You are on page 1of 12

DESCRIBE NORMALIZATION FORM

APPLY FIRST NORMAL FORM (1NF)


PROSES PENORMALAN
• Penormalan ialah satu proses pengumpulan
atribut ke dalam hubungan tertentu bagi
menghasilkan satu set hubungan yang
mempunyai ciri-ciri yang baik sesuai dengan
kehendak sesuatu organisasi.
• Hubungan Tak Normal (UNF) ialah satu jadual
(hubungan) yang mengandungi satu atau lebih
kumpulan yang berulang.
• Penormalan merupakan satu teknik untuk
menganalisis hubungan berdasarkan pada
kekunci utama dan menentukan
kebersandaran fungsi.
• Penormalan sebenarnya menghuraikan
(memecahkan sesuatu hubungan kepada
hubungan yang lebih kecil) hubungan dasar
yang bermasalah mengikut syarat tertentu.
• Teknik ini melibatkan beberapa peraturan
untuk membuat pengujian terhadap
hubungan supaya pangkalan data dapat
dinormalkan kepada peringkat yang tertinggi.
• Terdapat beberapa langkah dalam melakukan
proses penormalan. Setiap langkah adalah
bersesuaian khusus bagi bentuk normal
tertentu.
• Penormalan membentuk hubungan yang
mengikut format dan mengurangkan
kejanggalan kemas kini.
Penghuraian dan Penormalan
• Penghuraian adalah proses memecahkan suatu
hubungan kepada hubungan-hubungan yang lebih
kecil.
• Penormalan adalah proses menghuraikan
hubungan-hubungan yang bermasalah mengikut
panduan atau ciri-ciri tertentu.
• Penormalan dilaksanakan langkah demi langkah,
iaitu dari satu bentuk normal ke satu bentuk normal
yang lebih tinggi.
• Setiap bentuk normal mempunyai syarat-syarat
kelayakan tertentu yang mesti dilepasi sebelum
hubungan itu diuji untuk bentuk normal yang lebih
tinggi.

5
BENTUK NORMAL PERTAMA (1NF)
• Dalam merekabentuk pangkalan data
hubungan, bentuk normal pertama (1NF)
perlu dikenalpasti terlebih dahulu kerana ini
merupakan tahap kritikal dalam membina
sesebuah hubungan.
• Bentuk normal yang seterusnya adalah tidak
wajib. Walaubagaimanapun, disaran
menggunakan sekurang-kurangnya 3NF untuk
mengatasi kejanggalan kemaskini.
• Hubungan tak ternormal ialah satu jadual yang
mengandungi satu atau lebih kumpulan
berulang.
• Kumpulan berulang ialah wujudnya nilai atribut
yang tidak atomik dalam satu-satu rangkap.
• Hubungan ternormal adalah semua hubungan
yang berada di dalam salah satu daripada 7
bentuk normal.
• Suatu hubungan dikatakan dalam bentuk
normal pertama sekiranya setiap atribut dalam
setiap rangkap adalah terdiri daripada satu nilai
atomik.
7
NoPelajar NamaPel Major UnitBerijazah KodKursus NamaKur Unit MataGred
P1050 Azura SK 118 SK001 Peng 2 2.5
Sistem
SK002 Sistem 4 3.0
Komputer
L2115 Chong SM 125 SM001 Sistem 4 3.0
Maklumat

Jadual 2 : Jadual Tak Ternormal

Masalah : Satu kemasukan NoPelajar P1050 sepadan dengan lebih


satu masukan KodKursus.

Atasi : Hubungan Ternormal boleh diperolehi dengan ulang rangkap


bagi pelajar P1050 seperti dalam Jadual Ternormal.
8
NoPelajar NamaPel Major UnitBerijazah KodKursus NamaKur Unit MataGred
P1050 Azura SK 118 SK001 Peng 2 2.5
Sistem
P1050 Azura SK 118 SK002 Sistem 4 3.0
Komputer
L2115 Chong SM 125 SM001 Sistem 4 3.0
Maklumat

Jadual 3 : Jadual Ternormal

9
• Terdapat 2 pendekatan untuk menukarkan satu jadual
tak ternormal kepada satu jadual atau hubungan dalam
bentuk normal pertama.

1. Buang kumpulan berulang dengan menyisip semula


data-data yang tidak berulang ke dalam lajur-lajur yang
berkenaan bagi setiap baris rangkap nilai berulang.
2. Dapatkan satu kunci primer bagi jadual tak ternormal.
Keluarkan bhg kumpulan berulang dan salin ke dlm satu
jadual baru bersama-sama kunci primer. Kemudian
dapatkan kunci primer bagi kedua-dua hubungan.

10
Penghuraian Kepada 1NF
• Jadual Ternormal boleh dihuraikan kepada dua
jadual iaitu jadual PELAJAR dan KURSUS.
• Kunci primer bagi jadual asal yang tak ternormal
ialah NoPelajar dan KodKursus.
• Ia akan diteruskan menjadi kunci primer bagi
jadual yang baru dihasilkan.
• Kunci primer bagi jadual PELAJAR adalah
NoPelajar.

11
NoPelajar NamaPel Major UnitBerijazah
P1050 Azura Sains 118
Komputer
L2115 Chong Sistem 125
Maklumat
PELAJAR ( NoPelajar, NamaPel, Major, UnitBerijazah)

NoPelajar KodKursus NamaKur Unit MataGred


P1050 SK001 Penghantar Sistem 2 2.5

P1050 SK002 Sistem Komputer 4 3.0

L2115 SM100 Sistem Maklumat 4 3.0

KURSUS (NoPelajar, KodKursus, NamaKur, Unit, MataGred)

Jadual 4: Penghuraian Jadual kepada 1NF 12

You might also like