You are on page 1of 10

PERSOALAN

Sejauhmanakah anda bersetuju bahawa berbanding kerajaan Islam sebelumnya,

kegemilangan Turki-Uthmaniyyah hanyalah dari segi fizikal dan material semata-

mata.
PENGENALAN
• Uthman bin Erturgul merupakan pengasas kerajaan Turki Uthmaniyyah yang pertama .
Empayar ini diasaskan pada tahun 1299 masihi dan terbina atas dasar syahadatul haq
untuk memakmurkan dunia daripada kezaliman dengan cahaya Islam.
• Kemunculan kerajaan ini adalah setelah berlakunya kejatuhan kerajaan Saljuk yang
berlaku pada sekitar pertengahan kurun ke 13.
• Kerajaan Uthmaniyyah berperanan menyatukan Anatolia dan negara-negara di rantau
Balkan dibawah suatu pemerintahan yang menjadikannya bernaung dibawah sebuah
empayar Islam.
• Selama lebih 600 tahun empayar ini berdiri teguh, menyinari sebahagian besar bumi ini
dengan cahaya Islam. Bukan itu saja, ia juga telah mencorakkan ketamadunan dunia
ketika itu dan menjadi batu asas kepada peradaban manusia sejagat.
PERLUASAN KUASA
FASA PERMULAAN DAN PENGUKUHAN

• Dalam era ini, kerajaan Uthmaniyyah yang dipimpin Uthman telah digantikan oleh anaknya
Urkhan setelah baginda meninggal dunia pada tahun 1326M.

• Urkhan mula membuka beberapa bahagian Barat Laut Asia Minor, Bandar Ghailobi di pantai
Yunan pada tahun 1354M dan beberapa buah bandar lain. Hasil daripada tindakan beliau ini, ramai
kelompok dari bangsa Turki mula tertarik kepada pemerintahan dibawah naungannya.

• Beliau kemudiannya digantikan oleh anaknya Murad I yang mula meluaskan pemerintahan
sehingga ke wilayah Balkan. Beliau telah memasuki 37 perperangan sama ada di Anatolia dan di
Balkan dan mendapat kemenangan didalam semua perperangan tersebut.

• Beliau telah mengasaskan tentera bagi wilayah kekuasaanya yang diberi nama Al-Inkishariyyah.
SULTAN BAYAZID 1

• Sultan Bayazid 1 adalah antara orang pertama yang menggunakan gelaran Sultan dari kalangan
keluarga Uthmaniyyah.

• Beliau telah melakukan banyak usaha untuk menyatukan Anatolia dibawah pemerintahannya.
Beliau juga telah membuka Albania, Romania dan memulakan kepungan keatas bandar
Konstantinople selama tujuh bulan sebelum menamatkan kepungan kerana Pope di Rom telah
mempersiapkan anggota tentera .

• Serangan Salibiyyah itu mengangkat slogan pembinasaan Turki terdahulu, kemudian penaklukan
Al-Quds.

• Serangan dari Eropah itu terdiri daripada angkatan tentera Hungary, Perancis, Jerman, Poland, Italy
dan Sepanyol, tetapi Bayazid berjaya menumpaskan mereka pada tahun 1396M dan menawan
ramai dari kalangan pimpinan Perancis dan negara Eropah lain.
SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH

• Pembukaan Kota Konstantinople pada 29 Mei 1453M sebagai permulaan kepada


kekuatan kerajaan Islam.

• Banyak peradaban telah berubah dengan sebab pembukaan kerajaan Islam, misalnya
pembinaan banyak masjid dan sekolah serta memperlihatkan penghijrahan beramai-ramai
orang Arab dan Yahudi yang ditindas di Sepanyol ke negara tersebut.

