You are on page 1of 6

Konsep falsafah

Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan


Yunani, iaitu philos (bermakna mencintai)
dan Sophia (bermakna kebijaksanaan). Dengan
berpandukan kepada makna dua perkataan Yunani
ini, istilah falsafah boleh diertikan sebagai perihal
mencintai kebijaksanaan.
Falsafah pendidikan islam
"Pendidikan Islam adalah satu usaha
berterusan ke arah memper-
kembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk me-
lahirkan insan soleh, harmonis dan
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Allah s.w.t untuk
melahirkan insan yang berilmu, berakhlak
mulia, berketerampilan, bertanggung-
jawab sebagai hamba dan khalifah yang
boleh memberi sumbangan terhadap
kesejahteraan ummah"
Konsep falsafah pendidikan islam
Dapat dilihat bahawa Falsafah Pendidikan Islam
lebih mementingkan segala ilmu, kemahiran dan
penghayatan Islam itu berdasarkan kepada Al-
Quran dan As-Sunnah. Pembentukan akhlak dan
peribadi muslim juga diasaskan oleh Al-Quran
dan As-Sunnah sebagai pegangan. Abdul Halim
(1989) membuat kesimpulan bahawa para sarjana
dan cendiakawan Islam mempunyai pemikiran
dan pendapat yang sama mengenai Pendidikan
Islam dengan meletakkan Al-Quran dan As-
Sunnah sebagai tempat teratas. Oleh itu beliau
merumuskan bahawa Pendidikan Islam harus
berperanan untuk membentuk peribadi yang
memenuhi ciri-ciri insan "Kamil" iaitu sempurna.
Contoh insan yang sempurna
1. Mempunyai keimanan yang teguh.

2. Patuh dan tekun menjalankan perintah-perintah Allah s.w.t dan


menjauhi segala larangan-Nya.

3. Mempunyai akhlak yang luhur.

4. Mempunyai sikap sosial yang baik.

5. Memiliki ilmu pengetahuan dan kematangan intelektual yang tinggi.

6. Mampu berdikari dalam segala aspek khususnya di dalam mencari


rezeki untuk kehidupannya sendiri dan orang yang menjadi
tanggungjawabnya.

7. Bersedia memikul tanggungjawab agama dalam segala aspek seperti


peribadi, masyarakat, negara dan seluruh umat manusia.
kesimpulan
Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang
bersumberkan falsafah hidup Islam kerana menggunakan
prinsip Islam dalam pendidikan. Pendidikan Islam juga
menegaskan bahawa menusia adalah makhluk ciptaan Tuhan
dan manusia mempunyai peraturan dalam hidupnya. Oleh itu,
pendidikan ini merupakan satu falsafah yang bercorak
keagamaan yang menanamkan keimanan manusia kepada
Allah dalam usaha membentuk manusia sebagai khalifah di
muka bumi ini yang bersikap tunduk dan patuh pada Rabbnya.

You might also like