You are on page 1of 7

 Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha

berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.
 Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
 a.Pendidikan ialah satu usaha berterusan.
Pendidikan ialah satu proses dalam diri seseorang yang bermula
sejak dari kandungan ibu lagi sehingga lah ke akhir hayat
nya.Pendidikan yang diterima oleh seseorang berlaku dimana-
mana dan bukan nya hanya berlaku disekolah.Pendidikan ini
berlaku secara berterusan secara formal atau pun tidak formal.
 b.Memperkembangkan lagi potensi individu
Kandungan falsafah pendidikan kebangsaan yang kedua ialah
memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh.Maksud potensi individu ialah kebolehan atau pun
bakat seseorang individu dari segi jasmani,emosi,rohani dan
intelek.
 c.Insan yang seimbang dan harmonis
Maksud insan yang seimbang dan harmonis ialah tiada
sebarang perkara yang terabai dan keseimbangan bagi
seseorang individu adalah penting bagi memestikan kemajuan
diri nya.
 d.Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu
Semua potensi diri dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek
disepadukan bagi menguasai kemahiran-kemahiran dan juga
bidang ilmu.Selain daripada itu nilai-nilai murni juga perlu
disepadukan demi memenuhi keperluan nya dalam menjalani
kehidupan.
 e.Kepercayaan dan kepatuan kepada Tuhan
Untuk mengawal diri agar tidak melakukan kejahatan,maka
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan perlu disemaikan
dalam diri setiap individu.Kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan ini juga terkandung dalam prinsip Rukun Negara.Setiap
individu yang mempunyai kepercayaan agama akan percaya
bahawa setiap yang dilakukan didunia ini mesti mendapat
balasan di akhirat.
 f.Melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan.
Matlamat kerajaan ialah menjadikan semua rakyat malaysia
berilmu pengetahuan.Justeru itu,setiap rakyat perlu mempunyai
ilmu pengetahuan yang secukupnya.
 g. Melahirkan rakyat yang berakhlak mulia
Kerajaan juga mengharapkan rakyat nya berakhlak
mulia,berdisplin dan hidup hormat menghormati antara satu
dengan yang lain.Rakyat juga diminta untuk bersopan santun
berbudi bahasa.
 h. Rakyat yang bertanggungjawab
Menerusi pendidikan juga rakyat dapat dididik untuk lebih
bertanggungjawab terhadap diri dan negara.
 i. Rakyat yang berketerampilan
Keterampilan bermaksud menonjol kan diri.Kerajaan
mengharapkan rakyat nya dapat melaksanakan tugas-tugas
nya dengan cekap.
 j.Berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri
Manusia memang mahukan kesejehteraan diri bagi mencapai
kepuasan diri nya.
Kesejahteraan diri adalah penting dalam mengharungi
kehidupan yang aman dan damai.
 Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan
insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif
menerusi pemupukan asas seni visual.
 Kandungan kurikulum berupaya membantu
murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap
Tuhan, menghargai keindahan alam
persekitaran, keindahan seni dan warisan
bangsa serta dapat menyumbang ke arah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan
negara, selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan
Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah
murid boleh:
 Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan
 Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif
dan meyeronokkan
 Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera
 Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat
menggunakannya
 Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni
visual
 Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat
dan selamat
 Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan
bertanggungjawab
 Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air,
 Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan
seni visual
 Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti
kesenggangan yang berfaedah

You might also like