• Atas arahan daripada Sultan Muhammad Al Fatih, sebarang gereja dan rumah ibadat tidak
dimusnahkan dan tiada seorang pun dari kalangan Kristian dan Yahudi diambil tindakan
atau diapa-apakan.
• Sultan Muhammad Al Fatih dikurniakan sebuah kejayaan yang besar dalam
menyempurnakan penyusunan negara, pengemasan jentera pentadbiran baharu yang
dinamakan sebagai Al-bab Al-ali, dan membuat ikatan teguh diantara kawasan-kawasan
yang tunduk dibawah penguasaannya serta telah berjaya menundukkan Serbia, Bosnia,
kawasan pantai laut merah dan semenanjung Crimea.

• Sepanjang 30 tahun memerintah, baginda mengetuai sendiri tentera baginda dalam 25


serangan. Baginda meluaskan sempadan negara dari hanya 600 kilometre persegi kepada
keluasan 2214000 kilometre persegi. Matlamat baginda adalah untuk menembusi Eropah
dan menyelamatkan umat Islam di Andalus daripada cengkaman penindasan orang-orang
Kristian.
SULTAN SALIM 1

• Sultan Salim telah memerangi kerajaan Al-Mamalik di Mesir dan berjaya mengalahkan
angkatan tentera tersebut disebabkan faktor kepimpinan yang hebat dan keberkesanan
perancangan strategi perperangan dibantu dengan kecanggihan teknologi perang.

• Sultan salim juga telah mengeluarkan satu undang-undang yang diberi nama undang-
undang pergerakan Mesir (Qanun Nammah Misr).

• Baginda juga kemudiannya telah memasuki bandar Kaherah dan baginda diberi gelaran
“Sultan Dan Khadam Antara Dua Tanah Suci.”
SULTAN SULAYMAN AL-QANUQI

• Kerajaan Uthmaniyyah pada zaman Sultan Sulaiman telah mencapai kemuncak


kekuasaan apabila baginda meneruskan jihad hingga sampai ke Eropah dan menyebabkan
pembesar-pembesar di Bosnia memeluk Islam dan negara mereka menjadi sebahagian
dari daulah Uthmaniyyah.

• Baginda juga telah membuka Iraq dan mengembalikan pembukaan Iran sehingga
dikatakan negara taklukannya menjadi luas sehingga mencakupi wilayah Al-Ahsa yang
menganjur ke Teluk Arab.

• Pada zaman baginda, beberapa delegasi dari wilayah-wilayah di Tunisia, Algeria dan
Tripoli barat di Libya telah dihantar ke Istanbul dengan tujuan untuk memohon sokongan
untuk bergabung dibawah kerajaan Uthmaniyyah.
• Beliau banyak melakukan perubahan terutama dari aspek perundangan untuk mempertahankan dan
membela nyawa, harta dan kehormatan individu pelbagai bangsa dan agama.

• Sebagai contoh, jawatan Qadi dan Mufti dijadikan sebahagian daripada organisasi pentadbiran
Islam serta jawatan Sheikh-ul Islam telah diperkenalkan bagi mengeluarkan fatwa-fatwa yang
berkaitan dengan perundangan Islam.

• Baginda juga merupakan sultan pertama yang memberikan keistimewaan kepada sebuah negara asing
iaitu Perancis dengan memberikan keizinan kepada mereka untuk berdagang di dalam negara
Uthmaniyyah dengan syarat membayar sedikit cukai.

• Keistimewaan ini juga memberikan keizinan kepada mana-mana kapal yang mengibarkan bendera
Perancis untuk belayar melalui laut-laut yang berada di bawah penguasaan kerajaan tersebut.

• Hak-hak yang diberikan ini memberikan kesan terhadap polisi luar dan dalam negara kerajaan
Uthmaniyyah terutamanya ketika zaman kelemahannya.
KESIMPULAN

• Kerajaan khilafa Uthmaniyyah kurang memfokuskan kepada peningkatan taraf terhadap bidang-
bidang lain seperti bidang pendidikan tetapi dilihat lebih memberi keutamaan kepada aspek
ketenteraan dan perluasan kuasa.

• Perkembangan ilmu yang dilihat agak mendatar pada zaman ini yang kemudiannya didasari dengan
sistem bercorak barat telah menjadi antara punca kelemahan sistem kerajaan khilafa Islam yang
masyhur pada awal pembentukkannya.

You might also like