You are on page 1of 13

1

PENGURUSAN DAN
PENJAGAAN IKAN HIASAN

Muhammad Arif Bin Saini


Siti Azilah Wabib
Mengenal dan memilih makanan ikan hiasan
2

 Makanan ikan hiasan dapat dibahagikan kepada


empat kumpulan, iaitu makanan hidup, makanan
kering, makanan basah, dan makanan rumusan.
 Makanan hidup terdiri daripada mikroorganisma
halus yang biasanya terdapat di dalam air.
 Makanan kering pula adalah seperti cacing yang
diawet atau roti.
3

 Makanan basah terdiri daripada kerang, hati lembu


dan sayuran seperti salad dan bayam.
 Makanan rumusan ialah makanan khas ikan yang
diproses. Makanan ini terdiri daripada pellet,
emping dan stik yang telah sedia diproses oleh
kilang yang membuat makanan. Makanan ini dapat
dibeli dari kedai ikan atau pembekal makanan
haiwan.
4
MENGENAL PASTI JENIS MAKANAN YANG SESUAI MENGIKUT SPESIS IKAN
HIASAN

 Ikan yang mempunyai bentuk mulut yang


menghala ke atas pertengahan kepala serti
ikanSwordtail,Guppy, danAngelfish lebih sesuai
memakan makanan rumusan yang dapat terapung
di permukaan air seperti pallet.
 Ikan sepertiCorydoras danLoach yang mempunyai
bentuk mulut yang menghala ke bawah lebih sesuai
diberikan makanan jenis tenggelam.
6
7

 Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama


berdasarkan jenis pemakanannya, iaitu :
a)Ikan Karnivor
Ikan karnivor atau pemangsa memakan benda hidup seperti ikan kecil
atau haiwan lain. Biasanya, ikan ini bersaiz besar, gigi tajam dan
mempunyai rahang yang kuat. Contoh ikan karnivor ialah
ikanSebarau,Oscar dan Arowana. Makanan yang sesuai bagi ikan
karnivor ialah makanan hidup seperti katak, cengkerik, anak ikan atau
kulat.
b)Ikan Herbivor
Ikan herbivor seperti ikan lampam dan Tiger Barb memakan
tumbuhan. Biasanya, ikan jenis ini tidak sesuai dipelihara di dalam
akuarium yang dihiasi tumbuhan akuatik
8

 Ikan Omnivor
Kebanyakkan ikan hiasan terdiri daripadajenis ikan
omnivor. Contoh ikan omnivor ialah ikan pelaga dan
Flag Cichild. Makanan ikan jenisini terdiri daripada
pelbagai jenis seperti plankton, tumbuhan reput, daging
haiwan, atau pallet.
 Ikan Pemakan mikroorganisma di dalam air
Ikan pemakan plankton dikenali sebagai ikan yang
memakan mikroorganisma di dalam air. Contoh ikan
pemakan plankton ialah ikan Tiger Barb, Black Tetra,
dan kebanyakkan jenis ikan semasa peringkat anak
KEKERAPAN MEMBERI MAKAN IKAN
HIASAN
9

 Ikan hiasan perlu diberi makan mengikut kadar


yang disyorkan dan jadual pemakanan yang betul.
 Menurut pakar penjagaan ikan, ikan hiasan seelok-
eloknya diberi makan tiga kali sehari, iaitu pada
waktu pagi, tengah hari, dan lewat petang. Kadar
yang disyorkan pula tidak tetap dan mengikut
keperluan ikan.
MENGENAL PASTI KANDUNGAN MUTU AIR
10

 Air terdiri daripada campuran gas hidrogen dan


oksigen yang terlarut. Kandungan mutu air berbeza
mengikut jenis, kawasan air, dan bergantung kepada
beberapa factor, iaitu pH air, suhu, dan bahan
beracun.
 pH air ialah kadar kemasaman air yang dapat diukur
dengan menggunakan kertas litmus dan diukur dari
nilai 1 hingga 14. Nilai 1 menunjukkan air berada
pada tahap kemasaman yang paling tinggi atau asidik
manakala nilai 14
11

 Nilai pH air yang paling sesuai bagi akuarium ialah 6.5 hingga
7.5 iaitu sekitar neutral. Untuk mengelakkan air terlalu asidik,
nilai pH air perlu dipastikan dari semasa ke semasa.
 Suhu yang paling sesuai untuk populasi ikan di dalam
akuarium ialah sekitar 26°C hingga 27°C. suhu yang terlalu
tinggi atau terlalu rendah dapat menyebabkan ikan mati
manakala suhu dibawah 26°C pula menyebabkan ikan mudah
dijangkiti penyakit.
 Bahan beracun yang wujud dalam kandungan air ialah
ammonia dan nitrat yang terhasil daripada proses perkumuhan
ikan yang dipelihara, iaitu bahan buangan urin dan najis
12

 Sistem tangki akuarium bertindak menukar bahan


beracun tersebut kepada bahan makanan dan baja
yang berguna untuk tumbuhan akuatik di dalam
akuarium.
 Proses penukaran bahan beracun ammonia dan
nitrat kepada baja dilakukan oleh tindakan bakteria
di dalam penapis pasir di dasar akuarium
Kawalan bahan buangan toksik ikan
13

You might also like