu, beliau telah di
beri kepercayaan untuk menguruskan cawangan parti Kuomintang di Hunan
STALIN- IOSOF VISSARIONOVICH DZUGASHVILLI
• Anak seorang tukang kasut Gori di wilayah Georfia.
• Ibunya tukang cuci pakaian dan mereka hidup dalam
kemiskinan.
• Semasa kecil Stalin ditempatkan disekolah gereja tetapi telah
dibuang sekolah kerana selalumembaca buku yang ditulis oleh
Max. Stalin adalah seorang yang kasar dan ganas mahu
dirinyadisanjung dan didewa-dewakan.
• Stalin kerap membaca bahan bacaan yang di haramkan
termasuk karya Karl Mark sehinggamembentuknya kepada
kepercayaan Marxisme Rusia. Beliau telah menjadi
pemberontak dandibuang sebanyak 2 kali ke Siberia.
• Selepas kematian Lenin, Stalin menyandang jawatan setiausaha
parti komunis.
• Stalin setelah mendapat kuasa merupakan diktator yang sangat
kejam sehingga kematiannya.
PERBEZAAN
PRINSIP MAO
DAN PRISIP STALIN
PRINSIP MAO
• Maosisme ditakrifkan dalam perlembagan parti komunis cina sebagai marxisme-leninsme yangdiadaptasi kekontek China.
Fahaman ini menyediakan garis panduan lengkap bagi komunis cinayang menyentuh cara2 meneruskan revolusi sosialime,
pembentukan masyarakt berteraskansosialis, pembinaan tentera sosialis serta menekankan pelbagai pencanggahan pendapat
dalammasyarakat untuk diselesaikan melalui ideology sosialis yang dianggap sebagai penyelesaian.
• Melakukan revolusi kebudayaan – Bermula 1949, secara rasmi membuang warisan kebudayaanmasa lampau diganti
kebudaaan global diwakili maxisme/ komunisme termasuk agama. Mao berpendapat terdapatnya elemen borjouis dalam
idea, budaya, tabiat dan fikiran. Puncaknyadikenali revolusi budaya proletar 1966 Segala warisan budaya berusia ribuan
tahun seperti buku,lukisan, patung , barang seni dan lain2 dihapuskan. Mao berusaha membuang kebudayaan aslicina dan
diganti kebudayaan yang berideologi Eropah Barat. Mereka ingin ubah semua budayakecuali bahasa dan digantikan dengan
kebudayaan sosialis.
• Perang rakyat- Mao telah memberikan idea dalam pergerakan ketenteraan ploteriatantarabangsa yang mengandungi
perancangan tentang strategi peperangan. Mao telahmenghubungkan ideologi politiknya dengan strategi ketenteraan. Mao
telah mengaplikasikanteknik Hit dan Run atau perang Gerila ketika eranya.Dalam pemikiran Mao,"kekuasaan politik
berasal dari muncung senapang, dan kaumburuh-tanidapat dimobilisasi untuk melakukan" perang rakyat" dalam perjuangan
bersenjata yang melibatkan perang gerilla.Doktrin militer Maois menyamakan pejuang gerila dengan ikan yang berenang di
sebuah lautan yang penuhdengan buruh tani. Mao menyimpul bahawa revolusi ganas harus dijalankan oleh golongan
proletariatdi bawah kepimpinan parti Komunis.
• Mao telah mengaplikasikan demokrasi baru atau New Democracy- kediktatoran bersama antaragolongan buruh dan petani .
Mao telah mengubahsuai keperluan Marxist kerana golongan petaniadalah lebih ramai di china berbanding buruh. Petani
mendominasi 80 peratus di China. Mao berpendapat sosialisme tidak dapat diperkenalkan di negara yang mundur kecuali
keadaannyatelah diperbaiki.
• Mao turut menekankan terhadap hubungan antara parti, tentera dan united front. Maomenekankan akan ketiga-tiga unsur
bagi memastikan matlamatnya tercapai. Ketiga-tiga unsur ini perlu digunakan dalam memastikan aspirasinya tercapai.
PRINSIP STALIN
• Stalin telah melaksanakan dasar propaganda bagi mewujudkan keagungan personaliti sebagaiseorang dictator. Stalin telah
melaksanakan dua dasar iaitu gerakan penyingkiran besar-besarandan peristiwa pembicaraan yang dipamerkan secara
serentak antara tahun 1936-1939. MenurutMedvedev sekurang-kurangnya empat hingga lima juta orang menjadi mangsa
penekanan politik, empat hingga lima ribu ditembak mati. Stalin telah menyingkirkan Zinonev danKomenev yang telah
membantunya mengalahkan Totsky dan pengikutnya. Menjelang tahun1930 Stalin menjadi diktator tunggal di Union
Soviet.Sejumlah tokoh pimpinan parti komunissemasa revolusi 1917 dituduh mengkhianat dan dihukum. Dari anggota
central komitte partikomunis yang dipilih pada 1934, dua pertiga telah dibunuh untuk membina kekuatan sendiri.
• Stalin memperkenalkan konsep sosialisme dalam satu negara. Stalin telah meluluskan program pelaburan untuk
memperkembangkan industri dan pengeluaran pertanian. Program inimerupakan agenda Stalin untuk menghasilkan
sosialisme dalam negara yang digerakan secara bersedirian tanpa bantuan dari luar. Beliau telah memperkenalkan
rancangan lima tahun pertamayang merupakan satu rancangan ekonomi yang meliputi segala segi kehidupan
rakyat.Rancangan ini menandakan bermulanya fahaman totalitariansme soviet yang cuba untuk memperkukuhkan sistem
totalitarian. Stalin telah membina industry besar-besaran. Model inidirancang menjadikan soviet union sebagai kawasan
untuk perindustrian dan militan yang kuat.
• Stalin mengaplikasikan buruh-buruh negara sendiri dan menggunakan buruh dari kawasanKesatuan Soviet untuk
mengadakan revolusi. Stalin juga telah bersetuju dengan Marxisme yangmengatakan bahawa negara akan hilang sekiranya
masyarakat Komunis telah tercapai. BagiStalin Soviet Union yang dikelilingi oleh negara-negara kapitalis mesti melakukan
pembaharuanyang akan mengubah struktur masyarakat yang berorientasikan fahaman komunis yang akanmewujudkan
kemakmuran.
• Stalin bersetuju dengan marxisme bahawa negara akan hilang jika masyarakat komunis tercapai. bagi Stalin US yang
dikelilingi kapitalis perlu ubah struktur masyarakat yang akan mewujudkankemakmuran. Namun biarpun deologi lain
berkembang, stalin berpegang kepada prinsipkomunisme berpaksikan kepada kapitalisme akan kekal digunapakai kerana
sesuatu kelompok masyarakat diseluruh dunia mempunyai pihak yang akan menentang penguasaan ploletariat.

You might also like